PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/2003/627
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Akta 627 is Malaysia Act, cited as Act 627 2003, currently marked repealed and first recorded in 2003.
Opening note
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Tafsiran
diterjemahkan dengan tepat daripada suatu pernyataan atau gambaran yang dikeluarkan sedemikian;
"pegawai", berhubung dengan mana-mana ketuanpunyaan tunggal, syarikat, badan, persatuan atau kumpulan orang, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan, termasuklah mana-mana pekerja dan ketua pegawai eksekutif;
"pengeluar"ertinya mana-mana orang, yang bertindak bersendirian atau di bawah perkiraan dengan orang lain, yang mengaku janji akan bertanggungjawab terhadap obligasi pembayaran berkenaan dengan sesuatu instrumen pembayaran berbangkit daripada instrumen pembayaran dikeluarkan kepada pengguna atau digunakan oleh pengguna;
"pengarah" ertinya mana-mana orang yang memegang jawatan pengarah dengan nama apa jua dia disebut dan termasuklah pengarah silih ganti atau gantian, dan tanpa menjejaskan peruntukan yang terdahulu, dalam hal—
sesuatu koperasi, ertinya seseorang anggota Lembaga Pengarah, atau badan pengelola lain koperasi itu;
sesuatu badan berkanun, ertinya seseorang anggota lembaga, jawatankuasa, majlis atau badan pengelola lain badan berkanun itu;
sesuatu syarikat, badan, persatuan atau kumpulan orang, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan, termasuk yang disenaraikan dalam perenggan (a) hingga (d) di atas, ertinya seseorang yang menurut arahan dan suruhannya pengarah-pengarah atau pegawai-pegawai lazimnya bertindak atau seseorang yang mempunyai arahan dan kawalan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, ke atas pengurusan perniagaan atau hal ehwalnya;
"pengendali"ertinya mana-mana orang,yang bertindak bersendirian atau di bawah suatu perkiraan dengan.orang lain, bertanggungjawab bagi kaedah,tatacara dan pengendalian sesuatu sistem pembayaran tetapi tidaklah termasuk mana-mana orang yang ditetapkan oleh Bank;
"peserta" ertinya mana-mana orang yang dibenarkan oleh kaedah-kaedah yang mengelola sistem pembayaran untuk menghantar bayaran atau arahan penyelesaian kepada suatu sistem pembayaran dan terikat dengan kaedah-kaedah yang mengelola sistem pembayaran itu;
"risiko sistemik" ertinya—
risiko bahawa kegagalan seseorang peserta atau pengendali untuk menunaikan obligasi pembayaran atau penyelesaiannya akan menyebabkan peserta lain menjadi tidak upaya untuk menunaikan obligasi pembayaran atau penyelesaiannya apabila kena dibayar; atau
risiko bahawa kegagalan seorang peserta atau pengendali untuk menunaikan obligasi pembayaran atau penyelesaiannya boleh menyebabkan masalah kecairan atau kredit ketara yang mungkin mengancam kestabilan pasaran kewangan;
"sistem pembayaran yang ditetapkan" ertinya suatu sistem pembayaran yang ditetapkan sebagai sistem pembayaran yang ditetapkan di bawah subseksyen 6(1);
"saudara" mempunyai erti yang sama sebagaimana dalam Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372];
"sistem pembayaran" ertinya apa-apa sistem atau perkiraan bagi pemindahan, penjelasan atau penyelesaian dana atau sekuriti, tetapi tidaklah termasuk—
"sekuriti" mempunyai erti yang sama sebagaimana dalam Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 [Akta 498];
"sekutu perniagaan" mempunyai erti yang sama sebagaimana dalam Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989;
sesuatu sistem pembayaran yang dikendalikan oleh Bank di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958;
sesuatu pusat penjelasan yang diiktiraf di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1983 [Akta 280];
sesuatu pusat penjelasan yang dilesenkan di bawah Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993 [Akta 499];
sesuatu sistem pembayaran dalaman yang dikendalikan oleh seseorang semata-mata untuk tujuan pentadbirannya sendiri yang tidak memindahkan, menjelaskan atau menyelesaikan dana atau sekuriti untuk pihak ketiga;
apa-apa sistem atau perkiraan lain sebagaimana yang boleh ditetapkan oleh Bank.
Pemakaian
Jika seseorang pengeluar mengendalikan suatu sistem pembayaran, pengeluar itu juga hendaklah mematuhi kehendakkehendak Bahagian II.
Akta ini hendaklah terpakai bagi seseorang di luar Malaysia yang merupakan pengendali suatu sistem pembayaran jika sistem pembayaran itu menerima arahan pembayaran atau penyelesaian daripada peserta di Malaysia melainkan jika ditetapkan selainnya oleh Bank.
Fungsi Bank
Bank boleh memberi kuasa mana-mana pegawainya untuk melaksanakan mana-mana fungsi Bank di bawah Akta ini.
