Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Undang-Undang Malaysia
(a)
suatu perbadanan, ertinya pemegang syer; dan
(b)
suatu perkongsian, ertinya pekongsi;
“badan berkanun” ertinya mana-mana pihak berkuasa atau badan, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan, yang ditubuhkan, dilantik atau dibentuk oleh mana-mana undang-undang bertulis, tetapi tidak termasuk mana-mana pihak berkuasa tempatan;
“Bank” ertinya Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah
*Akta Bank Negara Malaysia 2009 [Akta 701];
“berkaitan”, berhubung dengan sesuatu perbadanan, ertinya berkaitan mengikut pengertian seksyen 6 **Akta Syarikat 1965 [Akta 125];
*CATATAN—Akta Bank Negara Malaysia 2009 [Akta 701] telah memansuhkan Akta Bank Negara
Malaysia 1958 [Akta 519] yang berkuat kuasa pada 25 November 2009–lihat seksyen 99 Akta 701.
**CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
Institusi Kewangan Pembangunan 15
“buku” termasuklah apa-apa daftar atau rekod maklumat lain dan apa-apa rekod akaun atau perakaunan, bagaimanapun ia dijilidkan, direkod atau disimpan;
“cagaran” termasuklah gadai janji atau gadaian (sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti), debentur, bil pertukaran, nota janji hutang, jaminan, lien atau sandaran (sama ada sebenar atau konstruktif), surat hipotekasi, tanggung rugi, aku janji atau cara lain bagi menjamin pembayaran atau penjelasan sesuatu hutang atau liabiliti (sama ada pada masa sekarang atau masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen);
“ditentukan” ertinya ditentukan secara bertulis melalui standard atau apa-apa bentuk lain;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui perintah yang disiarkan dalam Warta;
“dokumen”
mempunyai erti yang sama seperti dalam
Akta Keterangan 1950 [Akta 56];
“dokumen konstituen”, berhubung dengan sesuatu institusi, ertinya statut, piagam, memorandum persatuan dan perkara persatuan, kaedah-kaedah dan undang-undang kecil, perjanjian perkongsian, atau surat cara lain, yang di bawahnya atau yang dengannya institusi itu ditubuhkan dan struktur pengawalan dan pentadbirannya dan ruang lingkup fungsi, perniagaan, kuasa dan tugasnya dinyatakan, sama ada terkandung dalam satu dokumen atau lebih;
“Gabenor” dan “Timbalan Gabenor” ertinya Gabenor dan Timbalan
Gabenor Bank masing-masing;
“harta” ertinya apa-apa harta alih atau tak alih, sama ada ketara atau tidak ketara dan termasuklah—
(a)
apa-apa hak, kepentingan, hakmilik, tuntutan, hak dalam tindakan, kuasa atau keistimewaan, sama ada sekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen, berhubung dengan mana-mana harta, atau yang selainnya mempunyai nilai;
16
Undang-Undang Malaysia
(b)
apa-apa dokumen pemindahhakan yang disempurnakan bagi memindahhakkan, menyerahhakkan, menguntukkan, menyerahkan atau selainnya memindahkan atau melupuskan harta tak alih yang orang yang menyempurnakan dokumen pemindahhakan itu ialah tuan punya atau yang memiliki harta itu atau yang padanya orang itu berhak kepada suatu hak kontingen, sama ada bagi keseluruhan kepentingan atau bagi apa-apa kepentingan yang kurang;
(c)
apa-apa sekuriti, termasuk apa-apa stok, syer, debentur dan dana;
(d)
apa-apa surat cara boleh niaga, termasuk apa-apa nota bank, nota pembawa, bil Perbendaharaan, waran dividen, bil pertukaran, nota janji hutang, cek dan perakuan deposit boleh niaga; atau
(e)
apa-apa gadai janji atau gadaian, sama ada menurut undang-undang atau ekuiti, jaminan, lien atau sandaran, sama ada sebenar atau konstruktif, surat hipotekasi, resit amanah, tanggung rugi, aku janji atau cara lain untuk menjamin pembayaran atau pelepasan suatu hutang atau liabiliti, sama ada sekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen;
