JADUAL
[Seksyen 7]
KEISTIMEWAAN DAN KEKEBALAN LEMBAGA, ORGAN-ORGAN
KONSTITUENNYA DAN ORANG YANG BERKAITAN
Bahagian I—Keistimewaan dan kekebalan Lembaga 1.
Kekebalan Lembaga, dan kekebalan harta dan aset Lembaga, atau harta dan aset dalam jagaan atau yang ditadbirkan oleh Lembaga, daripada guaman dan daripada proses lain undang-undang.
2.
Ketidakbolehcabulan harta dan aset Lembaga, atau harta dan aset dalam jagaan atau yang ditadbirkan oleh Lembaga, dan premis Lembaga atau premis yang dihuni oleh Lembaga.
3.
Ketidakbolehcabulan arkib.
4.
Tertakluk kepada seksyen 4 Akta Kawalan Pertukaran 1953 [Akta 17], pengecualian daripada sekatan mata wang dan pertukaran.
5.
Tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Menteri bagi melindungi hasil, pengecualian daripada semua duti dan cukai atas—
(a) barang-barang yang diimport atau dieksport oleh Lembaga bagi kegunaan rasminya;
(b) barang-barang buatan tempatan yang diperoleh oleh Lembaga bagi kegunaan rasminya; dan
(c) penerbitan-penerbitan rasmi Lembaga yang diimport atau dieksport olehnya.
6.
Pengecualian daripada cukai pendapatan dan cukai-cukai pendapatan tambahan atas pendapatan Lembaga atau cukai keuntungan harta tanah atas keuntungan daripada pelupusan harta Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, setakat yang diperoleh daripada atau diurusniagakan dalam ruang lingkup aktiviti-aktiviti rasminya.
7.
Pengecualian daripada duti-duti setem yang lazimnya kena dibayar oleh
Lembaga.
8.
Pengecualian daripada larangan dan sekatan terhadap pengimportan atau pengeksportan—
(a) barang-barang yang diimport atau dieksport oleh Lembaga bagi kegunaan rasminya; dan
(b) penerbitan-penerbitan Lembaga yang diimport atau dieksport olehnya.
9.
Ketiadaan penapisan bagi surat-menyurat rasmi dan komunikasi-komunikasi rasmi yang lain.
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam 13
10. Hak untuk menggunakan kod dan menghantar dan menerima surat-surat dan menghantar dan menerima kertas kertas dan dokumen-dokumen lain melalui kurir atau dalam beg-beg bermeterai dan mendapatkan mana-mana kurir atau beg sedemikian dikira sebagai kurir diplomatik atau beg diplomatik, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Bahagian II—Keistimewaan dan kekebalan anggota Perhimpunan Agung,
Majlis, atau mana-mana orang yang mewakili sesuatu Anggota 1.
Kekebalan daripada penangkapan atau penahanan diri.
2.
Kekebalan daripada guaman dan daripada proses lain undang-undang berkenaan dengan perbuatan-perbuatan dan perkara-perkara yang dilakukan atas sifatnya sebagai wakil sedemikian.
3.
Ketidakbolehcabulan kertas-kertas dan dokumen-dokumen.
4.
Hak untuk menggunakan kod dan menghantar dan menerima surat-surat dan menghantar dan menerima kertas-kertas dan dokumen-dokumen lain melalui kurir atau dalam beg-beg bermeterai.
5.
Pengecualian (termasuk pengecualian bagi suami atau isteri wakil) daripada pemakaian undang-undang yang berhubungan dengan imigresen, pendaftaran orang asing dan obligasi melaksanakan perkhidmatan negara.
6.
Pengecualian daripada sekatan-sekatan mata wang atau pertukaran setakat yang diberikan kepada wakil sesuatu kerajaan asing yang melaksanakan misi sementara bagi pihak kerajaan itu.
Bahagian III—Keistimewaan dan kekebalan Setiausaha Agung dan anggota
Sekretariat 1.
Kekebalan daripada guaman dan daripada proses lain undang-undang berkenaan dengan perbuatan-perbuatan dan perkara-perkara yang dilakukan atas sifatnya sebagai pegawai sedemikian.
2.
Pengecualian daripada cukai pendapatan atas gaji dan emolumen rasmi yang diterima daripada Lembaga.
3.
Pengecualian (termasuklah pengecualian suami atau isteri dan anak-anak yang berumur kurang daripada dua puluh satu tahun) daripada pemakaian undang-undang yang berhubungan dengan imigresen dan pendaftaran orang asing.
4.
Pengecualian daripada obligasi melaksanakan perkhidmatan negara.
5.
Pengecualian daripada sekatan mata wang atau pertukaran setakat yang diberikan kepada pegawai yang sebanding pangkatnya yang menganggotai sesuatu misi diplomatik.
6.
Kemudahan-kemudahan repatriasi termasuk kemudahan-kemudahan repatriasi bagi suami atau isteri dan mana-mana saudara tanggungan) semasa berlaku krisis antarabangsa.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 623 14 7.
Hak untuk mengimport perabot dan barang-barang peribadi, termasuk satu kenderaan motor, tanpa dikenakan duti dan cukai semasa mula-mula menjawat sesuatu jawatan di Malaysia dan untuk mengeksport perabot dan barang-barang peribadi tanpa dikenakan duti dan cukai semasa meninggalkan Malaysia apabila tamat fungsi-fungsinya.
Bahagian IV—Keistimewaan dan kekebalan orang yang berkhidmat dalam
Jawatankuasa Teknikal 1.
Kekebalan daripada penangkapan atau penahanan diri.
2.
Kekebalan daripada guaman atau proses lain undang-undang berkenaan dengan perbuatan-perbuatan dan perkara-perkara yang dilakukan semasa berkhidmat dalam jawatankuasa.
3.
Ketidakbolehcabulan kertas-kertas dan dokumen-dokumen.
4.
Hak, bagi maksud berkomunikasi dengan Lembaga, untuk menggunakan kod dan untuk menghantar dan menerima surat-surat dan menghantar dan menerima kertas-kertas dan dokumen-dokumen lain melalui kurir atau dalam beg-beg bermeterai.
5.
Pengecualian daripada sekatan-sekatan mata wang atau pertukaran setakat yang diberikan kepada wakil sesuatu kerajaan asing yang melaksanakan misi sementara bagi pihak kerajaan itu.
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam 15
Akta 623
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa yang meminda dari
– TIADA –
Undang-Undang Malaysia
AKTA 623 16
Akta 623
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
– TIADA –