/akn/my/act/act/2002/618

*AKTA INSTITUSI KEWANGAN PEMBANGUNAN 2002

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
2002
Last amended
2015
Sections
26
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA INSTITUSI KEWANGAN PEMBANGUNAN 2002 is Malaysia Act, cited as Act 618 2002, currently marked in force and first recorded in 2002.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pengawalseliaan dan pengawasan institusi kewangan pembangunan dan bagi perkara yang berkaitan dengannya. [15 Februari 2002, P.U. (B) 51/2002] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

Seksyen 2

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi mengelakkan keraguan, Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, atas syor Bank, memperuntukkan bahawa kesemua atau mana-mana bahagian daripada peruntukan Akta ini tidaklah terpakai berkenaan dengan mana-mana institusi kewangan pembangunan, atau hendaklah terpakai dengan apa-apa ubah suaian sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu dan ubah suaian itu mestilah selaras dengan niat dan maksud Akta ini.

Tafsiran

Suggest a correction

Seksyen 3

Undang-Undang Malaysia

Open as pageSuggest a correction

(b)

suatu perkongsian, ertinya pekongsi;

“badan berkanun” ertinya mana-mana pihak berkuasa atau badan, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan, yang ditubuhkan, dilantik atau dibentuk oleh mana-mana undang-undang bertulis, tetapi tidak termasuk mana-mana pihak berkuasa tempatan;

“Bank” ertinya Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah

*Akta Bank Negara Malaysia 2009 [Akta 701];

“berkaitan”, berhubung dengan sesuatu perbadanan, ertinya berkaitan mengikut pengertian seksyen 6 **Akta Syarikat 1965 [Akta 125];

*CATATAN—Akta Bank Negara Malaysia 2009 [Akta 701] telah memansuhkan Akta Bank Negara

Malaysia 1958 [Akta 519] yang berkuat kuasa pada 25 November 2009–lihat seksyen 99 Akta 701.

**CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]

yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

Institusi Kewangan Pembangunan 15

“buku” termasuklah apa-apa daftar atau rekod maklumat lain dan apa-apa rekod akaun atau perakaunan, bagaimanapun ia dijilidkan, direkod atau disimpan;

“cagaran” termasuklah gadai janji atau gadaian (sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti), debentur, bil pertukaran, nota janji hutang, jaminan, lien atau sandaran (sama ada sebenar atau konstruktif), surat hipotekasi, tanggung rugi, aku janji atau cara lain bagi menjamin pembayaran atau penjelasan sesuatu hutang atau liabiliti (sama ada pada masa sekarang atau masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen);

“ditentukan” ertinya ditentukan secara bertulis melalui standard atau apa-apa bentuk lain;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui perintah yang disiarkan dalam Warta;

“dokumen”

mempunyai erti yang sama seperti dalam

Akta Keterangan 1950 [Akta 56];

“dokumen konstituen”, berhubung dengan sesuatu institusi, ertinya statut, piagam, memorandum persatuan dan perkara persatuan, kaedah-kaedah dan undang-undang kecil, perjanjian perkongsian, atau surat cara lain, yang di bawahnya atau yang dengannya institusi itu ditubuhkan dan struktur pengawalan dan pentadbirannya dan ruang lingkup fungsi, perniagaan, kuasa dan tugasnya dinyatakan, sama ada terkandung dalam satu dokumen atau lebih;

“Gabenor” dan “Timbalan Gabenor” ertinya Gabenor dan Timbalan

Gabenor Bank masing-masing;

“harta” ertinya apa-apa harta alih atau tak alih, sama ada ketara atau tidak ketara dan termasuklah—

Suggest a correction

(a)

apa-apa hak, kepentingan, hakmilik, tuntutan, hak dalam tindakan, kuasa atau keistimewaan, sama ada sekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen, berhubung dengan mana-mana harta, atau yang selainnya mempunyai nilai;

16

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

(b)

apa-apa dokumen pemindahhakan yang disempurnakan bagi memindahhakkan, menyerahhakkan, menguntukkan, menyerahkan atau selainnya memindahkan atau melupuskan harta tak alih yang orang yang menyempurnakan dokumen pemindahhakan itu ialah tuan punya atau yang memiliki harta itu atau yang padanya orang itu berhak kepada suatu hak kontingen, sama ada bagi keseluruhan kepentingan atau bagi apa-apa kepentingan yang kurang;

Suggest a correction

(c)

apa-apa sekuriti, termasuk apa-apa stok, syer, debentur dan dana;

Suggest a correction

(d)

apa-apa surat cara boleh niaga, termasuk apa-apa nota bank, nota pembawa, bil Perbendaharaan, waran dividen, bil pertukaran, nota janji hutang, cek dan perakuan deposit boleh niaga; atau

Suggest a correction

(e)

apa-apa gadai janji atau gadaian, sama ada menurut undang-undang atau ekuiti, jaminan, lien atau sandaran, sama ada sebenar atau konstruktif, surat hipotekasi, resit amanah, tanggung rugi, aku janji atau cara lain untuk menjamin pembayaran atau pelepasan suatu hutang atau liabiliti, sama ada sekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen;

“individu” ertinya orang sebenar;

“institusi kewangan pembangunan” ertinya sesuatu institusi yang menjalankan apa-apa aktiviti, sama ada untuk keuntungan atau sebaliknya, dengan atau tanpa apa-apa pembiayaan daripada Kerajaan, bagi maksud menggalakkan pembangunan dalam sektor perindustrian, pertanian, komersial atau sektor ekonomi lain, termasuk peruntukan modal atau kemudahan pembiayaan lain; dan bagi maksud takrif ini,

“pembangunan” termasuklah permulaan apa-apa usaha niaga perindustrian, pertanian, komersial yang baharu atau usaha niaga ekonomi yang lain atau pengembangan atau pembaikan mana-mana usaha niaga sedemikian yang sedia ada;

Institusi Kewangan Pembangunan 17

“institusi yang ditetapkan” ertinya sesuatu institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan oleh Menteri di bawah subseksyen 2(1);

“jawatankuasa Shariah” ertinya jawatankuasa Shariah yang ditubuhkan di bawah seksyen 33F;

“juruaudit syarikat yang diluluskan” mempunyai erti yang sama seperti dalam *Akta Syarikat 1965;

“kemudahan pembiayaan” ertinya—

Suggest a correction

(a)

suatu pendahuluan, pinjaman atau kemudahan lain, dalam apa jua bentuk atau dengan apa jua namanya disebut, yang pelanggan mempunyai akses, secara langsung atau tidak langsung, kepada dana institusi yang ditetapkan dan termasuklah suatu kemudahan pembiayaan yang dibuat mengikut Shariah; dan

Suggest a correction

(b)

pemberian suatu jaminan, insurans kredit atau perlindungan takaful berhubung dengan suatu kemudahan pembiayaan;

“kepentingan mengenai sesuatu syer” ertinya sesuatu kepentingan di sisi undang-undang atau ekuiti mengenai sesuatu syer;

“Kerajaan” ertinya Kerajaan Persekutuan, atau mana-mana Kerajaan

Negeri, mana-mana pihak berkuasa tempatan, atau mana-mana pihak berkuasa atau badan lain, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan, yang ditubuhkan, dilantik atau dibentuk melalui mana-mana undang-undang bertulis;

“Ketua Pegawai Eksekutif”, berhubung dengan sesuatu institusi, ertinya seseorang individu, yang sama ada bersendirian atau bersesama dengan seorang lain atau lebih, bertanggungjawab, tertakluk pada kuasa pengarah, bagi penjalanan perniagaan dan pentadbiran institusi itu;

“komputer”

mempunyai erti yang sama seperti dalam

Akta Keterangan 1950;

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

18

Undang-Undang Malaysia

“klien” termasuklah pelanggan;

“kumpulan wang amanah” ertinya apa-apa kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 43;

“liabiliti” termasuklah tiap-tiap jenis hutang, kewajipan dan obligasi, sama ada pada masa sekarang atau hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen;

“Majlis Penasihat Shariah” ertinya Majlis Penasihat Shariah yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009 [Akta 701];

“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;

“orang” termasuklah seorang individu, mana-mana perbadanan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan, kesatuan sekerja, koperasi, perkongsian dan mana-mana badan, organisasi, persatuan atau kumpulan orang yang lain, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan;

“output komputer” ertinya suatu pernyataan atau gambaran, sama ada dalam bentuk bertulis, bercetak, bergambar, filem, grafik, akustik atau bentuk yang lain—

Suggest a correction

(b)

yang ditayangkan pada skrin suatu komputer; atau

Suggest a correction

(c)

yang diterjemahkan dengan tepat daripada suatu pernyataan atau gambaran yang dikeluarkan sedemikian;

“pegawai”, berhubung dengan sesuatu institusi, ertinya mana-mana pekerjanya dan termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya;

“pegawai kanan”, berhubung dengan institusi yang ditetapkan, ertinya seorang, selain Ketua Pegawai Eksekutif atau pengarah, yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk merancang, mengarah atau mengawal aktiviti sesuatu institusi yang ditetapkan termasuk ketua pegawai operasi, anggota jawatankuasa pembuat keputusan dan

Institusi Kewangan Pembangunan 19

orang lain yang menjalankan fungsi penting seperti pengurusan risiko, pematuhan, audit dalaman atau fungsi lain sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah seksyen 41, tetapi tidak termasuk seorang anggota jawatankuasa Shariah;

“pejabat” termasuklah tempat utama perniagaan, sesuatu cawangan, sesuatu agensi, sesuatu tempat perniagaan bergerak, sesuatu tempat perniagaan yang ditubuhkan dan disenggarakan bagi suatu tempoh yang terhad sahaja, suatu terminal elektronik dan mana-mana tempat perniagaan lain;

“pemegang kepentingan”, berhubung dengan sesuatu institusi yang ditetapkan, ertinya Kerajaan atau mana-mana orang yang menyediakan pembiayaan atau apa-apa bantuan lain kepada institusi yang ditetapkan atau anggota, pelanggan, pendeposit, pemunya polisi atau pemiutangnya, mengikut mana-mana yang berkenaan;

“pengarah” termasuklah mana-mana orang yang memegang jawatan pengarah, dan termasuklah seseorang yang mengikut arahan dan petunjuknya pengarah atau pegawai lazim bertindak dan pengarah silih ganti atau pengarah ganti, dan tanpa menjejaskan peruntukan terdahulu, dalam hal—

Suggest a correction

(a)

sesuatu koperasi, ertinya anggota lembaga, atau badan pengawalan yang lain bagi koperasi itu;

Suggest a correction

(b)

sesuatu badan berkanun, ertinya anggota lembaga, jawatankuasa, majlis atau badan pengawalan lain bagi badan berkanun itu;

Suggest a correction

(d)

sesuatu pemunyaan tunggal, ertinya tuan punya tunggal;

dan

Suggest a correction

(e)

mana-mana badan, persatuan atau kumpulan orang yang lain, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan, ertinya seseorang yang mengarahkan dan mengawal pengurusan perniagaan atau hal ehwalnya;

20

Undang-Undang Malaysia

“pengawal”, berhubung dengan sesuatu institusi, ertinya seseorang yang—

Suggest a correction

(a)

mempunyai kepentingan mengenai lebih daripada lima puluh peratus daripada syer institusi itu;

Suggest a correction

(b)

mempunyai kuasa untuk melantik atau menyebabkan supaya dilantik majoriti pengarah institusi itu;

Suggest a correction

(c)

mempunyai kuasa untuk membuat atau menyebabkan supaya dibuat keputusan berkenaan dengan perniagaan atau pentadbiran institusi itu, dan menguatkuasakan keputusan sedemikian atau menyebabkan supaya keputusan sedemikian dikuatkuasakan; atau

Suggest a correction

(d)

mengikut arahannya, petunjuknya atau kehendaknya pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan institusi itu mengikut kelaziman atau mempunyai obligasi, sama ada secara formal atau tidak formal, untuk bertindak, dan perkataan “mengawal” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya;

“pengerusi”, berhubung dengan institusi yang ditetapkan, ertinya pengerusi lembaga pengarah;

“perbadanan”

mempunyai erti yang sama seperti dalam

*Akta Syarikat 1965;

“perjanjian” ertinya sesuatu perjanjian sama ada formal atau tidak formal, lisan atau bertulis, nyata atau tersirat;

“perkiraan” ertinya sesuatu perkiraan sama ada formal atau tidak formal, lisan atau bertulis, nyata atau tersirat;

“perniagaan” ertinya apa-apa aktiviti yang dijalankan bagi maksud mendapat laba atau untung dan termasuklah segala harta yang didapatkan daripada, atau digunakan dalam, atau bagi maksud,

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

Institusi Kewangan Pembangunan 21

menjalankan aktiviti sedemikian dan segala hak dan liabiliti yang berbangkit daripada aktiviti sedemikian;

“premis” termasuklah mana-mana tanah, bangunan, struktur atau tempat;

“saudara”, berhubung dengan seorang individu, tertakluk pada subseksyen (1A), ertinya—

Suggest a correction

(b)

abang atau adik lelaki atau kakak atau adik perempuan individu itu, atau kepada suami atau isteri individu itu;

Suggest a correction

(c)

mana-mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan individu itu, atau dengan suami atau isteri individu itu;

Suggest a correction

(d)

suami atau isteri kepada mana-mana individu yang disebut dalam perenggan (b) atau (c);

Suggest a correction

(e)

mana-mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke bawah dengan individu yang disebut dalam perenggan (b) atau (d);

Suggest a correction

(f)

mana-mana bapa saudara, emak saudara atau sepupu kepada individu itu, atau kepada suami atau isteri individu itu; atau

Suggest a correction

(g)

mana-mana suami atau isteri, atau mana-mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan, individu yang disebut dalam perenggan (f);

“sekutu”, berhubung dengan seseorang, ertinya—

Suggest a correction

(a)

mana-mana orang yang merupakan penama atau pegawai orang itu;

Suggest a correction

(b)

mana-mana orang yang menguruskan hal ehwal orang itu;

22

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

(c)

mana-mana firma yang orang itu, atau mana-mana penamanya, menjadi pekongsinya atau orang yang bertanggungjawab bagi atau yang mengawal perniagaannya atau hal ehwalnya;

Suggest a correction

(d)

mana-mana perbadanan mengikut pengertian

*Akta Syarikat 1965, yang orang itu, atau mana-mana penamanya, menjadi pengarahnya atau bertanggungjawab bagi atau mengawal perniagaan atau hal ehwalnya, atau yang dalamnya orang itu, bersendirian atau bersama dengan mana-mana penamanya, mempunyai kepentingan mengawal, atau syer yang nilai keseluruhannya tidak kurang daripada dua puluh peratus daripada modal terbitan keseluruhan bagi perbadanan itu; atau

Suggest a correction

(i)

amanah itu telah diwujudkan oleh orang itu; atau

(ii)

nilai keseluruhan aset yang disumbangkan oleh orang itu kepada amanah itu pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas amanah itu diwujudkan, berjumlah pada bila-bila masa tidak kurang daripada dua puluh peratus daripada keseluruhan nilai aset amanah itu;

“standard” termasuklah apa-apa obligasi atau kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah Akta ini dan standard itu boleh mengandungi apa-apa peruntukan tafsiran, bersampingan, tambahan, berbangkit dan peralihan;

“subsidiari” mempunyai erti yang sama seperti dalam seksyen 5

*Akta Syarikat 1965;

“syarikat”

mempunyai erti yang sama seperti dalam

*Akta Syarikat 1965;

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

Institusi Kewangan Pembangunan 23

“syarikat induk” mempunyai erti yang sama seperti dalam seksyen 5 *Akta Syarikat 1965;

“syer”, berhubung dengan sesuatu perbadanan, ertinya syer terbitan perbadanan itu dan termasuklah saham kecuali jika perbezaan antara saham dengan syer ternyata atau tersirat;

“ubah suaian” termasuklah pindaan, penyesuaian, perubahan, variasi, penambahan, pembahagian, penggantian atau pengecualian;

“wang modal” ertinya modal berbayar dan rizab, dan termasuklah, bagi maksud seksyen 33C, 38 dan 39, keseluruhan atau apa-apa bahagian daripada mana-mana kelas, kategori atau perihalan lain modal sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.

Suggest a correction
Suggest a correction

(1A)

Bagi maksud takrif “saudara” dalam subseksyen (1)—

(a)

pengangkatan mana-mana orang oleh seorang yang lain di bawah mana-mana undang-undang bertulis Malaysia atau mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar

Malaysia, atau di bawah mana-mana adat yang diiktiraf oleh mana-mana golongan orang di Malaysia atau di mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar

Malaysia, hendaklah dikira sebagai mewujudkan antara pengangkat dengan orang yang diangkat itu pertalian semula jadi yang sama seperti pertalian pengangkatan, dan pertalian lain berhubung dengannya hendaklah ditentukan dengan sewajarnya; dan

Suggest a correction

(b)

sebutan dalamnya mengenai suatu pertalian termasuklah, jika berkaitan, suatu pertalian seibu atau sebapa.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Bagi maksud Akta ini—

(a)

“orang yang bertindak bersama-sama” ertinya orang yang, menurut suatu perjanjian, perkiraan atau persefahaman, bekerjasama untuk memperoleh secara bersesama atau berasingan kepentingan mengenai syer sesuatu perbadanan

*CATATAN— Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

24

Undang-Undang Malaysia bagi maksud memperoleh atau menyatukan kawalan ke atas perbadanan itu atau bertindak bersesama bagi maksud menjalankan kawalan ke atas sesuatu perbadanan; dan

Suggest a correction

(b)

tanpa menjejaskan keluasan perenggan (a), orang yang berikut hendaklah dianggap sebagai orang yang bertindak bersama-sama, melainkan jika yang sebaliknya dibuktikan:

Suggest a correction

(i)

sesuatu perbadanan dan perbadanan berkaitan dan perbadanan bersekutunya;

(ii)

sesuatu perbadanan dan mana-mana pengarahnya, atau saudara atau sekutu mana-mana pengarahnya, atau mana-mana amanah yang berhubungan;

Suggest a correction

(iii)

sesuatu perbadanan dan mana-mana kumpulan wang pencen yang ditubuhkan olehnya;

Suggest a correction

(iv)

seseorang dan mana-mana syarikat pelaburan, amanah saham atau kumpulan wang yang lain yang pelaburannya diuruskan oleh orang itu berdasarkan budi bicara;

Suggest a correction
Suggest a correction

(v)

seseorang penasihat kewangan dan kliennya yang merupakan suatu perbadanan, jika penasihat kewangan itu menguruskan wang klien itu berdasarkan budi bicara dan mempunyai sepuluh peratus atau lebih kepentingan mengenai syer klien itu; atau

(vi)

seorang yang mempunyai atau mengawal dua puluh peratus atau lebih syer mengundi bagi suatu perbadanan yang tergolong dalam subperenggan (i)

dan mana-mana saudara orang itu, atau mana-mana amanah berkaitan berserta dengan satu atau lebih orang yang tergolong dalam subperenggan (i).

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Bagi maksud Akta ini—

(a)

sesuatu perbadanan ditubuhkan apabila ia diperbadankan;

Institusi Kewangan Pembangunan 25

Suggest a correction

(b)

sesuatu badan berkanun ditubuhkan apabila ia mula wujud di bawah undang-undang yang menubuhkan, melantik atau membentuknya;

Suggest a correction

(c)

sesuatu koperasi ditubuhkan apabila ia didaftarkan;

Suggest a correction

(d)

sesuatu perkongsian ditubuhkan apabila ia dibentuk;

Suggest a correction

(e)

sesuatu pemunyaan tunggal ditubuhkan apabila ia memulakan perniagaannya;

Suggest a correction

(f)

mana-mana individu, badan, persatuan atau kumpulan orang yang lain, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan, yang memerlukan pendaftaran atau bentuk perekodan atau pengiktirafan lain di bawah mana-mana undang-undang bertulis sebelum ia boleh memulakan aktivitinya dengan sah, ditubuhkan apabila ia didaftarkan, direkodkan atau diiktiraf sedemikian.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Bagi maksud Akta ini, sesuatu perbadanan ialah sekutu kepada suatu perbadanan yang lain jika tidak kurang daripada dua puluh peratus dan tidak lebih daripada lima puluh peratus syer perbadanan yang mula-mula disebut itu dipegang oleh perbadanan yang satu lagi.

Suggest a correction

(5)

Apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai kuasa Menteri atau

Bank untuk mengenakan atau menentukan syarat hendaklah termasuk kuasa Menteri atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk meminda atau membatalkan mana-mana syarat yang sedia ada atau mengenakan apa-apa syarat baharu.

Fungsi Bank

Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bank boleh memberi kuasa kepada Timbalan Gabenor atau mana-mana pegawainya untuk melaksanakan apa-apa fungsinya di bawah Akta ini.

26

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

(2A)

Bank boleh menubuhkan dan memberi kuasa kepada suatu jawatankuasa yang terdiri daripada anggota sebagaimana yang ditentukan oleh Bank untuk melaksanakan mana-mana atau semua fungsinya di bawah Akta ini bagi pihak dan atas nama Bank.

Suggest a correction

(3)

Bank boleh, sama ada secara am atau dalam sesuatu hal tertentu, melantik seseorang yang bukan pegawai Bank untuk melaksanakan mana-mana atau semua fungsinya bagi pihak dan atas nama Bank atau memberikan apa-apa bantuan dalam pelaksanaan fungsinya di bawah

Akta ini sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.

Suggest a correction

Bahagian II

BAHAGIAN II

PENGURUSAN, PEMUNYAAN DAN PENGAWALAN

Suggest a correction

Lembaga pengarah

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), lembaga pengarah hendaklah—

(a)

memastikan bahawa strategi yang diikuti oleh institusi yang ditetapkan adalah selaras dengan dokumen konstituennya dan apa-apa penentuan yang dibuat oleh Bank menurut subseksyen 28(1), dan bahawa institusi yang ditetapkan itu mempunyai keupayaan dan kebolehan untuk menguruskan strategi itu;

Suggest a correction

(b)

menetapkan dan mengawasi pelaksanaan objektif dan strategi perniagaan dan risiko, dan dalam melakukan hal sedemikian, hendaklah mengambil kira daya maju jangka panjang institusi yang ditetapkan itu dan standard urus niaga adil yang munasabah;

Institusi Kewangan Pembangunan 27

Suggest a correction

(c)

memastikan dan mengawasi keberkesanan reka bentuk dan pelaksanaan kawalan dalaman yang kukuh, pematuhan dan sistem pengurusan risiko setara dengan jenis, skala dan kerumitan perniagaan dan struktur institusi yang ditetapkan itu;

Suggest a correction

(d)

mengawasi pelaksanaan pengurusan kanan dalam menguruskan perniagaan dan hal ehwal institusi yang ditetapkan itu;

Suggest a correction

(e)

memastikan bahawa terdapat suatu proses pelaporan kewangan yang boleh dipercayai dan telus dalam institusi yang ditetapkan itu; dan

Suggest a correction

(f)

menggalakkan komunikasi yang tepat pada masanya dan berkesan antara institusi yang ditetapkan itu dengan Bank mengenai perkara yang menyentuh atau yang boleh menyentuh keselamatan dan kekukuhan institusi yang ditetapkan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Dalam menjalankan fungsinya dan kewajipannya di bawah seksyen ini, lembaga pengarah sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah mengambil kira kepentingan pelanggan dan pendeposit institusi yang ditetapkan itu.

Kewajipan pengarah

Suggest a correction

Seksyen 5A

Open as pageSuggest a correction

(a)

bertindak dengan suci hati demi kepentingan terbaik institusi yang ditetapkan itu;

Suggest a correction

(b)

menjalankan jagaan, kemahiran dan ketekunan yang munasabah dengan—

Suggest a correction

(i)

pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang semunasabahnya dijangka daripada seorang pengarah yang mempunyai tanggungjawab yang sama; dan 28

Undang-Undang Malaysia

(ii)

apa-apa pengetahuan, kemahiran dan pengalaman tambahan pengarah itu;

Suggest a correction
Suggest a correction

(c)

hanya menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya bagi maksud kuasa itu diberikan;

Suggest a correction

(d)

menjalankan pertimbangan yang waras dan bebas; dan

Suggest a correction

(e)

mematuhi apa-apa standard yang ditentukan oleh Bank yang terpakai bagi seorang pengarah.

Suggest a correction

(2)

Subseksyen (1) mempunyai kesan sebagai tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berhubungan dengan tugas atau liabiliti seorang pengarah.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana pengarah yang melanggar perenggan (1)(c)

melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.

Pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif dan pengarah

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(2)

Institusi yang ditetapkan hendaklah hanya mengemukakan permohonan untuk kelulusan di bawah subseksyen (1) selepas memohon dan mendapatkan penentusahan Bank bahawa orang itu telah mematuhi kriteria yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

Suggest a correction

(3)

Tiada institusi yang ditetapkan boleh melantik atau melantik semula mana-mana orang sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya atau pengarahnya dan tiada seorang pun boleh menerima apa-apa

*CATATAN— Bagi pemakaian untuk Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad–lihat subperenggan 3(a)

Perintah

Institusi

Kewangan

Pembangunan

(Bank

Kerjasama

Rakyat

Malaysia

Berhad)

(Ubah Suaian) 2016 [P.U. (A) 15/2016] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2016.

Institusi Kewangan Pembangunan 29

pelantikan atau pelantikan semula sebagai Ketua Pegawai Eksekutif atau pengarah sesuatu institusi yang ditetapkan, melainkan jika orang itu telah ditentusahkan oleh Bank sebagai telah mematuhi kriteria yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

Suggest a correction

(4)

Sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah memaklumkan

Bank tentang pelantikan atau pelantikan semula Ketua Pegawai

Eksekutifnya atau pengarahnya dalam masa empat belas hari dari tarikh pelantikan atau pelantikan semula, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Pematuhan terhadap kriteria dalam Jadual Pertama

Suggest a correction

Seksyen 6A

Open as pageSuggest a correction

Pengerusi, pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif atau pegawai kanan sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah pada setiap masa mematuhi kriteria yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

Seksyen 7

Kehilangan kelayakan Ketua Pegawai Eksekutif dan pengarah

Open as pageSuggest a correction

(a)

jika dia seorang bankrap dan telah membuat penyelesaian dengan pemiutangnya, sama ada di dalam atau di luar

Malaysia;

Suggest a correction

(b)

tanpa menjejaskan perenggan (c), jika suatu pertuduhan bagi kesalahan jenayah berhubung dengan kecurangan, fraud atau keganasan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh satu tahun atau lebih, sama ada hukuman pemenjaraan sahaja, atau sebagai ganti, atau sebagai tambahan kepada, denda, telah dibuktikan terhadapnya dalam mana-mana mahkamah di dalam atau di luar

Malaysia;

30

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

(c)

jika suatu pertuduhan bagi apa-apa kesalahan di bawah

Akta ini telah dibuktikan terhadapnya;

Suggest a correction

(d)

jika telah dibuat terhadapnya apa-apa perintah tahanan, pengawasan, kediaman terhad, buang negeri atau pengusiran, atau jika telah dikenakan ke atasnya apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan, dengan bon atau selainnya, di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pencegahan jenayah, atau tahanan pencegahan bagi pencegahan jenayah atau pengedaran dadah, atau kediaman terhad, atau buang negeri atau imigresen; atau

Suggest a correction

(e)

jika dia telah menjadi seorang pengarah, atau secara langsung terlibat dalam pengurusan, mana-mana perbadanan yang sedang atau telah digulung oleh mahkamah atau pihak berkuasa yang lain yang berwibawa untuk berbuat demikian di dalam atau di luar Malaysia.

Suggest a correction

(2)

(Dipotong oleh Akta A1502).

Pemberhentian daripada jawatan

Suggest a correction

Seksyen 8

Eksekutif atau pengarah sesuatu institusi yang ditetapkan—

Open as pageSuggest a correction

(a)

seseorang Ketua Pegawai Eksekutif atau pengarah sesuatu institusi yang ditetapkan menjadi hilang kelayakan menurut kuasa subseksyen 7(1); atau

Suggest a correction

(b)

seorang pengerusi, pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif atau pegawai kanan sesuatu institusi yang ditetapkan tidak lagi mematuhi mana-mana kriteria yang dinyatakan dalam

Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

Jadual Pertama, dia hendaklah dengan serta-merta terhenti memegang jawatan dan terhenti untuk bertindak atas sifat sedemikian.

(1A)

Institusi yang ditetapkan itu hendaklah dengan serta-merta—

Institusi Kewangan Pembangunan 31

(a)

dalam hal perenggan (1)(a), menamatkan pelantikan Ketua

Pegawai Eksekutif atau pengarah itu; atau

(b)

dalam hal perenggan (1)(b), memecat pengerusi, pengarah,

Ketua Pegawai Eksekutif atau pegawai kanan itu daripada jawatan.

(1B)

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam apa-apa kontrak perkhidmatan atau apa-apa perjanjian lain yang berhubungan dengan pelantikannya, Ketua Pegawai Eksekutif atau pengarah yang ditamatkan di bawah perenggan (1A)(a) tidak berhak untuk menuntut apa-apa pampasan bagi penamatan itu.

(2)

Tertakluk pada seksyen 123B dan walau apa pun subseksyen (1)

dan (1A), Bank, dengan persetujuan Menteri, boleh mengarahkan institusi yang ditetapkan itu—

(a)

untuk menamatkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif atau pengarah yang menjadi hilang kelayakan menurut kuasa subseksyen 7(1); atau

(b)

untuk memecat Ketua Pegawai Eksekutif atau pengarah yang tidak lagi mematuhi mana-mana kriteria yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, dan institusi yang ditetapkan itu hendaklah mematuhi arahan untuk menamatkan pelantikan orang itu atas sifat sedemikian atau memecat orang itu daripada jawatan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam apa-apa kontrak perkhidmatan atau apa-apa perjanjian lain yang berhubungan dengan pelantikannya, Ketua Pegawai Eksekutif atau pengarah yang ditamatkan di bawah perenggan (a) tidak berhak untuk menuntut apa-apa pampasan bagi penamatan itu.

(3)

Semasa menanti penyelesaian apa-apa prosiding jenayah di mana-mana mahkamah bagi apa-apa kesalahan yang disebut dalam perenggan 7(1)(b) atau (c) terhadap mana-mana orang yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif atau pengarah sesuatu institusi yang ditetapkan, orang itu tidak boleh bertindak atas sifat itu, atau memegang apa-apa jawatan lain, atau bertindak atas apa-apa sifat lain,

32

Undang-Undang Malaysia dalam institusi yang ditetapkan itu, atau dengan apa-apa cara, sama ada secara langsung atau tidak langsung, terlibat dalam, atau mengambil bahagian atau melibatkan diri dalam, apa-apa aktiviti, hal ehwal atau urusan institusi yang ditetapkan itu atau berhubung dengan institusi yang ditetapkan itu, kecuali sebagaimana yang dibenarkan oleh Bank, dan tertakluk pada apa-apa syarat yang dikenakan oleh Bank.

(4)

(Dipotong oleh Akta A1502).

(5)

Bagi maksud subseksyen (3), prosiding jenayah yang disebut dalam subseksyen itu hendaklah disifatkan belum selesai dari tarikh orang tertuduh itu pertama kali dipertuduh di mahkamah bagi kesalahan itu sehinggalah tarikh keputusan muktamad prosiding itu, sama ada di mahkamah berbidang kuasa asal atau, sekiranya ada apa-apa rayuan oleh mana-mana pihak, di mahkamah berbidang kuasa rayuan muktamad.

Pengecualian daripada kehilangan kelayakan

9. (1) Seseorang yang hilang kelayakan menurut kuasa perenggan 7(1)(e) boleh, dengan persetujuan bertulis institusi yang ditetapkan yang dalamnya dia memegang jawatan atau akan dilantik, memohon kepada Bank secara bertulis supaya mengecualikannya daripada perenggan itu, dan, Bank boleh, dengan persetujuan Menteri, memberikan pengecualian itu, tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan oleh Bank patut dikenakan.

(2)

Orang yang memohon sesuatu pengecualian di bawah subseksyen (1) dan institusi yang ditetapkan yang dalamnya dia memegang jawatan atau akan dilantik hendaklah mengemukakan apa-apa butir dan maklumat itu sebagaimana yang ditentukan oleh

Bank.

Notis pemberhentian jawatan

10. (1) Sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah memaklumkan

Bank secara bertulis mengenai hakikat bahawa seseorang telah berhenti daripada menjadi pengerusi, pengarah, Ketua Pegawai

Institusi Kewangan Pembangunan 33

Eksekutif atau pegawai kanan dan sebab-sebab bagi pemberhentian itu dalam masa empat belas hari dari tarikh pemberhentian itu.

(2)

(Dipotong oleh Akta A1502).

Penzahiran kepentingan

11. (1) Pengarah sesuatu institusi yang ditetapkan yang mempunyai kepentingan, langsung atau tidak langsung, dalam suatu transaksi atau perkiraan dengan institusi yang ditetapkan itu, atau dalam apa-apa perkara yang atau akan dipertimbangkan oleh institusi yang ditetapkan itu, hendaklah, seberapa segera yang dapat dilaksanakan, menzahirkan kepada lembaga pengarah institusi yang ditetapkan itu jenis dan takat kepentingannya.

(2)

(Dipotong oleh Akta A1502).

(3)

Setiausaha kepada lembaga hendaklah merekodkan dalam minit lembaga penzahiran yang disebut dalam subseksyen (1).

(4)

(Dipotong oleh Akta A1502).

(5)

Sama ada atau tidak penzahiran di bawah subseksyen (1) telah dibuat, pengarah itu hendaklah, berhubung dengan transaksi, perkiraan atau perkara itu —

(a)

tidak mengambil bahagian atau tidak hadir dalam mana-mana penimbangtelitian atau keputusan lembaga; dan

(b)

tidak diambil kira bagi maksud membentuk suatu kuorum lembaga.

(6)

(Dipotong oleh Akta A1502).

(7)

Tiada tindakan atau prosiding lembaga itu boleh menjadi tidak sah atas alasan bahawa mana-mana anggota lembaga telah melanggar peruntukan seksyen ini.