Bank boleh, sama ada secara am atau dalam sesuatu hal tertentu, melantik seseorang yang bukan pegawai Bank untuk melaksanakan mana-mana atau kesemua fungsinya atau memberikan apa-apa bantuan dalam pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
Bahagian II
BAB1
Sistem Pembayaran Dan Penetapan Sistem Pembayaran
Pengendalian sistem pembayaran
Pemberitahuan bertulis di bawah subseksyen (1) bukanlah suatu kelulusan atau pengendorsan oleh Bank ke atas sistem pembayaran itu.
Orang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah mengemukakan kepada Bank dokumen-dokumen dan maklumat sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank, berserta dengan apa-apa fi sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank.
Walau apa pun subseksyen (1), Bank boleh, melalui notis bertulis, melarang seseorang daripada mengendalikan apa-apa sistem pembayaran jika—
sistem pembayaran itu memudaratkan pengendalian sistem pembayaran yang boleh dipercayai, selamat, cekap dan lancar di Malaysia; atau
suatu peluang yang munasabah untuk membuat representasi sebelum membuat keputusan untuk mengenakan larangan di bawah subseksyen itu.
Penetapan sistem pembayaran
Bank boleh, dalam menimbangkan sama ada untuk menetapkan sesuatu sistem pembayaran sebagai sistem pembayaran yang ditetapkan di bawah subseksyen (1), memeriksa premis, kelengkapan, mesin, perkakas, buku atau dokumen lain, atau akaun dan transaksi yang berhubungan dengan sistem pembayaran itu, setelah memberikan notis bertulis kepada pengendali.
Pematuhan Bab 2
Bank boleh, apabila diminta oleh seseorang pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan, membenarkan pelanjutan masa, dengan atau tanpa syarat, bagi pematuhan mana-mana kehendak dalam Bab 2.
Kuasa untuk membatalkan penetapan
sistem pembayaran yang ditetapkan itu tidak lagi menimbulkan apa-apa risiko sistemik; atau
Bank hendaklah memberi pengendali suatu peluang yang munasabah untuk membuat representasi sebelum membuat keputusan untuk membatalkan penetapan itu.
Kehilangan kelayakan bagi pengarah
orang itu telah diisytiharkan bankrap, atau telah menggantung pembayaran, atau telah membuat penyelesaian dengan pemiutangnya, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, dalam masa lima tahun sebelum tarikh pelantikan itu;
orang itu telah disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau kesalahan sedemikian telah dikompaunkan terhadapnya;
orang itu telah disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989, Akta Insurans 1996 [Akta 553], Akta Bank Islam 1983 [Akta 276], Akta Takaful 1984 [Akta 312], Akta Pengurupan Wang 1998 [Akta 577], Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 [Akta 17], Akta Bank Negara Malaysia 1958, Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618], Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 [Akta 613], Akta Perindustrian Sekuriti 1983, Akta Perindutsrian Niaga Hadapan 1993, Akta Syarikat 1965 [Akta 125] atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang melibatkan fraud atau kecurangan yang boleh dihukum dengan, mengikut mana-mana yang berkenaan—
denda sejumlah satu juta ringgit atau lebih, atau kesalahan itu telah dikompaunkan terhadapnya;
pemenjaraan selama satu tahun atau lebih, sama ada pemenjaraan sahaja, atau sebagai ganti, atau sebagai tambahan kepada, denda; atau
orang itu pernah menjadi pengarah atau ketua pegawai eksekutif mana-mana syarikat yang telah disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dalam tempoh dia memegang jawatan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan atau persetujuannya dan dia tidak dapat menghalang kesalahan itu;
telah dibuat terhadap orang itu suatu perintah penahanan, penyeliaan, kediaman terhad, buang negeri atau pengusiran, atau jika telah dikenakan ke atasnya apa-apa bentuk sekatan atau penyeliaan dengan bon atau selainnya, di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pencegahan jenayah, atau pencegahan tahanan bagi pencegahan jenayah atau pengedaran dadah, atau kediaman terhad, atau buang negeri atau imigresen; atau
orang itu pernah menjadi pengarah atau ketua pegawai eksekutif sesuatu pertubuhan yang diperbadankan di dalam atau di luar Malaysia yang sedang atau sudah digulungkan.
Tiada seorang pun boleh menyetujui terima sesuatu pelantikan sebagai pengarah seseorang pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan, dan tiada seorang pun pengendali sedemikian boleh melantik seseorang sebagai pengarah pengendali itu, jika orang itu hilang kelayakan di bawah subseksyen (1).
Pelantikan ketua pegawai eksekutif
orang itu hilang kelayakan untuk dilantik sebagai pengarah di bawah subseksyen 9(1);
orang itu sedang menjalankan apa-apa perniagaan atau pekerjaan lain, kecuali sebagai pengarah bukan eksekutif atau pemegang saham syarikat yang lain.
Tiada seorang pun boleh menyetujui terima pelantikan sebagai ketua pegawai eksekutif seseorang pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan, dan tiada pengendali sedemikian boleh melantik seseorang sebagai ketua pegawai eksekutif pengendali itu, jika orang itu hilang kelayakan di bawah subseksyen (1).
