Malaysia legislation

Section 32

of AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2000

Seksyen 32

Peraturan-peraturan

(2)

Khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh mengadakan peruntukan bagi kesemua atau mana-mana yang berikut:

(a)

mengawal selia tatacara yang hendak diikuti berkaitan dengan apa-apa prosiding atau perkara lain di hadapan

Pendaftar atau Pejabat Petunjuk Geografi Pusat di bawah

Akta ini termasuklah penyampaian dokumen;

(b)

menetapkan fi yang hendaklah dibayar berkaitan dengan apa-apa prosiding atau perkara lain atau berkaitan dengan pemberian apa-apa perkhidmatan oleh Pendaftar atau

Pejabat Petunjuk Geografi Pusat, dan menetapkan jumlah fi itu dan membenarkan fi yang berbeza dalam hal keadaan tertentu bagi kes tertentu yang ditetapkan;

(c)

menetapkan borang dan perkara lain yang akan digunakan di bawah Akta ini;

22

Undang-Undang Malaysia

(d)

mengawal selia penyimpanan Daftar dan menetapkan bentuk dan kandungannya; dan menetapkan syarat dan fi bagi membuat cabutan daripada Daftar;

(e)

mengawal selia cara pemberian keterangan dalam mana-mana prosiding di hadapan Pendaftar di bawah Akta ini dan memberi Pendaftar kuasa untuk memaksa kehadiran saksi-saksi dan penzahiran dan pengemukaan dokumen;

(f)

melakukan apa-apa yang dikehendaki supaya dilakukan berkaitan dengan apa-apa prosiding atau perkara lain di hadapan Pendaftar atau Pejabat Petunjuk Geografi Pusat;

(g)

menetapkan had masa;

(ga) menetapkan kelayakan ejen dan perkara lain yang berhubung dengan kelayakan itu;

(gb) mengadakan peruntukan bagi pendaftaran ejen; dan

(h)

mengawal selia secara umum perkara-perkara yang berhubungan dengan urusan pendaftaran petunjuk geografi yang dijalankan di Pejabat Petunjuk Geografi Pusat sama ada atau tidak ditetapkan secara khusus di bawah Akta ini.

Petunjuk Geografi 23