34

Undang-Undang Malaysia

Pemerolehan kepentingan mengenai syer

12. (1) Melainkan jika diluluskan selainnya oleh Menteri, tiada seorang pun boleh memperoleh, berserta dengan apa-apa kepentingan mengenai syer sesuatu institusi yang ditetapkan yang telah pun dipegang olehnya, atau olehnya dan oleh orang yang bertindak bersama-sama dengannya, sesuatu kepentingan mengenai syer yang agregatnya adalah lima peratus atau lebih daripada syer institusi yang ditetapkan itu, atau apa-apa peratusan lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.

(2)

Tiada seorang pun yang telah mendapat kelulusan daripada

Menteri di bawah subseksyen (1) boleh memperoleh apa-apa kepentingan selanjutnya dalam syer institusi yang ditetapkan itu tanpa mendapat kelulusan Menteri dan subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi sesuatu permohonan untuk mendapatkan kelulusan di bawah subseksyen ini.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)

melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua-duanya.

Laporan pemerolehan kepada Bank

13. (1) Jika sampai kepada pengetahuan sesuatu institusi yang ditetapkan bahawa apa-apa pemerolehan seperti yang disebut dalam subseksyen 12(1) telah dilaksanakan atau akan dilaksanakan berkenaan dengan institusi itu sendiri, institusi yang ditetapkan itu hendaklah melaporkannya kepada Bank dalam masa tiga puluh hari dari tarikh institusi yang ditetapkan itu menyedari pemerolehan itu.

(2)

(Dipotong oleh Akta A1502).

Perubahan dalam kawalan, penyatuan dan percantuman

14. (1) Melainkan jika diluluskan selainnya oleh Menteri, tiada seorang pun boleh—

Institusi Kewangan Pembangunan 35

(a)

tertakluk pada subseksyen 12(1), mengawal sesuatu institusi yang ditetapkan atau syarikat induknya; atau

(b)

membuat penyatuan atau percantuman dengan mana-mana institusi yang ditetapkan.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua-duanya.

Pemindahan perniagaan

15. (1) Melainkan jika diluluskan selainnya oleh Menteri, sesuatu institusi yang ditetapkan tidak boleh menjual, melupuskan, atau memindahkan kesemua atau mana-mana bahagian perniagaannya, termasuk segala harta yang didapati daripada, atau digunakan dalam atau bagi maksud perniagaan itu.

(2)

Mana-mana institusi yang ditetapkan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua-duanya.

Permohonan kepada Mahkamah Tinggi bagi pemindahan perniagaan

16. (1) Sesuatu institusi yang ditetapkan yang memindahkan perniagaannya di bawah perenggan 14(1)(b) atau subseksyen 15(1)

kepada orang lain boleh membuat permohonan bersama kepada

Mahkamah Tinggi melalui saman pemula secara ex parte bagi semua atau mana-mana perintah yang berikut—

(a)

tarikh pada dan dari bila pemindahan itu hendaklah mula berkuat kuasa, iaitu suatu tarikh yang terdahulu atau terkemudian dari tarikh permohonan itu;

36

Undang-Undang Malaysia

(b)

perletakhakan apa-apa harta yang dipegang oleh institusi yang ditetapkan itu, sama ada bersendirian atau bersesama dengan mana-mana orang lain, pada orang lain itu sama ada bersendirian atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, bersesama dengan mana-mana orang lain, pada dan dari tarikh pemindahan, atas sifat yang sama, atas amanah, dan masing-masing dengan dan tertakluk pada kuasa, peruntukan dan liabilitinya;

(c)

supaya apa-apa surat cara yang sedia ada, sama ada dalam bentuk suatu surat ikatan, wasiat atau selainnya, atau perintah mana-mana mahkamah, yang di bawahnya atau menurut kuasanya apa-apa harta menjadi terletak hak pada institusi yang ditetapkan, ditafsirkan dan berkuat kuasa seolah-olah bagi apa-apa sebutan mengenai institusi yang ditetapkan telah digantikan sebutan mengenai orang lain itu;

(d)

supaya apa-apa perjanjian yang sedia ada yang kepadanya institusi yang ditetapkan menjadi suatu pihak berkuat kuasa seolah-olah orang lain itu telah menjadi suatu pihak kepadanya sebagai ganti institusi yang ditetapkan itu;

(e)

supaya apa-apa akaun antara institusi yang ditetapkan dengan mana-mana pelanggannya menjadi akaun antara orang yang lain itu dengan pelanggan itu dan akaun itu disifatkan bagi segala maksud sebagai akaun berterusan tunggal;

(f)

supaya apa-apa suruhan, perintah, arahan, mandat, surat kuasa wakil, kuasa, aku janji atau keizinan yang sedia ada, sama ada atau tidak berhubungan dengan sesuatu akaun, yang diberikan kepada institusi yang ditetapkan, sama ada bersendirian atau bersama dengan orang lain, berkuat kuasa, berkenaan dengan apa-apa jua yang kena dilakukan, seolah-olah diberikan kepada orang lain itu sama ada bersendirian atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, bersama dengan orang lain itu;

Institusi Kewangan Pembangunan 37

(g)

supaya apa-apa surat cara boleh niaga atau perintah bagi pembayaran wang yang disuruh bayar daripada, atau diberikan kepada, atau disetuju terima atau diendorskan oleh, institusi yang ditetapkan atau kena dibayar di tempat perniagaan institusi yang ditetapkan itu, sama ada disuruh bayar, diberikan, disetujui terima atau diendorskan sebelum, pada, atau selepas, tarikh pemindahan itu, hendaklah mempunyai kuat kuasa yang sama pada atau dari tarikh pemindahan itu seolah-olah ia telah disuruh bayar, atau diberikan kepada, atau disetujui terima atau diendorskan oleh, orang lain itu atau kena dibayar di tempat perniagaan orang lain itu;

(h)

supaya jagaan apa-apa dokumen, barang atau benda yang dipegang oleh institusi yang ditetapkan sebagai baili sebaik sebelum tarikh pemindahan beralih kepada orang lain dan hak serta obligasi institusi yang ditetapkan di bawah apa-apa kontrak bailmen yang berhubungan dengan mana-mana dokumen, barang atau benda itu dipindahkan kepada orang lain itu;

(i)

supaya apa-apa sandaran yang dipegang sebaik sebelum tarikh pemindahan oleh institusi yang ditetapkan, atau oleh seseorang penerima namaan, atau pemegang amanah, bagi institusi yang ditetapkan, sebagai sandaran untuk pembayaran atau penyelesaian apa-apa liabiliti mana-mana orang, hendaklah dipegang oleh orang lain itu atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, dipegang oleh penerima namaan atau pemegang amanah itu sebagai penerima namaan, atau pemegang amanah, bagi orang lain itu, dan setakat liabiliti itu, tersedia kepada orang lain itu sebagai sandaran bagi pembayaran atau penyelesaian liabiliti itu dan jika mana-mana sandaran sedemikian meliputi pendahuluan masa hadapan atau liabiliti masa hadapan, dipegang oleh, dan tersedia kepada, orang lain itu sebagai sandaran bagi pendahuluan masa hadapan oleh, dan liabiliti masa hadapan kepada, orang lain itu mengikut cara yang sama dari segala segi sebagaimana pendahuluan masa hadapan oleh, atau liabiliti masa hadapan kepada, institusi

38

Undang-Undang Malaysia yang ditetapkan itu disandarkan sebaik sebelum tarikh pemindahan itu;

(j)

jika apa-apa hak atau liabiliti institusi yang ditetapkan dipindahkan kepada orang lain itu, supaya orang lain itu mempunyai hak, kuasa dan remedi yang sama dan khususnya hak dan kuasa yang sama tentang pengambilan atau penentangan tindakan undang-undang atau pembuatan atau penentangan permohonan kepada mana-mana pihak berkuasa bagi menentukan, melindungi atau menguatkuasakan hak itu atau menentang liabiliti itu seolah-olah hak atau liabiliti itu telah pada setiap masa menjadi hak atau liabiliti orang lain, termasuk hak atau liabiliti yang berkenaan dengan apa-apa tindakan undang-undang atau permohonan kepada mana-mana pihak berkuasa yang belum selesai sebaik sebelum tarikh pemindahan itu oleh atau terhadap institusi yang ditetapkan itu;

(k)

supaya apa-apa penghakiman atau award yang didapati oleh atau terhadap institusi yang ditetapkan dan tidak ditunaikan sepenuhnya sebelum tarikh pemindahan itu boleh dikuatkuasakan oleh atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, terhadap orang lain itu; dan

(l)

bagi segala perintah sampingan, berbangkit dan tambahan sebagaimana yang perlu bagi memastikan bahawa pemindahan itu dijalankan dengan sepenuhnya dan berkesan.

(2)

Apabila mendengar sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1), Mahkamah Tinggi boleh memberikan suatu perintah seperti yang dipohon, atau dengan apa-apa ubah suaian sebagaimana yang difikirkan adil atau patut oleh Mahkamah mengikut hal keadaan kes itu.

(3)

Jika perintah Mahkamah Tinggi di bawah subseksyen (1)

membuat peruntukan bagi pemindahan apa-apa perniagaan yang terletak hak pada atau dipegang oleh institusi yang ditetapkan, sama ada bersendirian atau bersama dengan mana-mana orang lain, maka,

Institusi Kewangan Pembangunan 39

menurut kuasa perintah itu, perniagaan itu hendaklah, pada dan dari tarikh pemindahan itu, menjadi terletak hak pada atau dipegang oleh orang lain itu sama ada bersendirian atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, bersama dengan orang lain itu, dan perintah itu hendaklah berkuat kuasa mengikut termanya walau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang atau mana-mana rukun undang-undang, dan hendaklah mengikat mana-mana orang yang terlibat dengannya, tidak kira bahawa orang yang terlibat sedemikian bukan suatu pihak dalam prosiding di bawah seksyen ini atau dalam apa-apa prosiding yang berhubungan yang lain, atau yang tidak tahu tentang prosiding di bawah seksyen ini atau tentang prosiding yang berkaitan yang lain.

(4)

Perintah

Mahkamah

Tinggi yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah, tertakluk pada arahan Mahkamah Tinggi, disiarkan oleh orang yang memperoleh perniagaan itu dalam tidak kurang daripada dua surat khabar harian yang diterbitkan di Malaysia dan diluluskan oleh Bank, satu daripadanya hendaklah dalam bahasa kebangsaan dan satu lagi dalam bahasa Inggeris.

(5)

Institusi yang ditetapkan hendaklah menyerah simpan, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh perintah Mahkamah Tinggi dibuat di bawah subseksyen (1), suatu salinan yang disahkan bagi perintah itu bersama dengan suatu salinan yang disahkan bagi perjanjian atau perkiraan bagi pemindahan itu yang diluluskan oleh Menteri di bawah subseksyen 19(5), dan satu salinan yang disahkan bagi kelulusan

Menteri itu, dengan—

(a)

Pendaftar Syarikat atau Ketua Pendaftar Koperasi, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

(b)

pihak berkuasa yang berkenaan, jika ada, yang terlibat dengan pendaftaran atau perekodan urusan mengenai apa-apa harta alih, atau apa-apa kepentingan mengenai harta alih, yang dipindahkan menurut perintah itu.

(6)

(Dipotong oleh Akta A1502).

(7)

Sesuatu perintah Mahkamah Tinggi di bawah subseksyen (1)

boleh berkenaan dengan apa-apa harta atau perniagaan institusi yang ditetapkan itu di luar Malaysia dan, jika perintah itu berkenaan

40

Undang-Undang Malaysia sedemikian, kuat kuasa boleh diberikan kepadanya sama ada mengikut apa-apa perkiraan bersaling yang berhubungan dengan penguatkuasaan penghakiman yang wujud antara Malaysia dengan negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia tempat harta atau perniagaan itu terletak, atau jika tiada perkiraan sedemikian, mengikut undang-undang yang terpakai di negara, wilayah atau tempat itu.

Pemindahan harta tak alih

17. Jika sesuatu perintah

Mahkamah

Tinggi di bawah subseksyen 16(2) meletakhakkan mana-mana tanah beri milik atau apa-apa bahagian atau kepentingan mengenai mana-mana tanah beri milik, kepada orang lain—

(a)

Mahkamah Tinggi itu hendaklah, jika tanah beri milik itu terletak di Semenanjung Malaysia, menurut subseksyen 420(2) *Kanun Tanah Negara [Akta 56 tahun 1965], menyebabkan satu salinan perintah itu disampaikan kepada

Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas sahaja perintah itu dibuat supaya Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, melaksanakan peruntukan subseksyen 420(2), (3) dan (4) Kanun itu;

(b)

jika tanah beri milik itu terletak di Sabah, penerima pindahan hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan selepas perintah itu dibuat, menyerahkan suatu salinan yang disahkan bagi perintah itu kepada Pendaftar bagi pendaftaran peletakhakan tanah beri milik itu atau bahagian atau kepentingan mengenai tanah beri milik itu sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Ordinan Tanah

Sabah [Sabah Bab 68];

(c)

jika tanah beri milik itu terletak di Sarawak, penerima pindahan hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan selepas perintah itu dibuat, mengemukakan suatu salinan yang disahkan bagi perintah itu kepada Pendaftar bagi

*CATATAN—Kanun Tanah Negara [Akta 56 tahun 1965] telah disemak sebagai Kanun Tanah Negara

[Akta 828] yang berkuat kuasa pada 15 Oktober 2020.

Institusi Kewangan Pembangunan 41

pendaftaran peletakhakan tanah beri milik itu atau bahagian atau kepentingan mengenai tanah beri milik itu sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 171

Kanun Tanah Sarawak [Sarawak Bab 81]; atau

(d)

jika tanah beri milik itu terletak di Wilayah Persekutuan

Labuan, penerima pindahan hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan selepas perintah itu dibuat, mengemukakan suatu salinan yang disahkan bagi perintah itu kepada Pendaftar bagi pendaftaran peletakhakan tanah beri milik itu atau bahagian atau kepentingan mengenai tanah beri milik itu sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 114(2) Ordinan Tanah Sabah sebagaimana yang diubahsuaikan melalui

Perintah

Wilayah Persekutuan Labuan (Pengubahsuaian Ordinan

Tanah) 1984 [P.U. (A) 291/1984].

Syer sendiri atau syer syarikat induk sebagai sandaran

18. (1) Melainkan jika Bank meluluskan selainnya secara bertulis, tiada seorang pun boleh memberikan sesuatu kemudahan pembiayaan kepada mana-mana orang bersandarkan syer atau harta institusi yang ditetapkan atau syarikat induknya jika syer atau harta yang diperuntukkan sebagai sandaran bagi kemudahan pembiayaan yang dicadangkan, sama ada syer atau harta itu sahaja, atau bersama dengan syer atau harta lain institusi yang ditetapkan itu yang sudah pun dipegang sebagai sandaran bagi apa-apa kemudahan pembiayaan lain yang diberikan olehnya, akan merupakan lima peratus atau lebih syer atau harta institusi yang ditetapkan itu atau syarikat induknya.

(2)

Melainkan jika Bank meluluskan selainnya, tiada institusi yang ditetapkan boleh memberikan apa-apa kemudahan pembiayaan, atau membuat apa-apa urusan lain, dengan bersandarkan syer atau hartanya sendiri atau syer atau harta syarikat induknya.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau mana-mana institusi yang ditetapkan yang melanggar subseksyen (2)

melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan

42

Undang-Undang Malaysia selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.

Permohonan kepada Bank

19. (1) Sesuatu permohonan untuk mendapatkan kelulusan Menteri di bawah subseksyen 12(1), 14(1) atau 15(1) hendaklah dibuat kepada

Bank berserta dengan apa-apa maklumat dan dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.

(2)

Jika mana-mana maklumat atau dokumen yang diperlukan oleh

Bank tidak diberikan dalam masa yang ditetapkan atau apa-apa masa lanjut yang diberikan oleh Bank, permohonan itu hendaklah, tanpa menjejaskan permohonan baharu yang dibuat, disifatkan telah ditarik balik.

(3)

Bank hendaklah menimbangkan permohonan di bawah subseksyen (1) dan membuat syor kepada Menteri sama ada permohonan tersebut patut diluluskan atau ditolak.

(4)

Sesuatu syor supaya sesuatu permohonan diluluskan tidak boleh dibuat jika Bank berpuas hati bahawa akan bertentangan dengan kepentingan awam untuk berbuat demikian.

(5)

Apabila menerima sesuatu permohonan dan syor Bank di bawah seksyen ini, Menteri boleh meluluskan permohonan itu dengan atau tanpa apa-apa ubah suaian atau syarat, atau menolak permohonan itu.

(6)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi mana-mana ubah suaian atau syarat yang dikenakan oleh Menteri di bawah subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit.

(7)

Jika Menteri menolak sesuatu permohonan, Bank hendaklah memaklumkan pemohon secara bertulis mengenai penolakan itu.

(8)

Seseorang yang mengemukakan atau memberikan apa-apa maklumat atau dokumen di bawah subseksyen (1) yang dia tahu, atau mempunyai sebab untuk percaya, adalah palsu atau mengelirukan

Institusi Kewangan Pembangunan 43

melakukan sesuatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit.

Pembelaan yang berhubungan dengan pelanggaran

20. Adalah menjadi suatu pembelaan untuk sesuatu pertuduhan kesalahan yang berhubungan dengan pelanggaran di bawah seksyen 12, 13, 14, 15 atau 18 jika tertuduh membuktikan bahawa dia tidak tahu tentang perbuatan, peninggalan, fakta atau hal keadaan yang menjadi pelanggaran itu dengan syarat bahawa dia sudah melaporkan pelanggaran itu kepada Bank dalam masa tujuh hari dari masa dia menyedari perbuatan, peninggalan, fakta atau hal keadaan yang menjadi pelanggaran itu.

Kesan pelanggaran

21. (1) Jika Bank berpuas hati bahawa mana-mana orang telah melanggar subseksyen 12(1) tidak kira sama ada atau tidak pendakwaan dibuat terhadap mana-mana orang bagi pelanggaran itu, maka Bank boleh membuat perintah permulaan secara bertulis—

(a)

melarang pemindahan, atau pelaksanaan perjanjian untuk memindahkan, syer itu atau, dalam hal syer tidak diterbitkan, melarang pemindahan, atau pelaksanaan perjanjian untuk memindahkan, hak untuk diterbitkan kepadanya syer itu;

(b)

melarang penggunaan apa-apa hak mengundi berkenaan dengan syer itu;

(c)

untuk melarang terbitan apa-apa syer tambahan sebagai hak yang berbangkit daripada syer itu atau menurut apa-apa tawaran yang dibuat kepada pemegang syer itu; atau

(d)

kecuali dalam hal pelikuidasian, melarang pembayaran apa-apa jumlah wang yang kena dibayar oleh institusi yang ditetapkan berdasarkan syer itu, sama ada berkenaan dengan modal atau selainnya.

44

Undang-Undang Malaysia

(2)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi perintah di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau kedua-duanya.

(3)

Jika Bank berpuas hati bahawa mana-mana orang telah melanggar subseksyen 18(1), Bank boleh membuat suatu perintah permulaan secara bertulis, melarang penggunaan apa-apa hak di bawah mana-mana sandaran, atau hak untuk memindahkan mana-mana syer atau harta yang menjadi cagaran itu tidak kira sama ada atau tidak pendakwaan dibuat terhadap orang itu kerana pelanggaran itu.

(4)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi perintah di bawah subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau kedua-duanya.

(5)

Apa-apa urusan, termasuk apa-apa perjanjian atau perkiraan berhubung dengan apa-apa syer, atau kepentingan mengenai syer, atau cagaran, yang melanggar sesuatu perintah permulaan, atau sesuatu perintah yang disahkan di bawah subseksyen 23(1), atau apa-apa arahan Bank di bawah subseksyen 24(1), adalah batal dan tidak mempunyai kuat kuasa.

(6)

Tiada seorang pun berhak diberi peluang untuk didengar sebelum Bank membuat sesuatu perintah permulaan di bawah subseksyen (1) terhadapnya atau yang melibatkannya dengan apa-apa jua cara.

Perintah permulaan oleh Bank

22. (1) Sesuatu perintah permulaan di bawah seksyen 21 hendaklah disampaikan kepada orang yang ingkar secepat yang dapat dilaksanakan, dan boleh diumumkan mengikut apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Bank, jika, pada pendapat Bank, perintah itu perlu diumumkan.

(2)

Sesuatu perintah permulaan hendaklah mengikat—

Institusi Kewangan Pembangunan 45

(a)

orang yang ingkar;

(b)

mana-mana orang yang sedang memegang apa-apa syer yang baginya perintah itu terpakai; dan

(c)

mana-mana orang lain yang ditentukan dalam perintah itu atau yang kepadanya perintah itu ditujukan.

(3)

Mana-mana orang yang memegang apa-apa syer yang baginya suatu perintah permulaan terpakai hendaklah dalam masa tujuh hari dari penyampaian perintah itu kepada orang yang ingkar, atau dalam apa-apa tempoh yang lebih panjang sebagaimana yang dibenarkan oleh

Bank, menyerahkan balik syer itu kepada Bank.

(4)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau kedua-duanya.

(5)

Mana-mana orang yang ingkar yang terhadapnya sesuatu perintah permulaan telah dibuat, atau mana-mana orang lain yang terjejas dengan perintah itu, boleh, dalam masa empat belas hari dari penyampaian perintah itu kepada orang yang ingkar itu, membuat representasi secara bertulis kepada Bank memohon supaya dibatalkan perintah itu atas alasan bahawa dia tidak melanggar peruntukan yang berhubungan dengannya perintah itu telah dibuat, atau untuk diubahsuaikan perintah itu atas alasan bahawa pengubahsuaian perintah itu adil dan patut atas alasan yang nyata dalam representasi itu.

Pengesahan perintah permulaan

23. (1) Bank boleh, selepas menimbangkan representasi yang dibuat di bawah subseksyen 22(5), sama ada mengesahkan perintah permulaan itu, atau membatalkannya, atau mengubahnya mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut.

(2)

Jika Bank mengesahkan sesuatu perintah permulaan, maka

Bank boleh melupuskan syer yang diserahkan kepadanya di bawah

46

Undang-Undang Malaysia subseksyen 22(3) kepada mana-mana orang dan sehingga apa-apa takat yang ditentukan oleh Bank.

(3)

Hasil pelupusan syer di bawah subseksyen (2) hendaklah dibayar kepada Mahkamah Tinggi, dan mana-mana orang yang menuntut bahawa dia berhak secara benefisial kepada kesemua atau mana-mana bahagian hasil itu boleh, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pembayaran kepada Mahkamah Tinggi sedemikian, memohon kepada hakim Mahkamah Tinggi di dalam kamar supaya hasil itu dibayar kepadanya.

Arahan supaya melaksanakan perintah

24. (1) Bank boleh mengarahkan pengarah atau pegawai institusi yang ditetapkan supaya melaksanakan sesuatu perintah permulaan

Bank di bawah subseksyen 22(1) atau sesuatu perintah Bank yang disahkan di bawah subseksyen 23(1), atau supaya mengambil apa-apa tindakan yang bersampingan, berdampingan atau berbangkit dengan perintah itu.

(2)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau kedua-duanya.

BAHAGIAN III

SEKATAN KE ATAS PERNIAGAAN

Kawalan ke atas penubuhan atau pemerolehan subsidiari atau pemerolehan atau pemegangan kepentingan material dalam perbadanan

25. (1) Melainkan jika Bank meluluskan selainnya secara bertulis, tiada institusi yang ditetapkan boleh menubuhkan atau memperoleh apa-apa subsidiari di dalam atau di luar Malaysia, atau memperoleh atau memegang apa-apa kepentingan material dalam mana-mana perbadanan.

Institusi Kewangan Pembangunan 47

(2)

(Dipotong oleh Akta A1502).

(3)

Bank boleh meluluskan permohonan untuk menubuhkan atau memperoleh sesuatu subsidiari, atau memperoleh atau memegang apa-apa kepentingan material dalam mana-mana perbadanan, di bawah subseksyen (1), dengan atau tanpa syarat, atau menolak permohonan itu.

(4)

Tiap-tiap institusi yang ditetapkan hendaklah pada setiap masa mematuhi apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen (3).

(5)

Bank boleh menentukan perkara yang menjadi “kepentingan material” bagi maksud subseksyen (1) dan perenggan 26(1)(d).

Arahan berkenaan dengan subsidiari atau kepentingan material dalam perbadanan

26. (1) Walau apa pun apa-apa kelulusan di bawah subseksyen 25(1), Bank boleh, demi kepentingan sesuatu institusi yang ditetapkan, mengarahkan supaya institusi yang ditetapkan itu—

(a)

merasionalisasikan perniagaan mana-mana subsidiarinya;

(b)

memindahkan perniagaan mana-mana subsidiarinya kepada perbadanan lain, termasuk institusi yang ditetapkan itu atau mana-mana subsidiarinya yang lain;

(c)

menggulung mana-mana subsidiarinya; atau

(d)

melupuskan semua atau mana-mana kepentingannya dalam subsidiarinya atau suatu perbadanan yang institusi yang ditetapkan itu memegang suatu kepentingan material.

(1A)

Dalam menentukan kepentingan sesuatu institusi yang ditetapkan di bawah subseksyen

(1)

,

Bank hendaklah mempertimbangkan perkara yang Bank berpendapat adalah berkaitan termasuk sama ada aktiviti subsidiari atau perbadanan yang institusi yang ditetapkan itu memegang suatu kepentingan material itu—

48

Undang-Undang Malaysia

(a)

adalah selaras dengan perniagaan yang dijalankan oleh institusi yang ditetapkan itu; atau

(b)

secara langsung atau tidak langsung menyentuh keselamatan dan kekukuhan institusi yang ditetapkan itu.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), institusi yang ditetapkan hendaklah mematuhi arahan Bank dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.

(3)

(Dipotong oleh Akta A1502).

Sekatan atau larangan perniagaan

27. (1) Kecuali dengan kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada

Bank, sesuatu institusi yang ditetapkan tidak boleh menjalankan, sama ada untuknya sendiri atau untuk mendapat komisen, dan sama ada bersendirian atau bersama orang lain, apa-apa aktiviti di dalam atau di luar Malaysia selain yang berkaitan dengan atau bagi maksud menjalankan perniagaannya.

(2)

(Dipotong oleh Akta A1502).

(3)

Bank boleh, untuk menggalakkan pembangunan yang teratur dalam mana-mana sektor ekonomi—

(a)

melarang atau menyekat sesuatu institusi yang ditetapkan daripada menjalankan apa-apa jenis perniagaan sebagaimana yang ditentukan oleh Bank; atau

(b)

mengarahkan sesuatu institusi yang ditetapkan supaya menjalankan apa-apa jenis perniagaan sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.

(4)

(Dipotong oleh Akta A1502).

Institusi Kewangan Pembangunan 49

Larangan kemudahan pembiayaan

28. (1) Tiada institusi yang ditetapkan boleh memberi mana-mana orang apa-apa kemudahan pembiayaan, sama ada daripada wangnya sendiri atau mana-mana kumpulan wang amanah yang diuruskannya di bawah seksyen 43, kecuali bagi apa-apa maksud itu atau atas apa-apa sandaran sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.

(2)

(Dipotong oleh Akta A1502).

(3)

Melainkan jika ditentukan selainnya oleh Bank, tiada institusi yang ditetapkan boleh memberikan apa-apa kemudahan pembiayaan kepada—

(a)

mana-mana *anggota, pengarah atau pegawainya atau mana-mana orang lain yang menerima saraan daripadanya

(selain mana-mana orang yang menerima saraan daripadanya berkenaan dengan perkhidmatan profesionalnya);

(b)

mana-mana badan yang diperbadankan atau tidak diperbadankan, atau mana-mana keempunyaan tunggal, yang mana-mana *anggota, pengarah atau pegawai institusi yang ditetapkan itu menjadi pengarah atau pengurusnya, atau yang baginya mana-mana *anggota, pengarah atau pegawai institusi yang ditetapkan itu menjadi penjamin atau ejen**; dan***

*CATATAN—Bagi pemakaian untuk

Bank

Kerjasama

Rakyat

Malaysia

Berhad–lihat perenggan 2 Perintah Institusi Kewangan Pembangunan (Ubahsuaian) 2002 [P.U. (A) 412/2002] yang berkuat kuasa pada 15 Februari 2002.

**CATATAN—Bagi pemakaian untuk Bank Industri dan Teknologi Malaysia Berhad–lihat subperenggan 2(a) Perintah Institusi Kewangan Pembangunan (Bank Industri dan Teknologi Malaysia

Berhad) (Ubahsuaian) 2004 [P.U. (A) 148/2004] yang berkuat kuasa pada 15 Februari 2002 dan Bank

Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad–lihat subperenggan 2(a) Perintah Institusi Kewangan

Pembangunan (Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad) (Ubahsuaian) 2004

[P.U. (A) 149/2004] yang berkuat kuasa pada 15 Februari 2002.

***CATATAN—Bagi pemakaian untuk Bank Industri dan Teknologi Malaysia Berhad–lihat subperenggan 2(b) Perintah Institusi Kewangan Pembangunan (Bank Industri dan Teknologi Malaysia

Berhad) (Ubahsuaian) 2004 [P.U. (A) 148/2004] yang berkuat kuasa pada 15 Februari 2002 dan Bank

Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad–lihat subperenggan 2(b) Perintah Institusi Kewangan

Pembangunan (Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad) (Ubahsuaian) 2004

[P.U. (A) 149/2004] yang berkuat kuasa pada 15 Februari 2002.

50

Undang-Undang Malaysia

(c)

(Dipotong oleh Akta A1502).

(d)

mana-mana orang yang baginya mana-mana *anggota, pengarah atau pegawai institusi yang ditetapkan itu telah memberikan apa-apa jaminan atau aku janji lain yang melibatkan liabiliti kewangan.

(3A)

Tiada institusi yang ditetapkan boleh memberikan apa-apa kemudahan pembiayaan kepada mana-mana perbadanan yang mana-mana **anggota, pengarah atau pegawai institusi yang ditetapkan itu mempunyai apa-apa kepentingan dalam syernya yang amaunnya, pada agregatnya, melebihi apa-apa peratusan yang ditentukan oleh Bank.

(4)

Walau apa pun subseksyen (3), sesuatu institusi yang ditetapkan boleh, tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang dikenakan olehnya, memberi mana-mana pegawainya atau pengarah eksekutifnya—

(a)

apa-apa kemudahan pembiayaan yang diperuntukkan di bawah skim perkhidmatannya; atau

(b)

jika tiada peruntukan sedemikian dan institusi yang ditetapkan itu berpuas hati bahawa wujud hal keadaan khas atau belas kasihan, suatu pinjaman yang tidak melebihi tempoh masa sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.

(5)

Bagi maksud seksyen ini, “pengarah” atau “pegawai”

termasuklah suami atau isteri, anak atau ibu atau bapa seseorang pengarah atau pegawai, atau mana-mana orang lain sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.

*CATATAN—Bagi pemakaian untuk

Bank

Kerjasama

Rakyat

Malaysia

Berhad–lihat perenggan 2 Perintah Institusi Kewangan Pembangunan (Ubahsuaian) 2002 [P.U. (A) 412/2002] yang berkuat kuasa pada 15 Februari 2002.

**CATATAN—Bagi pemakaian untuk Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad–lihat subperenggan 3(b)

Perintah Institusi Kewangan Pembangunan (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad) (Ubah Suaian)

2016 [P.U. (A) 15/2016] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2016.

Institusi Kewangan Pembangunan 51

Had pendedahan pihak balas tunggal

29. (1) Tertakluk pada subseksyen 28(1) dan kecuali diluluskan oleh

Menteri atas syor Bank, tiada institusi yang ditetapkan boleh mempunyai pendedahan kepada suatu pihak balas tunggal, sama ada berhubung dengan kumpulan wangnya sendiri atau mana-mana kumpulan wang amanah yang diuruskannya di bawah seksyen 43, yang melebihi had yang ditentukan oleh Bank.

(1A)

Suatu pendedahan kepada pihak balas tunggal yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah termasuk suatu pendedahan kepada mana-mana kumpulan orang yang berkaitan dengan pihak balas tunggal itu tetapi tidak termasuk apa-apa pendedahan kepada, dan apa-apa pendedahan yang dijamin secara nyata oleh, Bank atau

Kerajaan.

(1B)

Bagi maksud seksyen ini, Bank boleh menentukan perkara yang menjadi “berkaitan”, “pihak balas” atau “pendedahan”.

(2)

(Dipotong oleh Akta A1502).

(3)

(Dipotong oleh Akta A1502).

(4)

(Dipotong oleh Akta A1502).

(5)

(Dipotong oleh Akta A1502).

(6)

(Dipotong oleh Akta A1502).

Sekatan ke atas pemberian kemudahan pembiayaan

30. Sesuatu institusi yang ditetapkan boleh, sama ada daripada wangnya sendiri atau mana-mana kumpulan wang amanah yang diuruskannya di bawah seksyen 43, dan walau apa pun perenggan 28(3)(a), memberikan kemudahan pembiayaan kepada isteri atau suami, anak atau ibu atau bapa mana-mana pengarah atau pegawainya untuk membeli rumah, jika—

52

Undang-Undang Malaysia

(a)

orang yang kepadanya kemudahan pembiayaan itu diberikan mempunyai kepercayaan kredit yang tidak kurang daripada kepercayaan kredit yang biasanya dikehendaki oleh institusi yang ditetapkan itu daripada orang lain yang kepadanya kemudahan pembiayaan diberikan;

(b)

terma kemudahan pembiayaan itu tidak kurang baiknya kepada institusi yang ditetapkan itu daripada yang biasa ditawarkan kepada orang lain;

(c)

pemberian kemudahan pembiayaan itu adalah bagi kepentingan institusi yang ditetapkan itu; dan

(d)

kemudahan pembiayaan itu diluluskan oleh semua pengarah lain institusi yang ditetapkan itu pada suatu mesyuarat pengarah yang dianggotai dengan sewajarnya yang dihadiri oleh tidak kurang daripada tiga suku daripada semua pengarah institusi yang ditetapkan itu dan kelulusan itu telah dicatatkan dalam minit mesyuarat itu.