Seorang pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan hendaklah melantik seorang ketua pegawai eksekutif yang hendaklah—
Semasa menanti beresnya apa-apa prosiding jenayah dalam mana-mana mahkamah bagi kesalahan yang disebut dalam perenggan 9(1)(b) atau (c) terhadap seseorang pengarah atau ketua pegawai eksekutif seseorang pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan, pengarah atau ketua pegawai eksekutif itu tidak boleh bertindak atas sifat itu, atau memegang apa-apa jawatan lain, atau bertindak atas apa-apa sifat lain, dalam mana-mana sistem pembayaran atau dengan apa-apa cara, secara langsung atau tidak langsung, terlibat dengan apa-apa perniagaan atau hal ehwal mana-mana sistem pembayaran melainkan jika dibenarkan secara bertulis oleh Bank sehingga apa-apa takat dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan oleh Bank.
Bagi maksud subseksyen (2), prosiding jenayah hendaklah disifatkan sebagai belum beres dari tarikh orang tertuduh itu pada mulanya didakwa di mahkamah bagi kesalahan itu sehingga tarikh keputusan muktamad prosiding itu, sama ada di mahkamah berbidang kuasa asal atau, jika ada rayuan oleh mana-mana pihak, dalam suatu mahkamah berbidang kuasa rayuan muktamad.
Kesan kehilangan kelayakan
Jika seorang itu menjadi hilang kelayakan di bawah subseksyen 9(1) atau 10(1) selepas pelantikannya—
pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan itu hendaklah dengan serta merta menamatkan pelantikannya;
dan orang itu, walau apa pun mana-mana kontrak perkhidmatan, tidak berhak untuk menuntut apa-apa pampasan bagi kehilangan jawatan atau penamatan pelantikannya.
Perkiraan pengurusan
Pengendali sesuatu sistem pembayaran yang ditetapkan hendaklah mengadakan perkiraan pengurusan yang mencukupi, yang berkesan, dapat dipertanggungjawabkan dan telus bagi memastikan keutuhan yang berterusan sistem pembayaran yang ditetapkan itu.
Perkiraan pengendalian
Pengendali sesuatu sistem pembayaran yang ditetapkan hendaklah mengadakan perkiraan pengendalian yang berikut:
kaedah dan tatacara yang menyatakan hak dan liabiliti pengendali dan peserta dan risiko kewangan yang mungkin ditanggung oleh peserta;
tatacara, kawalan dan langkah bagi pengurusan kredit, kecairan dan risiko penyelesaian, termasuk kaedah yang menentukan masa apabila sesuatu arahan pembayaran dan suatu penyelesaian adalah muktamad;
langkah-langkah untuk memastikan keselamatan, keutuhan dan kebolehpercayaan pengendalian sesuatu sistem pembayaran yang ditetapkan termasuk perkiraan luar jangka.
Perubahan kepada sistem pembayaran yang ditetapkan
Bank, dalam menetapkan dokumen dan maklumat yang hendak dikemukakan di bawah subseksyen 5(3), boleh juga menetapkan dokumen dan maklumat yang baginya subseksyen (1) terpakai.
Jika tampak kepada Bank bahawa perubahan itu tidak sesuai, Bank boleh, sebelum tamat tempoh tiga puluh hari yang disebut dalam subseksyen (1)—
menghendaki pengendali itu membuat apa-apa perubahan lain yang ditentukan oleh Bank.
Tafsiran
Bagi maksud Bab ini-
"penghasilan bersih dua pihak" ertinya perkiraan penghasilan bersih antara dua pihak;
"penghasilan bersih pelbagai pihak" ertinya perkiraan penghasilan bersih yang mempunyai lebih daripada dua pihak;
“penghasilan bersih pembayaran”ertinya perkiraan penghasilan bersih yang jika pada mana-mana hari amaun kena dibayar antara pihak-pihak berkenaan dengan satu transaksi atau lebih, pihak yang mempunyai obligasi pembayaran jumlah kasar yang lebih tinggi bertanggungan untuk membayar kepada pihak yang satu lagi amaun bersih daripada obligasi pembayaran kasar pihak-pihak itu;
"penghasilan bersih penamat" ertinya perkiraan penghasilan bersih yang, berikutan dengan berlakunya peristiwa tertentu yang ditentukan oleh pihak-pihak kepada perkiraan itu, kesemua atau mana-mana transaksi yang disebut dalam perkiraan penghasilan bersih itu boleh ditamatkan, dan jika ditamatkan sedemikian, nilai penamatan itu menjadi genap masa dan kena dibayar;
"penghasilan bersih secara novasi" ertinya perkiraan penghasilan bersih antara pihak-pihak dalam satu siri transaksi jika suatu akaun bagi amaun yang kena dibayar disimpan dan hak dan obligasi pihak-pihak itu berkenaan dengan akaun itu dilupuskan secara berterusan dan digantikan dengan satu amaun tunggal baru yang kena dibayar oleh satu pihak kepada pihak yang satu lagi;
"perkiraan penghasilan bersih" ertinya perkiraan secara bertulis bagi menukar beberapa tuntutan atau obligasi kepada satu tuntutan bersih atau satu obligasi bersih dan termasuklah penghasilan bersih dua pihak, penghasilan bersih pelbagai pihak, penghasilan bersih secara novasi, penghasilan bersih penamat, penghasilan bersih pembayaran atau kombinasinya;
"pentadbir ketidaksolvenan" termasuklah penerima, pengurus, penerima dan pengurus, penyelesai, penyelesai sementara, pengurus kehakiman, kurator, pentadbir khas atau mana-mana orang lain, dengan nama apa jua pun dia disebut, yang diberi kuasa di bawah mana-mana undang-undang di dalam atau di luar Malaysia untuk mengambil kawalan harta seseorang bagi faedah pemiutang orang itu sekiranya orang itu menjadi, atau mungkin menjadi, tidak solven;
"sistem pembayaran yang ditetapkan" termasuklah sesuatu sistem pembayaran yang dikendalikan oleh Bank di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958.
