Malaysia legislation
Section 16
of Akta 627
Seksyen 16
Bagi maksud Bab ini-
"penghasilan bersih dua pihak" ertinya perkiraan penghasilan bersih antara dua pihak;
"penghasilan bersih pelbagai pihak" ertinya perkiraan penghasilan bersih yang mempunyai lebih daripada dua pihak;
“penghasilan bersih pembayaran”ertinya perkiraan penghasilan bersih yang jika pada mana-mana hari amaun kena dibayar antara pihak-pihak berkenaan dengan satu transaksi atau lebih, pihak yang mempunyai obligasi pembayaran jumlah kasar yang lebih tinggi bertanggungan untuk membayar kepada pihak yang satu lagi amaun bersih daripada obligasi pembayaran kasar pihak-pihak itu;
"penghasilan bersih penamat" ertinya perkiraan penghasilan bersih yang, berikutan dengan berlakunya peristiwa tertentu yang ditentukan oleh pihak-pihak kepada perkiraan itu, kesemua atau mana-mana transaksi yang disebut dalam perkiraan penghasilan bersih itu boleh ditamatkan, dan jika ditamatkan sedemikian, nilai penamatan itu menjadi genap masa dan kena dibayar;
"penghasilan bersih secara novasi" ertinya perkiraan penghasilan bersih antara pihak-pihak dalam satu siri transaksi jika suatu akaun bagi amaun yang kena dibayar disimpan dan hak dan obligasi pihak-pihak itu berkenaan dengan akaun itu dilupuskan secara berterusan dan digantikan dengan satu amaun tunggal baru yang kena dibayar oleh satu pihak kepada pihak yang satu lagi;
"perkiraan penghasilan bersih" ertinya perkiraan secara bertulis bagi menukar beberapa tuntutan atau obligasi kepada satu tuntutan bersih atau satu obligasi bersih dan termasuklah penghasilan bersih dua pihak, penghasilan bersih pelbagai pihak, penghasilan bersih secara novasi, penghasilan bersih penamat, penghasilan bersih pembayaran atau kombinasinya;
"pentadbir ketidaksolvenan" termasuklah penerima, pengurus, penerima dan pengurus, penyelesai, penyelesai sementara, pengurus kehakiman, kurator, pentadbir khas atau mana-mana orang lain, dengan nama apa jua pun dia disebut, yang diberi kuasa di bawah mana-mana undang-undang di dalam atau di luar Malaysia untuk mengambil kawalan harta seseorang bagi faedah pemiutang orang itu sekiranya orang itu menjadi, atau mungkin menjadi, tidak solven;
"sistem pembayaran yang ditetapkan" termasuklah sesuatu sistem pembayaran yang dikendalikan oleh Bank di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958.