Penzahiran kepentingan pengarah

31. (1) Tiap-tiap pengarah sesuatu institusi yang ditetapkan yang mempunyai dengan apa-apa cara, sama ada secara langsung atau tidak langsung, apa-apa kepentingan mengenai sesuatu kemudahan pembiayaan yang dicadangkan, sama ada daripada wang institusi itu sendiri atau mana-mana kumpulan wang amanah yang diuruskannya di bawah seksyen 43, yang akan diberikan kepada mana-mana orang oleh institusi yang ditetapkan itu hendaklah secepat yang dapat dilaksanakan mengisytiharkan secara bertulis jenis kepentingannya kepada mesyuarat pengarah yang dianggotai dengan sewajarnya, dan setiausaha institusi yang ditetapkan itu, atau pegawai lain yang dilantik oleh institusi yang ditetapkan itu bagi maksud itu, hendaklah menyebabkan supaya suatu salinan perisytiharan sedemikian diedarkan dengan segera kepada tiap-tiap pengarah tidak kira sama ada dia hadir atau tidak pada mesyuarat itu.

(2)

(Dipotong oleh Akta A1502).

Institusi Kewangan Pembangunan 53

(3)

Bagi maksud subseksyen (1), suatu notis am bertulis yang disampaikan kepada setiap pengarah institusi yang ditetapkan itu oleh seseorang pengarah yang bermaksud bahawa dia merupakan seorang pengarah, pegawai atau anggota badan yang diperbadankan atau tidak diperbadankan, atau seorang pengarah atau pegawai keempunyaan tunggal yang kepadanya kemudahan pembiayaan itu dicadangkan diberikan hendaklah disifatkan sebagai perisytiharan kepentingan yang mencukupi berhubung dengan kemudahan pembiayaan yang dicadangkan itu jika notis am itu—

(a)

menyatakan jenis dan takat kepentingan pengarah itu dalam badan atau keempunyaan tunggal itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

(b)

dikemukakan dan dibacakan pada mesyuarat pengarah institusi yang ditetapkan di mana notis itu disampaikan atau, jika tidak disampaikan pada mesyuarat pengarah, pada mesyuarat pengarah yang berikutnya selepas disampaikan kepada setiap seorang pengarah.

(4)

Tiap-tiap pengarah sesuatu institusi yang ditetapkan yang memegang apa-apa jawatan, atau memiliki apa-apa harta, yang dengannya, secara langsung atau tidak langsung, kewajipan atau kepentingan mungkin diwujudkan yang bercanggah dengan kewajipan atau kepentingannya sebagai pengarah institusi yang ditetapkan itu, hendaklah mengisytiharkan pada mesyuarat pengarah institusi yang ditetapkan itu hakikat tentang pemegangan jawatan itu atau pemilikan harta itu olehnya dan jenis, sifat dan takat percanggahan itu.

(5)

Perisytiharan yang disebut dalam subseksyen (4) hendaklah dibuat pada mesyuarat pengarah yang pertama yang diadakan—

(a)

selepas dia menjadi pengarah institusi yang ditetapkan itu; atau

(b)

jika dia memang seorang pengarah, selepas dia mula memegang jawatan atau memiliki harta itu.

(6)

Setiausaha institusi yang ditetapkan atau pegawai lain yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah mencatatkan apa-apa

54

Undang-Undang Malaysia perisytiharan yang dibuat di bawah seksyen ini dalam minit mesyuarat yang pada perisytiharan itu dibuat atau yang padanya ia dikemukakan dan dibaca.

(7)

(Dipotong oleh Akta A1502).

Pengawalan had kredit

32. (1) Seorang pengarah atau pegawai suatu institusi yang ditetapkan tidak boleh memberikan apa-apa kemudahan pembiayaan yang melebihi had, atau di luar ruang lingkup mana-mana terma dan syarat, yang dikenakan ke atasnya oleh institusi yang ditetapkan itu, atau yang melanggar apa-apa arahan yang diberikan kepadanya, atau mana-mana perjanjian yang dibuat dengannya, oleh institusi yang ditetapkan itu.

(2)

(Dipotong oleh Akta A1502).

(3)

Subseksyen (1) terpakai bagi wang institusi yang ditetapkan dan mana-mana kumpulan wang amanah yang diuruskannya di bawah seksyen 43.

(4)

Bank boleh dengan notis bertulis mengarahkan sesuatu institusi yang ditetapkan supaya—

(a)

mengemukakan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan dasar dan tatacaranya mengenai pemberian apa-apa kemudahan pembiayaan;

(b)

mengemukakan suatu laporan mengenai had atau terma dan syarat yang dikenakan, arahan yang diberikan, dan perjanjian yang dibuat, berhubung dengan kuasa setiap pengarah atau pegawainya yang diberi kuasa untuk memberikan kemudahan pembiayaan; atau

(c)

mengubahsuaikan dasar atau tatacara yang disebut dalam perenggan (a), atau mengubah perkara yang disebut dalam perenggan (b), sebagaimana yang difikirkan patut dan sesuai oleh Bank, sama ada secara am, atau berhubung

Institusi Kewangan Pembangunan 55

dengan apa-apa golongan pengarah atau pegawai, atau berhubung dengan mana-mana pengarah atau pegawai tertentu, dan ubah suaian atau perubahan itu hendaklah mengikat institusi yang ditetapkan itu dan pengarah dan pegawainya.

(5)

(Dipotong oleh Akta A1502).

Pelaburan aset

33. (1) Tertakluk pada subseksyen (2), sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah melaburkan mana-mana asetnya mengikut apa-apa cara, dan menyenggarakan aset itu di mana-mana tempat, yang ditentukan oleh Bank, dengan kelulusan Menteri.

(2)

Bank boleh mengarahkan sesuatu institusi yang ditetapkan secara bertulis supaya—

(a)

tidak membuat pelaburan dalam sesuatu kelas atau perihalan tertentu; atau

(b)

merealisasikan, sebelum tamat suatu tempoh yang ditentukan atau apa-apa tempoh lanjut yang boleh diluluskan oleh Bank, kesemua atau suatu bahagian yang ditentukan daripada pelaburannya.

(3)

(Dipotong oleh Akta A1502).

56

Undang-Undang Malaysia

BAHAGIAN IIIA

PERNIAGAAN KEWANGAN ISLAM

Penggal 1

Tafsiran

Tafsiran dan pemakaian

33A. (1) Bagi maksud Bahagian ini—

“akaun pelaburan” mempunyai erti yang sama seperti dalam

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759];

“deposit Islam” mempunyai erti yang sama seperti dalam

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013;

“perniagaan kewangan Islam” ertinya perniagaan atau aktiviti mengikut Shariah yang diluluskan untuk dijalankan oleh sesuatu institusi yang ditetapkan di bawah perenggan 33B(1)(a) atau (b), yang boleh termasuk—

(a)

menyetuju terima deposit Islam atas akaun semasa, akaun deposit, akaun simpanan atau akaun lain yang serupa, dengan atau tanpa perniagaan membayar atau memungut cek yang dikeluarkan atau dibayar oleh pelanggan; dan

(b)

menyetuju terima wang di bawah suatu akaun pelaburan.

(2)

Dalam Penggal 2 hingga Penggal 4 Bahagian ini, “institusi yang ditetapkan” merujuk kepada sesuatu institusi yang ditetapkan yang telah mendapat kelulusan Bank di bawah subseksyen 33B(1) untuk menjalankan perniagaan kewangan Islam.

(3)

Dalam hal sesuatu institusi yang ditetapkan yang telah mendapat kelulusan Bank di bawah perenggan 33B(1)(b), Penggal 2

hingga Penggal 4 Bahagian ini hendaklah terpakai hanya bagi perniagaan atau aktiviti yang diluluskan untuk dijalankan oleh institusi yang ditetapkan itu di bawah perenggan itu.

Institusi Kewangan Pembangunan 57

Institusi yang ditetapkan dibenarkan untuk menjalankan perniagaan atau aktiviti mengikut Shariah

*33B. (1) Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini atau

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 boleh melarang atau menyekat mana-mana institusi yang ditetapkan daripada—

(a)

menjalankan seluruh perniagaannya atau aktivitinya mengikut Shariah; atau

(b)

menjalankan perniagaan atau aktiviti mengikut Shariah sebagai tambahan kepada perniagaan konvensionalnya yang sedia ada, dengan syarat bahawa institusi yang ditetapkan itu mendapat kelulusan bertulis Bank terlebih dahulu.

(2)

Bank boleh mengenakan apa-apa syarat ke atas kelulusan yang diberi oleh Bank di bawah subseksyen (1).

(3)

Sesuatu institusi yang ditetapkan yang telah mendapat kelulusan

Bank di bawah perenggan (1)(b) tidak boleh menjalankan seluruh perniagaannya atau aktivitinya mengikut Shariah melainkan jika institusi yang ditetapkan itu mendapat kelulusan Bank secara bertulis terlebih dahulu di bawah perenggan (1)(a).

(4)

Mana-mana institusi yang ditetapkan yang melanggar subseksyen (1) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua-duanya.

*CATATAN—Kecualian berkenaan dengan institusi yang ditetapkan untuk menjalankan perniagaan kewangan Islam–lihat subseksyen 112(1) Akta Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan) 2015

[Akta A1502] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2016.

58

Undang-Undang Malaysia

Kehendak ke atas institusi yang ditetapkan yang diluluskan di bawah perenggan 33B(1)(b)

*33C. (1) Sesuatu institusi yang ditetapkan yang telah mendapat kelulusan Bank di bawah perenggan 33B(1)(b) hendaklah—

(a)

menubuhkan dan menyenggara pada setiap masa suatu kumpulan wang dengan amaun minimum yang ditentukan oleh Bank untuk membiayai pengendalian perniagaan kewangan Islamnya; dan

(b)

menyimpan semua aset dan liabiliti perniagaan kewangan

Islamnya berasingan daripada aset dan liabilitinya yang lain mengikut cara yang ditentukan oleh Bank.

(2)

Kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah perenggan (1)(a)

hendaklah—

(a)

dibiayai daripada dana modal institusi yang ditetapkan dan dana daripada sumber lain yang ditentukan oleh Bank; dan

(b)

diasingkan daripada dana modal institusi yang ditetapkan bagi pengendalian perniagaannya atau aktivitinya selain perniagaan kewangan Islam.

(3)

Melainkan jika ditentukan selainnya oleh Bank, aset sesuatu institusi yang ditetapkan yang telah mendapat kelulusan Bank di bawah perenggan 33B(1)(b) yang berhubungan dengan perniagaan kewangan Islamnya tidak boleh—

(a)

digunakan untuk membiayai pengendalian perniagaan konvensionalnya; dan

(b)

tertakluk pada hutang atau obligasi lain institusi yang ditetapkan itu berhubung dengan perniagaan konvensionalnya.

*CATATAN—Kecualian berkenaan dengan institusi yang ditetapkan untuk menjalankan perniagaan kewangan Islam–lihat subseksyen 112(2) Akta Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan) 2015

[Akta A1502] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2016.

Institusi Kewangan Pembangunan 59

Penggal 2

Pematuhan Shariah

Kewajipan memastikan pematuhan Shariah

33D. (1) Sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah pada setiap masa memastikan bahawa perniagaannya, hal ehwalnya dan aktivitinya adalah mematuhi Shariah.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), suatu pematuhan terhadap apa-apa nasihat atau keputusan Majlis Penasihat Shariah berkenaan dengan apa-apa perniagaan, hal ehwal atau aktiviti tertentu hendaklah disifatkan sebagai suatu pematuhan terhadap Shariah berkenaan dengan perniagaan, hal ehwal atau aktiviti itu.

(3)

Jika sesuatu institusi yang ditetapkan menyedari bahawa ia menjalankan apa-apa perniagaannya, hal ehwalnya dan aktivitinya dengan cara yang tidak mematuhi Shariah atau nasihat jawatankuasa

Shariahnya atau nasihat atau keputusan Majlis Penasihat Shariah, institusi yang ditetapkan itu hendaklah—

(a)

dengan serta-merta memaklumkan Bank dan jawatankuasa

Shariahnya mengenai hakikat itu;

(b)

dengan serta-merta berhenti daripada menjalankan perniagaan, hal ehwal atau aktiviti itu dan daripada mengambil apa-apa perniagaan, hal ehwal atau aktiviti lain yang serupa; dan

(c)

dalam tempoh tiga puluh hari setelah menyedari ketidakpatuhan itu atau apa-apa tempoh lanjut sebagaimana yang ditentukan oleh Bank, mengemukakan kepada Bank suatu rancangan mengenai pembetulan ketidakpatuhan itu.

(4)

Bank boleh menjalankan suatu penilaian yang difikirkannya perlu untuk menentukan sama ada institusi yang ditetapkan itu telah membetulkan ketidakpatuhan yang disebut dalam subseksyen (3).

60

Undang-Undang Malaysia

(5)

Mana-mana institusi yang ditetapkan yang melanggar subseksyen (1) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.

Kuasa Bank untuk menentukan standard mengenai perkara

Shariah

*33E. (1) Bank boleh, mengikut nasihat atau keputusan

Majlis Penasihat Shariah, menentukan standard—

(a)

mengenai perkara Shariah berkenaan dengan penjalanan perniagaan, hal ehwal atau aktiviti oleh sesuatu institusi yang ditetapkan yang menghendaki penentuan hukum

Syarak oleh Majlis Penasihat Shariah; dan

(b)

untuk menguatkuasakan nasihat atau keputusan

Majlis Penasihat Shariah.

(2)

Sebagai tambahan, Bank juga boleh menentukan standard yang berhubungan dengan mana-mana perkara yang berikut yang tidak menghendaki penentuan hukum Syarak:

(a)

tadbir urus Shariah termasuk—

(i)

fungsi dan kewajipan lembaga pengarah, pegawai kanan dan anggota jawatankuasa Shariah sesuatu institusi yang ditetapkan berhubung dengan pematuhan Shariah;

(ii)

kehendak layak dan sesuai atau kehilangan kelayakan seorang anggota jawatankuasa Shariah; dan

(iii)

fungsi pematuhan Shariah dalaman; dan

*CATATAN—Kecualian am–lihat subseksyen 111(2) dan (3) Akta Institusi Kewangan Pembangunan

(Pindaan) 2015 [Akta A1502] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2016 dan Kecualian berkenaan dengan institusi yang ditetapkan untuk menjalankan perniagaan kewangan Islam–lihat subseksyen 112(2) Akta

Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan) 2015 [Akta A1502] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2016.

Institusi Kewangan Pembangunan 61

(b)

apa-apa perkara lain berhubung dengan perniagaan, hal ehwal dan aktiviti sesuatu institusi yang ditetapkan bagi maksud pematuhan Shariah.

(3)

Tiap-tiap institusi yang ditetapkan, pengarahnya,

Ketua Pegawai Eksekutifnya, pegawai kanannya atau anggota suatu jawatankuasa Shariah hendaklah pada setiap masa mematuhi standard yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen (1) dan (2) yang terpakai bagi orang itu.

(4)

Tiap-tiap institusi yang ditetapkan hendaklah pada setiap masa—

(a)

memastikan bahawa dasar dan tatacara dalamannya mengenai tadbir urus Shariah adalah selaras dengan standard yang ditentukan oleh Bank di bawah seksyen ini; dan

(b)

sama ada atau tidak standard telah ditentukan oleh Bank di bawah seksyen ini, menguruskan perniagaannya, hal ehwalnya dan aktivitinya mengikut cara yang tidak bertentangan dengan Shariah.

(5)

Tiap-tiap pengarah, pegawai atau anggota jawatankuasa Shariah sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah pada setiap masa mematuhi dasar dan tatacara dalaman yang diterima pakai oleh institusi itu untuk melaksanakan standard yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen (1) atau (2).

(6)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi apa-apa standard yang ditentukan di bawah subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.

62

Undang-Undang Malaysia

Penggal 3

Tadbir urus Shariah

Penubuhan jawatankuasa Shariah

33F. Sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah menubuhkan suatu jawatankuasa Shariah bagi maksud menasihati institusi yang ditetapkan itu dalam memastikan bahawa perniagaannya, hal ehwalnya dan aktivitinya mematuhi Shariah.

Pelantikan anggota jawatankuasa Shariah

33G. Tiada seorang pun boleh dilantik, dilantik semula atau menerima apa-apa pelantikan sebagai anggota jawatankuasa Shariah melainkan jika orang itu memenuhi kehendak yang dinyatakan dalam apa-apa standard sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah subperenggan 33E(2)(a)(ii) dan telah mendapat kelulusan bertulis

Bank terlebih dahulu.

Fungsi dan kewajipan jawatankuasa Shariah dan anggotanya

33H. Suatu jawatankuasa Shariah dan tiap-tiap anggota jawatankuasa

Shariah hendaklah mempunyai fungsi dan kewajipan yang dinyatakan dalam mana-mana standard sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah subperenggan 33E(2)(a)(i).

Pemberhentian sebagai anggota jawatankuasa Shariah

33I. (1) Seorang anggota jawatankuasa Shariah hendaklah terhenti menjadi anggota sekiranya—

(a)

anggota itu meletak jawatan sebagai anggota;

(b)

institusi yang ditetapkan itu, tertakluk pada subseksyen (3), menamatkan pelantikan anggota itu;

Institusi Kewangan Pembangunan 63

(c)

anggota itu hilang kelayakan menurut mana-mana standard yang ditentukan oleh

Bank di bawah subperenggan 33E(2)(a)(ii); atau

(d)

anggota itu tidak lagi memenuhi kehendak layak dan sesuai sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah subperenggan 33E(2)(a)(ii) dengan memuaskan hati Bank.

(2)

Seorang anggota jawatankuasa Shariah yang—

(a)

meletak jawatan sebagai anggota; atau

(b)

menyedari bahawa dia telah hilang kelayakan menurut mana-mana standard yang ditentukan oleh Bank di bawah subperenggan 33E(2)(a)(ii) dan oleh itu, menurut perenggan (1)(c), terhenti menjadi anggota, hendaklah memaklumkan Bank hakikat itu dan sebabnya dengan serta merta atau dalam apa-apa hal tidak lewat daripada empat belas hari dari hal keadaan itu.

(3)

Sesuatu institusi yang ditetapkan tidak boleh menamatkan pelantikan anggota jawatankuasa Shariahnya melainkan jika institusi yang ditetapkan itu telah mendapat kelulusan bertulis Bank terlebih dahulu untuk berbuat demikian.

(4)

Tertakluk pada seksyen 123B, Bank boleh, melalui perintah secara bertulis, memecat anggota jawatankuasa Shariah sekiranya

Bank berpendapat bahawa—

(a)

mana-mana hal keadaan yang dinyatakan dalam perenggan (1)(c) atau (d) telah berlaku berhubung dengan anggota itu dan anggota itu kekal menjadi anggota jawatankuasa Shariah itu; atau

(b)

anggota itu telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau tidak mematuhi mana-mana standard yang terpakai baginya.

64

Undang-Undang Malaysia

(5)

Pemecatan anggota jawatankuasa

Shariah di bawah subseksyen (4) adalah menurut undang-undang dan sah walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam kontrak perkhidmatan atau apa-apa perjanjian lain yang berhubungan dengan pelantikannya dan sama ada atau tidak dibuat atau diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan orang yang dipecat daripada jawatan itu tidak berhak untuk menuntut pampasan bagi kehilangan jawatan itu.

Notis pemberhentian sebagai anggota jawatankuasa Shariah

33J. (1) Jika seseorang terhenti menjadi anggota jawatankuasa

Shariah sesuatu institusi yang ditetapkan menurut—

(a)

perenggan 33I(1)(a), (b) atau (d); atau

(b)

perenggan 33I(1)(c), sekiranya kehilangan kelayakan itu adalah dalam pengetahuan institusi yang ditetapkan itu, institusi yang ditetapkan itu hendaklah memaklumkan Bank secara bertulis hakikat dan sebab pemberhentian itu dengan serta-merta atau dalam apa-apa hal tidak lewat daripada empat belas hari dari tarikh pemberhentian itu.

(2)

Jika seorang terhenti menjadi anggota jawatankuasa Shariah di bawah subseksyen 33I(1) atau dipecat oleh Bank di bawah subseksyen 33I(4), institusi yang ditetapkan itu hendaklah melantik anggota baharu jawatankuasa Shariahnya mengikut seksyen 33G dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.

Maklumat yang perlu diberikan kepada jawatankuasa Shariah

33K. (1) Sesuatu institusi yang ditetapkan dan mana-mana pengarah, pegawai atau pengawal institusi itu hendaklah—

(a)

memberikan apa-apa dokumen atau maklumat yang berada dalam pengetahuannya atau yang boleh didapati olehnya, yang dikehendaki oleh jawatankuasa Shariah; dan

Institusi Kewangan Pembangunan 65

(b)

memastikan bahawa dokumen atau maklumat yang diberikan di bawah perenggan (a) adalah tepat, lengkap, tidak palsu atau tidak mengelirukan dalam apa-apa butir material, bagi membolehkan jawatankuasa Shariah itu menjalankan fungsinya dan kewajipannya di bawah Akta ini.

(2)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 33L, anggota jawatankuasa Shariah tidak boleh menzahirkan apa-apa dokumen atau maklumat yang diberikan di bawah subseksyen (1)

kepada mana-mana orang lain.

Perlindungan bersyarat dan obligasi kerahsiaan

33L. Seseorang anggota jawatankuasa Shariah tidak bertanggungan—

(a)

bagi suatu kemungkiran obligasi kerahsiaan antara anggota itu dengan institusi yang ditetapkan berkenaan dengan—

(i)

apa-apa pelaporan kepada Bank; atau

(ii)

penjalanan fungsinya dan kewajipannya, menurut apa-apa standard yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen 33E(2) yang dilakukan atau dibuat dengan suci hati; atau

(b)

untuk dibawa guaman di mana-mana mahkamah bagi fitnah berkenaan dengan apa-apa pernyataan yang dibuat oleh anggota itu tanpa niat jahat dalam penjalanan fungsinya dan kewajipannya di bawah Akta ini.

66

Undang-Undang Malaysia

Penggal 4

Audit pematuhan Shariah

Pelantikan orang oleh institusi yang ditetapkan untuk menjalankan audit pematuhan Shariah

33M. (1) Bank boleh menghendaki sesuatu institusi yang ditetapkan untuk melantik mana-mana orang yang diluluskan oleh Bank, untuk menjalankan audit pematuhan Shariah oleh institusi yang ditetapkan itu.

(2)

Orang yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai apa-apa fungsi dan kewajipan sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dan hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada Bank mengenai audit yang dijalankan menurut seksyen ini.

(3)

Saraan dan perbelanjaan orang yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah ditanggung oleh institusi yang ditetapkan itu.

(4)

Orang yang dilantik di bawah subseksyen (1) tidaklah bertanggungan bagi kemungkiran obligasi kerahsiaan antara orang itu dengan institusi yang ditetapkan itu berkenaan dengan perkara yang dilaporkan kepada Bank menurut suatu audit pematuhan Shariah di bawah seksyen ini.

Pelantikan orang oleh Bank untuk menjalankan audit pematuhan

Shariah

33N. (1) Tanpa menjejaskan seksyen 33M, Bank boleh melantik bagi sesuatu institusi yang ditetapkan mana-mana orang untuk menjalankan suatu audit pematuhan Shariah—

(a)

sekiranya institusi yang ditetapkan itu gagal untuk melantik seorang di bawah subseksyen 33M(1);

(b)

sebagai tambahan kepada orang yang dilantik di bawah subseksyen 33M(1); atau

Institusi Kewangan Pembangunan 67

(c)

dalam apa-apa hal keadaan lain yang Bank sifatkan wajar bagi maksud pematuhan kepada Shariah oleh institusi yang ditetapkan itu, dan saraan dan perbelanjaan yang berhubungan dengan pelantikan itu hendaklah ditanggung oleh institusi yang ditetapkan.

(2)

Orang yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai apa-apa fungsi dan kewajipan sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dan hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada Bank mengenai audit yang dijalankan menurut seksyen ini.

(3)

Orang yang dilantik di bawah subseksyen (1) tidaklah bertanggungan bagi kemungkiran obligasi kerahsiaan antara orang itu dengan institusi yang ditetapkan itu berkenaan dengan perkara yang dilaporkan kepada Bank menurut suatu audit pematuhan Shariah di bawah seksyen ini.

BAHAGIAN IV

OBLIGASI DAN SUMBER KEWANGAN

Pernyataan niat korporat

34. (1) Sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah, bagi setiap tahun kewangan, mengemukakan kepada Bank dalam apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Bank, apa-apa pernyataan niat korporat sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi institusi yang ditetapkan itu.

(2)

Pernyataan niat korporat di bawah subseksyen (1) hendaklah dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dan hendaklah termasuk rancangan strategik institusi yang ditetapkan itu dan cara institusi yang ditetapkan itu mendapatkan sumber kewangan bagi tahun kewangan yang berikutnya.

(3)

(Dipotong oleh Akta A1502).

(4)

(Dipotong oleh Akta A1502).

68

Undang-Undang Malaysia

(5)

(Dipotong oleh Akta A1502).

(6)

(Dipotong oleh Akta A1502).

Pendanaan tahunan

35. (1) Sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah, bagi setiap tahun kewangan, mengemukakan kepada Bank, dalam tempoh dan mengikut bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Bank, suatu keperluan pendanaan tahunan sebagaimana yang diluluskan oleh

Menteri.

(2)

(Dipotong oleh Akta A1502).

(3)

(Dipotong oleh Akta A1502).

(4)

Walau apa pun subseksyen (1), sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah mengemukakan kepada Bank apa-apa keperluan pendanaan tambahan untuk akaunnya sendiri, suatu kumpulan wang amanah yang sedia ada atau suatu kumpulan wang amanah baharu sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri.

(5)

(Dipotong oleh Akta A1502).

(6)

(Dipotong oleh Akta A1502).

Sekatan ke atas pembayaran dividen

36. (1) Sesuatu institusi yang ditetapkan tidak boleh membayar apa-apa dividen atas syernya sehingga semua perbelanjaan yang dipermodalkannya (termasuk belanja permulaan, belanja pengelolaan, komisen penjualan syer, komisen brokeraj, amaun kerugian yang ditanggung, dan apa-apa butiran perbelanjaan lain yang disokong oleh aset ketara) telah dihapus kira.

(2)

Sebelum sesuatu institusi yang ditetapkan mengisytiharkan apa-apa dividen, institusi itu hendaklah memohon secara bertulis bagi mendapatkan kelulusan Bank berkenaan dengan amaun yang

Institusi Kewangan Pembangunan 69

dicadangkan hendak diisytiharkan, dan Bank boleh meluluskan amaun itu, atau suatu amaun yang lebih rendah, atau melarang pembayaran apa-apa dividen, setelah mengambil kira keadaan kewangan institusi yang ditetapkan itu.

(3)

(Dipotong oleh Akta A1502).

Penyenggaraan aset cair

37. (1) Bank boleh menentukan bahawa sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah memegang apa-apa amaun minimum, atau purata minimum, aset cair di Malaysia sebagaimana yang dinyatakan dalam penentuan itu pada setiap masa atau selama apa-apa tempoh, dan mengikut apa-apa nisbah atau formula.

(2)

(Dipotong oleh Akta A1502).

(3)

Bagi maksud subseksyen (1), amaun minimum, atau purata minimum, aset cair hendaklah dinyatakan sebagai peratusan bagi kesemua atau apa-apa liabilitinya yang ditanggung oleh pejabatnya di Malaysia sebagaimana yang dinyatakan dalam penentuan itu.

(4)

Bagi maksud subseksyen (1), Bank hendaklah menentukan suatu tempoh yang tidak kurang daripada tujuh hari yang dalam tempoh itu sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah mematuhi penentuan itu.

(5)

(Dipotong oleh Akta A1502).

(6)

Bank boleh melarang mana-mana institusi yang ditetapkan daripada memberikan apa-apa kemudahan pembiayaan kepada mana-mana orang dalam tempoh institusi yang ditetapkan itu tidak mematuhi mana-mana kehendak penentuan di bawah seksyen ini.

Penyenggaraan wang modal

38. (1) Bank boleh menghendaki sesuatu institusi yang ditetapkan supaya menyenggarakan wang modal, yang tidak tercacat oleh

70

Undang-Undang Malaysia kerugian, mengikut apa-apa nisbah berbanding dengan kesemua atau mana-mana asetnya atau dengan kesemua atau mana-mana liabilitinya, termasuklah aset atau liabiliti kesemua pejabatnya di dalam dan di luar

Malaysia, sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.

(2)

(Dipotong oleh Akta A1502).

Penyenggaraan kumpulan wang rizab

39. (1) Bank boleh menghendaki sesuatu institusi yang ditetapkan supaya—

(a)

menyenggarakan suatu kumpulan wang rizab; dan

(b)

sebelum mengisytiharkan apa-apa dividen daripada untung bersihnya bagi setiap tahun (selepas peruntukan yang wajar telah dibuat untuk cukai), memindahkan kumpulan wang rizabnya daripada untung bersih bagi setiap tahun—

(i)

sejumlah wang yang sama banyak dengan tidak kurang daripada lima puluh peratus daripada untung bersih bagi tahun itu, selagi amaun kumpulan wang rizab itu kurang daripada lima puluh peratus daripada modal berbayarnya; atau

(ii)

sejumlah wang yang sama banyak dengan tidak kurang daripada dua puluh lima peratus daripada untung bersih bagi tahun itu, selagi amaun kumpulan wang rizab itu lima puluh peratus tetapi kurang daripada seratus peratus daripada modal berbayarnya.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Bank boleh menentukan bahawa suatu bahagian yang berlainan daripada untung bersih bagi setiap tahun hendaklah dipindahkan kepada kumpulan wang rizab sesuatu institusi yang ditetapkan bagi maksud memastikan bahawa amaun kumpulan wang rizabnya mencukupi bagi maksud perniagaannya dan memadai berhubung dengan liabilitinya.

Institusi Kewangan Pembangunan 71

(3)

Walau apa pun subseksyen (1), kumpulan wang rizab sesuatu institusi yang ditetapkan boleh, dengan kelulusan Bank dan tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang dikenakan oleh Bank, digunakan untuk membayar apa-apa syer tidak diterbitkan yang akan dikeluarkan kepada anggotanya sebagai syer bonus berbayar penuh.

(4)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh membenarkan institusi yang ditetapkan itu membayar dividen daripada kumpulan wang rizabnya.

(5)

(Dipotong oleh Akta A1502).

Penyenggaraan aset di Malaysia

40. (1) Melainkan jika Bank meluluskan selainnya secara bertulis, sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah memegang pada setiap masa di Malaysia apa-apa amaun minimum aset sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), amaun minimum aset yang hendaklah dipegang di Malaysia hendaklah dinyatakan sebagai peratusan bagi kesemua atau apa-apa liabiliti institusi yang ditetapkan itu sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.

(3)

Mana-mana institusi yang ditetapkan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit.

(4)

Bagi maksud subseksyen (1), Bank boleh menentukan suatu tempoh yang tidak kurang daripada tujuh hari yang dalam masa itu institusi yang ditetapkan hendaklah mematuhi penentuan itu.

Kuasa Bank untuk menentukan kehendak berhemat yang lain

*41. (1) Bank boleh menentukan standard mengenai perkara berhemat yang lain untuk menggalakkan—

*CATATAN—Kecualian am–lihat subseksyen 111(2) dan (3) Akta Institusi Kewangan Pembangunan

(Pindaan) 2015 [Akta A1502] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2016.

72

Undang-Undang Malaysia

(a)

kedudukan kewangan yang kukuh sesuatu institusi yang ditetapkan; atau

(b)

integriti, profesionalisme dan kepakaran dalam penjalanan perniagaan, hal ehwal dan aktiviti sesuatu institusi yang ditetapkan.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), standard yang ditentukan di bawah subseksyen itu boleh termasuk standard yang berhubungan dengan—

(a)

tadbir urus korporat;

(b)

pengurusan risiko; dan

(c)

pencegahan sesuatu institusi yang ditetapkan daripada digunakan, dengan sengaja atau tidak sengaja, bagi aktiviti jenayah.

(3)

Bank boleh, demi kepentingan institusi yang ditetapkan, menentukan standard mengenai perkara berhemat di bawah seksyen ini kepada subsidiari sesuatu institusi yang ditetapkan.

(4)

Tiap-tiap institusi yang ditetapkan dan subsidiari sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah pada setiap masa—

(a)

mematuhi standard sebagaimana yang ditentukan oleh

Bank di bawah seksyen ini;

(b)

memastikan bahawa dasar dan tatacara dalamannya adalah selaras dengan standard sebagaimana yang ditentukan oleh

Bank di bawah seksyen ini; dan

(c)

sama ada atau tidak standard telah ditentukan oleh Bank di bawah seksyen ini, menguruskan perniagaannya, hal ehwalnya dan aktivitinya dengan cara yang selaras dengan pengurusan risiko yang kukuh dan amalan tadbir urus yang berkesan, bertanggungjawab dan telus.

Institusi Kewangan Pembangunan 73

(5)

Tiap-tiap pengarah dan pegawai sesuatu institusi yang ditetapkan dan subsidiari sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah pada setiap masa mematuhi dasar dan tatacara dalaman yang diterima pakai oleh institusi atau subsidiari itu termasuk dasar dan tatacara dalaman untuk melaksanakan standard sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah seksyen ini.

Pindaan dokumen konstituen

42. (1) Sesuatu institusi yang ditetapkan tidak boleh membuat apa-apa pindaan kepada dokumen konstituennya, melainkan jika institusi itu telah memberi Bank secara bertulis butir-butir pindaan yang dicadangkan dan telah terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Bank.

(2)

(Dipotong oleh Akta A1502).

(3)

Sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah, dalam masa tiga puluh hari selepas membuat apa-apa pindaan kepada dokumen konstituennya, memberi Bank—

(a)

secara bertulis butir-butir mengenai pindaan itu yang ditentusahkan dengan sewajarnya dengan akuan berkanun yang dibuat salah seorang daripada pengarahnya; dan

(b)

suatu salinan dokumen konstituennya yang dipinda itu.

(4)

(Dipotong oleh Akta A1502).

