Malaysia legislation

Section 8

of AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2000

Seksyen 8

(2)

Perbadanan boleh melantik, atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukannya, daripada kalangan orang dalam pengajian

Perbadanan, apa-apa bilangan Timbalan Pendaftar Petunjuk Geografi,

Penolong Pendaftar Petunjuk Geografi dan pegawai lain yang perlu bagi pentadbiran yang sepatutnya Akta ini, dan boleh membatalkan pelantikan mana-mana orang yang dilantik sedemikian atau disifatkan telah dilantik sedemikian dibawah subseksyen (3).

(3)

Orang yang memegang jawatan sebagai Timbalan Pendaftar,

Penolong Pendaftar dan pegawai lain dibawah Akta ini sebelum tarikh yang ditetapkan yang telah diberi pilihan oleh Kerajaan

Malaysia untuk berkhidmat sebagai pekerja Perbadanan dan telah memilih sedemikian hendaklah pada tarikh yang ditetapkan disifatkan telah dilantik sebagai Timbalan Pendaftar, Penolong Pendaftar dan pegawai lain di bawah subseksyen (2).

(4)

Tertakluk kepada arahan dan kawalan am Pendaftar dan kepada apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Pendaftar, seseorang Timbalan Pendaftar atau seseorang Penolong Pendaftar boleh menjalankan apa-apa fungsi Pendaftar di bawah Akta ini, dan apa-apa jua yang ditetapkan atau diberi kuasa atau dikehendaki

10

Undang-Undang Malaysia oleh Akta ini supaya dilakukan atau ditandatangani oleh Pendaftar boleh dilakukan atau ditandatangani oleh mana-mana Timbalan

Pendaftar atau Penolong Pendaftar dan perbuatan atau tandatangan seseorang Timbalan Pendaftar atau seseorang Penolong Pendaftar hendaklah sama sah dan kuat kuasanya seolah-olah telah dilakukan atau ditandatangani oleh Pendaftar.

(5)

Pendaftar hendaklah mempunyai meterai dengan reka bentuk yang diluluskan oleh Perbadanan dan teraan meterai itu hendaklah diberikan pengiktirafan kehakiman dan diterima sebagai keterangan.

Pejabat petunjuk geografi

Section 8 — GEOGRAPHICAL INDICATIONS ACT 2000 | mylaw.my