Pemakaian
apa-apa arahan pembayaran atau penyelesaian yang dihantar melalui suatu sistem pembayaran yang ditetapkan; dan
apa-apa perkiraan penghasilan bersih, berkenaan dengan tuntutan atau obligasi yang timbul daripada sesuatu arahan pembayaran atau penyelesaian yang muktamad di bawah subseksyen 19(1), yang dibuat di antara seorang pengendali dan seorang peserta atau di antara peserta sahaja berkenaan dengan sesuatu sistem pembayaran yang ditetapkan.
Mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan kebankrapan dan ketidaksolveran hendaklah terus terpakai, tetapi jika terdapat apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan Bab ini dengan undang-undang bertulis yang berhubungan dengan kebankrapan dan ketidaksolveran itu, peruntukan Bab ini hendaklah terpakai.
Arahan pembayaran atau penyelesaian yang dibuat selepas pelantikan pentadbir ketidaksolvenan
Bab ini tidaklah terpakai berhubung dengan mana-mana arahan pembayaran atau penyelesaian yang dihantar melalui suatu sistem pembayaran yang ditetapkan selepas berakhirnya hari seorang pentadbir ketidaksolvenan dilantik berkenaan dengan seseorang pengendali atau peserta sesuatu sistem pembayaran yang ditetapkan.
Kemuktamadan pembayaran dan perkiraan penghasilan bersih
Sesuatu perkiraan penghasilan bersih hendaklah sah dan boleh dikuatkuasakan dan seseorang pengendali atau peserta sesuatu sistem pembayaran yang ditetapkan hendaklah melakukan apa-apa jua yang dibenarkan atau dikehendaki di bawah perkiraan penghasilan bersih itu bagi memberi kesan kepada perkiraan penghasilan bersih itu.
Apa-apa obligasi pembayaran atau penyelesaian yang terhutang kepada seseorang pengendali atau peserta sesuatu sistem pembayaran yang ditetapkan di bawah perkiraan penghasilan bersih yang belum dijelaskan—
Tanpa membataskan keluasan subseksyen 17(2), apa-apa arahan pembayaran atau penyelesaian yang muktamad dan tidak boleh dibatalkan di bawah subseksyen (1) dan apa-apa perkiraan penghasilan bersih yang sah dan boleh dikuatkuasakan di bawah subseksyen (2) dan (3) hendaklah diberi kuat kuasa walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam—
seksyen 223 dan 224 Akta Syarikat 1965 berhubung dengan pengelakan pelupusan harta;
seksyen 296 Akta Syarikat 1965, seksyen 59 Akta Kebankrapan 1967 [Akta 360] atau subseksyen 40(1) Akta Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998 [Akta 587] berhubung dengan ketidaktuntutan harta yang membebankan;
seksyen 219 Akta Syarikat 1965 dan seksyen 47 Akta Kebankrapan 1967 berhubung dengan masa ketidaksolvenan bermula;
seksyen 293 Akta Syarikat 1965 dan seksyen 53 Akta Kebankrapan 1967 berhubung dengan keutamaan yang tidak patut; dan
seksyen 222 Akta Syarikat 1965 dan seksyen 10 Akta Kebankrapan 1967 berhubung dengan kuasa untuk menangguhkan atau menyekat prosiding.
Pengekalan hak
Bagi mengelakkan keraguan, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa peruntukan Bab ini tidaklah menyekat atau menghalang mana-mana orang daripada menguatkuasakan haknya di bawah undang-undang selagi tidak menjejaskan kemuktamadan arahan pembayaran atau penyelesaian atau kesahan dan kebolehkuatkuasaan sesuatu perkiraan penghasilan bersih di bawah Bab ini.
Perintah ketidaksolvenan oleh mahkamah asing tidak diiktiraf
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang lain, sesuatu mahkamah tidak boleh mengiktiraf atau memberi kuat kuasa kepada perintah sesuatu mahkamah yang menjalankan bidang kuasa di bawah undang-undang ketidaksolvenan di luar Malaysia setakat yang pembuatan perintah itu tidak selaras atau bertentangan dengan peruntukan Bab ini.