BAHAGIAN IVA

PELAKUAN PERNIAGAAN DAN PERLINDUNGAN PENGGUNA

Tafsiran

42A. Bagi maksud Bahagian ini dan Jadual Kedua—

74

Undang-Undang Malaysia

“pengadu yang layak” ertinya mana-mana orang yang layak untuk merujuk suatu pertikaian kepada Skim Ombudsman Kewangan mengikut terma Skim Ombudsman Kewangan itu;

“pengguna kewangan”

ertinya mana-mana orang yang menggunakan, telah menggunakan atau mungkin bercadang untuk menggunakan, apa-apa perkhidmatan atau produk kewangan—

(a)

bagi maksud persendirian, domestik atau keperluan rumah;

(b)

berkaitan dengan suatu perniagaan kecil sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah seksyen 42C; atau

(c)

sama ada atau tidak bagi maksud yang dinyatakan dalam perenggan (a) atau (b), sekiranya—

(i)

nilai perkhidmatan atau produk kewangan itu tidak melebihi suatu amaun sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah seksyen 42C; atau

(ii)

orang itu adalah daripada suatu golongan, kategori atau perihalan orang sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank di bawah seksyen 42C;

“perkhidmatan atau produk kewangan” ertinya perkhidmatan kewangan atau produk kewangan yang dibangunkan, ditawarkan atau dipasarkan, oleh sesuatu institusi yang ditetapkan atau bagi dan bagi pihak seorang yang lain oleh sesuatu institusi yang ditetapkan;

“Skim Ombudsman Kewangan” ertinya suatu skim ombudsman kewangan yang diluluskan di bawah subseksyen 126(2)

Akta

Perkhidmatan

Kewangan 2013

[Akta 758]

atau subseksyen 138(2) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

Pemakaian

42B. (1) Seksyen 42C dan 42D hendaklah terpakai tanpa menjejaskan peruntukan Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671]

setakat yang peruntukan itu berhubung dengan mana-mana aktiviti

Institusi Kewangan Pembangunan 75

terkawal yang dijalankan oleh sesuatu institusi yang ditetapkan di bawah Akta itu.

(2)

Bank hendaklah membuat perkiraan secara bertulis dengan

Suruhanjaya Sekuriti untuk menyelaraskan pengawalseliaan pelakuan perniagaan yang berhubungan dengan produk pasaran modal atau perkhidmatan pasaran modal sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, yang dibangunkan, ditawarkan atau dipasarkan oleh sesuatu institusi yang ditetapkan.

Standard mengenai pelakuan perniagaan

*42C. (1) Bank boleh menentukan standard mengenai pelakuan perniagaan bagi maksud memastikan bahawa sesuatu institusi yang ditetapkan adalah adil, bertanggungjawab dan profesional apabila berurusan dengan pengguna kewangan.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), standard yang ditentukan di bawah subseksyen itu boleh termasuk standard yang berhubungan dengan—

(a)

kehendak ketelusan dan penzahiran termasuk pemberian maklumat yang tepat, jelas, tepat pada masanya dan tidak mengelirukan kepada pengguna kewangan;

(b)

terma yang adil dalam suatu kontrak pengguna kewangan bagi perkhidmatan atau produk kewangan;

(c)

promosi perkhidmatan atau produk kewangan;

(d)

pemberian syor atau nasihat termasuk penilaian kesesuaian dan kemampuan perkhidmatan atau produk kewangan yang ditawarkan kepada pengguna kewangan; dan

(e)

aduan dan mekanisme penyelesaian pertikaian.

*CATATAN—Kecualian am–lihat subseksyen 111(2) dan (3) Akta Institusi Kewangan Pembangunan

(Pindaan) 2015 [Akta A1502] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2016.

76

Undang-Undang Malaysia

(3)

Bank boleh menentukan standard bagi maksud takrif “pengguna kewangan” di bawah seksyen 42A.

(4)

Jika Bank menentukan suatu standard mengenai pelakuan perniagaan di bawah subseksyen (1) yang berhubungan secara khusus dengan produk pasaran modal atau perkhidmatan pasaran modal sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Pasaran

Modal dan Perkhidmatan 2007, standard itu hendaklah ditentukan secara bersesama dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Pelakuan perniagaan dilarang

42D. (1) Sesuatu institusi yang ditetapkan tidak boleh terlibat dalam apa-apa pelakuan perniagaan dilarang yang dinyatakan dalam

Jadual

Suggest a correction

Jadual Kedua.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan seksyen 126, Bank boleh mengeluarkan panduan secara bertulis mengenai—

(a)

perihalan pelakuan yang menjadi apa-apa pelakuan perniagaan dilarang yang dinyatakan dalam Jadual Kedua; atau

(b)

faktor yang perlu diambil kira dalam menentukan sama ada sesuatu institusi yang ditetapkan telah terlibat dalam apa-apa pelakuan perniagaan dilarang yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.

(3)

Jika Bank mengeluarkan panduan yang berhubungan dengan pelakuan perniagaan dilarang yang dinyatakan dalam perenggan 5

dan 6 Jadual Kedua, panduan itu hendaklah dikeluarkan setelah berunding dengan Suruhanjaya Persaingan.

(4)

Mana-mana institusi yang ditetapkan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua-duanya.

Institusi Kewangan Pembangunan 77

(5)

Bank hendaklah merujuk apa-apa aduan daripada seorang yang terkilan yang melibatkan pelakuan perniagaan dilarang yang dinyatakan dalam perenggan 5 dan 6 Jadual Kedua kepada

Suruhanjaya Persaingan.

(6)

Dalam seksyen ini, “Suruhanjaya Persaingan” ertinya Suruhanjaya

Persaingan yang ditubuhkan di bawah Akta Persaingan 2010 [Akta 712].

Skim Ombudsman Kewangan

42E. (1) Bagi maksud memastikan pengendalian aduan yang berkesan dan adil dan bagi penyelesaian pertikaian berkaitan dengan perkhidmatan atau produk kewangan, peraturan-peraturan boleh dibuat di bawah seksyen 123—

(a)

untuk menghendaki mana-mana golongan, kategori atau perihalan institusi yang ditetapkan menjadi anggota Skim

Ombudsman Kewangan dan mematuhi pada setiap masa terma keanggotaan skim itu; dan

(b)

mengenai terma Skim Ombudsman Kewangan yang menyatakan ruang lingkup termasuk jenis pertikaian yang boleh dirujuk kepadanya dan pengadunya yang layak, fi yang boleh dicajkan dan jenis award yang boleh diberikan di bawah Skim Ombudsman Kewangan.

(2)

Sesuatu institusi yang ditetapkan yang ialah anggota Skim

Ombudsman Kewangan hendaklah—

(a)

memberikan dokumen atau maklumat sebagaimana yang dikehendaki bagi maksud penyelesaian pertikaian yang dirujuk kepada Skim Ombudsman Kewangan; dan

(b)

mematuhi apa-apa award yang diberikan di bawah Skim

Ombudsman Kewangan, termasuk suatu arahan yang menghendaki institusi yang ditetapkan itu untuk mengambil apa-apa langkah berhubung dengan suatu pertikaian.

78

Undang-Undang Malaysia

(3)

Jika suatu pertikaian telah dirujuk kepada Skim Ombudsman

Kewangan oleh pengadu yang layak, pengadu yang layak itu tidak berhak untuk membuat suatu tuntutan atas pertikaian itu kepada

Tribunal

Tuntutan

Pengguna yang ditubuhkan di bawah

Akta Perlindungan Pengguna 1999 [Akta 599].

BAHAGIAN V

URUSAN DENGAN WANG KERAJAAN

Penubuhan dan penyenggaraan kumpulan wang amanah

43. Sesuatu institusi yang ditetapkan boleh, dengan persetujuan

Kerajaan, menubuhkan dan menyenggarakan suatu amanah yang berasingan bagi apa-apa kumpulan wang yang diperuntukkan oleh

Kerajaan, dan menguruskan kumpulan wang amanah itu untuk dan bagi pihak Kerajaan secara berasingan daripada wangnya sendiri.

Penggunaan wang amanah

44. (1) Tiada institusi yang ditetapkan boleh menggunakan aset sesuatu kumpulan wang amanah untuk menjelaskan liabiliti atau perbelanjaan yang tidak sebenarnya berkaitan dengan kumpulan wang amanah itu.

(2)

Mana-mana institusi yang ditetapkan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit.

(3)

Bagi maksud subseksyen (1), Bank boleh menentukan amaun dan jenis liabiliti dan perbelanjaan yang boleh dipertanggungkan pada mana-mana kumpulan wang amanah.

(4)

Bank boleh, jika berpuas hati bahawa sesuatu institusi yang ditetapkan telah menggunakan mana-mana aset sesuatu kumpulan wang amanah untuk menjelaskan liabiliti atau perbelanjaan yang tidak sebenarnya berkaitan dengan kumpulan wang amanah itu, mengarahkan institusi yang ditetapkan itu supaya

Institusi Kewangan Pembangunan 79

mempertanggungkan liabiliti atau perbelanjaan itu pada aset kumpulan wang amanah yang berkaitan atau aset institusi yang ditetapkan itu.

(5)

(Dipotong oleh Akta A1502).

Pelaburan kumpulan wang amanah

45. Sesuatu institusi yang ditetapkan boleh melaburkan wang dalam mana-mana kumpulan wang amanah setakat yang wang itu tidak diperlukan dalam masa itu untuk dibelanjakan atau digunakan bagi maksud kumpulan wang amanah itu ditubuhkan, dalam apa-apa pelaburan sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dan kesemua pendapatan yang terakru berkenaan dengan pelaburan itu hendaklah dikreditkan kepada kumpulan wang amanah itu.

Kredit ke dalam kumpulan wang amanah

46. (1) Sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah membayar ke dalam sesuatu kumpulan wang amanah kesemua wang yang diterima olehnya berkenaan dengan perniagaan yang dengannya kumpulan wang amanah itu berkaitan.

(2)

Sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah membayar ke dalam sesuatu kumpulan wang amanah kesemua pendapatan yang terhasil daripada pelaburan aset kumpulan wang amanah itu.

(3)

Mana-mana institusi yang ditetapkan yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit.

Harta kumpulan wang amanah sebagai sandaran

47. (1) Tiada institusi yang ditetapkan boleh memberikan harta sesuatu kumpulan wang amanah sebagai sandaran untuk sesuatu kemudahan pembiayaan yang diberikan oleh mana-mana orang kepada institusi yang ditetapkan itu atau kepada mana-mana orang lain.

80

Undang-Undang Malaysia

(2)

Mana-mana institusi yang ditetapkan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit.

Penilaian kumpulan wang amanah

48. (1) Sesuatu institusi yang ditetapkan boleh membuat penilaian aset dan menentukan liabiliti sesuatu kumpulan wang amanah mengikut cara yang ditentukan oleh Bank.

(2)

(Dipotong oleh Akta A1502).

Pemindahan kumpulan wang amanah

49. (1) Menteri boleh, atas syor Bank, mengarahkan sesuatu institusi yang ditetapkan supaya memindahkan kesemua aset dan liabiliti mana-mana kumpulan wang amanah kepada suatu kumpulan wang amanah lain yang disenggarakan dan diuruskan oleh institusi yang ditetapkan itu.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Menteri boleh, atas syor Bank, mengarahkan sesuatu institusi ditentukan supaya memindahkan mana-mana kumpulan wang amanah kepada orang lain, termasuklah sesuatu institusi yang ditetapkan dan seksyen 16 hendaklah terpakai bagi pemindahan itu dengan ubah suaian yang perlu.

(3)

Mana-mana institusi yang ditetapkan yang tidak mematuhi arahan di bawah subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima juta ringgit.

Pecah amanah

50. (1) Mana-mana pengarah atau pegawai sesuatu institusi yang ditetapkan yang, sebagai orang yang dengan apa-apa cara telah diamanahkan dengan harta dalam mana-mana kumpulan wang amanah atau dengan apa-apa kuasa ke atas harta dalam mana-mana kumpulan wang amanah sama ada secara bersendirian atau bersesama dengan

Institusi Kewangan Pembangunan 81

mana-mana orang lain, dengan curangnya menyalahgunakan, atau mengambil bagi kegunaannya sendiri, harta itu, atau dengan curangnya menggunakan atau melupuskan harta itu dengan melanggar peruntukan Bahagian ini yang menetapkan cara bagaimana amanah itu hendaklah dilaksanakan, atau dengan sengaja membiarkan mana-mana orang lain berbuat demikian, melakukan pecah amanah jenayah.

(2)

Mana-mana orang yang melakukan pecah amanah jenayah seperti yang dinyatakan dalam subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi dua kali nilai harta yang merupakan hal perkara pecah amanah itu atau lima puluh juta ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, atau kedua-duanya.

Penamatan kumpulan wang amanah

51. Sesuatu kumpulan wang amanah yang ditubuhkan di bawah seksyen 43 hendaklah ditamatkan apabila kumpulan wang amanah itu digulung atau dibubarkan atau selesai pemindahan aset dan liabilitinya kepada kumpulan wang amanah yang lain di bawah seksyen 49.

Penggunaan kumpulan wang amanah dalam penggulungan

52. (1) Dalam penggulungan sesuatu institusi yang ditetapkan, aset sesuatu kumpulan wang amanah hendaklah digunakan untuk menjelaskan liabiliti kumpulan wang amanah itu setakat yang diperuntukkan kepada kumpulan wang amanah itu.

(2)

Melainkan jika Menteri meluluskan selainnya, jika aset sesuatu kumpulan wang amanah melebihi liabilitinya, aset lebihan itu tidak boleh digunakan untuk menjelaskan liabiliti kumpulan wang amanah lain yang kurang.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)

melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.

82

Undang-Undang Malaysia

BAHAGIAN VI

PENGAWALAN ORANG YANG INGKAR

Ketidakupayaan untuk menunaikan obligasi

53. (1) Sesuatu institusi yang ditetapkan, yang berpendapat bahawa ia tidak solven, atau mungkin akan menjadi tidak berupaya untuk menunaikan kesemua atau mana-mana obligasinya atau bahawa ia hampir hendak menggantung pembayaran sehingga apa-apa takat, hendaklah dengan serta-merta memberitahu Bank tentang hakikat itu.

(2)

Mana-mana institusi yang ditetapkan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit.

Tindakan oleh Bank

54. (1) Jika Bank berpuas hati sama ada menurut maklumat di bawah subseksyen 53(1) atau selepas satu pemeriksaan di bawah

Bahagian VIII, atau sekiranya Bank berpendapat bahawa, sesuatu institusi yang ditetapkan—

(a)

sedang menjalankan perniagaannya mengikut cara yang memudaratkan kepentingan pemegang kepentingannya atau orang awam pada amnya;

(b)

solven, atau telah menjadi atau mungkin akan menjadi tidak berupaya untuk memenuhi kesemua atau mana-mana obligasinya, atau hampir hendak menggantung pembayaran sehingga apa-apa takat;

(c)

telah memungkiri atau melanggar mana-mana peruntukan

Akta ini, Akta Bank Negara Malaysia 2009 atau mana-mana undang-undang bertulis, selain undang-undang sekuriti sebagaimana yang ditakrifkan dalam

Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 [Akta 498], tidak kira bahawa tiada pendakwaan atau tindakan lain berkenaan dengan kemungkiran atau pelanggaran itu;

Institusi Kewangan Pembangunan 83

(d)

telah tidak mematuhi apa-apa standard, notis, syarat, penentuan, kehendak, sekatan atau arahan yang ditentukan, dikeluarkan atau dibuat di bawah Akta ini, tidak kira bahawa tiada pendakwaan atau tindakan lain berkenaan dengan ketidakpatuhan itu;

(e)

sedang menjalankan suatu aktiviti yang tidak selaras dengan dokumen konstituennya atau dengan apa-apa penentuan yang dibuat di bawah subseksyen 28(1);

(f)

sedang melakukan atau akan melakukan suatu perbuatan, atau sedang menuruti atau akan menuruti apa-apa pelakuan, yang tidak selamat atau tidak wajar atau gagal untuk melakukan suatu perbuatan atau menuruti suatu pelakuan yang perlu untuk mengekalkan keselamatan dan kekukuhan institusi yang ditetapkan;

(g)

telah gagal untuk menguruskan perniagaannya atau hal ehwalnya dengan cara yang selaras dengan pengurusan risiko yang wajar dan amalan tadbir urus yang baik; atau

(h)

yang telah mendapat kelulusan untuk menjalankan perniagaannya atau aktivitinya mengikut

Shariah di bawah—

(i)

perenggan 33B(1)(a), menjalankan atau akan menjalankan mana-mana bahagian daripada perniagaannya, hal ehwalnya atau aktivitinya mengikut cara yang bertentangan dengan Shariah; atau

(ii)

perenggan 33B(1)(b), menjalankan atau akan menjalankan mana-mana bahagian daripada perniagaan kewangan Islamnya mengikut cara yang bertentangan dengan Shariah,

Bank boleh, melalui perintah secara bertulis, menjalankan mana-mana satu kuasa di dalam subseksyen (2) atau lebih.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), Bank boleh—

84

Undang-Undang Malaysia

(a)

menghendaki institusi yang ditetapkan itu supaya mengambil apa-apa langkah, atau apa-apa tindakan, atau melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan atau perkara, berhubung dengan institusi itu, atau perniagaannya, atau pengarah atau pegawainya, yang difikirkan perlu oleh Bank dan yang dinyatakan oleh Bank dalam perintah itu, dalam masa yang dinyatakan dalam perintah itu;

(b)

melarang sesuatu institusi yang ditetapkan daripada memberikan apa-apa kemudahan pembiayaan lanjut selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam perintah itu, dan menjadikan larangan itu tertakluk pada apa-apa kekecualian, dan mengenakan apa-apa syarat berhubung dengan kekecualian itu, sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu, dan, dari semasa ke semasa, melalui perintah selanjutnya yang dibuat mengikut cara yang serupa, melanjutkan tempoh itu;

(c)

walau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang bertulis, atau apa-apa batasan yang terkandung dalam dokumen konstituen institusi yang ditetapkan, kerana sebab-sebab yang direkodkannya secara bertulis, memecat daripada jawatan, mulai dari tarikh yang dinyatakan dalam perintah itu, mana-mana pegawai institusi yang ditetapkan itu;

(d)

walau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang bertulis, atau apa-apa batasan yang terkandung dalam dokumen konstituen institusi yang ditetapkan itu, dan, khususnya, walau apa pun apa-apa batasan tentang bilangan minimum atau maksimum pengarah, kerana sebab-sebab yang direkodkan olehnya secara bertulis—

(i)

memecat daripada jawatan, mulai dari tarikh yang dinyatakan dalam perintah itu, mana-mana pengarah institusi yang ditetapkan itu; atau

Institusi Kewangan Pembangunan 85

(ii)

melantik mana-mana orang sebagai pengarah institusi yang ditetapkan itu, dan mengadakan peruntukan dalam perintah itu supaya orang itu dibayar oleh institusi itu apa-apa saraan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu; atau

(e)

melantik seseorang untuk menasihati institusi yang ditetapkan itu berhubung dengan perjalanan yang sepatutnya perniagaannya, dan mengadakan peruntukan dalam perintah itu supaya orang itu dibayar oleh institusi yang ditetapkan itu apa-apa saraan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.

(3)

Mana-mana institusi yang ditetapkan yang tidak mematuhi mana-mana kehendak di bawah perenggan (2)(a) atau melanggar mana-mana larangan di bawah perenggan (2)(b), melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua-duanya.

(4)

Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), kuasa Bank di bawah perenggan (2)(b), (c), (d) dan (e) tidak boleh dijalankan tanpa persetujuan Menteri yang diperoleh terlebih dahulu.

Tindakan oleh Menteri

55. Walau apa pun seksyen 54, Menteri boleh, atas syor Bank, menetapkan—

(a)

supaya Bank mengambil alih kawalan kesemua atau sebahagian daripada harta, perniagaan dan hal ehwal institusi yang ditetapkan, dan menjalankan kesemua atau sebahagian daripada perniagaan dan hal ehwal institusi yang ditetapkan itu atau supaya Bank melantik mana-mana orang untuk berbuat demikian bagi pihak Bank, dan bagi kos dan perbelanjaan Bank, atau saraan orang yang dilantik itu, kena dibayar daripada wang dan harta institusi yang ditetapkan itu sebagai gadaian pertama ke atasnya;

86

Undang-Undang Malaysia

(b)

sama ada sesuatu perintah telah dibuat atau tidak di bawah perenggan (a), membenarkan suatu permohonan dibuat oleh Bank kepada Mahkamah Tinggi untuk melantik seorang penerima atau pengurus untuk menguruskan kesemua atau sebahagian daripada perniagaan, hal ehwal dan harta institusi yang ditetapkan, dan bagi mendapatkan daripada Mahkamah Tinggi segala perintah atau arahan yang bersampingan dengan, berdampingan dengan atau berbangkit daripada pelantikan itu sebagaimana yang, pada pendapat Bank, perlu atau suai manfaat; atau

(c)

sama ada sesuatu perintah telah dibuat atau tidak di bawah perenggan (a) atau (b), membenarkan Bank mengemukakan suatu petisyen kepada Mahkamah Tinggi untuk menggulung institusi yang ditetapkan itu.

56. (Dipotong oleh Akta A1502).

Pelantikan di bawah seksyen 54

57. (1) Seseorang yang dilantik oleh

Bank di bawah subperenggan 54(2)(d)(ii), perenggan 54(2)(e), atau perenggan 55(a)

hendaklah dilantik tertakluk pada apa-apa terma dan syarat, dan selama apa-apa tempoh, yang diputuskan oleh Bank, dan hendaklah memegang jawatannya pelantikannya itu mengikut kehendak Bank dan tidaklah menanggung apa-apa obligasi atau liabiliti semata-mata disebabkan dia memegang jawatan itu.

(2)

Pelantikan seseorang pengarah di bawah subperenggan 54(2)(d)(ii)

tidaklah menjejaskan mana-mana peruntukan dokumen konstituen yang membolehkan institusi yang ditetapkan itu mempunyai pengarah tambahan jika bilangan maksimum pengarah yang dibenarkan di bawah dokumen konstituen belum lagi mencapai atau melebihi bilangan maksimum disebabkan oleh pelantikan itu.

(3)

Jika seseorang penerima atau pengurus telah dilantik berkenaan dengan sesuatu institusi yang ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi di bawah perenggan 55(b), segala kos, caj dan perbelanjaan yang patut,

Institusi Kewangan Pembangunan 87

termasuk saraan penerima atau pengurus itu, hendaklah kena dibayar daripada aset institusi yang ditetapkan itu dengan diberi keutamaan daripada semua tuntutan yang lain.

Pemecatan jawatan di bawah seksyen 54

58. (1) Mana-mana pegawai atau pengarah yang dipecat daripada jawatan dalam sesuatu institusi yang ditetapkan di bawah perenggan 54(2)(c) atau subperenggan 54(2)(d)(i) hendaklah terhenti memegang jawatan yang daripadanya dia dipecat mulai dari tarikh yang dinyatakan dalam perintah itu, dan tidak boleh memegang apa-apa jawatan lain dalam institusi yang ditetapkan itu atau, dengan apa-apa cara, sama ada secara langsung atau secara tidak langsung, bersangkut-paut dengan, atau mengambil bahagian atau terlibat dalam, apa-apa aktiviti, hal ehwal atau perniagaan institusi yang ditetapkan itu atau berhubung dengan institusi yang ditetapkan itu.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.

(3)

Pemecatan seseorang pegawai atau pengarah di bawah perenggan 54(2)(c) atau subperenggan 54(2)(d)(i) adalah menurut undang-undang dan sah walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana kontrak perkhidmatan atau kontrak atau perjanjian lain, sama ada nyata atau tersirat, sama ada secara individu atau kolektif, dan sama ada atau tidak dibuat atau diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan seseorang yang dipecat daripada jawatan sedemikian tidak berhak untuk menuntut apa-apa pampasan kerana kehilangan atau penamatan jawatan itu.

Pengambilalihan kawalan

59. (1) Jika perintah dibuat di bawah perenggan 55(a), institusi yang ditetapkan itu dan pengarah dan pegawainya hendaklah menyerahkan harta, perniagaan dan hal ehwal institusi itu kepada kawalan Bank atau orang yang dilantik oleh Bank dan hendaklah memberi Bank atau

88

Undang-Undang Malaysia orang yang dilantik itu segala kemudahan sebagaimana yang dikehendaki untuk menjalankan perniagaan dan hal ehwal institusi yang ditetapkan itu.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit.

(3)

Bank, atau orang yang dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah terus mengawal harta, perniagaan dan hal ehwal institusi yang ditetapkan, dan menjalankan perniagaan dan hal ehwal institusi itu atas nama dan bagi pihak institusi itu, sehingga masa perintah itu dibatalkan di bawah subseksyen 56(4).

(4)

Semua kuasa institusi yang ditetapkan dan pengarahnya di bawah dokumen konstituennya, atau yang boleh dijalankan oleh institusi itu atau pengarahnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis, tidak kira sama ada kuasa tersebut boleh dijalankan melalui ketetapan, ketetapan khas, atau mengikut apa-apa cara lain hendaklah terletak hak pada Bank, atau pada orang yang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan apa-apa kesulitan yang berbangkit bolehlah diselesaikan oleh Menteri dengan arahan bertulis.

(5)

Selama tempoh sesuatu perintah di bawah perenggan 55(a)

berkuat kuasa, tiada pengarah institusi yang ditetapkan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, boleh terlibat dalam apa-apa aktiviti berhubung dengan institusi yang ditetapkan itu, kecuali sebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan oleh Bank, atau orang yang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan tiada saraan boleh terakru atau kena dibayar kepada mana-mana pengarah institusi yang ditetapkan itu, kecuali yang berhubungan dengan apa-apa aktiviti yang dikehendaki atau dibenarkan oleh Bank, atau orang yang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(6)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit.

(7)

Bagi mengelakkan keraguan, dengan ini diisytiharkan bahawa sesuatu perintah di bawah perenggan 55(a) tidaklah mempunyai kuat

Institusi Kewangan Pembangunan 89

kuasa sebagai memberi, atau meletakhakkan pada, Bank, atau orang yang dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan, apa-apa hakmilik bagi, atau apa-apa kepentingan benefisial mengenai, apa-apa harta institusi yang ditetapkan itu.

Pengurangan modal syer dan pembatalan syer

60. (1) Walau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dokumen konstituen sesuatu institusi yang ditetapkan, jika modal berbayar institusi yang ditetapkan itu telah kerugian atau tidak digambarkan oleh aset yang ada, Bank atau orang yang dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan suatu perintah untuk mengurangkan modal syernya dengan membatalkan apa-apa bahagian modal berbayarnya yang telah kerugian atau tidak digambarkan oleh aset yang ada.

(2)

Jika Mahkamah Tinggi membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1) untuk mengurangkan modal syer sesuatu institusi yang ditetapkan, Mahkamah boleh, jika, apabila habis tempoh tiga puluh hari dari tarikh apa-apa panggilan yang dibuat oleh institusi yang ditetapkan kepada anggota-anggotanya supaya membayar syer masing-masing, jika pembayaran bagi mana-mana syer sedemikian belum lagi dibuat, memerintahkan supaya syer sedemikian yang pembayarannya belum lagi dibuat dibatalkan.

(3)

Jika modal syer sesuatu institusi yang ditetapkan dikurangkan di bawah subseksyen (1), atau mana-mana syernya telah dibatalkan di bawah subseksyen (2), Bank, atau orang yang dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh menyebabkan supaya dokumen konstituen institusi yang ditetapkan itu diubah dengan sewajarnya.

(4)

Kuasa yang diberikan kepada Bank dan orang yang dilantik di bawah seksyen ini hendaklah menjadi tambahan kepada apa-apa kuasa yang boleh dijalankan di bawah subseksyen 64(1)

*Akta Syarikat 1965, dan jika permohonan dibuat kepada Mahkamah

Tinggi di bawah subseksyen (1), Mahkamah Tinggi boleh

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

90

Undang-Undang Malaysia menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 64 *Akta Syarikat 1965 berhubung dengan sesuatu permohonan bagi pengesahan dan subseksyen 64(9) dan 64(10) Akta itu hendaklah terpakai bagi permohonan itu.

Peluasan bidang kuasa

61. Apa-apa sebutan dalam Bahagian ini mengenai sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah dibaca sebagai termasuk sebutan mengenai—

(a)

sesuatu perbadanan berkaitannya; dan

(b)

seseorang yang dikawal oleh seseorang pengarah atau pengarah-pengarah institusi yang ditetapkan itu, atau oleh orang yang bertindak bersama-sama dengan seseorang pengarah atau pengarah-pengarah institusi yang ditetapkan itu.

Moratorium

62. (1) Jika Bank, atau orang yang dilantik, telah mengambil alih kawalan sesuatu institusi yang ditetapkan, Menteri boleh atas syor

Bank, jika difikirkannya berfaedah kepada kepentingan pemegang kepentingan institusi yang ditetapkan itu, atau orang awam pada amnya, menetapkan bagi semua atau mana-mana yang berikut:

(a)

melarang institusi yang ditetapkan itu menjalankan semua perniagaannya atau mana-mana bahagian daripada perniagaannya;

(b)

melarang institusi yang ditetapkan itu melakukan atau melaksanakan apa-apa perbuatan atau fungsi yang berkaitan dengan semua perniagaannya atau mana-mana bahagian perniagaannya;

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

Institusi Kewangan Pembangunan 91

(c)

membenarkan Bank, atau orang yang dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan, memohon kepada Mahkamah

Tinggi bagi suatu perintah yang menangguhkan selama tempoh tidak melebihi enam bulan pemulaan atau penerusan semua atau mana-mana tindakan dan prosiding yang bersifat sivil oleh atau terhadap institusi yang ditetapkan itu berkenaan dengan semua atau mana-mana perniagaannya;

(d)

mengadakan peruntukan bagi segala perkara itu yang bersampingan, berdampingan atau berbangkit, atau yang baginya mungkin perlu atau suai manfaat diadakan selainnya peruntukan, untuk melaksanakan perintah itu termasuk peruntukan bagi Bank atau orang yang dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk mengambil harta, buku, dokumen atau barang-barang institusi yang ditetapkan itu ke dalam jagaan atau kawalan Bank atau orang itu.

(2)

Mana-mana institusi yang ditetapkan yang melanggar sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit.

(3)

Sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) tidak boleh dibuat melainkan jika institusi yang ditetapkan telah diberi peluang yang munasabah untuk membuat representasi terhadap, atau berhubung dengan, perintah yang dicadangkan, dengan syarat bahawa jika apa-apa kelengahan akan memudaratkan kepentingan pemegang kepentingan, perintah itu boleh dikeluarkan dahulu, dan peluang untuk membuat representasi hendaklah diberikan selepas sahaja perintah itu dibuat, dan berbangkit daripada representasi itu, perintah itu boleh, atas syor Bank, sama ada disahkan, atau dipinda atau dibatalkan di bawah subseksyen (4) oleh Menteri.

(4)

Sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), atau menurut kuasa subseksyen (3), boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri melalui suatu perintah yang dibuat atas syor Bank, dan mana-mana perintah sedemikian boleh mengandungi segala perintah,

92

Undang-Undang Malaysia arahan atau peruntukan yang berdampingan, bersampingan atau berbangkit sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Menteri.

BAHAGIAN VII

JURUAUDIT DAN AKAUN

Pelantikan juruaudit

63. (1) Sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah melantik, bagi setiap tahun kewangan sebelum suatu tarikh yang ditentukan oleh

Bank, seorang juruaudit yang diluluskan oleh Bank.

(2)

(Dipotong oleh Akta A1502).

(3)

Jika sesuatu institusi yang ditetapkan tidak melantik seorang juruaudit sebelum tarikh yang dinyatakan dalam subseksyen (1), Bank boleh melantik seorang juruaudit bagi institusi yang ditetapkan itu dan saraan dan perbelanjaan juruaudit itu sebagaimana yang ditentukan oleh Bank hendaklah dibayar oleh institusi yang ditetapkan itu.

(4)

Jika Bank berpendapat wajar bahawa seorang lagi juruaudit patut bertindak bersama-sama dengan juruaudit yang dilantik di bawah subseksyen (1) atau (3), Bank boleh melantik seorang lagi juruaudit, yang saraan dan perbelanjaannya, sebagaimana yang ditentukan oleh

Bank, hendaklah dibayar oleh institusi yang ditetapkan itu.

Kehilangan kelayakan juruaudit

64. (1) Tiada institusi yang ditetapkan boleh dengan disedarinya melantik sebagai juruauditnya seseorang, dan tiada seorang pun boleh dengan disedarinya bersetuju untuk dilantik sebagai juruaudit sesuatu institusi yang ditetapkan oleh institusi yang ditetapkan itu atau oleh

Bank, jika orang itu—

(a)

bukan seorang juruaudit syarikat yang diluluskan;

Institusi Kewangan Pembangunan 93

(b)

mempunyai apa-apa kepentingan secara langsung atau tidak langsung mengenai institusi yang ditetapkan itu, termasuk kepentingan mengenai syernya;

(c)

merupakan seorang pengarah, pengawal atau pekerja institusi yang ditetapkan itu;

(d)

berhutang dengan institusi yang ditetapkan itu atau dengan mana-mana perbadanan berkaitan institusi yang ditetapkan itu;

(e)

telah disabitkan atas mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau *Akta Syarikat 1965, atau apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain yang melibatkan fraud atau kecurangan.

(2)

(Dipotong oleh Akta A1502).

(3)

Walau apa pun subseksyen (1), Bank boleh meluluskan secara bertulis seseorang yang hilang kelayakan menurut subseksyen (1)

untuk dilantik sebagai seorang juruaudit jika Bank berpuas hati bahawa pelantikan itu tidak akan bertentangan dengan kepentingan institusi yang ditetapkan itu.

(4)

Bagi maksud subseksyen (1), seseorang itu hendaklah disifatkan sebagai pekerja sesuatu institusi yang ditetapkan—

(a)

jika dia seorang pekerja sesuatu perbadanan berkaitan bagi institusi yang ditetapkan itu; atau

(b)

kecuali jika Bank, dalam hal keadaan kes itu, mengarahkan selainnya, jika dia telah, dalam tempoh dua belas bulan sebelum itu, menjadi seorang pekerja atau penaja institusi yang ditetapkan itu atau perbadanan berkaitannya.