“individu” ertinya orang sebenar;
“institusi kewangan pembangunan” ertinya sesuatu institusi yang menjalankan apa-apa aktiviti, sama ada untuk keuntungan atau sebaliknya, dengan atau tanpa apa-apa pembiayaan daripada Kerajaan, bagi maksud menggalakkan pembangunan dalam sektor perindustrian, pertanian, komersial atau sektor ekonomi lain, termasuk peruntukan modal atau kemudahan pembiayaan lain; dan bagi maksud takrif ini,
“pembangunan” termasuklah permulaan apa-apa usaha niaga perindustrian, pertanian, komersial yang baharu atau usaha niaga ekonomi yang lain atau pengembangan atau pembaikan mana-mana usaha niaga sedemikian yang sedia ada;
Institusi Kewangan Pembangunan 17
“institusi yang ditetapkan” ertinya sesuatu institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan oleh Menteri di bawah subseksyen 2(1);
“jawatankuasa Shariah” ertinya jawatankuasa Shariah yang ditubuhkan di bawah seksyen 33F;
“juruaudit syarikat yang diluluskan” mempunyai erti yang sama seperti dalam *Akta Syarikat 1965;
“kemudahan pembiayaan” ertinya—
(a)
suatu pendahuluan, pinjaman atau kemudahan lain, dalam apa jua bentuk atau dengan apa jua namanya disebut, yang pelanggan mempunyai akses, secara langsung atau tidak langsung, kepada dana institusi yang ditetapkan dan termasuklah suatu kemudahan pembiayaan yang dibuat mengikut Shariah; dan
(b)
pemberian suatu jaminan, insurans kredit atau perlindungan takaful berhubung dengan suatu kemudahan pembiayaan;
“kepentingan mengenai sesuatu syer” ertinya sesuatu kepentingan di sisi undang-undang atau ekuiti mengenai sesuatu syer;
“Kerajaan” ertinya Kerajaan Persekutuan, atau mana-mana Kerajaan
Negeri, mana-mana pihak berkuasa tempatan, atau mana-mana pihak berkuasa atau badan lain, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan, yang ditubuhkan, dilantik atau dibentuk melalui mana-mana undang-undang bertulis;
“Ketua Pegawai Eksekutif”, berhubung dengan sesuatu institusi, ertinya seseorang individu, yang sama ada bersendirian atau bersesama dengan seorang lain atau lebih, bertanggungjawab, tertakluk pada kuasa pengarah, bagi penjalanan perniagaan dan pentadbiran institusi itu;
“komputer”
mempunyai erti yang sama seperti dalam
Akta Keterangan 1950;
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
18
Undang-Undang Malaysia
“klien” termasuklah pelanggan;
“kumpulan wang amanah” ertinya apa-apa kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 43;
“liabiliti” termasuklah tiap-tiap jenis hutang, kewajipan dan obligasi, sama ada pada masa sekarang atau hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen;
“Majlis Penasihat Shariah” ertinya Majlis Penasihat Shariah yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009 [Akta 701];
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;
“orang” termasuklah seorang individu, mana-mana perbadanan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan, kesatuan sekerja, koperasi, perkongsian dan mana-mana badan, organisasi, persatuan atau kumpulan orang yang lain, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan;
“output komputer” ertinya suatu pernyataan atau gambaran, sama ada dalam bentuk bertulis, bercetak, bergambar, filem, grafik, akustik atau bentuk yang lain—
(a)
yang dikeluarkan oleh suatu komputer;
(b)
yang ditayangkan pada skrin suatu komputer; atau
(c)
yang diterjemahkan dengan tepat daripada suatu pernyataan atau gambaran yang dikeluarkan sedemikian;
“pegawai”, berhubung dengan sesuatu institusi, ertinya mana-mana pekerjanya dan termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya;