Kehendak supaya memberitahu dalam hal ketidaksolvenan, dll.
telah menjadi atau mungkin menjadi tidak mampu untuk memenuhi mana-mana atau kesemua obligasinya; atau
telah menggantung pembayaran atau telah membuat penyelesaian dengan pemiutangnya, pengendali itu hendaklah dengan serta-merta memaklumkan peserta sistem pembayaran yang ditetapkan itu.
Jika seseorang peserta sesuatu sistem pembayaran yang ditetapkan—
telah menjadi atau mungkin menjadi tidak mampu untuk memenuhi mana-mana atau kesemua obligasinya; atau
telah menggantung pembayaran atau membuat penyelesaian dengan pemiutangnya, peserta itu hendaklah dengan serta-merta memaklumkan pengendali yang hendaklah memaklumkan peserta lain sistem pembayaran yang ditetapkan itu.
Bahagian III
Pengendalian Dan Penetapan Instrumen Pembayaran
BAB1
Larangan pengeluaran instrumen pembayaran
pengeluaran atau penggunaan instrumen pembayaran itu memudaratkan pengendalian sistem pembayaran di Malaysia yang boleh dipercayai, selamat, cekap dan lancar; atau
Bank boleh, dalam menimbangkan sama ada hendak melarang mana-mana orang mengeluarkan atau menggunakan apa-apa instrumen pembayaran di bawah subseksyen (1), memeriksa premis, kelengkapan, mesin, perkakas, buku atau dokumen lain, akaun dan transaksi pengeluar instrumen pembayaran itu, setelah notis bertulis diberikan kepada pengeluar itu.
Bank hendaklah memberi orang yang disebut dalam subseksyen (1) suatu peluang yang munasabah untuk membuat representasi sebelum membuat keputusan untuk mengenakan larangan di bawah subseksyen itu.
Penetapan instrumen pembayaran
sesuatu instrumen pembayaran mungkin tersebar luas kegunaannya sebagai suatu cara membuat pembayaran dan boleh menjejaskan sistem pembayaran di Malaysia; dan
adalah perlu kepentingan pengguna dilindungi atau adalah perlu keutuhan, kecekapan dan kebolehpercayaan sesuatu instrumen pembayaran itu dikekalkan,
Bank boleh menetapkan instrumen pembayaran itu sebagai instrumen pembayaran yang ditetapkan.
Jika sesuatu instrumen pembayaran ditetapkan sebagai instrumen pembayaran yang ditetapkan, pengeluar instrumen pembayaran yang ditetapkan itu hendaklah mematuhi kehendak subseksyen 25(1) dalam apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Bank.
Pengeluaran instrumen pembayaran yang ditetapkan
mengemukakan kepada Bank dokumen dan maklumat sebagaimana yang boleh ditetapkan oleh Bank;
mendapat kelulusan bertulis daripada Bank untuk mengeluarkan instrumen pembayaran yang ditetapkan.
Bank boleh semasa memberikan kelulusannya—
menghendaki semua atau mana-mana dokumen yang dikemukakan diubahsuaikan dan dipinda sebagaimana yang difikirkannya perlu; dan
mengenakan apa-apa sekatan, batasan atau syarat yang difikirkannya sesuai.
Pembatalan kelulusan
pengeluar itu telah melanggar atau sedang melanggar mana-mana peruntukan Akta ini;
pengeluar itu telah melanggar apa-apa sekatan, batasan atau syarat kelulusan itu;
pengeluar itu telah gagal untuk mematuhi apa-apa garis panduan, pekeliling, piawaian atau notis yang dikeluarkan oleh Bank di bawah seksyen 70;
pengeluar itu telah membuat pernyataan palsu atau tidak betul dalam dokumen atau maklumat yang dikemukakan di bawah perenggan 25(1)(a) atau butir-butir apa-apa perubahan kepada dokumen dan maklumat yang dikemukakan di bawah subseksyen 29(1);
pengeluar itu telah berhenti mengeluarkan instrument pembayaran yang ditetapkan selama apa-apa tempoh enam bulan yang berterusan; atau
Bank hendaklah memberi pengeluar itu suatu peluang yang munasabah untuk membuat representasi sebelum membuat keputusan untuk membatalkan kelulusan itu.
Perkiraan pengurusan
Pengeluar sesuatu instrumen pembayaran yang ditetapkan hendaklah mengadakan perkiraan pengurusan yang mencukupi yang berkesan, dapat dipertanggungjawabkan dan telus untuk memastikan keutuhan yang berterusan instrumen pembayaran yang ditetapkan itu.
Perkiraan pengendalian
Pengeluar sesuatu instrumen pembayaran yang ditetapkan hendaklah mengadakan perkiraan pengendalian yang berikut:
kaedah-kaedah dan tatacara yang menyatakan hak dan liabiliti pengeluar dan pengguna instrumen pembayaran yang ditetapkan itu dan risiko yang mungkin ditanggung oleh pengguna;
langkah-langkah untuk memastikan pengurusan berhemat bagi dana yang dipungut daripada seseorang pengguna instrumen pembayaran yang ditetapkan itu, termasuk langkah-langkah untuk memastikan bahawa dana itu tersedia untuk dibayar balik kepada pengguna; dan
langkah-langkah untuk memastikan keselamatan dan kebolehpercayaan pengendalian instrumen pembayaran yang ditetapkan itu termasuk perkiraan luar jangka.