(5)

Melainkan jika diluluskan oleh Bank di bawah subseksyen (3), seseorang juruaudit bagi sesuatu institusi yang ditetapkan yang hilang kelayakan di bawah subseksyen (1) atau seksyen 9

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

94

Undang-Undang Malaysia

*Akta Syarikat 1965 hendaklah dengan serta-merta berhenti menjadi juruaudit institusi yang ditetapkan itu.

(6)

(Dipotong oleh Akta A1502).

Sekatan ke atas firma audit

65. (1) Sesuatu firma tidak boleh dengan disedarinya bersetuju untuk dilantik, dan tidak boleh dengan disedarinya bertindak, sebagai juruaudit bagi sesuatu institusi yang ditetapkan melainkan jika—

(a)

kesemua pekongsi firma itu yang bermastautin di Malaysia merupakan juruaudit syarikat yang diluluskan; dan

(b)

tertakluk pada subseksyen 64(3), tiada pekongsi hilang kelayakan di bawah perenggan 64(1)(b) hingga (e), untuk bertindak sebagai juruaudit institusi yang ditetapkan itu.

(2)

(Dipotong oleh Akta A1502).

Persetujuan untuk bertindak sebagai juruaudit

66. Tiada institusi yang ditetapkan boleh melantik seseorang sebagai juruaudit di bawah subseksyen 63(1) melainkan jika orang itu, sebelum pelantikannya, telah bersetuju secara bertulis untuk bertindak sebagai juruaudit, dan dalam hal suatu firma persetujuan itu hendaklah ditandatangani oleh sekurang-kurangnya seorang daripada pekongsinya.

Pelantikan firma audit

67. Pelantikan sesuatu firma atas nama firma itu sebagai juruaudit hendaklah mempunyai kesan dan berkuat kuasa sebagai pelantikan orang yang merupakan anggota firma itu pada masa pelantikan itu.

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

Institusi Kewangan Pembangunan 95

Juruaudit tidak disifatkan sebagai pekerja

68. Bagi maksud Bahagian ini, seseorang tidaklah disifatkan sebagai pekerja sesuatu institusi yang ditetapkan atau perbadanan berkaitannya semata-mata disebabkan dia telah dilantik sebagai juruaudit institusi yang ditetapkan itu atau perbadanan berkaitannya.

Laporan juruaudit

69. (1) Seseorang juruaudit sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah mengemukakan suatu laporan audit kepada anggota institusi yang ditetapkan itu dan laporan itu—

(a)

dalam hal institusi yang ditetapkan yang merupakan suatu syarikat, hendaklah dibuat mengikut seksyen 174

*Akta Syarikat 1965; dan

(b)

dalam hal institusi yang ditetapkan, selain suatu syarikat, hendaklah memperakui sama ada atau tidak pada pendapat juruaudit itu—

(i)

segala maklumat dan penjelasan yang pada pendapat juruaudit itu perlu bagi maksud audit itu telah diperoleh;

(ii)

mengikut maklumat dan penjelasan yang terbaik yang diberikan kepadanya, akaun untung rugi dan kunci kira-kira memberikan gambaran yang benar dan adil tentang keadaan hal ehwal institusi yang ditetapkan itu bagi tahun kewangan yang berkenaan;

(iii)

buku akaun telah disimpan dengan sepatutnya oleh institusi yang ditetapkan itu setakat yang nyata daripada pengauditan akaun itu; dan

(iv)

penyata yang sepatutnya yang memadai bagi maksud pengauditan itu telah diterima olehnya daripada

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

96

Undang-Undang Malaysia pejabat institusi yang ditetapkan itu yang tidak dikunjungi.

(2)

(Dipotong oleh Akta A1502).

Kehendak tambahan terhadap juruaudit

70. (1) Bank boleh menghendaki seseorang juruaudit supaya—

(a)

mengemukakan apa-apa maklumat tambahan berhubung dengan pengauditannya sebagaimana yang ditentukan oleh

Bank; atau

(b)

memperluas atau melanjutkan ruang lingkup pengauditannya mengenai perniagaan dan hal ehwal institusi yang ditetapkan itu mengikut apa-apa cara, atau sehingga apa-apa takat yang ditentukan oleh Bank, dalam apa-apa masa yang ditentukan oleh Bank dan institusi yang ditetapkan itu hendaklah membayar kepada juruaudit itu saraan yang ditentukan oleh Bank.

(2)

(Dipotong oleh Akta A1502).

Juruaudit hendaklah melaporkan perkara tertentu kepada Bank

71. (1) Seseorang juruaudit hendaklah dengan serta-merta melaporkan kepada Bank jika, dalam penjalanan tugasnya sebagai juruaudit sesuatu institusi yang ditetapkan, dia berpuas hati bahawa—

(a)

telah berlaku suatu pelanggaran atau ketidakpatuhan mana-mana peruntukan Akta ini atau apa-apa penentuan atau kehendak yang dibuat; atau mana-mana perintah bertulis, suruhan, arahan, atau notis yang diberikan, atau apa-apa takat, terma, syarat atau sekatan yang dikenakan di bawah Akta ini;

Institusi Kewangan Pembangunan 97

(b)

suatu kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain telah dilakukan oleh institusi yang ditetapkan itu atau mana-mana pekerjanya;

(c)

kerugian telah ditanggung oleh institusi yang ditetapkan itu yang mengurangkan wang modalnya sehingga takat yang menjadikan institusi yang ditetapkan itu tidak lagi dapat mematuhi penentuan Bank di bawah subseksyen 38(1);

(d)

apa-apa ketidakteraturan yang memudaratkan kepentingan pemegang kepentingan institusi yang ditetapkan itu, atau apa-apa ketidakteraturan lain yang serius, telah berlaku;

(e)

dia tidak dapat mengesahkan tuntutan pemegang kepentingan institusi yang ditetapkan itu;

(f)

terdapat apa-apa kelemahan dalam kawalan dalaman yang berkaitan dengan proses pelaporan kewangan yang dijalankan oleh institusi yang ditetapkan itu; atau

(g)

kedudukan kewangan institusi yang ditetapkan itu mungkin atau telah terjejas secara material oleh mana-mana keadaan, penjalanan aktiviti oleh institusi yang ditetapkan itu atau apa-apa kelemahan dalam kawalan dalaman institusi yang ditetapkan itu.

(2)

(Dipotong oleh Akta A1502).

(3)

Walau apa pun apa-apa tanggungjawab tentang kerahsiaan atau sekatan yang lain ke atas penzahiran maklumat yang dikenakan oleh mana-mana undang-undang bertulis atau selainnya, juruaudit sesuatu institusi yang ditetapkan itu tidaklah bertanggungan bagi kemungkiran obligasi kerahsiaan antara juruaudit itu dengan institusi yang ditetapkan itu kerana membuat laporan kepada Bank secara suci hati menurut subseksyen (1).

98

Undang-Undang Malaysia

Maklumat kepada juruaudit

72. (1) Sesuatu institusi yang ditetapkan, dan pengarah, pengawal atau pekerjanya hendaklah—

(a)

memberi juruauditnya apa-apa maklumat yang diketahuinya yang dikehendaki oleh juruaudit itu; dan

(b)

memastikan bahawa maklumat yang diberikan kepada juruaudit itu tidak palsu atau mengelirukan atau tidak lengkap dalam apa-apa butir matan.

(2)

(Dipotong oleh Akta A1502).

Perlindungan bersyarat dan obligasi kerahsiaan

72A. (1) Tertakluk pada subseksyen (2), subseksyen 119(3) tidak terpakai bagi mana-mana dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun mana-mana pelanggan sesuatu institusi yang ditetapkan yang dizahirkan oleh juruaudit sesuatu institusi yang ditetapkan kepada Lembaga Pengawasan Audit yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 atau seorang pegawai atau orang lain yang diberi kuasa secara bertulis oleh Lembaga Pengawasan

Audit untuk melaksanakan tanggungjawab Lembaga Pengawasan

Audit.

(2)

Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.

(3)

Seorang juruaudit sesuatu institusi yang ditetapkan tidak bertanggungan—

(a)

bagi kemungkiran obligasi kerahsiaan antara juruaudit dengan institusi yang ditetapkan itu berkenaan dengan apa-apa pelaporan kepada Bank yang dibuat dengan suci hati di bawah Bahagian ini; atau

(b)

untuk dibawa guaman di mana-mana mahkamah bagi fitnah berkenaan dengan apa-apa pernyataan yang dibuat oleh

Institusi Kewangan Pembangunan 99

juruaudit itu tanpa niat jahat dalam penunaian kewajipannya di bawah Akta ini.

Akaun tahunan

73. (1) Sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah, dalam masa sembilan puluh hari selepas akhir setiap tahun kewangan, atau apa-apa tempoh lanjut yang diluluskan oleh Bank, mengemukakan kepada

Bank, berkenaan dengan keseluruhan pengendaliannya di dalam dan di luar Malaysia, satu salinan setiap satu yang dicetak dan dalam bentuk rekod yang disimpan atau dirakamkan dengan cara elektronik pada bahan tara elektronik dokumen yang berikut dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Bank:

(a)

akaun hasil yang diaudit dengan sewajarnya berserta dengan penyata sokongan;

(b)

akaun untung rugi dan kunci kira-kira yang diaudit dengan sewajarnya berserta dengan penyata sokongan;

(c)

perakuan oleh juruaudit;

(d)

laporan oleh lembaga pengarah tentang pengendaliannya dalam tahun kewangan itu; dan

(e)

akuan berkanun oleh seorang daripada pengarah bukan eksekutifnya dan ketua pegawai eksekutifnya berkenaan dengan perkara dalam perenggan (a), (b) dan (d).

(2)

(Dipotong oleh Akta A1502).

(3)

Akaun hasil, akaun untung rugi dan kunci kira-kira yang dibentangkan di hadapan mesyuarat agung sesuatu institusi yang ditetapkan atau yang dikemukakan kepada Pendaftar Syarikat atau

Ketua Pendaftar Koperasi hendaklah dalam bentuk yang ditentukan oleh Bank dan amaun yang terdapat dalam akaun hasil, akaun untung rugi dan kunci kira-kira itu hendaklah sama dengan amaun yang dilaporkan di bawah seksyen ini dan apa-apa pembatasan berkenaan

100

Undang-Undang Malaysia dengan penyata di bawah seksyen ini hendaklah juga dimasukkan ke dalam akaun itu.

(4)

Sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah mengemukakan kepada Bank dalam masa enam puluh hari dari tarikh laporan juruauditnya atau apa-apa tempoh lanjut yang diluluskan Bank—

(a)

suatu salinan apa-apa laporan yang dibuat oleh juruauditnya kepada lembaga pengarahnya berikutan dengan pengauditan akaun tahunannya; dan

(b)

suatu laporan tentang tindakan yang diambil oleh lembaga pengarahnya tentang laporan juruaudit itu.

(5)

(Dipotong oleh Akta A1502).

Penyata suku tahunan

74. (1) Sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah mengemukakan kepada Bank berkenaan dengan pengendaliannya bagi setiap suku tahunan sesuatu tahun kalendar dua salinan bagi setiap yang berikut mengikut bentuk, dan dalam masa yang ditentukan oleh Bank:

(a)

penyata hasil berserta dengan penyata sokongannya;

(b)

akaun untung rugi dan kunci kira-kira berserta dengan penyata sokongannya; dan

(c)

perakuan bagi dokumen yang disebut dalam perenggan (a)

atau (b) yang ditandatangani oleh ketua pegawai eksekutif dan pekerja yang bertanggungjawab bagi pengurusan kewangannya.

(2)

(Dipotong oleh Akta A1502).

Institusi Kewangan Pembangunan 101

Standard perakaunan

*75. (1) Bagi maksud seksyen ini—

“penyata kewangan” mempunyai erti yang sama seperti yang dinyatakan dalam piawaian perakaunan yang diluluskan yang dikeluarkan atau diluluskan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan

Malaysia di bawah Akta Pelaporan Kewangan 1997 [Akta 558];

“piawaian perakaunan yang diluluskan” mempunyai erti yang sama seperti dalam Akta Pelaporan Kewangan 1997.

(2)

Sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah menyediakan penyata kewangannya mengikut—

(a)

piawaian perakaunan yang diluluskan tertakluk pada mana-mana standard sebagaimana yang ditentukan oleh

Bank; atau

(b)

dalam ketiadaan apa-apa piawaian perakaunan yang diluluskan, mana-mana standard sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.

(3)

Jika penyata kewangan sesuatu institusi yang ditetapkan yang telah mendapat kelulusan di bawah subseksyen 33B(1) untuk menjalankan perniagaan kewangan Islam disediakan mengikut perenggan (2)(a), penyata kewangan itu disifatkan telah disediakan mengikut piawaian perakaunan yang diluluskan setakat yang penyata kewangan itu berhubung dengan perniagaan kewangan Islamnya.

Akaun tahunan dan penyata suku tahunan yang hendak dibetulkan

76. (1) Bank boleh, dengan notis secara bertulis, menghendaki sesuatu institusi yang ditetapkan supaya mengemukakan maklumat atau penjelasan tambahan berhubung dengan apa-apa dokumen

*CATATAN—Kecualian am–lihat subseksyen 111(2) dan (3) Akta Institusi Kewangan Pembangunan

(Pindaan) 2015 [Akta A1502] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2016.

102

Undang-Undang Malaysia atau maklumat yang dikemukakan di bawah seksyen 73 atau 74 dalam apa-apa masa yang ditentukan oleh Bank.

(2)

(Dipotong oleh Akta A1502).

(3)

Bank boleh menghendaki maklumat atau penjelasan tambahan itu diperakui oleh juruaudit institusi yang ditetapkan itu.

(4)

Bank boleh, selepas menimbangkan penjelasan yang disebut dalam subseksyen (1), atau jika penjelasan itu tidak diberikan oleh atau bagi pihak institusi yang ditetapkan itu dalam masa yang ditentukan—

(a)

menolak dokumen yang dikemukakan di bawah seksyen 73

atau 74; atau

(b)

mengarahkan institusi yang ditetapkan itu supaya mengubah dokumen atau kesemua dokumen berkaitan yang lain dalam apa-apa masa yang ditentukan dalam arahan itu.

(5)

Jika suatu arahan diberikan oleh Bank di bawah perenggan 4(b), dokumen yang berhubungan dengannya hendaklah disifatkan telah tidak dikemukakan sehinggalah dokumen itu dikemukakan semula dengan perubahan yang dikehendaki oleh arahan itu.

(6)

Bank, berdasarkan maklumat yang dapat diperoleh olehnya atau atas kajian semula penyata yang difailkan di bawah seksyen 74, boleh mengarahkan sesuatu institusi yang ditetapkan supaya mendapatkan pengesahan pematuhannya dengan seksyen 73 sebelum—

(a)

membentangkan akaunnya di hadapan mesyuarat agungnya; dan

(b)

menyiarkan akaunnya di bawah seksyen 78.

(7)

(Dipotong oleh Akta A1502).

Institusi Kewangan Pembangunan 103

Pengemukaan akaun tahunan

77. (1) Sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah, dalam tempoh empat belas hari *dari pembentangan akaunnya pada mesyuarat agung tahunannya, atau dalam apa-apa tempoh lanjut yang diluluskan oleh

Bank, mengemukakan kepada Bank, satu salinan setiap satu yang dicetak dan dalam bentuk rekod yang disimpan atau dirakamkan dengan cara elektronik dan pada bahan tara elektronik, akaunnya

**sebagaimana yang dibentangkan di hadapan mesyuarat agung tahunannya berserta dengan minit mesyuarat itu yang diperakui dengan sewajarnya oleh setiausaha syarikatnya.

(2)

(Dipotong oleh Akta A1502).

Tindakan berhubung dengan akaun tahunan

78. (1) Sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah, dalam masa empat belas hari ***dari pembentangan akaunnya pada mesyuarat agung tahunannya, atau dalam apa-apa tempoh lanjut yang diluluskan

Bank—

(a)

menyiarkan dalam tidak kurang daripada dua akhbar harian yang diterbitkan di Malaysia dan diluluskan oleh Bank, satu dalam bahasa kebangsaan dan satu lagi dalam bahasa

Inggeris; dan

(b)

mempamerkan di tempat yang ketara di setiap cawangannya di Malaysia,

*CATATAN—Bagi pemakaian untuk Bank Simpanan Nasional–lihat subsubperenggan 2(a)(i) Perintah

Institusi Kewangan Pembangunan (Bank Simpanan Nasional) (Ubahsuaian) 2004 [P.U. (A) 147/2004]

yang berkuat kuasa pada 15 Februari 2002.

**CATATAN—Bagi pemakaian untuk Bank Simpanan Nasional–lihat subsubperenggan 2(a)(ii) Perintah

Institusi Kewangan Pembangunan (Bank Simpanan Nasional) (Ubahsuaian) 2004 [P.U. (A) 147/2004]

yang berkuat kuasa pada 15 Februari 2002.

***CATATAN—Bagi pemakaian untuk Bank Simpanan Nasional–lihat subsubperenggan 2(b)(i) Perintah

Institusi Kewangan Pembangunan (Bank Simpanan Nasional) (Ubahsuaian) 2004 [P.U. (A) 147/2004]

yang berkuat kuasa pada 15 Februari 2002.

104

Undang-Undang Malaysia satu salinan bagi setiap laporan lembaga pengarahnya, akaun hasilnya, akaun untung ruginya dan kunci kira-kiranya *sebagaimana yang dibentangkan di hadapan mesyuarat agungnya dan apa-apa dokumen lain sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.

(2)

(Dipotong oleh Akta A1502).

Kebolehterimaan dokumen

79. Dalam apa-apa prosiding, sesuatu perakuan yang ditandatangani oleh seseorang pegawai diberi kuasa Bank yang menyatakan bahawa sesuatu dokumen telah dikemukakan oleh sesuatu institusi yang ditetapkan di bawah seksyen 73 atau 74 atau merupakan suatu dokumen yang disertakan dengan dokumen yang dikemukakan sedemikian, hendaklah boleh diterima di mahkamah sebagai keterangan bagi fakta yang diperakui sedemikian.

Liabiliti jika rekod perakaunan dan maklumat tidak disimpan

80. (1) Jika rekod perakaunan atau maklumat yang perlu untuk menunjukkan dan menjelaskan urusan dan keadaan kewangan sebenar sesuatu institusi yang ditetapkan tidak disimpan, bekas pekerja dan pekerja sekarang institusi yang ditetapkan itu yang bertanggungjawab bagi menyimpan rekod perakaunan atau maklumat yang sepatutnya, melakukan suatu kesalahan melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah melakukan segala usaha wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu sebagaimana yang patut dilakukan olehnya, setelah diambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan hal keadaan.

(1A)

Bagi maksud subseksyen (1), “rekod perakaunan” mempunyai erti yang sama seperti dalam **Akta Syarikat 1965.

*CATATAN—Bagi pemakaian untuk Bank Simpanan Nasional–lihat subsubperenggan 2(b)(ii) Perintah

Institusi Kewangan Pembangunan (Bank Simpanan Nasional) (Ubahsuaian) 2004 [P.U. (A) 147/2004]

yang berkuat kuasa pada 15 Februari 2002.

**CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]

yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

Institusi Kewangan Pembangunan 105

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau kedua-duanya.

Pemakaian bagi kumpulan wang amanah

81. Bagi mengelakkan keraguan, dengan ini diisytiharkan bahawa dalam penyediaan dokumen berhubung dengan pengendalian sesuatu institusi yang ditetapkan di bawah Bahagian ini, seksyen 69 hingga 80

hendaklah terpakai dengan ubah suaian yang perlu bagi pengendalian setiap kumpulan wang amanah yang diuruskan oleh institusi yang ditetapkan itu di bawah Bahagian V.

BAHAGIAN VIII

PEMERIKSAAN DAN PENYIASATAN

Pemeriksaan oleh Bank

82. Bank boleh, dari semasa ke semasa, memeriksa, dengan atau tanpa apa-apa notis terlebih dahulu, perniagaan dan hal ehwal sesuatu institusi yang ditetapkan, pejabatnya dan subsidiarinya di dalam atau di luar Malaysia.

Kuasa Menteri untuk mengarahkan pemeriksaan

83. Menteri boleh pada bila-bila masa mengarahkan Bank supaya memeriksa perniagaan dan hal ehwal mana-mana institusi yang ditetapkan dan mana-mana pejabatnya dan subsidiarinya di dalam atau di luar Malaysia jika dia mengesyaki bahawa institusi yang ditetapkan itu atau subsidiarinya sedang menjalankan perniagaan dengan cara yang memudaratkan, atau yang mungkin, memudaratkan kepentingan pemegang kepentingan atau tidak mempunyai aset yang cukup untuk meliputi liabiliti kepada orang ramai, atau sedang melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

106

Undang-Undang Malaysia

Kewajipan untuk mengemukakan dan memberikan akses kepada dokumen dan maklumat

84. (1) Sesuatu institusi yang ditetapkan atau subsidiarinya yang sedang diperiksa dan pengarah, pekerja dan ejennya—

(a)

hendaklah memberi Bank akses kepada dokumennya, termasuk dokumen hakmilik kepada asetnya, semua cagaran yang dipegang olehnya berkenaan dengan urusan pelanggannya dan pelaburan yang dipegang olehnya, wang tunai, premis, perkakas, kelengkapan atau jentera, dan mengemukakan kepada Bank semua dokumen atau wang tunai itu, sebagaimana yang dikehendaki oleh Bank dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Bank;

(b)

hendaklah menyediakan kemudahan kepada Bank untuk menjalankan pemeriksaan itu; dan

(c)

hendaklah memberi Bank, secara lisan atau bertulis, apa-apa maklumat yang dikehendakinya yang berhubungan dengan urusan orang itu, atau ejennya, dalam apa-apa masa yang ditentukan oleh Bank.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.

(3)

Bank boleh mengambil milik apa-apa dokumen, hakmilik, cagaran, wang tunai, perkakas, kelengkapan atau jentera yang kepadanya dia mempunyai akses di bawah subseksyen (1) jika pada pendapatnya—

(a)

pengambilan milik itu perlu bagi maksud pemeriksaan itu, termasuk membuat salinan atau membuat petikan;

(b)

dokumen atau wang tunai itu mungkin diganggu, dimusnahkan, disembunyikan atau dialihkan melainkan jika dia mengambil miliknya; atau

Institusi Kewangan Pembangunan 107

(c)

dokumen atau wang tunai itu mungkin diperlukan sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding undang-undang, sama ada sivil atau jenayah, yang mungkin dimulakan di bawah

Akta ini, Akta Bank Negara Malaysia 2009 atau mana-mana undang-undang bertulis lain.

(4)

Mana-mana orang yang enggan membenarkan Bank untuk mengambil milik dokumen, hakmilik, cagaran, wang tunai, perkakas, kelengkapan atau jentera di bawah subseksyen (3), melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.

Pemeriksaan seseorang selain institusi yang ditetapkan

85. (1) Bank boleh memeriksa—

(a)

seseorang yang merupakan, atau pernah pada bila-bila masa menjadi, pengarah atau pekerja sesuatu institusi yang ditetapkan, subsidiarinya atau ejennya;

(b)

seseorang yang merupakan, atau pernah pada bila-bila masa menjadi, klien, atau selainnya mempunyai urusan dengan, institusi yang ditetapkan atau subsidiarinya itu; atau

(c)

seseorang yang dipercayai oleh Bank tahu tentang fakta dan hal keadaan kes, termasuk juruaudit sesuatu institusi yang ditetapkan atau subsidiarinya atau seorang anggota jawatankuasa Shariah, dan orang itu hendaklah memberikan apa-apa dokumen, maklumat atau penjelasan yang dikehendaki oleh Bank dalam apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Bank.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.

108

Undang-Undang Malaysia

(3)

Mana-mana orang yang termasuk dalam perenggan (1)(b), seorang juruaudit atau seorang anggota jawatankuasa Shariah yang disebut dalam perenggan

(1)

(c)

tidak bertanggungan bagi kemungkiran sesuatu kontrak yang berhubungan dengan, atau kewajipan tentang, kerahsiaan kerana mengemukakan dokumen, maklumat atau penjelasan di bawah subseksyen (1).

Kehadiran di hadapan Bank

86. (1) Seseorang yang diperiksa di bawah seksyen 82 atau 83 atau subseksyen 85(1) hendaklah hadir di hadapan Bank di tempat dan pada masa yang ditentukan oleh Bank.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.

Maklumat rahsia

86A. (1) Apa-apa dokumen atau maklumat yang dikeluarkan oleh

Bank sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2) yang berbangkit daripada pentadbiran atau penguatkuasaan Akta ini, Akta

Bank Negara Malaysia 2009 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang ditadbir oleh Bank, tidak boleh dizahirkan, sama ada secara menyeluruh atau sebahagiannya, oleh mana-mana institusi yang ditetapkan atau mana-mana pengarah, pegawai, juruaudit atau seorang anggota jawatankuasa Shariah institusi yang ditetapkan itu, kepada mana-mana orang kecuali dalam hal keadaan sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.

(2)

Dokumen atau maklumat yang disebut dalam subseksyen (1)

hendaklah termasuk—

(a)

apa-apa perkadaran yang diberikan oleh Bank kepada sesuatu institusi yang ditetapkan;

Institusi Kewangan Pembangunan 109

(b)

apa-apa peringkat campur tangan yang diberikan kepada sesuatu institusi yang ditetapkan;

(c)

apa-apa penilaian atas sesuatu institusi yang ditetapkan yang berbangkit daripada suatu pemeriksaan atau ulasan penyeliaan lain atas institusi yang ditetapkan itu termasuk apa-apa laporan, surat-menyurat atau syor yang dibuat kepada institusi yang ditetapkan itu;

(d)

apa-apa aku janji yang boleh dikuatkuasakan yang diterima oleh Bank di bawah seksyen 107A;

(e)

apa-apa perintah yang dibuat, atau arahan yang dikeluarkan, oleh Bank di bawah Akta ini kepada sesuatu institusi yang ditetapkan; atau

(f)

apa-apa maklumat lain sebagaimana yang ditentukan oleh

Bank.

(3)

Dalam mana-mana prosiding mahkamah, jika apa-apa dokumen atau maklumat yang disebut dalam seksyen ini berkemungkinan akan dizahirkan, mahkamah, atas usulnya sendiri, atau atas permohonan suatu pihak kepada prosiding atau Bank, boleh memerintahkan prosiding itu dijalankan secara tertutup dan dalam hal yang demikian, dokumen atau maklumat itu hendaklah menjadi rahsia antara mahkamah dengan pihak-pihak kepada prosiding itu atau Bank, dan tiada pihak pun boleh menzahirkan dokumen atau maklumat itu kepada mana-mana orang lain.

(4)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.

Penyiasatan oleh Bank

87. Jika Bank mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa suatu kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini, Bank boleh menyebabkan suatu penyiasatan dijalankan dan bagi maksud itu, boleh

110

Undang-Undang Malaysia menjalankan semua kuasa penyiasatan yang diperuntukkan di bawah

Akta ini.

Pelantikan pegawai penyiasat

88. (1) Bagi maksud sesuatu penyiasatan di bawah Akta ini, Bank boleh melantik pekerjanya atau mana-mana orang lain yang dilantik di bawah subseksyen 4(3) menjadi pegawai penyiasat.

(1A)

Seorang pegawai penyiasat yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai semua kuasa dan fungsi yang diberikan kepada Bank di bawah Akta ini.

(2)

Bank boleh mengarahkan mana-mana orang supaya mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memudahkan sesuatu penyiasatan di bawah subseksyen (1).

(3)

Seseorang pegawai penyiasat yang bukan pekerja Bank hendaklah tertakluk pada, dan menikmati apa-apa hak, keistimewaan, perlindungan, kekebalan dan tanggung rugi sebagaimana yang ditentukan dalam Akta ini, Akta Bank Negara Malaysia 2009 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang terpakai bagi pekerja

Bank.

(4)

Seorang pegawai penyiasat, dalam menjalankan kuasanya dan melaksanakan fungsinya, hendaklah tertakluk pada dan mematuhi arahan, kawalan, petunjuk, syarat, sekatan atau batasan sebagaimana yang ditentukan oleh Bank, secara lisan atau bertulis, sama ada secara am, atau dalam apa-apa hal atau hal keadaan tertentu.

(5)

Seorang pegawai penyiasat yang menjalankan apa-apa pemeriksaan ke atas mana-mana orang di bawah Akta ini hendaklah mempunyai kuasa untuk mengendalikan suatu sumpah atau ikrar kepada orang yang sedang diperiksa.

Institusi Kewangan Pembangunan 111

Gabenor mempunyai kuasa dan fungsi pegawai penyiasat

88A. Gabenor hendaklah mempunyai semua kuasa dan fungsi seorang pegawai penyiasat.

Kuasa pegawai penyiasat

89. (1) Seseorang pegawai penyiasat yang dilantik di bawah subseksyen 88(1) boleh, tanpa suatu waran geledah—

(a)

memasuki mana-mana premis;

(b)

menggeledah premis itu, menyita dan menahan apa-apa harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat yang perlu pada pendapat pegawai penyiasat itu, bagi maksud penyiasatan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini;

(c)

memeriksa, membuat salinan, atau mengambil petikan daripada, mana-mana rekod, laporan, dokumen, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat yang disita dan ditahan sedemikian, termasuk mengakses mana-mana program atau data yang disimpan di dalam mana-mana komputer atau mempunyai akses untuk memeriksa atau menyemak operasi mana-mana komputer dan apa-apa perkakas atau bahan yang berkaitan dengannya;

(d)

mengambil milik, dan mengalihkan dari premis itu, apa-apa harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat yang disita dan ditahan sedemikian dan menahannya selama apa-apa tempoh yang difikirkannya perlu;

(e)

memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu, jika pegawai penyiasat itu mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa pada diri orang itu ada apa-apa

112

Undang-Undang Malaysia harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat, termasuklah dokumen persendirian, yang perlu, pada pendapat pegawai penyiasat itu, bagi maksud penyiasatan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini;

(f)

memecah buka, memeriksa, dan menggeledah, apa-apa barang, bekas atau wadah, termasuk mengakses komputer; atau

(g)

memberhentikan, menahan atau memeriksa apa-apa kenderaan.

(2)

Seseorang pegawai penyiasat boleh jika perlu berbuat demikian—

(a)

memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam sesuatu premis itu dan memasuki premis itu;

(b)

menghapuskan dengan menggunakan kekerasan apa-apa halangan terhadap kemasukan, penggeledahan, penyitaan, penahanan atau pengalihan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya; atau

(c)

menahan mana-mana orang yang dijumpai di premis itu sehingga penggeledahan itu selesai.

(3)

Seseorang pegawai penyiasat boleh menyita, mengambil milik, dan menahan selama apa-apa jangka masa yang difikirkannya perlu, apa-apa harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat yang dikemukakan kepadanya dalam perjalanan penyiasatannya atau yang dijumpai pada orang yang sedang diperiksa olehnya.

(3A)

Seorang pegawai penyiasat hendaklah, bagi maksud seksyen ini, disediakan dengan kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki bagi membolehkan pemahaman apa-apa program atau data yang disimpan di dalam mana-mana komputer termasuk dalam

Institusi Kewangan Pembangunan 113

suatu bentuk yang maklumat yang terkandung di dalam suatu komputer dapat diambil dan yang ia dapat dilihat dan dibaca.

(3B)

Apa-apa output komputer, data, buku, dokumen, maklumat atau pernyataan yang diperoleh atau diberikan kepada seorang pegawai penyiasat semasa suatu penggeledahan di bawah seksyen ini hendaklah, walau apa pun mana-mana undang-undang yang berlawanan, boleh diterima sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding di bawah Akta ini.

(4)

Seseorang pegawai penyiasat, semasa menjalankan penyiasatan atau pemeriksaannya, hendaklah—

(a)

menyediakan dan menandatangani suatu senarai tiap-tiap harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat yang disita; dan

(b)

menyatakan dalam senarai itu lokasi di mana, atau orang yang padanya, harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat itu dijumpai atau diperoleh.

(5)

Penghuni premis yang dimasuki dalam penyiasatan, atau mana-mana orang bagi pihaknya, hendaklah dibenarkan untuk hadir pada tiap-tiap masa penggeledahan itu, menandatangani senarai geledah itu atau mengecap cap ibu jarinya atas senarai itu, dan diberikan satu salinan senarai geledah yang disediakan dan ditandatangani atau dicap dengan cap ibu jari di bawah seksyen ini.

(6)

Jika penghuni premis itu atau orang yang bertindak bagi pihak penghuni itu enggan menandatangani senarai geledah itu atau mengecap cap ibu jarinya atas senarai geledah itu, pegawai penyiasat hendaklah mengendorskan atas senarai geledah itu, di bawah namanya, hakikat dan sebab keengganan itu, jika ada, yang dinyatakan oleh penghuni itu atau orang yang bertindak bagi pihak penghuni itu.

114

Undang-Undang Malaysia

Kuasa untuk memeriksa orang

90. (1) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis, atau sumpah, aku janji atau kehendak kerahsiaan atau penyimpanan rahsia yang bertentangan, atau sesuatu obligasi di bawah sesuatu perjanjian atau perkiraan, yang nyata atau tersirat, yang bertentangan, seseorang pegawai penyiasat yang menjalankan sesuatu penyiasatan hendaklah mempunyai kuasa untuk mengendalikan sumpah atau ikrar bagi orang yang diperiksa itu.

(2)

Seseorang pegawai penyiasat boleh memerintahkan, secara lisan atau bertulis, supaya mana-mana orang yang dipercayainya mengetahui fakta dan hal keadaan kes itu—

(a)

hadir di hadapannya bagi pemeriksaan;

(b)

mengemukakan di hadapannya, dalam tempoh yang ditentukan oleh pegawai itu, apa-apa harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, maklumat, artikel atau benda yang boleh membantu dalam penyiasatan atas kesalahan atau kemungkiran itu; atau

(c)

memberinya suatu pernyataan bertulis yang dibuat dengan bersumpah atau berikrar yang menyatakan apa-apa maklumat yang dikehendakinya.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.

(4)

Orang yang diperiksa di bawah subseksyen (2) terikat di sisi undang-undang untuk menjawab semua soalan yang berhubungan dengan kes itu yang ditujukan kepadanya oleh pegawai penyiasat, tetapi dia boleh enggan untuk menjawab apa-apa soalan yang mempunyai kecenderungan untuk mendedahkannya kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.