“pegawai kanan”, berhubung dengan institusi yang ditetapkan, ertinya seorang, selain Ketua Pegawai Eksekutif atau pengarah, yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk merancang, mengarah atau mengawal aktiviti sesuatu institusi yang ditetapkan termasuk ketua pegawai operasi, anggota jawatankuasa pembuat keputusan dan
Institusi Kewangan Pembangunan 19
orang lain yang menjalankan fungsi penting seperti pengurusan risiko, pematuhan, audit dalaman atau fungsi lain sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah seksyen 41, tetapi tidak termasuk seorang anggota jawatankuasa Shariah;
“pejabat” termasuklah tempat utama perniagaan, sesuatu cawangan, sesuatu agensi, sesuatu tempat perniagaan bergerak, sesuatu tempat perniagaan yang ditubuhkan dan disenggarakan bagi suatu tempoh yang terhad sahaja, suatu terminal elektronik dan mana-mana tempat perniagaan lain;
“pemegang kepentingan”, berhubung dengan sesuatu institusi yang ditetapkan, ertinya Kerajaan atau mana-mana orang yang menyediakan pembiayaan atau apa-apa bantuan lain kepada institusi yang ditetapkan atau anggota, pelanggan, pendeposit, pemunya polisi atau pemiutangnya, mengikut mana-mana yang berkenaan;
“pengarah” termasuklah mana-mana orang yang memegang jawatan pengarah, dan termasuklah seseorang yang mengikut arahan dan petunjuknya pengarah atau pegawai lazim bertindak dan pengarah silih ganti atau pengarah ganti, dan tanpa menjejaskan peruntukan terdahulu, dalam hal—
(a)
sesuatu koperasi, ertinya anggota lembaga, atau badan pengawalan yang lain bagi koperasi itu;
(b)
sesuatu badan berkanun, ertinya anggota lembaga, jawatankuasa, majlis atau badan pengawalan lain bagi badan berkanun itu;
(c)
sesuatu perkongsian, ertinya pekongsi;
(d)
sesuatu pemunyaan tunggal, ertinya tuan punya tunggal;
dan
(e)
mana-mana badan, persatuan atau kumpulan orang yang lain, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan, ertinya seseorang yang mengarahkan dan mengawal pengurusan perniagaan atau hal ehwalnya;
20
Undang-Undang Malaysia
“pengawal”, berhubung dengan sesuatu institusi, ertinya seseorang yang—
(a)
mempunyai kepentingan mengenai lebih daripada lima puluh peratus daripada syer institusi itu;
(b)
mempunyai kuasa untuk melantik atau menyebabkan supaya dilantik majoriti pengarah institusi itu;
(c)
mempunyai kuasa untuk membuat atau menyebabkan supaya dibuat keputusan berkenaan dengan perniagaan atau pentadbiran institusi itu, dan menguatkuasakan keputusan sedemikian atau menyebabkan supaya keputusan sedemikian dikuatkuasakan; atau
(d)
mengikut arahannya, petunjuknya atau kehendaknya pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan institusi itu mengikut kelaziman atau mempunyai obligasi, sama ada secara formal atau tidak formal, untuk bertindak, dan perkataan “mengawal” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya;
“pengerusi”, berhubung dengan institusi yang ditetapkan, ertinya pengerusi lembaga pengarah;
“perbadanan”
mempunyai erti yang sama seperti dalam
*Akta Syarikat 1965;
“perjanjian” ertinya sesuatu perjanjian sama ada formal atau tidak formal, lisan atau bertulis, nyata atau tersirat;
“perkiraan” ertinya sesuatu perkiraan sama ada formal atau tidak formal, lisan atau bertulis, nyata atau tersirat;
“perniagaan” ertinya apa-apa aktiviti yang dijalankan bagi maksud mendapat laba atau untung dan termasuklah segala harta yang didapatkan daripada, atau digunakan dalam, atau bagi maksud,
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
Institusi Kewangan Pembangunan 21
menjalankan aktiviti sedemikian dan segala hak dan liabiliti yang berbangkit daripada aktiviti sedemikian;
“premis” termasuklah mana-mana tanah, bangunan, struktur atau tempat;
“saudara”, berhubung dengan seorang individu, tertakluk pada subseksyen (1A), ertinya—
(a)
suami atau isteri individu itu;
(b)