Perubahan kepada instrumen pembayaran yang ditetapkan
Bank, dalam menetapkan dokumen dan maklumat yang hendaklah dikemukakan di bawah subseksyen 25(1), boleh juga menetapkan dokumen dan maklumat yang baginya subseksyen (1) terpakai.
Jika tampak kepada Bank bahawa perubahan itu tidak sesuai, Bank boleh, sebelum tamat tempoh tiga puluh hari yang disebut dalam subseksyen (1)—
menghendaki pengeluar itu membuat apa-apa perubahan lain yang ditentukan oleh Bank.
Sistem Pembayaran
Bahagian IV
Kehendak supaya diperbadankan
Bank boleh pada bila-bila masa menghendaki supaya seseorang pengendali atau pengeluar yang bukan pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis diperbadankan sebagai suatu syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 dalam apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Bank dan pengendali atau pengeluar itu tidak boleh terus mengendalikan sistem pembayaran itu atau mengeluarkan instrument pembayaran itu selepas masa yang ditentukan melainkan jika dia telah mematuhi kehendak Bank.
Dokumen dan maklumat yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah termasuk dokumen dan maklumat yang berhubungan dengan mana-mana peserta sistem pembayaran atau pengguna instrumen pembayaran, dan perniagaan, hal ehwal, statistik dan maklumat mengenai transaksi yang berhubungan dengan sistem pembayaran atau instrumen pembayaran itu sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen (1).
Peruntukan subseksyen (1) tidaklah menjejaskan, dan tidaklah boleh dengan apa-apa cara mengurangkan, apa-apa kuasa lain yang diberikan kepada Bank atau pegawai penyiasat di bawah Akta ini.
Peruntukan seksyen ini hendaklah mempunyai kuat kuasa walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis tentang kerahsiaan atau sekatan lain mengenai penzahiran maklumat atau apa-apa sumpah, akuan janji atau kehendak kerahsiaan, yang bertentangan, atau apa-apa obligasi di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan, sama ada nyata atau tersirat, yang bertentangan.
Kuasa untuk membuat ubah suaian
sistem pembayaran yang ditetapkan atau instrumen pembayaran yang ditetapkan itu termasuklah perkiraan pengurusan yang disebut dalam seksyen 13 atau 27;
dokumen dan maklumat yang dikemukakan di bawah subseksyen 5(3) atau 25(1); dan
apa-apa dokumen lain yang berhubungan dengan sistem pembayaran yang ditetapkan atau instrumen pembayaran yang ditetapkan itu.
Dalam menjalankan kuasa di bawah subseksyen (1), Bank hendaklah mengambil kira—
tujuan Bank untuk menggalakkan kestabilan perwangan dan struktur kewangan yang kukuh;
keselamatan, keutuhan, kecekapan atau kebolehpercayaan sistem pembayaran yang ditetapkan atau instrumen pembayaran yang ditetapkan itu termasuk keselamatan dan piawaian pengendalian dan perkiraan infrastruktur;
kepentingan peserta semasa bagi sistem pembayaran yang ditetapkan itu atau pengguna instrumen pembayaran yang ditetapkan itu; atau
kepentingan orang yang, pada masa hadapan, mungkin ingin akan akses kepada sistem pembayaran yang ditetapkan itu atau ingin menggunakan instrumen pembayaran yang ditetapkan itu.
Seseorang pengendali sesuatu sistem pembayaran yang ditetapkan atau seseorang pengeluar sesuatu instrumen pembayaran yang ditetapkan hendaklah membuat apa-apa ubah suaian atau perubahan sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) dalam apa-apa masa yang ditentukan oleh Bank.
Bank hendaklah memberi pengendali sesuatu sistem pembayaran yang ditetapkan atau pengeluar sesuatu instrumen pembayaran yang ditetapkan suatu peluang yang munasabah untuk membuat representasi sebelum membuat keputusan untuk mengenakan kehendak di bawah subseksyen (1).