Institusi Kewangan Pembangunan 115

(5)

Orang yang membuat pernyataan di bawah perenggan (2)(c)

terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat pada keseluruhannya atau sebahagiannya dalam menjawab soalan pegawai penyiasat itu.

(6)

Seseorang pegawai penyiasat yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (2) hendaklah memberitahu orang itu terlebih dahulu mengenai peruntukan subseksyen (4) dan (5).

(7)

Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah perenggan (2)(c) hendaklah, bilamana mungkin, diubah ke dalam bentuk tulisan dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dicapkan dengan cap ibu jarinya—

(a)

selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa dia membuatnya; dan

(b)

selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.

(8)

Mana-mana orang yang—

(a)

tidak hadir di hadapan seseorang pegawai penyiasat sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan (2)(a);

(b)

enggan menjawab apa-apa soalan yang ditujukan kepadanya oleh seseorang pegawai penyiasat di bawah subseksyen (4); atau

(c)

memberi seseorang pegawai penyiasat apa-apa maklumat atau pernyataan yang palsu atau mengelirukan dalam apa-apa butir material, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.

116

Undang-Undang Malaysia

Kebolehterimaan keterangan

91. Rekod sesuatu pemeriksaan di bawah perenggan 90(2)(a), apa-apa harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, maklumat, artikel atau benda yang dikemukakan di bawah perenggan 90(2)(b)

atau apa-apa pernyataan di bawah perenggan 90(2)(c) hendaklah, walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, boleh diterima sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding mahkamah bagi, atau berhubung dengan, sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain tidak kira sama ada prosiding itu menentang orang yang diperiksa, atau yang mengemukakan harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, maklumat, artikel atau benda itu, atau yang membuat penyataan bertulis dengan bersumpah atau berikrar atau terhadap mana-mana orang lain.

Pemeriksaan orang

92. (1) Seorang pegawai penyiasat yang memeriksa seseorang di bawah perenggan 89(1)(e) boleh, tertakluk pada peruntukan Kanun

Tatacara Jenayah [Akta 593], menahan orang itu sebagaimana yang perlu untuk menjalankan pemeriksaan, dan boleh memindahkannya ke dalam jagaan di mana-mana tempat yang perlu untuk memudahkan pemeriksaan itu.

(1A)

Apa-apa pemeriksaan atas seseorang yang dijalankan di bawah

Bahagian ini hendaklah mengikut peruntukan dalam Kanun Tatacara

Jenayah.

(2)

Tiada seorang pun boleh diperiksa di bawah Bahagian ini kecuali oleh seorang pegawai penyiasat yang sama jantinanya dengan orang yang diperiksa itu dan pemeriksaan itu hendaklah dijalankan dengan memberikan perhatian teliti kepada kesopanan.

Institusi Kewangan Pembangunan 117

Halangan terhadap penjalanan kuasa oleh pegawai penyiasat

93. Mana-mana orang yang—

(a)

enggan memberi mana-mana pegawai penyiasat akses ke mana-mana premis atau enggan membenarkan dirinya diperiksa;

(b)

mengamang, menghalang, menggalang atau melambat-lambatkan seseorang pegawai penyiasat masuk sedangkan dia berhak untuk masuk;

(c)

tidak mematuhi apa-apa permintaan sah mana-mana pegawai penyiasat dalam melaksanakan kewajipannya di bawah Bahagian ini;

(d)

enggan memberi seseorang pegawai penyiasat apa-apa harta, dokumen atau maklumat yang mungkin semunasabahnya dikehendaki daripadanya dan yang dia mempunyai kuasa untuk memberikannya;

(e)

tidak mengemukakan kepada, atau menyembunyikan atau cuba untuk menyembunyikan daripada, seseorang pegawai penyiasat, apa-apa harta, rekod, laporan atau dokumen yang dikehendaki oleh seseorang pegawai penyiasat;

(f)

membebaskan atau cuba untuk membebaskan apa-apa benda yang telah disita dengan sewajarnya;

(g)

memberi seseorang pegawai penyiasat sebagai benar apa-apa maklumat yang dia tahu atau yang dia mempunyai sebab untuk percaya adalah palsu; atau

(h)

sebelum atau selepas apa-apa penggeledahan atau penyitaan, memecahkan atau selainnya memusnahkan apa-apa benda untuk menghalang penyitaannya, atau pengambilan harta, rekod, laporan atau dokumen itu,

118

Undang-Undang Malaysia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.

Kehendak supaya menyediakan terjemahan

94. (1) Jika seseorang pegawai penyiasat menjumpai, menyita, menahan, atau mengambil milik apa-apa harta, rekod, laporan, dokumen, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat yang, keseluruhannya atau sebahagiannya, dalam suatu bahasa selain bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, atau dalam apa-apa isyarat atau kod, pegawai penyiasat itu boleh, secara lisan atau bertulis, menghendaki orang yang memiliki, menjaga atau mengawal harta, rekod, laporan, dokumen, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat itu supaya memberi pegawai penyiasat itu suatu terjemahan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris dalam apa-apa tempoh yang ditentukan oleh pegawai penyiasat itu.

(2)

Tiada seorang pun dengan disedarinya boleh mengemukakan terjemahan di bawah subseksyen (1) yang bukan suatu terjemahan dokumen itu yang tepat, benar dan betul.

(3)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi kehendak dalam subseksyen (1) atau melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.

(4)

Jika orang yang dikehendaki supaya memberikan terjemahan di bawah subseksyen (1) bukan orang yang disyaki telah melakukan kesalahan, Bank boleh membayarnya fi yang munasabah dan membayar balik kepada orang itu apa-apa belanja yang munasabah yang telah dilakukan olehnya pada memberikan terjemahan itu.

Institusi Kewangan Pembangunan 119

Penyerahan harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, maklumat, artikel atau benda

95. (1) Seseorang pegawai penyiasat boleh, dengan notis bertulis, menghendaki mana-mana orang supaya menyerahkan kepadanya apa-apa harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, maklumat, artikel atau benda yang dia mempunyai sebab untuk mengesyaki telah digunakan dalam pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau dapat membantu dalam penyiasatan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini yang berada dalam milik atau jagaan, atau di bawah kawalan, orang itu atau yang orang itu mempunyai kuasa untuk memberikannya.

(2)

Seseorang pegawai penyiasat boleh memberikan kebenaran kepada mana-mana orang untuk memeriksa harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, maklumat, artikel atau benda yang ditahan dan diambil milik di bawah subseksyen (1) jika orang itu berhak untuk memeriksa harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, maklumat, artikel atau benda itu di bawah Akta ini.

(3)

Seseorang yang—

(a)

tidak menyerahkan apa-apa harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, maklumat, artikel atau benda yang dikehendaki oleh seseorang pegawai penyiasat; atau

(b)

menghalang atau menggalang seseorang pegawai penyiasat semasa menjalankan apa-apa kuasanya di bawah subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.

120

Undang-Undang Malaysia

Penyitaan harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, maklumat, artikel atau benda

96. Seseorang pegawai penyiasat boleh menyita, mengambil milik dan menyimpan selama tempoh yang difikirkannya perlu apa-apa harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, maklumat, artikel atau benda yang dikemukakan di hadapannya dalam pemeriksaan di bawah perenggan 90(2)(a) atau (b), atau pemeriksaan seseorang di bawah subseksyen 92(1), untuk memastikan sama ada apa-apa jua yang berkaitan dengan penyiasatan itu disembunyikan, atau selainnya, pada diri orang itu.

Pelepasan harta, rekod, laporan atau dokumen yang disita

97. (1) Seseorang pegawai penyiasat hendaklah, melainkan jika diperintahkan selainnya oleh mana-mana mahkamah—

(a)

pada akhir sesuatu penyiasatan atau apa-apa prosiding yang berbangkit daripada penyiasatan itu; atau

(b)

dengan keizinan bertulis terlebih dahulu daripada Bank atau mana-mana pegawai penyiasat yang berpangkat lebih tinggi daripadanya, pada bila-bila masa sebelum penyiasatan tamat, melepaskan apa-apa harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat yang disita, ditahan atau dialihkan olehnya atau mana-mana pegawai penyiasat lain, kepada mana-mana orang yang ditentukan olehnya berhak di sisi undang-undang kepada harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat itu jika dia berpuas hati bahawa harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat itu tidak diperlukan bagi maksud apa-apa pendakwaan atau prosiding di bawah Akta ini, atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.

Institusi Kewangan Pembangunan 121

(2)

Pegawai penyiasat yang melaksanakan pelepasan di bawah subseksyen (1) hendaklah merekodkan secara bertulis hal keadaan, dan sebab bagi pelepasan itu.

(3)

Jika seorang pegawai penyiasat tidak dapat mengesan orang yang berhak menurut undang-undang atas harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat itu pegawai penyiasat itu hendaklah menyebabkan untuk disiarkan suatu notis di laman sesawang Bank meminta mana-mana orang yang berhak menurut undang-undang atas harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat itu untuk menuntut harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu.

(4)

Jika tiada tuntutan dibuat apabila habis tempoh yang ditentukan dalam notis yang disiarkan di bawah subseksyen (3), pegawai penyiasat itu hendaklah membuat suatu permohonan secara bertulis kepada mahkamah mengenai pelupusan harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat itu.

(5)

Mahkamah apabila menerima permohonan di bawah subseksyen (4) dan setelah berpuas hati bahawa orang yang berhak menurut undang-undang atas harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat itu tidak dapat dikesan hendaklah memerintahkan supaya harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat itu dilucut hak atau dilupuskan oleh Bank mengikut perintah yang dibuat oleh mahkamah itu.

Pegawai penyiasat boleh menangkap tanpa waran

98. Seseorang pegawai penyiasat yang dilantik di bawah seksyen 88

atau seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada pangkat Inspektor, boleh menangkap tanpa waran seseorang yang

122

Undang-Undang Malaysia disyaki olehnya secara munasabah telah melakukan atau sedang melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.

Orang yang ditangkap hendaklah diserahkan kepada pegawai polis

99. Seseorang pegawai penyiasat yang membuat tangkapan di bawah seksyen 98 hendaklah menyerahkan orang yang ditangkap itu kepada pegawai polis tanpa kelengahan dan orang yang ditangkap itu hendaklah diperlakukan mengikut undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang sedang berkuat kuasa seolah-olah dia telah ditangkap oleh seorang pegawai polis.

Penyampaian perintah atau notis secara am, dsb.

99A. (1) Apa-apa perintah atau notis yang diberikan di bawah Akta ini, hendaklah, jika ia dikehendaki untuk disampaikan kepada seorang individu, disampaikan dengan—

(a)

menghantar serahnya secara kediri kepada orang yang notis itu diniatkan;

(b)

menghantar serahnya kepada orang dewasa di tempat kediaman, pekerjaan atau perniagaan terakhir diketahui bagi orang yang diniatkan itu; atau

(c)

menghantarnya melalui pos berdaftar kepada orang yang notis itu diniatkan.

(2)

Apa-apa perintah atau notis yang diberikan di bawah Akta ini hendaklah, jika dikehendaki untuk disampaikan kepada suatu pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan, disampaikan dengan menghantar serah perintah atau notis itu kepada seorang pegawai atau ejen pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan itu di alamat berdaftarnya atau alamat perniagaannya.

Institusi Kewangan Pembangunan 123

(3)

Sekiranya pegawai yang melaksanakan penyampaian apa-apa perintah atau notis di bawah subseksyen (1) atau (2) berpuas hati, atas sebab yang hendaklah direkodkan olehnya secara bertulis, bahawa perintah atau notis itu tidak dapat disampaikan dengan cara yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) atau (2), perintah atau notis itu boleh disampaikan dengan melekatkan perintah atau notis itu pada bahagian premis yang mudah dilihat—

(a)

yang individu bagi perintah atau notis itu diniatkan diketahui terakhir tinggal, terakhir bekerja atau terakhir menjalankan perniagaan; atau

(b)

di alamat berdaftar atau alamat perniagaan yang terakhir diketahui bagi pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan yang perintah atau notis itu diniatkan, dan dalam hal sedemikian perintah atau notis itu hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan dengan sempurna.

(4)

Sekiranya apabila suatu penyiasatan dibuat di bawah Akta ini, pegawai penyiasat mendapati bahawa terdapat keterangan yang mencukupi atau alasan yang munasabah untuk mengesyaki bagi mewajarkan pemulaan atau penerusan mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang, pegawai penyiasat itu hendaklah menghendaki seorang pengadu, jika ada, dan mana-mana orang yang didapati oleh pegawai penyiasat itu mengetahui hal keadaan kes itu sebagaimana yang difikirkannya perlu, untuk menandatangani suatu jaminan untuk hadir di hadapan mana-mana mahkamah yang dinamakan dalam jaminan itu atau untuk memberikan keterangan dalam mana-mana prosiding mahkamah.

(5)

Sekiranya mana-mana pengadu atau orang yang disebut dalam subseksyen (4) enggan untuk menandatangani suatu jaminan di bawah subseksyen itu, pegawai penyiasat itu hendaklah melaporkan keengganan itu kepada mahkamah yang boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan suatu waran atau saman untuk memastikan kehadiran pengadu atau orang itu.

124

Undang-Undang Malaysia

Penyerahan dokumen perjalanan

99B. (1) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, seorang pegawai penyiasat boleh, melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana orang yang tertakluk pada suatu penyiasatan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini, untuk menyerahkan dokumen perjalanannya termasuk pasport atau permit keluar yang dalam milikannya, dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan dalam notis itu.

(2)

Suatu notis di bawah subseksyen (1) hendaklah disampaikan secara kediri kepada orang yang notis itu dialamatkan mengikut seksyen 99A.

(3)

Seseorang yang kepadanya suatu notis di bawah subseksyen (1)

disampaikan hendaklah mematuhi notis itu, yang kegagalannya untuk berbuat demikian boleh menyebabkan dia ditangkap dan dibawa ke hadapan seorang majistret.

(4)

Jika seseorang itu dibawa ke hadapan seorang majistret, melainkan jika orang itu mematuhi notis di bawah subseksyen (1) atau memuaskan hati majistret bahawa dia tidak memiliki suatu dokumen perjalanan, majistret itu hendaklah dengan waran menahan orang itu dalam penjara—

(a)

sehingga habis tempoh empat belas hari dari tarikh penahanannya itu; atau

(b)

sehingga dia mematuhi notis di bawah subseksyen (1), mengikut mana-mana yang berlaku lebih awal.

(5)

Bagi maksud subseksyen

(4)

, suatu perakuan yang ditandatangani oleh Pendakwa Raya yang bermaksud bahawa orang itu telah mematuhi notis bertulis di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi kebenaran yang mencukupi bagi Pesuruhjaya Penjara untuk melepaskan orang itu.

(6)

Seorang pegawai penyiasat boleh, dengan kelulusan bertulis

Bank, melalui notis secara bertulis yang dikeluarkan kepada

Institusi Kewangan Pembangunan 125

mana-mana pegawai imigresen, meminta supaya mana-mana orang yang tertakluk pada suatu penyiasatan berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini dicegah daripada meninggalkan Malaysia.

(7)

Pegawai imigresen itu boleh, apabila diberitahu melalui suatu notis bertulis yang dibuat di bawah subseksyen (6), menghendaki orang yang tertakluk pada suatu penyiasatan berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, untuk menyerahkan pasportnya, permit keluarnya atau apa-apa dokumen perjalanannya yang lain yang dalam milikannya kepada seorang pegawai imigresen.

(8)

Tertakluk pada apa-apa perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan imigresen, “pegawai imigresen” ertinya mana-mana orang yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155].

Agent provocateur

99C. Walau apa pun mana-mana undang-undang atau rukun undang-undang yang berlawanan, dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini—

(a)

tiada agent provocateur, sama ada dia seorang pegawai

Bank atau tidak, boleh dianggap menjadi seorang rakan sejenayah atau tidak boleh dipercayai hanya kerana dia telah cuba melakukan atau bersubahat dalam, atau telah bersubahat atau terlibat dalam komplot jenayah untuk melakukan, kesalahan itu sekiranya maksud utama percubaan, persubahatan atau penglibatan itu adalah untuk mendapatkan keterangan terhadap orang itu;

(b)

apa-apa pernyataan sama ada secara lisan atau bertulis yang dibuat kepada seorang agent provocateur oleh mana-mana orang, termasuk mana-mana orang yang kemudiannya dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini, hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dan diberi perhatian dan pertimbangan yang wajar dalam mana-mana perbicaraan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini; dan 126

Undang-Undang Malaysia

(c)

suatu sabitan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini semata-mata atas keterangan tanpa sokongan mana-mana agent provocateur tidak boleh menjadi tidak sah dan tiada sabitan sedemikian boleh diketepikan hanya kerana mahkamah yang membicarakan kes itu tidak menyebut dalam alasan penghakimannya keperluan untuk mengingatkan dirinya mengenai bahaya membuat sabitan atas keterangan sedemikian.

Bantuan kepada pegawai polis atau pegawai awam lain

100. Bank boleh atas usahanya sendiri, atau atas permintaan seorang pegawai awam—

(a)

membekalkan kepada seorang pegawai polis atau mana-mana pegawai awam lain suatu salinan—

(i)

apa-apa rekod, laporan, buku, output komputer, data, dokumen atau maklumat yang disita, ditahan atau diambil milik di bawah seksyen 89;

(ii)

apa-apa rekod pemeriksaan di bawah perenggan 90(2)(a);

(iii)

apa-apa pernyataan bertulis yang dibuat dengan bersumpah atau ikrar menurut perenggan 90(2)(c); atau

(iv)

apa-apa rekod, laporan, buku, output komputer, data, dokumen atau maklumat yang dikemukakan di bawah perenggan 90(2)(b), atau selainnya dalam penjalanan apa-apa pemeriksaan di bawah perenggan 90(2)(a), atau di bawah apa-apa pernyataan bertulis yang dibuat dengan bersumpah atau ikrar menurut perenggan 90(2)(c), dan pegawai polis atau pegawai awam lain itu boleh menggunakan salinan rekod, laporan, pernyataan, buku, output komputer, data, dokumen atau maklumat itu

Institusi Kewangan Pembangunan 127

sebagaimana yang perlu atau suai manfaat berhubung dengan penjalanan kuasanya, pelaksanaan fungsinya, atau penunaian kewajipannya, berkenaan dengan mana-mana orang; atau

(b)

membenarkan seorang pegawai polis atau mana-mana pegawai awam lain untuk mempunyai akses kepada dan memeriksa apa-apa harta, rekod, laporan, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen, maklumat, artikel atau benda yang dikemukakan kepada, atau yang disita, ditahan atau diambil milik oleh, seorang pegawai penyiasat di bawah Akta ini, dan pegawai polis atau pegawai awam lain itu boleh menggunakan apa-apa pengetahuan yang diperoleh daripada akses atau pemeriksaan itu sebagaimana yang perlu atau suai manfaat berhubung dengan penjalanan kuasanya, pelaksanaan fungsinya atau penunaian kewajipannya, berkenaan dengan mana-mana orang.

Pegawai penyiasat disifatkan sebagai pekhidmat awam dan pegawai awam

101. Seseorang pegawai penyiasat hendaklah disifatkan sebagai seorang pekhidmat awam bagi maksud Kanun Keseksaan [Akta 574], dan sebagai seorang pegawai awam bagi maksud Kanun Tatacara

Jenayah dan Akta Keterangan 1950 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang ditetapkan oleh Menteri, atas syor Bank.

Laporan kepada Menteri

102. (1) Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sesuatu institusi kewangan pembangunan atau dengan tanggungjawab bagi subjek atau perkara yang berhubungan dengan apa-apa perniagaan atau aktiviti yang dijalankan oleh sesuatu institusi kewangan pembangunan boleh mengemukakan suatu laporan kepada

Menteri dengan syor supaya diperiksa perniagaan dan hal ehwal institusi kewangan pembangunan itu di bawah seksyen 84 hingga 86.

128

Undang-Undang Malaysia

(2)

Pihak Berkuasa Negeri, dalam hal—

(a)

sesuatu institusi kewangan pembangunan yang merupakan suatu badan berkanun yang ditubuhkan melalui undang-undang

Negeri atau melalui mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah mana-mana undang-undang Negeri; atau

(b)

mana-mana institusi kewangan pembangunan yang lain yang berada di bawah tanggungjawab, kuasa, kawalan atau bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri itu, boleh mengemukakan suatu laporan kepada Menteri dengan syor supaya diperiksa perniagaan dan hal ehwal institusi kewangan pembangunan itu di bawah seksyen 84 hingga 86.

Kuasa Menteri

103. (1) Jika Menteri menerima laporan dan syor di bawah seksyen 102, maka dia boleh memutuskan, atas syor Bank—

(a)

untuk tidak mengambil apa-apa tindakan dalam perkara itu, dan memberitahu Menteri yang disebut dalam subseksyen 102(1) atau Pihak Berkuasa Negeri yang disebut dalam subseksyen 102(2) yang mengemukakan laporan itu dengan sewajarnya; atau

(b)

bahawa perlulah diteliti perniagaan dan hal ehwal institusi kewangan pembangunan itu untuk melindungi kepentingan pemegang kepentingannya.

(2)

Bagi mengelakkan keraguan, dengan ini diisytiharkan bahawa—

(a)

sebelum Menteri membuat sesuatu keputusan di bawah perenggan (1)(b); atau

(b)

sebelum Menteri yang disebut dalam subseksyen 102(1)

atau Pihak Berkuasa Negeri yang disebut dalam

Institusi Kewangan Pembangunan 129

subseksyen 102(2), mengemukakan laporan dan syor di bawah seksyen 102 kepada Menteri, tidaklah perlu bagi

Menteri, atau

Menteri yang disebut dalam subseksyen 102(1) atau Pihak Berkuasa Negeri yang disebut dalam subseksyen 102(2), memberikan peluang kepada institusi kewangan pembangunan itu untuk membuat apa-apa representasi kepada Menteri, atau kepada Menteri yang disebut dalam perenggan 102(1), atau kepada Pihak Berkuasa Negeri yang disebut dalam subseksyen 102(2), mengikut mana-mana yang berkenaan.

Pemakaian seksyen 84 hingga 86

104. (1) Jika Menteri memutuskan bahawa perlulah disiasat perniagaan dan hal ehwal sesuatu institusi kewangan pembangunan di bawah perenggan 103(1)(b), seksyen 84 hingga 86 ini hendaklah terpakai bagi institusi kewangan pembangunan itu seolah-olah institusi itu telah ditetapkan dengan apa-apa cara, sehingga apa-apa takat, dan dengan segala pindaan yang ditetapkan oleh Menteri, atas syor Bank.

(2)

Sesuatu perintah Menteri di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai suatu bahagian penting dalam Akta ini dan dibaca sebagai sebahagian daripada Akta ini, dan hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan yang sepenuhnya walau apa pun apa-apa jua yang tidak selaras dengan, atau berlawanan dengan Akta ini.

Pemakaian seksyen 89 hingga 101

105. Jika mana-mana institusi kewangan pembangunan yang baginya suatu perintah telah dibuat di bawah subseksyen 104(1) melanggar subseksyen 84(1), 85(1) atau 86(1), seksyen 89 hingga 101 hendaklah terpakai bagi institusi kewangan pembangunan itu.

130

Undang-Undang Malaysia

Peruntukan Bahagian ini hendaklah terpakai

106. Peruntukan Bahagian ini hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan yang sepenuhnya walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam undang-undang bertulis yang lain.

BAHAGIAN VIIIA

TINDAKAN PENTADBIRAN

Kuasa Bank untuk mengambil tindakan

106A. (1) Seseorang telah melakukan suatu kemungkiran di bawah

Akta ini sekiranya orang itu tidak mematuhi atau melaksanakan—

(a)

mana-mana peruntukan Akta ini;

(b)

mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

(c)

apa-apa perintah yang dibuat atau apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah Akta ini oleh Bank; atau

(d)

mana-mana standard, syarat, sekatan, penentuan atau kehendak di bawah Akta ini.

(2)

Bank hendaklah mengambil kira perkara yang berikut dalam menentukan tindakan sewajarnya yang hendak diambil dalam setiap hal:

(a)

keberkesanan tindakan penguatkuasaan yang hendak diambil di bawah Akta ini;

(b)

perkadaran tindakan yang hendak diambil dengan kemungkiran yang dilakukan;

(c)

pencegahan kemungkiran masa hadapan yang serupa keadaannya oleh orang lain; dan

Institusi Kewangan Pembangunan 131

(d)

apa-apa perkara lain yang dipertimbangkan sebagai berkaitan pada pendapat Bank.

(3)

Sekiranya pada pendapat Bank seseorang telah melakukan suatu kemungkiran dan adalah wajar untuk mengambil tindakan terhadap orang itu, Bank boleh, tertakluk pada seksyen 123B, mengambil mana-mana satu atau lebih daripada tindakan yang berikut:

(a)

membuat suatu perintah secara bertulis menghendaki orang yang mungkir itu—

(i)

untuk mematuhi atau melaksanakan; atau

(ii)

untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan untuk memastikan pematuhan, mana-mana peruntukan, peraturan-peraturan, perintah, arahan, standard, syarat, sekatan, penentuan atau kehendak yang disebut dalam subseksyen (1);

(b)

tertakluk pada subseksyen (4), mengenakan suatu penalti monetari—

(i)

mengikut perintah yang disiarkan dalam Warta yang dibuat di bawah seksyen 106C atau sekiranya tiada perintah dibuat, mengikut apa-apa amaun yang Bank berpendapat patut, tetapi dalam apa-apa keadaan tidak melebihi lima juta ringgit dalam hal suatu kemungkiran yang dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan atau satu juta ringgit dalam hal suatu kemungkiran yang dilakukan oleh mana-mana individu;

(ii)

yang tidak melebihi tiga kali ganda amaun kasar keuntungan wang yang diperoleh atau kerugian yang dielakkan oleh orang itu yang berbangkit daripada kemungkiran itu; atau 132

Undang-Undang Malaysia

(iii)

yang tidak melebihi tiga kali ganda amaun wang yang menjadi hal perkara kemungkiran itu, mengikut mana-mana yang lebih berat bagi setiap kemungkiran atau ketidakpatuhan;

(c)

mencela secara bertulis orang yang mungkir itu atau menghendaki orang yang mungkir itu untuk mengeluarkan suatu kenyataan umum berhubung dengan kemungkiran itu, sekiranya pada pendapat Bank kemungkiran itu berkaitan untuk maklumat orang awam;

(d)

membuat suatu perintah secara bertulis menghendaki orang yang mungkir itu untuk mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang diarahkan oleh

Bank untuk mengurangkan kesan kemungkiran itu; atau

(e)

membuat suatu perintah secara bertulis menghendaki institusi yang ditetapkan untuk meremedi kemungkiran itu termasuk membuat restitusi kepada mana-mana orang lain yang terkilan dengan kemungkiran itu.

(4)

Bank boleh mengenakan suatu penalti monetari di bawah perenggan (3)(b) hanya berkenaan dengan yang berikut:

(a)

kemungkiran mana-mana peruntukan yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga;

(b)

kemungkiran apa-apa kehendak di bawah mana-mana peruntukan lain di bawah Akta ini jika tiada kesalahan diperuntukkan bagi ketidakpatuhan kehendak itu;

(c)

kegagalan untuk mematuhi mana-mana kehendak yang dikenakan di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini jika tiada peruntukan bagi pengenaan penalti diperuntukkan mengikut perenggan 123(2)(b); atau

(d)

kegagalan untuk mematuhi mana-mana standard, perintah, arahan, kehendak, syarat, penentuan, sekatan atau selainnya

Institusi Kewangan Pembangunan 133

yang dibuat atau dikenakan menurut mana-mana peruntukan yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.

(5)

Sekiranya suatu kemungkiran dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan, mana-mana tindakan di bawah subseksyen (3) boleh diambil terhadap seseorang—

(a)

yang ialah pengarahnya, pengawalnya, pegawainya atau rakan kongsinya, atau pernah berupa untuk bertindak atas sifat sedemikian; atau

(b)

yang terlibat dalam pengurusan hal ehwalnya, pada masa kemungkiran itu melainkan jika orang itu menunjukkan bahawa kemungkiran itu telah dilakukan tanpa dipersetujuinya atau dibiarkan olehnya dan dia telah melaksanakan segala usaha untuk mencegah kemungkiran itu sebagaimana yang patut dilaksanakan olehnya, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan hal keadaan itu.

(6)

Sekiranya suatu kemungkiran dilakukan oleh seseorang—

(a)

yang ialah pengarah, pengawal, pegawai atau rakan kongsi suatu pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan, atau berupa sebagai bertindak atas sifat sedemikian; atau

(b)

yang terlibat dalam pengurusan hal ehwal suatu pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan, suatu tindakan di bawah subseksyen (3) boleh diambil terhadap pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan itu.

(7)

Bagi maksud perenggan (3)(e), dalam menentukan sama ada apa-apa amaun perlu dibayar oleh seseorang yang mungkir, Bank hendaklah mengambil kira—

(a)

sama ada seorang atau lebih telah menanggung kerugian atau terjejas berbangkit daripada kemungkiran itu; atau 134

Undang-Undang Malaysia

(b)

keuntungan yang terakru kepada orang yang mungkir itu.

(8)

Apa-apa penalti monetari yang dibayar oleh seseorang mengikut perenggan (3)(b) hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

(9)

Jika seseorang gagal untuk membayar penalti monetari yang dikenakan oleh Bank di bawah perenggan (3)(b) dalam tempoh yang ditentukan oleh Bank, penalti yang dikenakan oleh Bank itu boleh dibawa guaman baginya atau didapatkan kembali sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada Kerajaan.

(10)

Jika seseorang gagal untuk meremedi kemungkiran termasuk membuat restitusi kepada mana-mana orang lain yang terkilan disebabkan kemungkiran di bawah perenggan (3)(e), walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain, Bank boleh membawa guaman bagi dan mendapatkan balik amaun itu sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada orang yang terkilan oleh kemungkiran itu.

(11)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang Bank daripada mengambil apa-apa tindakan yang ia diberi kuasa untuk mengambil di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis.

Menyerah simpan amaun yang tidak diagihkan dengan Pendaftar

Wang Tak Dituntut

106B. Setakat apa-apa amaun yang dibayar di bawah perenggan 106A(3)(e) atau subseksyen 106A(10) yang tidak diagihkan oleh orang yang mungkir selepas usaha yang munasabah untuk memaklumkan orang yang terkilan gagal oleh sebab kesulitan untuk memaklumkan orang yang terkilan, amaun itu hendaklah diserah simpan dengan Pendaftar Wang Tak Dituntut mengikut peruntukan

Akta Wang Tak Dituntut 1965 [Akta 370].

Institusi Kewangan Pembangunan 135

Kuasa Bank untuk menetapkan penalti monetari

106C. Bank boleh, dengan persetujuan Menteri, menetapkan perkara yang berikut sebagaimana yang disifatkannya perlu, bagi menguatkuasakan sepenuhnya atau memudahkan pelaksanaan subperenggan 106A(3)(b)(i), atau bagi maksud Akta ini:

(a)

pengelasan atau penetapan kemungkiran di bawah Akta ini kepada kategori kemungkiran yang berlainan; dan

(b)

penetapan, mengikut perenggan (a), suatu penalti monetari, atau suatu julat penalti monetari, berkenaan dengan setiap kategori kemungkiran.

Permohonan bagi rayuan keputusan

106D. (1) Mana-mana orang yang terkilan dengan suatu keputusan

Bank di bawah perenggan 106A(3)(b) atau (e) boleh, dalam tempoh dua puluh satu hari selepas orang itu telah diberitahu tentang keputusan itu, merayu dengan memfailkan suatu notis secara bertulis kepada

Jawatankuasa Semakan Penalti Monetari yang ditubuhkan di bawah

Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan

Kewangan Islam 2013.

(2)

Keputusan Bank di bawah perenggan 106A(3)(b) atau (e) tidak boleh berkuat kuasa sehingga rayuan itu diputuskan.

(3)

Jawatankuasa Semakan Penalti Monetari boleh memutuskan untuk mengesahkan keputusan Bank atau menghendaki Bank untuk mempertimbangkan semula dan mencapai suatu keputusan mengikut dapatan Jawatankuasa itu.

136

Undang-Undang Malaysia

BAHAGIAN VIIIB

TINDAKAN SIVIL

Tindakan sivil oleh Bank

106E. Jika Bank mendapati bahawa terdapat kebarangkalian munasabah bahawa mana-mana orang akan melanggar atau telah melanggar atau akan memungkiri atau telah memungkiri atau berkemungkinan tidak mematuhi atau telah tidak mematuhi—

(a)

mana-mana peruntukan Akta ini;

(b)

mana-mana peruntukan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

(c)

apa-apa perintah yang dibuat atau arahan yang dikeluarkan oleh Bank di bawah Akta ini;

(d)

apa-apa standard, syarat, sekatan, penentuan atau kehendak di bawah Akta ini; atau

(e)

apa-apa tindakan yang diambil oleh Bank di bawah subseksyen 106A(3),

Bank boleh memulakan prosiding sivil di mahkamah untuk memohon apa-apa perintah yang ditentukan di bawah subseksyen 106F(1)

terhadap orang itu sama ada atau tidak orang itu telah dipertuduh atas suatu kesalahan berkenaan dengan pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu atau sama ada atau tidak pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu telah dibuktikan dalam suatu pendakwaan.