abang atau adik lelaki atau kakak atau adik perempuan individu itu, atau kepada suami atau isteri individu itu;
(c)
mana-mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan individu itu, atau dengan suami atau isteri individu itu;
(d)
suami atau isteri kepada mana-mana individu yang disebut dalam perenggan (b) atau (c);
(e)
mana-mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke bawah dengan individu yang disebut dalam perenggan (b) atau (d);
(f)
mana-mana bapa saudara, emak saudara atau sepupu kepada individu itu, atau kepada suami atau isteri individu itu; atau
(g)
mana-mana suami atau isteri, atau mana-mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan, individu yang disebut dalam perenggan (f);
“sekutu”, berhubung dengan seseorang, ertinya—
(a)
mana-mana orang yang merupakan penama atau pegawai orang itu;
(b)
mana-mana orang yang menguruskan hal ehwal orang itu;
22
Undang-Undang Malaysia
(c)
mana-mana firma yang orang itu, atau mana-mana penamanya, menjadi pekongsinya atau orang yang bertanggungjawab bagi atau yang mengawal perniagaannya atau hal ehwalnya;
(d)
mana-mana perbadanan mengikut pengertian
*Akta Syarikat 1965, yang orang itu, atau mana-mana penamanya, menjadi pengarahnya atau bertanggungjawab bagi atau mengawal perniagaan atau hal ehwalnya, atau yang dalamnya orang itu, bersendirian atau bersama dengan mana-mana penamanya, mempunyai kepentingan mengawal, atau syer yang nilai keseluruhannya tidak kurang daripada dua puluh peratus daripada modal terbitan keseluruhan bagi perbadanan itu; atau
(e)
pemegang amanah mana-mana amanah, jika—
(i)
amanah itu telah diwujudkan oleh orang itu; atau
(ii)
nilai keseluruhan aset yang disumbangkan oleh orang itu kepada amanah itu pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas amanah itu diwujudkan, berjumlah pada bila-bila masa tidak kurang daripada dua puluh peratus daripada keseluruhan nilai aset amanah itu;
“standard” termasuklah apa-apa obligasi atau kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah Akta ini dan standard itu boleh mengandungi apa-apa peruntukan tafsiran, bersampingan, tambahan, berbangkit dan peralihan;
“subsidiari” mempunyai erti yang sama seperti dalam seksyen 5
*Akta Syarikat 1965;
“syarikat”
mempunyai erti yang sama seperti dalam
*Akta Syarikat 1965;
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
Institusi Kewangan Pembangunan 23
“syarikat induk” mempunyai erti yang sama seperti dalam seksyen 5 *Akta Syarikat 1965;
“syer”, berhubung dengan sesuatu perbadanan, ertinya syer terbitan perbadanan itu dan termasuklah saham kecuali jika perbezaan antara saham dengan syer ternyata atau tersirat;
“ubah suaian” termasuklah pindaan, penyesuaian, perubahan, variasi, penambahan, pembahagian, penggantian atau pengecualian;
“wang modal” ertinya modal berbayar dan rizab, dan termasuklah, bagi maksud seksyen 33C, 38 dan 39, keseluruhan atau apa-apa bahagian daripada mana-mana kelas, kategori atau perihalan lain modal sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
(1A)
Bagi maksud takrif “saudara” dalam subseksyen (1)—
(a)
pengangkatan mana-mana orang oleh seorang yang lain di bawah mana-mana undang-undang bertulis Malaysia atau mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar
Malaysia, atau di bawah mana-mana adat yang diiktiraf oleh mana-mana golongan orang di Malaysia atau di mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar
Malaysia, hendaklah dikira sebagai mewujudkan antara pengangkat dengan orang yang diangkat itu pertalian semula jadi yang sama seperti pertalian pengangkatan, dan pertalian lain berhubung dengannya hendaklah ditentukan dengan sewajarnya; dan
(b)
sebutan dalamnya mengenai suatu pertalian termasuklah, jika berkaitan, suatu pertalian seibu atau sebapa.