Kuasa untuk mengeluarkan arahan
sedang terlibat atau hampir akan terlibat, dalam apa-apa perbuatan, atau kelakuan atau telah meninggalkan apa-apa perbuatan atau hampir akan meninggalkan apa-apa perbuatan yang mengakibatkan atau mungkin akan mengakibatkan risiko sistemik menjadi tidak dapat dikawal secukupnya, atau yang memudaratkan kepentingan peserta, pengguna atau pemiutangnya atau orang ramai amnya;
telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini, sama ada atau tidak pendakwaan jenayah berkenaan dengannya telah diambil, atau mana-mana garis panduan yang dikeluarkan di bawah seksyen 70; atau
telah menjadi atau mungkin akan menjadi tidak berupaya untuk menunaikan kesemua atau mana-mana obligasinya,
Bank boleh mengeluarkan arahan secara bertulis menghendaki pengendali atau peserta sistem pembayaran yang ditetapkan itu atau pengeluar instrumen pembayaran yang ditetapkan itu supaya—
(aa) mengambil apa-apa langkah, mengambil apa-apa tindakan, melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan atau perkara, berhubung dengan sistem pembayaran yang ditetapkan atau instrumen pembayaran yang ditetapkan itu yang pada pendapat Bank adalah perlu untuk memulihkan keadaan;
(bb) berhenti mengendalikan sistem pembayaran yang ditetapkan itu; atau
Dalam memberikan apa-apa arahan di bawah subseksyen (1), Bank boleh memasukkan kehendak yang berbangkit, bersampingan atau berdampingan sifatnya untuk dipatuhi oleh pengendali atau peserta sesuatu sistem pembayaran yang ditetapkan atau pengeluar sesuatu instrumen pembayaran yang ditetapkan dan Bank boleh mengenakan apa-apa terma, syarat dan kehendak yang difikirkannya perlu atau suai manfaat.
Pengendali atau peserta sesuatu sistem pembayaran yang ditetapkan atau pengeluar sesuatu instrumen pembayaran yang ditetapkan hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) dalam apa-apa jangka masa yang ditentukan oleh Bank.
Jika Bank menjalankan kuasanya di bawah perenggan (1)(bb), pengendali dilarang mengendalikan sistem pembayaran yang ditetapkan dan jika Bank menjalankan kuasanya di bawah perenggan (1)(cc) kelulusan untuk mengeluarkan instrumen pembayaran yang ditetapkan disifatkan telah dibatalkan di bawah seksyen 26.
Bank hendaklah memberi pengendali, peserta atau pengeluar, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang disebut dalam subseksyen (1) suatu peluang untuk membuat representasi sebelum membuat keputusan untuk mengeluarkan arahan di bawah subseksyen itu.
Pemeriksaan oleh Bank
Bank boleh, jika pada pendapatnya perlu bagi maksud menjalankan fungsinya di bawah Akta ini, memeriksa, dengan atau tanpa apa-apa notis bertulis terlebih dahulu, premis, perkakas, kelengkapan, mesin, buku atau dokumen lain, akaun atau transaksi seseorang pengendali atau pengeluar dan mana-mana pejabatnya di dalam atau di luar Malaysia.
Pengemukaan buku seseorang, dll.
Walau apa pun keluasan subseksyen (1), mana-mana pegawai Bank yang diberi kuasa oleh Bank secara bertulis bagi maksud ini boleh mengambil milik apa-apa perkakas, kelengkapan, mesin, buku atau dokumen lain, akaun, hakmilik, sekuriti atau wang tunai yang kepadanya dia mempunyai akses di bawah subseksyen (1) jika pada pendapatnya—
pemeriksaannya, penyalinannya, atau pembuatan cabutan daripadanya tidak dapat dibuat dengan semunasabahnya tanpa mengambil miliknya;
ia mungkin diganggu atau dimusnahkan melainkan jika dia mengambil miliknya; atau
ia mungkin diperlukan sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding undang-undang, sama ada civil atau jenayah, yang mungkin dimulakan di bawah atau berkaitan dengan Akta ini, Akta Bank Negara Malaysia 1958 atau mana-mana undang-undang bertulis lain.
Seseorang yang menjadi atau pernah pada bila-bila masa menjadi—
ejen atau yang menjalankan apa-apa fungsi seseorang pengendali atau pengeluar;
peserta suatu sistem pembayaran atau pengguna suatu instrumen pembayaran; atau
juruaudit suatu pengendali atau pengeluar, hendaklah memberikan maklumat atau dokumen yang dikehendaki oleh Bank dalam masa yang ditentukan oleh Bank dalam menjalankan pemeriksaan di bawah seksyen 34.
Seseorang juruaudit yang disebut dalam perenggan (3)(d) hendaklah tidak bertanggungan bagi pelanggaran kontrak yang berhubungan dengan, atau kewajipan, kerahsiaan kerana memberi apa-apa maklumat atau dokumen kepada pegawai yang menjalankan pemeriksaan itu.
Bank boleh, atas permintaan seseorang pengendali atau pengeluar, membenarkan pelanjutan tempoh, dengan atau tanpa syarat, bagi pematuhan kehendak subseksyen (1).
Kehendak supaya dikemukakan maklumat
Pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan tidak solven
Mana-mana pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan yang tidak solven atau mungkin akan menjadi tidak solven, atau telah menjadi atau mungkin akan menjadi tidak berupaya untuk menunaikan kesemua atau mana-mana obligasinya, atau telah menggantung pembayaran atau membuat penyelesaian dengan pemiutangnya hendaklah dengan serta-merta memaklumkan Bank tentang hakikat itu.