Perintah oleh mahkamah

106F. (1) Mahkamah boleh, atas suatu permohonan oleh Bank di bawah seksyen 106E, membuat satu atau lebih perintah yang berikut:

Institusi Kewangan Pembangunan 137

(a)

suatu perintah yang menghendaki orang itu untuk membayar suatu amaun yang tidak melebihi tiga kali ganda—

(i)

amaun kasar keuntungan wang yang diperoleh atau kerugian yang dielakkan oleh orang itu berbangkit daripada pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu; atau

(ii)

amaun wang yang menjadi hal perkara pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(b)

suatu perintah yang menghendaki orang itu membayar suatu penalti sivil apa-apa amaun yang mahkamah berpendapat wajar setelah mengambil kira keseriusan atau beratnya pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu, tetapi dalam apa-apa keadaan tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit;

(c)

suatu perintah—

(i)

yang menahan orang itu daripada terlibat dalam apa-apa kelakuan tertentu; atau

(ii)

yang menghendaki pemberhentian pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu;

(d)

suatu perintah yang mengarahkan seseorang untuk melakukan suatu perbuatan tertentu;

(e)

suatu perintah yang mengarahkan orang itu atau mana-mana orang lain yang didapati terlibat dalam pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu untuk mengambil apa-apa langkah yang diarahkan oleh mahkamah untuk mengurangkan kesan pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu;

138

Undang-Undang Malaysia

(f)

suatu perintah yang mengarahkan institusi yang ditetapkan untuk meremedi pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu termasuk membuat restitusi kepada mana-mana orang lain yang terkilan dengan pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu;

(g)

jika seorang telah enggan atau tidak mematuhi apa-apa tindakan yang diambil oleh

Bank di bawah subseksyen 106A(3), suatu perintah yang mengarahkan orang itu untuk mematuhi tindakan yang diambil oleh Bank itu; dan

(h)

apa-apa perintah lain yang disifatkan wajar oleh mahkamah termasuk apa-apa perintah sampingan yang disifatkan wajar berikutan dengan pembuatan suatu perintah di bawah mana-mana peruntukan dalam subseksyen ini.

(2)

Mahkamah boleh membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1) terhadap seseorang—

(a)

yang ialah pengarah, pengawal, pegawai atau rakan kongsi suatu pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan, atau pernah berupa sebagai bertindak atas apa-apa sifat yang sedemikian; atau

(b)

yang terlibat dalam pengurusan hal ehwal suatu pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan, dalam hal yang pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu telah dilakukan oleh pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan melainkan jika orang itu membuktikan bahawa pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu telah dilakukan tanpa dipersetujui atau dibiarkan olehnya dan dia telah melakukan segala usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu sebagaimana yang patut dilakukan olehnya, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan hal keadaan itu.

(3)

Sekiranya suatu pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan dilakukan oleh seseorang—

Institusi Kewangan Pembangunan 139

(a)

yang ialah pengarah, pengawal, pegawai atau rakan kongsi suatu pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan, atau yang pernah berupa sebagai bertindak atas apa-apa sifat yang sedemikian; atau

(b)

yang terlibat dalam pengurusan hal ehwal pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan, suatu perintah di bawah subseksyen (1) boleh dibuat terhadap pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan itu.

(4)

Apa-apa jumlah yang diperintahkan oleh mahkamah di bawah subseksyen (1), hendaklah digunakan—

(a)

pertamanya, untuk membayar balik kepada Bank segala kos prosiding berkenaan dengan pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu; dan

(b)

keduanya, untuk membayar orang yang terkilan dengan pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu dalam hal suatu perintah di bawah perenggan (1)(f); atau

(c)

ketiganya, untuk membayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada

Kumpulan

Wang

Disatukan

Persekutuan melainkan jika mahkamah memerintahkan supaya apa-apa jumlah atau bahagian jumlah itu digunakan untuk membayar pampasan kepada orang yang telah menanggung kerugian berbangkit daripada pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu.

(5)

Sekiranya institusi yang ditetapkan mendapati adalah tidak praktikal untuk memberikan suatu remedi kepada orang yang disebut dalam perenggan (1)(f) memandangkan amaun yang bakal diagihkan kepada setiap orang atau kesulitan untuk mengenal pasti atau memaklumkan orang yang sepatutnya diberikan suatu remedi, institusi yang ditetapkan itu hendaklah menyerah simpan amaun itu dengan

Pendaftar

Wang

Tak

Dituntut mengikut peruntukan

Akta Wang Tak Dituntut 1965.

140

Undang-Undang Malaysia

(6)

Mahkamah boleh membatalkan atau mengubah suatu perintah yang dibuat olehnya di bawah seksyen ini atau menggantung kuat kuasa perintah itu.

(7)

Kuasa yang diberikan kepada mahkamah di bawah seksyen ini adalah sebagai tambahan kepada mana-mana kuasanya yang lain, dan tidak mengurangkan kuasanya yang lain yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.

(8)

Permohonan yang disebut dalam subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa dalam masa enam tahun dari tarikh Bank menyedari tentang pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu.

Tindakan sivil untuk menuntut pampasan

106G. (1) Jika mana-mana orang—

(a)

telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain; atau

(b)

telah dikompaun di bawah seksyen 113 atas apa-apa kesalahan yang dilakukan olehnya, dan kesalahan itu telah mengakibatkan, atau menyebabkan, atau berikutan dengan berlakunya kesalahan itu, mengakibatkan, atau menyebabkan, apa-apa jenis atau bentuk kerugian atau kerosakan kepada sesuatu institusi yang ditetapkan, Bank boleh memulakan tindakan sivil di mahkamah bagi maksud menuntut tanggung rugi daripada orang yang disebut dalam subseksyen (2).

(2)

Orang yang berikut hendaklah bertanggungan secara bersesama dan berasingan untuk menanggung rugi institusi yang ditetapkan secara penuh bagi apa-apa kerugian atau kerosakan kepada institusi yang ditetapkan:

(a)

orang yang disabitkan atas kesalahan itu, atau orang yang dikompaun di bawah seksyen 113 atas kesalahan itu; dan

Institusi Kewangan Pembangunan 141

(b)

mana-mana pengarah, pegawai atau pengawal institusi yang ditetapkan, mana-mana orang lain yang berupa sebagai bertindak atas apa-apa sifat yang sedemikian, atau mana-mana orang yang dengan apa-apa cara jua atau sedikit sebanyaknya bertanggungjawab bagi pengurusan hal ehwal institusi yang ditetapkan, atau mana-mana orang yang membantu dalam pengurusan itu.

(3)

Mahkamah boleh, setelah menyemak suatu permohonan oleh

Bank, membuat suatu perintah menentukan amaun wang yang orang yang disebut dalam subseksyen (2) bertanggungan untuk menanggung rugi institusi yang ditetapkan.

(4)

Orang yang disebut dalam subseksyen (2) tidak bertanggungan untuk menanggung rugi institusi yang ditetapkan sekiranya—

(a)

kesalahan itu dilakukan tanpa diketahui, dipersetujui atau dibiarkan olehnya; dan

(b)

dia telah mengambil semua langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah melakukan segala usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu sebagaimana yang patut diambil atau dilakukan olehnya, dengan mengambil kira jenis fungsinya dan semua hal keadaan yang kesalahan itu dilakukan.

(5)

Suatu amaun yang diperintahkan oleh mahkamah di bawah subseksyen (3) hendaklah digunakan—

(a)

pertamanya, untuk membayar balik kepada Bank segala kos prosiding untuk menuntut tanggung rugi itu; dan

(b)

keduanya, untuk memberi pampasan kepada institusi yang ditetapkan.

(6)

Tindakan sivil di bawah subseksyen (1) boleh dimulakan pada bila-bila masa dalam masa enam tahun dari tarikh orang itu telah disabitkan atas kesalahan di bawah Akta ini atau undang-undang bertulis lain atau dikompaun di bawah seksyen 113.

142

Undang-Undang Malaysia

Perintah interim

106H. Sekiranya suatu permohonan dibuat kepada suatu mahkamah bagi suatu perintah di bawah subseksyen 106F(1) atau 106G(1), mahkamah boleh, sekiranya disifatkannya wajar, sebelum mempertimbangkan permohonan itu, membuat apa-apa perintah interim yang telah dipohon dan perintah interim itu hendaklah berkuat kuasa sementara menanti keputusan permohonan perintah itu.

Pelanggaran perintah mahkamah

106I. (1) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana perintah mahkamah yang dibuat di bawah subseksyen 106F(1), 106G(3) atau seksyen 106H melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.

(2)

Subseksyen (1) tidak menjejaskan kuasa mahkamah berhubung dengan hukuman bagi penghinaan mahkamah.

Tiada aku janji tentang ganti rugi

106J. Jika Bank membuat suatu permohonan bagi suatu perintah di bawah subseksyen 106F(1) atau 106G(1), mahkamah tidak boleh, sebagai suatu syarat bagi perintah itu diberikan, menghendaki apa-apa aku janji tentang ganti rugi yang kena diberikan oleh atau bagi pihak

Bank.

Tindakan lain

106K. Suatu permohonan yang dibuat di bawah subseksyen 106F(1)

atau 106G(1) tidak boleh menjejaskan apa-apa tindakan lain yang boleh diambil oleh Bank, orang yang terkilan atau institusi yang ditetapkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang lain.

Institusi Kewangan Pembangunan 143

Keterangan yang diperoleh dalam penyiasatan boleh digunakan dalam tindakan sivil

106L. (1) Walau apa pun mana-mana undang-undang, apa-apa harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, peralatan, mesin, komputer, output komputer, sistem, data, buku, maklumat, artikel atau benda yang diperoleh oleh Bank dalam menjalankan kuasa penyiasatannya terhadap—

(a)

sesuatu institusi yang ditetapkan;

(b)

mana-mana pengarah atau pegawai institusi yang ditetapkan;

(c)

mana-mana ejen institusi yang ditetapkan; atau

(d)

mana-mana orang lain, boleh digunakan oleh Bank dalam suatu tindakan sivil yang dimulakan oleh Bank.

(2)

Bagi mengelakkan keraguan, apa-apa harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, peralatan, mesin, komputer, output komputer, sistem, data, buku, maklumat, artikel atau benda yang disebut dalam subseksyen (1) tidak boleh tidak diterima dalam mana-mana prosiding sivil di bawah Akta ini yang Bank ialah suatu pihak semata-mata disebabkan ia diperoleh oleh Bank dalam penjalanan kuasa penyiasatannya dan kebolehterimaan itu hendaklah ditentukan mengikut kaedah-kaedah bagi keterangan di bawah mana-mana undang-undang.

BAHAGIAN IX

PELBAGAI

107. (Dipotong oleh Akta A1502).

144

Undang-Undang Malaysia

Aku janji yang boleh dikuatkuasakan

107A. (1) Menteri atau Bank boleh menerima suatu aku janji bertulis yang diberikan oleh seseorang berkaitan dengan suatu perkara yang berhubungan dengan kuasa dan fungsi Menteri atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2)

Aku janji bertulis yang diterima di bawah subseksyen (1) boleh diubah atau ditarik balik oleh orang yang memberi aku janji itu dengan persetujuan Menteri atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Sekiranya Bank berpendapat bahawa orang yang telah memberikan suatu aku janji bertulis kepada Menteri atau Bank telah memungkiri mana-mana terma aku janji itu—

(a)

Bank boleh memohon, berhubung dengan aku janji yang diberikan kepada Bank; atau

(b)

Bank boleh mengesyorkan kepada Menteri untuk memohon, berhubung dengan aku janji yang diberikan kepada Menteri, kepada Mahkamah Tinggi bagi suatu perintah di bawah subseksyen (4)

melalui saman pemula.

(4)

Sekiranya Mahkamah Tinggi berpuas hati bahawa seseorang telah memungkiri mana-mana terma aku janji itu, Mahkamah Tinggi boleh membuat mana-mana atau semua perintah yang berikut:

(a)

suatu perintah mengarahkan orang itu untuk mematuhi aku janji itu;

(b)

suatu perintah mengarahkan orang itu untuk membayar kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan suatu amaun setakat amaun apa-apa manfaat kewangan yang orang itu peroleh, sama ada secara langsung atau tidak langsung, yang berhubung kait secara munasabah dengan kemungkiran itu;

Institusi Kewangan Pembangunan 145

(c)

apa-apa perintah yang pada pendapat Mahkamah Tinggi adalah wajar yang mengarahkan orang itu untuk memberikan pampasan kepada mana-mana orang lain yang menanggung kerugian atau kerosakan akibat daripada kemungkiran itu; atau

(d)

apa-apa perintah lain yang pada pendapat

Mahkamah Tinggi adalah wajar.

(5)

Bank berhak untuk didengar dalam prosiding yang berhubungan dengan suatu permohonan yang dibuat kepada Mahkamah Tinggi berkenaan dengan suatu kemungkiran aku janji yang diberikan kepada

Menteri.

Pemalsuan, penyembunyian dan pemusnahan dokumen

108. Seseorang, dengan niat untuk memperdaya, berkenaan dengan sesuatu dokumen yang dikehendaki supaya dikemukakan atau diserahkan di bawah mana-mana peruntukan Akta ini, yang membuat atau menyebabkan supaya dibuat suatu catatan palsu, meninggalkan daripada membuat, atau menyebabkan supaya ditinggalkan, apa-apa catatan, atau mengubah, membuat cabutan, menyembunyikan atau memusnahkan, atau menyebabkan supaya diubah, dibuat cabutan, disembunyikan atau dimusnahkan, apa-apa catatan, memalsukan sesuatu dokumen, atau menggunakan atau memegang dalam miliknya suatu dokumen palsu, yang berupa sebagai dokumen yang sah, mengubah apa-apa catatan yang telah dibuat dalam apa-apa dokumen, atau mengeluarkan atau menggunakan suatu dokumen yang palsu atau tidak betul, secara keseluruhan atau sebahagiannya, atau mengelirukan melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.

Pemenjaraan

108A. Jika penalti pemenjaraan telah diperuntukkan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini, penalti itu tidak terpakai bagi suatu pertubuhan perbadanan yang disabitkan atas kesalahan itu.

146

Undang-Undang Malaysia

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

109. (1) Jika sesuatu kesalahan dilakukan oleh sesuatu pertubuhan perbadanan atau sesuatu persatuan orang, seseorang—

(a)

yang merupakan pengarahnya, pengawalnya, pegawainya, atau pekongsinya; atau

(b)

yang bersangkut-paut dalam pengurusan hal ehwalnya, pada masa kesalahan itu dilakukan, disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika orang itu membuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa keizinannya atau pembiarannya dan bahawa dia telah melakukan segala usaha untuk mencegah kesalahan itu daripada dilakukan sebagaimana yang patut dilakukan olehnya, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan hal keadaan.

(2)

Seseorang individu boleh didakwa bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) walaupun pertubuhan perbadanan atau persatuan orang itu tidak disabitkan atas kesalahan itu.

(3)

Subseksyen (1) tidak menjejaskan liabiliti jenayah pertubuhan perbadanan atau persatuan orang itu bagi kesalahan yang disebut dalam subseksyen itu.

(4)

Mana-mana orang yang akan melakukan suatu kesalahan jika apa-apa perbuatan telah dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan oleh orang itu sendiri melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan boleh dikenakan penalti yang sama jika perbuatan itu telah dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan oleh ejen atau pegawainya dalam perjalanan perniagaan ejen itu atau dalam perjalanan pekerjaan pegawai itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan atau keizinannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah pencegahan yang munasabah untuk mencegah pelakuan atau peninggalan perbuatan itu.

Institusi Kewangan Pembangunan 147

Kesalahan oleh individu

110. Jika seseorang boleh dikenakan di bawah Akta ini sesuatu penalti bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran, dia boleh dikenakan penalti yang sama bagi perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran pekerja, pengarah, pengawal, atau ejennya jika perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran itu dilakukan oleh—

(a)

pekerjanya semasa menjalankan pekerjaannya;

(b)

pengarahnya semasa menjalankan fungsinya sebagai seorang pengarah;

(c)

pengawalnya semasa menjalankan fungsinya sebagai seorang pengawal; atau

(d)

ejennya apabila bertindak bagi pihaknya.

Percantuman kesalahan

111. Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam apa-apa undang-undang bertulis lain, jika seseorang dituduh dengan lebih daripada satu kesalahan di bawah Akta ini, dia boleh dipertuduh dan dibicarakan dalam satu perbicaraan atas apa-apa bilangan kesalahan sedemikian yang dilakukan dalam apa-apa jangka masa.

Kesalahan boleh ditangkap

112. Tiap-tiap kesalahan yang boleh dihukum di bawah Akta ini ialah kesalahan boleh tangkap.

Kuasa Gabenor untuk mengkompaun kesalahan

113. (1) Gabenor boleh, dengan keizinan

Pendakwa

Raya, menawarkan secara bertulis untuk mengkompaun mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau di bawah peraturan-peraturan yang

148

Undang-Undang Malaysia dibuat di bawah Akta ini, dengan menyetujui terima daripada orang yang disyaki secara munasabah telah melakukan kesalahan itu apa-apa amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu yang boleh dikenakan ke atas orang itu jika dia telah disabitkan atas kesalahan itu, dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.

(2)

Apa-apa wang yang dibayar kepada Gabenor menurut subseksyen (1) hendaklah dibayar ke dalam dan hendaklah menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

(3)

Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan untuknya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Bank, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(4)

Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun kesalahan itu telah dibuat.

Percubaan, penyediaan, persubahatan dan komplot yang boleh dihukum sebagai kesalahan

114. (1) Mana-mana orang yang—

(a)

cuba untuk melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini;

(b)

melakukan suatu perbuatan sebagai persediaan untuk, atau bagi melaksanakan, pelakuan suatu kesalahan di bawah

Akta ini; atau

(c)

bersubahat atau terlibat dalam suatu komplot jenayah untuk melakukan (sebagaimana istilah itu ditakrifkan dalam

Kanun Keseksaan) suatu kesalahan di bawah Akta ini, sama

Institusi Kewangan Pembangunan 149

ada atau tidak kesalahan itu dilakukan berikutan dengannya, melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan penalti bagi kesalahan itu.

(2)

Sesuatu peruntukan Akta ini yang menyebut sesuatu kesalahan di bawah suatu peruntukan tertentu Akta ini hendaklah dibaca sebagai termasuk suatu sebutan mengenai suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) berhubung dengan kesalahan di bawah peruntukan tertentu itu.

Pendakwaan

114A. Tiada pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali dengan persetujuan bertulis Pendakwa Raya.

Perlindungan berhubung dengan penzahiran maklumat kepada

Bank

114B. (1) Jika seseorang menzahirkan secara suci hati kepada Bank pengetahuannya atau kepercayaannya atau apa-apa dokumen atau maklumat bahawa suatu pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan telah dilakukan atau mungkin akan dilakukan di bawah

Akta ini—

(a)

orang itu tidak bertanggungan bagi suatu kemungkiran obligasi kerahsiaan yang dikenakan oleh mana-mana undang-undang, kontrak atau kaedah-kaedah amalan profesional;

(b)

ia hendaklah menjadi suatu pembelaan dalam suatu tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding yang dibawa, dimulakan atau diteruskan di mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain terhadap orang yang membuat penzahiran itu kepada Bank yang dia percaya penzahiran itu perlu bagi menguatkuasakan peruntukan Akta ini; dan 150

Undang-Undang Malaysia

(c)

tidak ada hak atau remedi kontraktual atau hak atau remedi lain boleh dikuatkuasakan terhadap orang itu atas sebab penzahiran itu.

(2)

Apa-apa dokumen atau maklumat yang dizahirkan kepada Bank di bawah subseksyen (1) dan maklumat dan pengenalan diri orang yang membuat penzahiran itu hendaklah menjadi rahsia antara Bank dengan orang yang membuat penzahiran itu.

Peruntukan keterangan

114C. Dalam mana-mana prosiding jenayah atau sivil di bawah Akta ini—

(a)

apa-apa pernyataan yang berupa sebagai ditandatangani oleh Gabenor atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa untuk melaksanakan fungsi Bank bagi pihaknya, yang menjadi sebahagian daripada atau dilampirkan kepada apa-apa surat, daftar, rekod atau dokumen, bagaimanapun dinyatakan, diperihalkan atau digambarkan; atau

(b)

pengemukaan suatu salinan bercetak suatu standard, penentuan, perintah, arahan, petunjuk, notis, kehendak, syarat atau sekatan, surat, daftar, rekod, dokumen atau apa-apa surat cara lain yang ditentukan atau dikeluarkan menurut Akta ini, hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, menjadi keterangan tentang apa-apa fakta yang dinyatakan dalamnya.

Kuasa Bank untuk menyiarkan maklumat

114D. Bank boleh, jika difikirkannya perlu, menyiarkan dalam apa-apa bentuk dan cara yang difikirkannya sesuai, apa-apa maklumat berhubung dengan—

Institusi Kewangan Pembangunan 151

(a)

apa-apa tindakan penguatkuasaan yang diambil di bawah

Akta ini termasuk prosiding jenayah, pengkompaunan, tindakan sivil dan tindakan pentadbiran; dan

(b)

keputusan tindakan yang disebut dalam perenggan (a)

termasuk keputusan apa-apa prosiding, penyelesaian dalam atau luar mahkamah berhubung dengan apa-apa pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan peruntukan

Akta ini.

Laporan tahunan

115. Bank hendaklah memasukkan dalam akaun tahunan dan laporan tahunannya yang dibuat di bawah subseksyen 48(1) *Akta Bank

Negara Malaysia 1958 suatu laporan tahunan mengenai perjalanan

Akta ini dalam tahun kalendar yang sebelumnya sebelum akhir bulan

April setiap tahun dan laporan itu hendaklah termasuk suatu ringkasan mengenai dokumen yang diserah simpan dengannya.

Pengemukaan maklumat dan perangkaan

116. (1) Sesuatu institusi yang ditetapkan dan suatu institusi kewangan pembangunan yang baginya suatu perintah telah dibuat di bawah subseksyen 104(1)

dan subsidiarinya hendaklah mengemukakan kepada Bank atau mana-mana orang yang ditentukan oleh Bank, apa-apa dokumen atau maklumat yang dikehendaki oleh

Bank melalui notis secara bertulis dalam tempoh yang ditentukan oleh

Bank, dan institusi yang ditetapkan, institusi kewangan pembangunan atau subsidiarinya itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak boleh mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat—

(a)

yang dia mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai, adalah palsu atau mengelirukan dalam butir material; atau

*CATATAN—Akta Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519] telah dimansuhkan oleh Akta Bank Negara

Malaysia 2009 [Akta 701] yang berkuat kuasa pada 25 November 2009–lihat seksyen 99 Akta 701.

152

Undang-Undang Malaysia

(b)

yang tidak tepat atau tidak lengkap kerana terdapat kesilapan atau peninggalan material, atau apa-apa kesilapan atau peninggalan berulang.

(2)

Mana-mana institusi yang ditetapkan atau mana-mana institusi kewangan pembangunan yang melanggar perenggan (1)(a) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit.

(2A)

Mana-mana orang yang mematuhi subseksyen (1) tidak dikira sebagai memungkiri mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan.

(3)

(Dipotong oleh Akta A1502).

(4)

Bank boleh menghendaki supaya dokumen atau maklumat yang dikemukakan di bawah subseksyen (1) diperakui dengan sewajarnya oleh mana-mana orang termasuklah juruaudit institusi yang ditetapkan atau institusi kewangan pembangunan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Tanggung rugi

117. Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan, atau dikekalkan di mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa terhadap

Menteri, Gabenor, Timbalan Gabenor, Bank, pengarah, pegawai atau pekerjanya, atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya, sama ada secara peribadi atau atas sifat rasminya, bagi, atau oleh sebab, atau berkenaan dengan sesuatu perbuatan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, atau yang berupa sebagai dilakukan atau dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, menurut atau dalam melaksanakan, atau yang dimaksudkan untuk menurut atau melaksanakan, Akta ini, atau mana-mana perintah bertulis, arahan, suruhan, atau benda lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini jika perbuatan atau pernyataan itu dilakukan atau dibuat, atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, dengan suci hati.

Institusi Kewangan Pembangunan 153

Larangan mengenai penerimaan hadiah, komisen, dsb.

118. (1) Tiada pengarah, pegawai atau ejen sesuatu institusi yang ditetapkan, atau mana-mana orang lain yang merupakan orang yang menerima apa-apa bayaran atau saraan atas apa-apa sifat, profesional atau selainnya, daripada institusi yang ditetapkan itu, boleh, sama ada secara langsung atau secara tidak langsung, meminta atau menerima, atau mengizinkan atau bersetuju untuk menerima, apa-apa hadiah, komisen, emolumen, ganjaran, wang, harta, cenderamata atau benda yang nilainya, melebihi satu ratus ringgit atau apa-apa perkhidmatan, kemudahan atau faedah yang tidak ketara lain, sama ada bagi manfaat atau faedahnya sendiri atau bagi manfaat atau faedah mana-mana orang lain, daripada mana-mana orang selain institusi yang ditetapkan itu, untuk mendapatkan atau cuba mendapatkan bagi mana-mana orang—

(a)

apa-apa kemudahan pembiayaan daripada institusi yang ditetapkan itu; atau

(b)

apa-apa benda lain yang berhubungan dengan perniagaan atau hal ehwal institusi yang ditetapkan itu.

(2)

Peruntukan subseksyen (1) tidaklah dengan apa-apa jua cara mengurangkan, dan tidaklah menjejaskan, mana-mana undang-undang bertulis yang lain yang berhubungan dengan rasuah atau suapan menyalahi undang-undang.

Kerahsiaan

119. (1) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini memberi kuasa kepada

Bank atau Menteri untuk mengarahkan Bank, untuk menyiasat secara khusus hal ehwal atau akaun mana-mana klien sesuatu institusi yang ditetapkan atau sesuatu institusi kewangan pembangunan.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Bank boleh menyiasat hal ehwal atau akaun pelanggan sesuatu institusi yang ditetapkan bagi maksud menjalankan kuasanya atau fungsinya di bawah Akta ini,

Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Perkhidmatan Kewangan

Islam 2013 atau seksyen 47 Akta Bank Negara Malaysia 2009.

154

Undang-Undang Malaysia

(3)

Tiada seorang pun, yang mempunyai akses kepada apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun mana-mana pelanggan sesuatu institusi yang ditetapkan, termasuk—

(a)

institusi yang ditetapkan itu; atau

(b)

mana-mana orang yang ialah atau pernah menjadi pengarah, pegawai atau ejen institusi yang ditetapkan itu, boleh menzahirkan kepada seorang lain apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun mana-mana pelanggan institusi yang ditetapkan itu.

(4)

Subseksyen (3) tidak terpakai bagi apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun mana-mana pelanggan sesuatu institusi yang ditetapkan—

(a)

yang dizahirkan kepada Menteri, Bank, mana-mana pegawai Bank atau mana-mana orang yang dilantik di bawah Akta ini atau Akta Bank Negara Malaysia 2009

bagi maksud menjalankan mana-mana kuasa atau fungsi di bawah Akta ini atau Akta Bank Negara Malaysia 2009;

(b)

yang berbentuk ringkasan atau himpunan maklumat yang dinyatakan dengan apa-apa cara yang tidak membolehkan maklumat yang berhubungan dengan mana-mana pelanggan tertentu institusi yang ditetapkan itu ditentukan daripadanya; atau

(c)

yang pada masa penzahiran itu adalah atau telah pun dijadikan tersedia menurut undang-undang kepada orang awam daripada apa-apa sumber selain institusi yang ditetapkan itu.

(5)

Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa dokumen atau maklumat yang dalam pengetahuannya telah dizahirkan dengan melanggar subseksyen (3) boleh menzahirkannya kepada mana-mana orang lain.

Institusi Kewangan Pembangunan 155

(6)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3) atau (5)

melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua-duanya.

Penzahiran yang dibenarkan

120. (1) Sesuatu institusi yang ditetapkan atau mana-mana pengarahnya atau pegawainya boleh—

(a)

bagi apa-apa maksud atau dalam apa-apa hal keadaan yang dinyatakan dalam ruang pertama Jadual Keempat, menzahirkan apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun pelanggannya kepada mana-mana orang yang ditentukan dalam ruang kedua Jadual itu; atau

(b)

menzahirkan apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun pelanggannya kepada mana-mana orang jika penzahiran itu diluluskan secara bertulis oleh Bank.

(2)

Institusi yang ditetapkan itu atau pengarahnya atau pegawainya yang membuat penzahiran bagi maksud atau dalam apa-apa hal keadaan yang dinyatakan dalam Jadual Keempat dan perenggan (1)(b), hendaklah tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.

(3)

Mana-mana orang yang menerima apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun pelanggan sebagaimana yang dibenarkan di bawah subseksyen (1) tidak boleh menzahirkan dokumen atau maklumat itu kepada mana-mana orang lain.

(4)

Dalam mana-mana prosiding di bawah perenggan 3, 4, 5, 6

atau 7 dalam ruang pertama Jadual Keempat atau hal keadaan yang diluluskan oleh Bank di bawah perenggan (1)(b), jika apa-apa dokumen atau maklumat berkemungkinan akan dizahirkan, berhubung dengan hal ehwal atau akaun pelanggan, mahkamah boleh, atas

156

Undang-Undang Malaysia usulnya sendiri, atau atas permohonan suatu pihak kepada prosiding itu atau pelanggan yang berhubungan dengan dokumen atau maklumat itu—

(a)

memerintahkan supaya prosiding itu dijalankan secara tertutup dan dalam hal itu, dokumen atau maklumat itu hendaklah menjadi rahsia antara mahkamah dengan pihak-pihak kepada prosiding itu, dan tiada pihak boleh menzahirkan dokumen atau maklumat itu kepada mana-mana orang lain; dan

(b)

membuat apa-apa perintah lanjut sebagaimana yang mahkamah berpendapat adalah perlu untuk memastikan kerahsiaan dokumen atau maklumat pelanggan itu.

(5)

Melainkan jika diperintahkan selainnya oleh mahkamah, tiada seorang pun boleh menyiarkan nama, alamat atau gambar mana-mana pihak kepada prosiding yang disebut dalam subseksyen (4), atau apa-apa dokumen atau maklumat yang berkemungkinan membawa kepada pengenalpastian pihak-pihak kepada prosiding itu, sama ada semasa berlangsungnya prosiding itu atau pada bila-bila masa selepas prosiding itu tamat.

(6)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi syarat yang dikenakan oleh Bank menurut subseksyen (2) atau melanggar subseksyen (3)

atau (5) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua-duanya.

Keputusan Menteri adalah muktamad

121. Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam Akta ini, apa-apa keputusan yang dibuat oleh Menteri di bawah Akta ini, sama ada suatu keputusan yang asal olehnya atau suatu keputusan atas rayuan kepadanya terhadap keputusan Bank, adalah muktamad.

Institusi Kewangan Pembangunan 157

Pengecualian

122. Menteri boleh, atas syor Bank, jika difikirkannya selaras dengan maksud Akta ini atau untuk kepentingan awam, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan mana-mana institusi yang ditetapkan daripada mana-mana peruntukan Akta ini bagi apa-apa tempoh dan tertakluk pada apa-apa syarat yang ditentukan oleh

Menteri.

Peraturan-peraturan

123. (1) Menteri boleh, atas syor Bank, membuat apa-apa peraturan-peraturan yang perlu atau suai manfaat untuk memberi kuat kuasa yang sepenuhnya kepada atau untuk melaksanakan peruntukan

Akta ini.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen

(1)

, peraturan-peraturan boleh dibuat—

(a)

bagi memperuntukkan bahawa apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan sedemikian menjadi suatu kesalahan; dan

(b)

bagi mengadakan peruntukan bagi pengenaan penalti bagi kesalahan itu dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua-duanya.

(c)

(Dipotong oleh Akta A1502).

Peruntukan yang berhubungan dengan kelulusan, persetujuan, standard, penentuan, notis, kehendak atau arahan

123A. (1) Melainkan jika diperuntukkan selainnya dengan nyata, apa-apa kelulusan atau persetujuan yang diberikan, atau apa-apa standard, penentuan, notis, kehendak atau arahan yang ditentukan atau dikeluarkan di bawah Akta ini—

158

Undang-Undang Malaysia

(a)

boleh dibuat sama ada secara am atau khusus;

(b)

boleh dipinda atau dibatalkan oleh Menteri atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau

(c)

hendaklah dikeluarkan atau disampaikan mengikut cara yang difikirkan wajar oleh Bank dan adalah sah bagi semua maksud.

(2)

Apa-apa kelulusan atau persetujuan di bawah subseksyen (1)

boleh—

(a)

mutlak atau bersyarat; atau

(b)

terhad yang akan habis tempoh pada suatu tarikh yang ditentukan, melainkan jika diperbaharui.

(3)

Jika kuasa diberikan kepada Menteri atau Bank di bawah Akta ini untuk membuat apa-apa penentuan, Menteri atau Bank hendaklah mempunyai kuasa untuk menentukan secara berlainan bagi orang yang berlainan atau golongan, kategori atau perihalan orang yang berlainan.

Peluang untuk membuat representasi

123B. (1) Jika Menteri, atas syor Bank, atau Bank bercadang untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap mana-mana orang di bawah subseksyen 8(2), 26(1), 33I(4), 54(1), seksyen 55 atau subseksyen 106A(3), Bank hendaklah menyampaikan kepada orang itu suatu notis bertulis mengenai tindakan yang dicadangkan itu.

(2)

Notis bertulis di bawah subseksyen

(1)

hendaklah menyatakan—

(a)

tindakan yang dicadangkan untuk diambil oleh Menteri atau

Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan alasan bagi tindakan itu;

Institusi Kewangan Pembangunan 159

(b)

tempoh yang orang yang disebut dalam subseksyen (1)

boleh membuat suatu representasi bertulis kepada Menteri atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(c)

dalam hal apa-apa tindakan yang dicadangkan di bawah subseksyen 106A(3), ketidakpatuhan atau kemungkiran yang dilakukan oleh orang itu; dan

(d)

jika Bank bercadang untuk mengenakan suatu penalti monetari di bawah perenggan 106A(3)(b), hak orang yang mungkir itu untuk membayar, dalam suatu tempoh yang ditentukan dalam notis itu, penalti monetari yang dinyatakan dalam notis itu.

(3)

Orang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah diberikan suatu peluang yang munasabah untuk membuat suatu representasi bertulis kepada Menteri atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan mengemukakan representasi itu kepada Bank dalam masa empat belas hari dari tarikh notis oleh Bank.

(4)

Selepas habis tempoh empat belas hari dari tarikh notis oleh

Bank dan mempertimbangkan apa-apa representasi bertulis di bawah subseksyen (3), Menteri, atas syor Bank, atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah memutuskan sama ada untuk—

(a)

meneruskan tindakan yang dicadangkan itu atau pengubahan tindakan itu; atau

(b)

tidak mengambil tindakan selanjutnya.