(2)
Bagi maksud Akta ini—
(a)
“orang yang bertindak bersama-sama” ertinya orang yang, menurut suatu perjanjian, perkiraan atau persefahaman, bekerjasama untuk memperoleh secara bersesama atau berasingan kepentingan mengenai syer sesuatu perbadanan
*CATATAN— Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
24
Undang-Undang Malaysia bagi maksud memperoleh atau menyatukan kawalan ke atas perbadanan itu atau bertindak bersesama bagi maksud menjalankan kawalan ke atas sesuatu perbadanan; dan
(b)
tanpa menjejaskan keluasan perenggan (a), orang yang berikut hendaklah dianggap sebagai orang yang bertindak bersama-sama, melainkan jika yang sebaliknya dibuktikan:
(i)
sesuatu perbadanan dan perbadanan berkaitan dan perbadanan bersekutunya;
(ii)
sesuatu perbadanan dan mana-mana pengarahnya, atau saudara atau sekutu mana-mana pengarahnya, atau mana-mana amanah yang berhubungan;
(iii)
sesuatu perbadanan dan mana-mana kumpulan wang pencen yang ditubuhkan olehnya;
(iv)
seseorang dan mana-mana syarikat pelaburan, amanah saham atau kumpulan wang yang lain yang pelaburannya diuruskan oleh orang itu berdasarkan budi bicara;
(v)
seseorang penasihat kewangan dan kliennya yang merupakan suatu perbadanan, jika penasihat kewangan itu menguruskan wang klien itu berdasarkan budi bicara dan mempunyai sepuluh peratus atau lebih kepentingan mengenai syer klien itu; atau
(vi)
seorang yang mempunyai atau mengawal dua puluh peratus atau lebih syer mengundi bagi suatu perbadanan yang tergolong dalam subperenggan (i)
dan mana-mana saudara orang itu, atau mana-mana amanah berkaitan berserta dengan satu atau lebih orang yang tergolong dalam subperenggan (i).
(3)
Bagi maksud Akta ini—
(a)
sesuatu perbadanan ditubuhkan apabila ia diperbadankan;
Institusi Kewangan Pembangunan 25
(b)
sesuatu badan berkanun ditubuhkan apabila ia mula wujud di bawah undang-undang yang menubuhkan, melantik atau membentuknya;
(c)
sesuatu koperasi ditubuhkan apabila ia didaftarkan;
(d)
sesuatu perkongsian ditubuhkan apabila ia dibentuk;
(e)
sesuatu pemunyaan tunggal ditubuhkan apabila ia memulakan perniagaannya;
(f)
mana-mana individu, badan, persatuan atau kumpulan orang yang lain, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan, yang memerlukan pendaftaran atau bentuk perekodan atau pengiktirafan lain di bawah mana-mana undang-undang bertulis sebelum ia boleh memulakan aktivitinya dengan sah, ditubuhkan apabila ia didaftarkan, direkodkan atau diiktiraf sedemikian.
(4)
Bagi maksud Akta ini, sesuatu perbadanan ialah sekutu kepada suatu perbadanan yang lain jika tidak kurang daripada dua puluh peratus dan tidak lebih daripada lima puluh peratus syer perbadanan yang mula-mula disebut itu dipegang oleh perbadanan yang satu lagi.
(5)
Apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai kuasa Menteri atau
Bank untuk mengenakan atau menentukan syarat hendaklah termasuk kuasa Menteri atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk meminda atau membatalkan mana-mana syarat yang sedia ada atau mengenakan apa-apa syarat baharu.
Fungsi Bank