Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh melalui peraturan-peraturan—
(a)
memberikan kesemua atau mana-mana keistimewaan atau kekebalan yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual kepada
Lembaga;
(b)
memberikan kesemua atau mana-mana keistimewaan atau kekebalan yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual kepada seseorang yang menjadi, atau tidak lagi menjadi, anggota Perhimpunan Agung atau Majlis, atau seseorang yang ditauliahkan kepada, atau yang sedang menghadiri, atau telah menghadiri, sesuatu persidangan antarabangsa yang dianjurkan oleh Lembaga sebagai wakil sesuatu
Anggota;
(c)
memberikan kesemua atau mana-mana keistimewaan atau kekebalan yang dinyatakan dalam Bahagian III Jadual kepada orang yang menjadi atau pernah menjadi, atau sedang melaksanakan atau telah melaksanakan tugas-tugas, seorang Setiausaha Agung atau mana-mana anggota
Sekretariat; dan
(d)
memberikan kesemua atau mana-mana keistimewaan atau kekebalan yang dinyatakan dalam Bahagian IV Jadual kepada orang yang menjadi atau pernah menjadi, atau sedang melaksanakan atau telah melaksanakan tugas, seorang anggota Jawatankuasa Teknikal.
(3)
Walau apa pun peruntukan subseksyen (2), peraturan-peraturan yang memberikan keistimewaan-keistimewaan dan kekebalan-kekebalan hendaklah dibuat selepas berunding dengan Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal luar negeri kecuali peraturan-peraturan yang memberikan keistimewaan-keistimewaan dan kekebalan-kekebalan mengenai perkara-perkara yang pada masa ini menjadi tanggungjawab Menteri.
(4)
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan sebagaimana yang difikirkan sesuai olehnya bagi maksud seksyen ini, yang pemakaiannya bersifat umum atau yang berhubungan dengan—
(a)
anggota-anggota atau golongan-golongan Anggota yang tertentu;
(b)
anggota-anggota atau golongan-golongan anggota tertentu organ-organ konstituennya; atau
(c)
orang atau golongan-golongan orang yang tertentu.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 623 10
(5)
Jika, melalui peraturan-peraturan, apa-apa keistimewaan atau kekebalan diberikan kepada seseorang di bawah perenggan (2)(b), orang itu berhak untuk mendapat keistimewaan-keistimewaan dan kekebalan-kekebalan yang sama semasa dalam perjalanan ke sesuatu tempat bagi maksud mengemukakan tauliahnya atau menghadiri persidangan itu atau semasa dalam perjalanan pulang dari sesuatu tempat selepas dia tidak lagi ditauliahkan sedemikian atau selepas menghadiri persidangan itu.
(6)
Jika, melalui peraturan-peraturan, apa-apa keistimewaan atau kekebalan diberikan kepada seseorang di bawah perenggan (2)(d), orang itu berhak untuk mendapat keistimewaan-keistimewaan dan kekebalan-kekebalan yang sama semasa dalam perjalanan ke sesuatu tempat bagi maksud berkhidmat dalam jawatankuasa itu atau semasa
,dalam perjalanan pulang dari sesuatu tempat selepas berkhidmat dalam jawatankuasa itu.
(7)
Tertakluk kepada subseksyen (8), jika, melalui peraturan-peraturan atau melalui subseksyen (5), apa-apa keistimewaan atau kekebalan diberikan kepada seseorang yang menjadi, atau yang pernah menjadi, anggota Perhimpunan Agung atau Majlis, atau orang yang ditauliahkan kepada, atau yang sedang menghadiri, persidangan antarabangsa yang diadakan oleh Lembaga sebagai wakil sesuatu Anggota, maka seseorang yang menjadi, atau yang pernah dalam apa-apa tempoh menjadi, anggota kakitangan rasmi orang yang mula mula disebut itu berhak, berkenaan dengan tempoh itu, untuk mendapat keistimewaan-keistimewaan dan kekebalan-kekebalan yang sama dengan orang yang mula-mula disebut itu.
(8)
Seseorang yang menjadi atau yang pernah menjadi wakil sesuatu Anggota atau anggota kakitangan rasmi wakil sedemikian dalam tempoh semasa dia menjadi atau pernah menjadi seorang warganegara Malaysia tidaklah berhak di bawah seksyen ini atau di bawah peraturan-peraturan untuk mendapat apa-apa keistimewaan atau kekebalan, kecuali berkenaan dengan perbuatan-perbuatan dan perkara-perkara yang dilakukan atas sifatnya sebagai wakil atau anggota sedemikian mengikut mana-mana yang berkenaan.
Tiada kekebalan dalam keadaan tertentu