Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Anggota” termasuklah anggota penuh dan apa-apa kategori lain bagi anggota sebagaimana yang dinyatakan dalam Perjanjian;
*CATATAN—Perjanjian ini telah ditandatangani oleh Gabenor Bahrain Monetary Agency, Gabenor
Bank Indonesia, Gabenor Bank Markazi Jomhouri Islami Iran, Gabenor Bank Negara Kuwait,
Gabenor Bank Negara Malaysia, Gabenor State Bank of Pakistan, Gabenor Saudi Arabian Monetary
Agency, Timbalan Gabenor Bank Sudan dan Presiden Islamic Development Bank.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 623 6
“anggota Jawatankuasa Teknikal” ertinya seseorang yang dilantik oleh sesuatu Anggota untuk mewakilinya dalam Jawatankuasa
Teknikal;
“anggota Majlis” ertinya seseorang yang dilantik oleh sesuatu
Anggota untuk mewakilinya dalam Majlis;
“anggota penuh” ertinya—
(a)
pihak berkuasa pengawal selia perbankan atau kewangan yang utama bagi sesuatu negara;
(b)
suatu organisasi antarabangsa antara kerajaaan yang bertanggungjawab untuk memajukan kewangan atau pasaran Islam; atau
(c)
mana-mana orang lain, yang diterima sebagai anggota penuh oleh Majlis;
“anggota Sekretariat” ertinya mana-mana pegawai atau kakitangan
Lembaga;
“Bank” ertinya Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan melalui
Akta Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519];
“Jawatankuasa Teknikal” ertinya Jawatankuasa Teknikal Lembaga;
“kepentingan negara” ertinya apa-apa perkara yang bermanfaat atau amat penting bagi Malaysia termasuk kepentingan keselamatan, ekonomi, sosial dan politik;
“Lembaga” ertinya Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam yang ditubuhkan melalui Perjanjian;
“Majlis” ertinya Majlis Lembaga;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;
“organ-organ konstituen” ertinya Perhimpunan Agung, Majlis,
Jawatankuasa Teknikal dan Sekretariat;
“Perhimpunan Agung” ertinya Perhimpunan Agung Lembaga;
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam 7
“Perjanjian” ertinya perjanjian bagi penubuhan Lembaga yang
Bank diberi kuasa di bawah seksyen 6 Akta ini untuk menandatangani dan menyetujui terimanya untuk menjadi anggota penuh Lembaga dan termasuk apa-apa pindaan, tambahan, ubah suaian atau perubahan yang dibuat dari semasa ke semasa;
“Sekretariat” ertinya Sekretariat Lembaga;
“Setiausaha Agung” ertinya Setiausaha Agung Lembaga dan termasuklah mana-mana orang yang dilantik oleh Majlis untuk bertindak bagi pihaknya semasa ketiadaannya, dan mana-mana orang yang dilantik oleh Majlis untuk bertindak sebagai Setiausaha
Agung semasa tempoh kekosongan jawatan Setiausaha Agung.
Keperibadian juridikal dan meterai perbadanan Lembaga