(5)

Menteri atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah memaklumkan orang yang disebut dalam subseksyen (1)

melalui suatu notis bertulis tentang keputusan di bawah subseksyen (4)

dan keputusan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh yang ditentukan dalam notis itu.

(6)

Walau apa pun subseksyen (1), Menteri atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengambil tindakan yang dicadangkan terlebih dahulu dan peluang untuk membuat representasi

160

Undang-Undang Malaysia hendaklah diberikan serta-merta selepas tindakan itu diambil sekiranya apa-apa kelengahan dalam mengambil tindakan yang dicadangkan akan memudaratkan kepentingan mana-mana institusi yang ditetapkan, pemegang kepentingannya, sistem kewangan atau orang awam pada amnya.

(7)

Menteri atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengesahkan, meminda atau membatalkan tindakan yang diambil di bawah subseksyen (6) berbangkit daripada representasi yang dibuat di bawah subseksyen itu.

(8)

Subseksyen (6) tidak terpakai bagi apa-apa tindakan yang diambil di bawah seksyen 106A.

Pindaan Jadual

124. Menteri boleh, atas syor Bank, melalui suatu perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual Pertama, Jadual Kedua dan

Jadual

Suggest a correction

Jadual Keempat.

Pemakaian undang-undang lain

125. (1) Jika terdapat percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan Akta ini dengan peruntukan—

(a)

*Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989;

(b)

Akta

Bank

Kerjasama

Rakyat

Malaysia

Berhad

(Peruntukan Khas) 1978 [Akta 202];

(c)

**Akta Syarikat 1965;

(d)

Akta Koperasi 1993; atau

*CATATAN—Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372] telah dimansuhkan oleh

Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] yang berkuat kuasa pada 30 Jun 2013—lihat seksyen 271

Akta 758.

**CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]

yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

Institusi Kewangan Pembangunan 161

(e)

dokumen konstituen sesuatu institusi yang ditetapkan, peruntukan Akta ini hendaklah mengatasinya.

(2)

Jika apa-apa kesulitan atau keraguan berbangkit dalam pemakaian subseksyen (1) berhubung dengan mana-mana institusi yang ditetapkan yang tertentu, atau apa-apa perkara atau hal keadaan tertentu, atau secara amnya, Menteri boleh, apabila kesulitan atau keraguan itu dirujukkan kepadanya oleh Bank, menyelesaikannya melalui suatu arahan secara bertulis.

(3)

Sebutan mengenai “Akta ini” dalam seksyen ini tidaklah termasuk mana-mana peraturan, perintah atau perundangan subsidiari yang lain yang dibuat di bawah Akta ini.

Kuasa Bank untuk mengeluarkan panduan

*126. Bank boleh mengeluarkan panduan secara bertulis yang mengandungi apa-apa maklumat, nasihat atau syor yang difikirkannya patut—

(a)

berkenaan dengan peruntukan Akta ini;

(b)

bagi maksud mengawal selia dan mengawasi institusi yang ditetapkan; atau

(c)

berkenaan dengan apa-apa perkara lain yang, pada pendapat

Bank, perlu untuk memberikan maklumat, nasihat atau syor.

Pemakaian langkah yang berhubungan dengan transaksi antarabangsa dan domestik

127. Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini yang boleh dengan apa-apa cara menyentuh atau mengurangkan, Penggal 2,

Bahagian XIV Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Penggal 2,

*CATATAN—Kecualian am–lihat seksyen 111 Akta Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan) 2015

[Akta A1502] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2016.

162

Undang-Undang Malaysia

Bahagian XV Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dan dalam pemakaian mana-mana peruntukan Akta ini bagi mana-mana orang, peruntukan itu hendaklah terpakai tertakluk pada peruntukan dalam

Penggal itu dan, oleh yang demikian, sekiranya terdapat apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara mana-mana peruntukan

Akta ini dengan Penggal itu, peruntukan dalam Penggal itu hendaklah mengatasi.

Pelanggaran tidak menyentuh kontrak, perjanjian atau perkiraan

128. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam

Akta ini, atau menurut mana-mana peruntukan Akta ini, tiada kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat yang melanggar mana-mana peruntukan Akta ini boleh menjadi tidak sah semata-mata oleh sebab pelanggaran itu.

(2)

Subseksyen (1) tidak boleh menyentuh apa-apa liabiliti jenayah mana-mana orang bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini berkenaan dengan pelanggaran itu.

*129. (Dipotong oleh Akta A1502).

Kecualian

130. (1) Apa-apa kehendak bagi kelulusan Menteri atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah Akta ini hendaklah disifatkan telah diberikan mengikut peruntukan Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya berhubung dengan orang yang baginya kehendak itu terpakai sehinggalah diubahsuaikan, dihapuskan atau dibatalkan mengikut peruntukan Akta ini.

(2)

Ketua pegawai eksekutif atau pengarah sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa, disifatkan telah mematuhi

Kriteria

Minimum

Bagi

Pelantikan dalam

*CATATAN—Kecualian berkenaan dengan institusi yang ditetapkan yang menjalankan perniagaan kewangan Islam–lihat seksyen 112 Akta Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan) 2015 [Akta A1502]

yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2016.

Institusi Kewangan Pembangunan 163

Jadual

Suggest a correction

Jadual Pertama dan walau apa pun apa-apa kehilangan kelayakan di bawah seksyen 7 Akta ini, hendaklah terus memegang jawatannya sehingga habis tempoh pelantikannya.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL PERTAMA

[Subseksyen 6(2) dan (3), seksyen 6A dan subseksyen 8(1) dan (2)]

Kriteria Minimum Bagi Pelantikan

Pengerusi, pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif dan pegawai kanan hendaklah orang yang “layak dan sesuai”

1. (1) Sesuatu institusi yang ditetapkan dan Bank, dalam menentukan sama ada seseorang itu orang yang “layak dan sesuai” bagi memegang atau terus memegang jawatan pengerusi, pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif atau pegawai kanan, hendaklah mengambil kira—

(a)

kejujurannya, reputasinya, kecekapannya dan kebijaksanaan pertimbangannya untuk menunaikan tanggungjawab jawatan itu;

(b)

usaha yang dengannya dia sedang menunaikan atau berkemungkinan akan menunaikan tanggungjawab itu;

(c)

sama ada kepentingan pemegang kepentingan dan orang awam sedang, atau berkemungkinan menjadi, dengan apa-apa jua cara terancam disebabkan oleh pemegangan jawatan itu olehnya; dan

(d)

integriti kewangannya.

(1A)

Tanpa menjejaskan keluasan subperenggan (1), bagi maksud menentukan sama ada orang itu adalah “layak dan sesuai”, institusi yang ditetapkan itu dan Bank hendaklah mengambil kira yang berikut:

(a)

bahawa kejujuran dan reputasi adalah nilai yang boleh ditunjukkan melalui kualiti peribadi seperti sifat jujur, integriti, amanah, ketekunan, pemikiran yang bebas dan adil, yang ditunjukkan dalam jangka masa yang panjang dan memerlukan disiplin dan komitmen yang berterusan kepada tahap etika yang tinggi;

(b)

bahawa kecekapan ditunjukkan oleh seseorang yang mempunyai kebolehan, pengetahuan yang relevan, pengalaman dan keupayaan untuk memahami kehendak teknikal bagi perniagaan, risiko yang sedia ada dan

164

Undang-Undang Malaysia proses pengurusan yang dikehendaki untuk melaksanakan peranannya dalam jawatan yang relevan dengan berkesan; dan

(c)

bahawa integriti kewangan ditunjukkan oleh seseorang yang menguruskan hal ehwal kewangannya dengan sepatutnya dan berhemat.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang terdahulu, perhatian bolehlah diberikan kepada penjalanan dan aktiviti perniagaan yang terdahulu orang yang berkenaan dan, khususnya, kepada apa-apa keterangan bahawa dia—

(a)

telah dikompaun atau disabitkan atau sebagai ketua pegawai eksekutif atau pengarah, telah menyebabkan dikompaunkan atau disabitkan, suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan—

(i)

pemenjaraan selama satu tahun atau lebih, sama ada pemenjaraan sahaja, atau sebagai ganti, atau sebagai tambahan kepada, denda; atau

(ii)

denda sebanyak dua puluh ribu ringgit atau lebih;

(b)

melanggar mana-mana peruntukan yang dibuat oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang didapati oleh Bank dimaksudkan untuk melindungi orang ramai daripada kerugian kewangan yang disebabkan oleh kecurangan, ketidakcekapan atau amalan salah oleh orang yang terlibat dalam pemberian perkhidmatan perbankan, insurans, pelaburan atau perkhidmatan kewangan yang lain atau pengurusan syarikat atau daripada kerugian kewangan yang disebabkan oleh kelakuan si bankrap yang dilepaskan atau belum dilepaskan;

(c)

terlibat dalam atau telah dikaitkan dengan, apa-apa amalan perniagaan, atau selainnya berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga menimbulkan keraguan tentang kecekapan dan kebijaksanaan pertimbangannya.

Kriteria tambahan bagi Ketua Pegawai Eksekutif

2. Seseorang yang menjadi, atau yang akan menjadi, Ketua Pegawai Eksekutif sesuatu institusi yang ditetapkan—

(a)

hendaklah mempunyai kelayakan pendidikan dan pengalaman yang akan membolehkannya menunaikan tanggungjawabnya dengan memuaskan;

(b)

tidak boleh pernah memegang sesuatu jawatan bertanggungjawab dalam pengurusan sesuatu syarikat yang telah disabitkan atas sesuatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis semasa tempoh jawatannya melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan

Institusi Kewangan Pembangunan 165

tanpa pengetahuan atau keizinannya dan dia tidak dapat menghalang kesalahan itu;

(c)

tidak boleh pernah memegang sesuatu jawatan bertanggungjawab dalam pengurusan mana-mana syarikat yang semasa tempoh jawatannya—

(i)

telah ingkar dalam pembayaran apa-apa jumlah wang penghakiman terhadapnya;

(ii)

telah menggantung pembayaran atau telah membuat penyelesaian dengan pemiutang-pemiutangnya; atau

(iii)

telah dilantik berkenaan dengan hartanya seorang penerima atau pengurus;

(d)

hendaklah bersedia bagi pekerjaan sepenuh masa, dan hendaklah tidak boleh menjalankan apa-apa perniagaan atau vokasion lain, selain sebagai pengarah bukan eksekutif atau pemegang syer syarikat lain;

(e)

tidak boleh melibatkan diri secara aktif dalam apa-apa aktiviti politik;

(f)

tidak boleh menyebabkan situasi percanggahan kepentingan dengan institusi yang ditetapkan itu wujud, sama ada oleh dirinya sendiri atau melalui saudaranya;

(g)

tidak boleh bertindak dengan cara yang boleh menimbulkan keraguan mengenai kesesuaiannya untuk memegang jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif, atau bertindak secara terang-terangan tanpa mengambil kira kelakuan profesional yang sepatutnya, terutamanya dalam urusan niaga dengan pemegang kepentingan dan orang ramai; dan

(h)

tidak boleh pernah menjadi pihak kepada mana-mana tindakan atau keputusan pengurusan sesuatu institusi yang ditetapkan yang boleh memudaratkan kepentingan institusi yang ditetapkan, pemegang kepentingannya, dan orang ramai.

Kriteria tambahan bagi seseorang pengarah

3. Seseorang yang menjadi, atau akan menjadi, seorang pengarah sesuatu institusi yang ditetapkan—

(a)

hendaklah mempunyai kelayakan pendidikan dan pengalaman yang akan membolehkannya menjalankan dan melaksanakan tugasnya;

(b)

tidak boleh pernah bertindak dengan cara yang boleh menimbulkan keraguan mengenai kesesuaiannya untuk memegang jawatan sebagai seorang pengarah; dan 166

Undang-Undang Malaysia

(c)

(dipotong oleh P.U. (A) 285/2007);

(d)

tidak boleh pernah mengambil bahagian dalam apa-apa tindakan atau keputusan lembaga atau pengurusan sesuatu institusi yang ditetapkan yang memudaratkan kepentingan institusi yang ditetapkan.

Kriteria lain sebagaimana yang boleh ditetapkan Bank

4. Bank boleh, dengan persetujuan Menteri, menetapkan apa-apa kriteria tambahan lain yang pada pendapatnya suai manfaat bagi maksud melindungi kepentingan institusi yang ditetapkan, pemegang kepentingannya dan orang ramai.

Budi bicara Bank

5. Bank hendaklah mempunyai budi bicara penuh untuk menentukan sama ada seseorang telah mematuhi Jadual ini.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL KEDUA

[Subseksyen 42D(1)]

SENARAI PELAKUAN PERNIAGAAN DILARANG

1. Melibatkan diri dalam pelakuan yang mengelirukan atau memperdaya, atau yang mungkin mengelirukan atau memperdaya berhubung dengan jenis, ciri, terma atau harga apa-apa perkhidmatan atau produk kewangan.

2. Mendorong atau cuba untuk mendorong pengguna kewangan untuk melakukan perbuatan atau meninggalkan daripada melakukan perbuatan berhubung dengan apa-apa perkhidmatan atau produk kewangan dengan—

(a)

membuat suatu pernyataan, misalan, janji, ramalan atau perbandingan yang mengelirukan, palsu atau memperdaya;

(b)

secara tidak jujur menyembunyikan, meninggalkan atau memberikan fakta yang material dengan cara yang tidak jelas; atau

(c)

secara melulu membuat apa-apa pernyataan, misalan, janji, ramalan atau perbandingan yang mengelirukan, palsu atau memperdaya.

3. Menggunakan tekanan yang tidak wajar atau pengaruh, atau menggunakan atau mengugut untuk menggunakan gangguan, paksaan atau kekerasan fizikal berhubung dengan—

Institusi Kewangan Pembangunan 167

(a)

penyediaan apa-apa perkhidmatan atau produk kewangan kepada pengguna kewangan; atau

(b)

pembayaran bagi apa-apa perkhidmatan atau produk kewangan oleh pengguna kewangan.

4. Menuntut bayaran daripada pengguna kewangan dengan apa-apa cara bagi perkhidmatan atau produk kewangan yang tidak diminta termasuk mengugut untuk membawa prosiding undang-undang melainkan jika pengguna kewangan itu telah memaklumkan penyetujuterimaannya atas tawaran bagi perkhidmatan atau produk kewangan itu sama ada secara lisan atau bertulis.

5. Menggunakan tekanan yang tidak wajar ke atas, atau memaksa, pengguna kewangan untuk menggunakan apa-apa perkhidmatan atau produk kewangan sebagai suatu syarat bagi penggunaan perkhidmatan atau produk kewangan yang lain.

6. Berpakat sulit dengan mana-mana orang lain untuk menetapkan atau mengawal ciri atau terma apa-apa perkhidmatan atau produk kewangan yang memudaratkan mana-mana pengguna kewangan.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL KETIGA

[Perenggan 106A(3)(b)]

PENGENAAN PENALTI MONETARI

Suatu penalti monetari boleh dikenakan berkenaan dengan suatu kemungkiran atau ketidakpatuhan peruntukan yang berikut atau standard, kehendak, syarat, penentuan, sekatan atau selainnya yang dibuat atau dikenakan menurut peruntukan itu:

1. subseksyen 5(1), (2) atau (3)

2. perenggan 5A(1)(a), (b), (d) atau (e)

3. subseksyen 6(1), (2), (3) atau (4)

4. seksyen 6A

5. subseksyen 7(1)

6. subseksyen 8(1), (1A), (2) atau (3)

7. subseksyen 10(1)

8. subseksyen 11(1), (3) atau (5)

168

Undang-Undang Malaysia

9. subseksyen 13(1)

10. subseksyen 16(4) atau (5)

11. subseksyen 25(1) atau (3)

12. subseksyen 26(2)

13. subseksyen 27(1) atau (3)

14. subseksyen 28(1), (3) atau (3A)

15. subseksyen 29(1)

16. subseksyen 31(1), (4), (5) atau (6)

17. subseksyen 32(1) atau (4)

18. subseksyen 33(1) atau (2)

19. subseksyen 33B(2)

20. subseksyen 33C(1), (2) atau (3)

21. subseksyen 33E(2), perenggan 33E(4)(a) atau subseksyen 33E(5)

22. seksyen 33F

23. seksyen 33G

24. seksyen 33H

25. perenggan 33I(1)(c) atau (d), atau subseksyen 33I(2) atau (3)

26. subseksyen 33J(1) atau (2)

27. subseksyen 33K(1) atau (2)

28. subseksyen 33M(1) atau (2)

29. subseksyen 33N(2)

30. subseksyen 34(1) atau (2)

31. subseksyen 35(1) atau (4)

32. subseksyen 36(1) atau (2)

Institusi Kewangan Pembangunan 169

33. subseksyen 37(1), (4) atau (6)

34. subseksyen 38(1)

35. subseksyen 39(1), (2) atau (3)

36. subseksyen 41(4) atau (5)

37. subseksyen 42(1) atau (3)

38. subseksyen 42C(1)

39. subseksyen 42E(2)

40. subseksyen 44(4)

41. subseksyen 48(1)

42. subseksyen 63(1)

43. subseksyen 64(1) atau (5)

44. subseksyen 65(1)

45. seksyen 66

46. subseksyen 69(1)

47. subseksyen 70(1)

48. subseksyen 71(1)

49. subseksyen 72(1)

50. subseksyen 73(1), (3) atau (4)

51. subseksyen 74(1)

52. subseksyen 75(2)

53. subseksyen 76(1) atau (3), perenggan 76(4)(b) atau subseksyen 76(6)

54. subseksyen 77(1)

55. subseksyen 78(1)

56. perenggan 116(1)(b) atau subseksyen 116(4)

170

Undang-Undang Malaysia

Jadual

Suggest a correction

JADUAL KEEMPAT

[Seksyen 120]

PENZAHIRAN YANG DIBENARKAN

(1)

Maksud bagi atau hal keadaan yang dokumen atau maklumat pelanggan boleh dizahirkan

(2)

Orang yang kepadanya dokumen atau maklumat pelanggan boleh dizahirkan

1. Dokumen atau maklumat yang dibenarkan secara bertulis oleh pelanggan, wasi atau pentadbir pelanggan, atau dalam hal pelanggan yang tidak upaya, mana-mana wakil diri yang lain yang sah di sisi undang-undang.

Mana-mana orang yang dibenarkan oleh pelanggan atau wasi, pentadbir atau wakil diri yang sah di sisi undang-undang, mengikut mana-mana yang berkenaan.

2. Berkaitan dengan suatu permohonan untuk suatu perakuan

Faraid, pemberian probet, surat kuasa mentadbir atau suatu perintah pembahagian di bawah Akta Harta

Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955

[Akta 98] berkenaan dengan harta pusaka pelanggan yang telah mati.

Mana-mana orang yang sesuatu institusi yang ditetapkan dengan suci hati percaya berhak untuk mendapatkan suatu perakuan Faraid, pemberian probet, surat kuasa mentadbir atau suatu perintah pembahagian.

3. Dalam hal jika pelanggan diisytihar bankrap, atau sedang atau telah digulungkan atau dibubarkan di Malaysia atau di mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar

Malaysia.

Semua orang yang penzahiran adalah perlu berkaitan dengan kebankrapan, penggulungan atau pembubaran itu.

4. Mana-mana prosiding jenayah atau prosiding guaman antara sesuatu institusi yang ditetapkan dengan—

(a)

pelanggannya, penjaminnya atau penggerentinya yang berhubungan dengan urusan pelanggan itu;

(b)

dua pihak atau lebih yang membuat tuntutan yang bertentangan terhadap wang

Semua orang yang penzahiran adalah perlu bagi maksud prosiding jenayah atau prosiding guaman itu.

Institusi Kewangan Pembangunan 171

(1)

Maksud bagi atau hal keadaan yang dokumen atau maklumat pelanggan boleh dizahirkan

(2)

Orang yang kepadanya dokumen atau maklumat pelanggan boleh dizahirkan dalam sesuatu akaun pelanggan jika institusi yang ditetapkan itu hendak mendapatkan relief dengan cara interplider; atau

(c)

satu pihak atau lebih berkenaan dengan harta yang dalam atau atasnya apa-apa hak atau kepentingan telah diberikan kepada institusi yang ditetapkan.

5. Pematuhan oleh sesuatu institusi yang ditetapkan yang telah disampaikan suatu perintah garnisi atau perintah hiwalah yang menahan wang dalam akaun seseorang pelanggan.

Semua orang yang penzahiran dikehendaki untuk dibuat di bawah perintah garnisi atau perintah hiwalah itu.

6. Pematuhan suatu perintah mahkamah yang dibuat oleh suatu mahkamah yang tidak rendah daripada

Mahkamah

Sesyen,

Mahkamah

Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi

Syariah atau Mahkamah Rayuan

Syariah.

Semua orang yang penzahiran dikehendaki dibuat di bawah perintah mahkamah itu.

7. Pematuhan suatu perintah atau permintaan yang dibuat oleh suatu agensi penguatkuasa di Malaysia di bawah mana-mana undang-undang bertulis bagi maksud suatu penyiasatan atau pendakwaan suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

Pegawai penyiasat yang diberi kuasa di bawah undang-undang bertulis untuk menyiasat atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa untuk menjalankan pendakwaan, atau mana-mana mahkamah.

8. Dokumen atau maklumat dikehendaki oleh Lembaga Hasil

Dalam Negeri Malaysia di bawah seksyen 81 Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi maksud—

Mana-mana pegawai Lembaga Hasil

Dalam

Negeri

Malaysia atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri

172

Undang-Undang Malaysia

(1)

Maksud bagi atau hal keadaan yang dokumen atau maklumat pelanggan boleh dizahirkan

(2)

Orang yang kepadanya dokumen atau maklumat pelanggan boleh dizahirkan

(a)

memudahkan pertukaran maklumat menurut perkiraan atau perjanjian percukaian yang berkuat kuasa di bawah seksyen 132, 132A atau 132B

Akta Cukai Pendapatan 1967; atau

(b)

memfailkan permohonan kepada mana-mana mahkamah untuk mendapatkan perintah garnisi menurut seksyen 106A

Akta Cukai Pendapatan 1967.

Malaysia untuk menerima dokumen atau maklumat bagi pihaknya.

9. Penzahiran maklumat kredit seseorang pelanggan kepada agensi pelaporan kredit yang berdaftar di bawah Akta Agensi Pelaporan

Kredit 2010 [Akta 710] bagi maksud menjalankan perniagaan pelaporan kredit sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010.

Mana-mana pegawai agensi pelaporan kredit yang diberi kuasa untuk menerima dokumen atau maklumat itu.

10. Pelaksanaan fungsi suatu institusi yang ditetapkan yang telah disumberluarkan.

Mana-mana orang yang telah diambil khidmat oleh institusi yang ditetapkan itu untuk melaksanakan fungsi yang telah disumberluarkan itu.

11. Penzahiran kepada perunding yang telah diambil khidmat oleh institusi yang ditetapkan.

Perunding yang telah diambil khidmat oleh institusi yang ditetapkan itu.

12. Suatu institusi yang ditetapkan yang mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis telah, sedang atau mungkin dilakukan.

Mana-mana pegawai—

(a)

suatu institusi yang ditetapkan atau persatuannya;

(b)

suatu institusi kewangan sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 131

Akta

Perkhidmatan Kewangan 2013

Institusi Kewangan Pembangunan 173

(1)

Maksud bagi atau hal keadaan yang dokumen atau maklumat pelanggan boleh dizahirkan

(2)

Orang yang kepadanya dokumen atau maklumat pelanggan boleh dizahirkan

[Akta 758] atau persatuannya; atau

(c)

suatu institusi kewangan Islam sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 143

Akta

Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

[Akta 759]

atau persatuannya, yang boleh menerima dokumen atau maklumat.

174

Akta 618

AKTA INSTITUSI KEWANGAN PEMBANGUNAN 2002

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

P.U. (A) 412/2002

Perintah

Institusi

Kewangan

Pembangunan (Ubahsuaian) 2002

15-02-2002

Perintah

Institusi

Kewangan

Pembangunan (Bank Simpanan

Nasional) (Ubahsuaian) 2004

15-02-2002

P.U. (A) 148/2004

Perintah

Institusi

Kewangan

Pembangunan (Bank Industri dan

Teknologi

Malaysia

Berhad)

(Ubahsuaian) 2004

15-02-2002

P.U. (A) 149/2004

Perintah

Institusi

Kewangan

Pembangunan

(Bank

Pembangunan dan Infrastruktur

Malaysia Berhad) (Ubahsuaian)

2004

15-02-2002

Perintah

Institusi

Kewangan

Pembangunan

(Bank

Pertanian

Malaysia) (Ubah Suaian) 2006

13-01-2006

P.U. (A) 285/2007

Perintah

Institusi

Kewangan

Pembangunan (Pindaan Kepada

Jadual) 2007

31-08-2007

Perintah

Institusi

Kewangan

Pembangunan

(Bank

Pertanian

Malaysia)

(Ubah

Suaian)

(Pembatalan) 2012

17-01-2012

Akta A1502

Akta

Institusi

Kewangan

Pembangunan (Pindaan) 2015 31-01-2016

Institusi Kewangan Pembangunan 175

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

P.U. (A) 14/2016

Perintah

Institusi

Kewangan

Pembangunan

(Pindaan

Jadual

Suggest a correction

Jadual

Pertama) 2016

31-01-2016

P.U. (A) 15/2016

Perintah

Institusi

Kewangan

Pembangunan (Bank Kerjasama

Rakyat Malaysia Berhad) (Ubah

Suaian) 2016

31-01-2016

P.U. (A) 55/2021

Perintah

Institusi

Kewangan

Pembangunan

(Pindaan

Jadual

Suggest a correction

Jadual

Keempat) 2021

11-02-2021

P.U. (A) 300/2023

Perintah

Institusi

Kewangan

Pembangunan

(Pindaan

Jadual

Suggest a correction

Jadual

Keempat) 2023

06-10-2023

176

Akta 618

AKTA INSTITUSI KEWANGAN PEMBANGUNAN 2002

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

3

Akta A1502 31-01-2016

4

Akta A1502 31-01-2016

5

Akta A1502 31-01-2016

5A

Akta A1502 31-01-2016

6

Akta A1502

P.U. (A) 15/2016 31-01-2016 31-01-2016

6A

Akta A1502 31-01-2016

7

Akta A1502 31-01-2016

8

Akta A1502 31-01-2016

10

Akta A1502 31-01-2016

11

Akta A1502 31-01-2016

12

Akta A1502 31-01-2016

13

Akta A1502 31-01-2016

14

Akta A1502 31-01-2016

15

Akta A1502 31-01-2016

16

Akta A1502 31-01-2016

18

Akta A1502 31-01-2016

Institusi Kewangan Pembangunan 177

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

19

Akta A1502 31-01-2016

21

Akta A1502 31-01-2016

22

Akta A1502 31-01-2016

24

Akta A1502 31-01-2016

25

Akta A1502 31-01-2016

26

Akta A1502 31-01-2016

27

Akta A1502 31-01-2016

28

P.U. (A) 412/2002

P.U. (A) 148/2004

P.U. (A) 149/2004

Akta A1502

P.U. (A) 15/2016

15-02-2002 15-02-2002 15-02-2002 31-01-2016 31-01-2016

29

Akta A1502 31-01-2016

31

Akta A1502 31-01-2016

32

Akta A1502 31-01-2016

33

Akta A1502 31-01-2016

Part IIIA

Akta A1502 31-01-2016

33A

Akta A1502 31-01-2016 33B

Akta A1502 31-01-2016 33C

Akta A1502 31-01-2016 33D

Akta A1502 31-01-2016 33E

Akta A1502 31-01-2016 33F

Akta A1502 31-01-2016 33G

Akta A1502 31-01-2016 33H

Akta A1502 31-01-2016

178

Undang-Undang Malaysia

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

33I

Akta A1502 31-01-2016 33J

Akta A1502 31-01-2016 33K

Akta A1502 31-01-2016 33L

Akta A1502 31-01-2016 33M

Akta A1502 31-01-2016 33N

Akta A1502 31-01-2016 34

Akta A1502 31-01-2016

35

Akta A1502 31-01-2016

36

Akta A1502 31-01-2016

37

Akta A1502 31-01-2016

38

Akta A1502 31-01-2016

39

Akta A1502 31-01-2016

40

Akta A1502 31-01-2016

41

Akta A1502 31-01-2016

42

Akta A1502 31-01-2016

Part IVA

Akta A1502 31-01-2016

42A

Akta A1502 31-01-2016 42B

Akta A1502 31-01-2016 42C

Akta A1502 31-01-2016 42D

Akta A1502 31-01-2016 42E

Akta A1502 31-01-2016 44

Akta A1502 31-01-2016

46

Akta A1502 31-01-2016

47

Akta A1502 31-01-2016

Institusi Kewangan Pembangunan 179

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

48

Akta A1502 31-01-2016

49

Akta A1502 31-01-2016

50

Akta A1502 31-01-2016

52

Akta A1502 31-01-2016

53

Akta A1502 31-01-2016

54

Akta A1502 31-01-2016

56

Akta A1502 31-01-2016

58

Akta A1502 31-01-2016

59

Akta A1502 31-01-2016

62

Akta A1502 31-01-2016

63

Akta A1502 31-01-2016

64

Akta A1502 31-01-2016

65

Akta A1502 31-01-2016

69

Akta A1502 31-01-2016

70

Akta A1502 31-01-2016

71

Akta A1502 31-01-2016

72

Akta A1502 31-01-2016

72A

Akta A1502 31-01-2016

73

Akta A1502 31-01-2016

74

Akta A1502 31-01-2016

75

Akta A1502 31-01-2016

76

Akta A1502 31-01-2016

180

Undang-Undang Malaysia

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

77

Akta A1502

15-02-2002 13-01-2006 17-01-2012 31-01-2016

78

Akta A1502

15-02-2002 13-01-2006 17-01-2012 31-01-2016

80

Akta A1502 31-01-2016

82

Akta A1502 31-01-2016

83

Akta A1502 31-01-2016

84

Akta A1502 31-01-2016

85

Akta A1502 31-01-2016

86

Akta A1502 31-01-2016

86A

Akta A1502 31-01-2016

87

Akta A1502 31-01-2016

88

Akta A1502 31-01-2016

88A

Akta A1502 31-01-2016

89

Akta A1502 31-01-2016

90

Akta A1502 31-01-2016

91

Akta A1502 31-01-2016

92

Akta A1502 31-01-2016

93

Akta A1502 31-01-2016

94

Akta A1502 31-01-2016

95

Akta A1502 31-01-2016

96

Akta A1502 31-01-2016

Institusi Kewangan Pembangunan 181

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

97

Akta A1502 31-01-2016

98

Akta A1502 31-01-2016

99A

Akta A1502 31-01-2016

99B

Akta A1502 31-01-2016

99C

Akta A1502 31-01-2016

100

Akta A1502 31-01-2016

101

Akta A1502 31-01-2016

102

Akta A1502 31-01-2016

Bahagian VIIA

Akta A1502 31-01-2016

106A

Akta A1502 31-01-2016

106B

Akta A1502 31-01-2016

106C

Akta A1502 31-01-2016

106D

Akta A1502 31-01-2016

Bahagian VIIB

Akta A1502 31-01-2016

106E

Akta A1502 31-01-2016

106F

Akta A1502 31-01-2016

106G

Akta A1502 31-01-2016

106H

Akta A1502 31-01-2016

106I

Akta A1502 31-01-2016

106J

Akta A1502 31-01-2016

106K

Akta A1502 31-01-2016

106L

Akta A1502 31-01-2016

107

Akta A1502 31-01-2016

182

Undang-Undang Malaysia

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

107A

Akta A1502 31-01-2016

108

Akta A1502 31-01-2016

108A

Akta A1502 31-01-2016

113

Akta A1502 31-01-2016

114A

Akta A1502 31-01-2016 114B

Akta A1502 31-01-2016 114C

Akta A1502 31-01-2016 114D

Akta A1502 31-01-2016 116

Akta A1502 31-01-2016

117

Akta A1502 31-01-2016

119

Akta A1502 31-01-2016

120

Akta A1502 31-01-2016

123

Akta A1502 31-01-2016 123A

Akta A1502 31-01-2016 123B

Akta A1502 31-01-2016 124

Akta A1502 31-01-2016 126

Akta A1502 31-01-2016

127

Akta A1502 31-01-2016

129

Akta A1502 31-01-2016

130

Akta A1502 31-01-2016

Jadual

Suggest a correction

Jadual Pertama

Akta A1502

P.U. (A) 14/2016 31-01-2016 31-01-2016

Jadual

Suggest a correction

Jadual Kedua

Akta A1502 31-01-2016

Institusi Kewangan Pembangunan 183

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

Jadual

Suggest a correction

Jadual Keempat

Akta A1502

P.U. (A) 55/2021

P.U. (A) 300/2023 31-01-2016 11-02-2021 06-10-2023

Keseluruhan Akta

Akta A1502 31-01-2016

Common questions

What is DEVELOPMENT FINANCIAL INSTITUTIONS ACT 2002?
*AKTA INSTITUSI KEWANGAN PEMBANGUNAN 2002 is Malaysia Act, cited as Act 618 2002, currently marked in force and first recorded in 2002.
Is DEVELOPMENT FINANCIAL INSTITUTIONS ACT 2002 still in force?
Yes — DEVELOPMENT FINANCIAL INSTITUTIONS ACT 2002 is currently in force.
When did DEVELOPMENT FINANCIAL INSTITUTIONS ACT 2002 take effect?
DEVELOPMENT FINANCIAL INSTITUTIONS ACT 2002 was first recorded in 2002.
How many schedules does DEVELOPMENT FINANCIAL INSTITUTIONS ACT 2002 have?
DEVELOPMENT FINANCIAL INSTITUTIONS ACT 2002 contains 16 schedules.
What amends DEVELOPMENT FINANCIAL INSTITUTIONS ACT 2002?
DEVELOPMENT FINANCIAL INSTITUTIONS ACT 2002 has been amended by DEVELOPMENT FINANCIAL INSTITUTIONS (AMENDMENT) ACT 2015.
Where can I read the official version of DEVELOPMENT FINANCIAL INSTITUTIONS ACT 2002?
The official text of DEVELOPMENT FINANCIAL INSTITUTIONS ACT 2002 is published at lom.agc.gov.my.