Arahan dalam hal keadaan ketidaksolvenan
telah menjadi atau mungkin menjadi tidak berupaya untuk menunaikan kesemua atau mana-mana obligasinya; atau
telah menggantung pembayaran atau telah membuat penyelesaian dengan pemiutangnya,
(aa) memecat daripada jawatan, berkuat kuasa dari tarikh yang ditentukan dalam arahan itu, mana-mana pengarah atau ketua pegawai eksekutif pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan itu;
Bank boleh mengeluarkan suatu arahan secara bertulis, menjalankan mana-mana satu kuasa yang berikut atau lebih, yang disifatkannya perlu—
(bb) melantik mana-mana orang sebagai seorang pengarah atau ketua pegawai eksekutif pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan dan memperuntukkan dalam arahan itu bahawa orang yang dilantik sedemikian hendaklah dibayar oleh pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan itu apa-apa saraan yang dinyatakan dalam arahan itu; atau
melantik seseorang untuk menasihati pengendali sesuatu sistem pembayaran yang ditetapkan berhubung dengan penjalanan sepatutnya perniagaannya, dan memperuntukkan dalam arahan itu bahawa orang yang dilantik sedemikian hendaklah dibayar oleh pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan itu apa-apa saraan sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu.
Seksyen ini hendaklah terpakai walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, atau apa-apa batasan yang terkandung dalam dokumen konstituen pengendali sesuatu sistem pembayaran yang ditetapkan.
Pengambilalihan aset
bagi Bank mengambil alih kawalan kesemua harta, perniagaan dan hal ehwal pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan itu, dan menjalankan kesemua perniagaan dan hal ehwalnya, atau mengambil alih kawalan apa-apa bahagian hartanya, perniagaannya dan hal ehwalnya, sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu, atau bagi Bank melantik mana-mana orang untuk berbuat demikian bagi pihak Bank, dan bagi kos dan perbelanjaan Bank atau saraan orang yang dilantik sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan, dibayar daripada dana dan harta pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan itu sebagai gadaian pertama ke atasnya;
sama ada suatu perintah telah dibuat atau tidak di bawah perenggan (a), untuk membenarkan suatu permohonan dibuat oleh Bank kepada Mahkamah Tinggi untuk melantik penerima atau pengurus untuk menguruskan kesemua perniagaan, hal ehwal dan harta pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan itu, atau apa-apa bahagian perniagaan, hal ehwal dan harta itu sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu, dan bagi segala perintah atau arahan Mahkamah Tinggi yang bersampingan, berdampingan atau berbangkit berhubung dengan pelantikan itu yang, pada pendapat Bank, perlu atau suai manfaat; atau
sama ada suatu perintah telah dibuat atau tidak di bawah perenggan (a) atau (b), untuk memberi kuasa kepada Bank mengemukakan suatu petisyen kepada Mahkamah Tinggi bagi menggulung pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan itu.
Sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) atau arahan Bank di bawah seksyen 37 boleh, dari semasa ke semasa, diubahsuaikan, dipinda, diubah, dipelbagaikan atau digantikan sama ada dengan kuat kuasa ke hadapan atau jika tidaklah tidak praktik atau tidaklah tidak adil untuk berbuat demikian, dengan kuat kuasa ke belakang, melalui perintah di bawah subseksyen (1) atau arahan lanjut di bawah seksyen 37, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Tiada perintah di bawah subseksyen (1) atau (2) atau arahan di bawah seksyen 37 boleh dibuat melainkan jika pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan yang berkenaan dengannya perintah atau arahan itu hendak dibuat, dan dalam hal suatu arahan di bawah perenggan 37(1)(aa), pengarah atau ketua pegawai eksekutif pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan itu yang akan dipecat daripada jawatan, telah diberi peluang yang munasabah untuk membuat representasi terhadap, atau selainnya berkenaan dengan, perintah atau arahan yang dicadangkan itu.
Walau apa pun subseksyen (3), jika pada pendapat Bank, apa-apa kelengahan akan memudaratkan kepentingan pengendali atau peserta sesuatu sistem pembayaran yang ditetapkan atau pemiutang, atau orang ramai secara amnya, suatu perintah di bawah subseksyen (1) atau (2) atau arahan di bawah seksyen 37 boleh dibuat dahulu dan peluang untuk membuat representasi terhadap atau selainnya berkenaan dengan perintah atau arahan itu hendaklah, dalam hal yang sedemikian, diberikan selepas sahaja perintah atau arahan itu dibuat, dan perintah atau arahan itu boleh, berikutan dengan representasi itu, sama ada disahkan, atau diubahsuaikan, dipinda, diubah atau dipelbagaikan digantikan di bawah subseksyen (2), atau dibatalkan di bawah subseksyen (5), tertakluk kepada apa-apa syarat, jika ada, yang difikirkan oleh Bank patut dikenakan.
Sesuatu perintah Bank di bawah subseksyen (1) atau (2) atau arahan Bank yang dibuat di bawah seksyen 37, boleh pada bila-bila masa dibatalkan melalui perintah atau arahan yang dibuat dengan cara yang serupa oleh Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan apa-apa perintah atau arahan itu boleh mengandungi segala peruntukan yang bersampingan, berdampingan atau berbangkit, yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh Bank, mengikut manamana yang berkenaan.
Jika seseorang penerima atau pengurus telah dilantik oleh Mahkamah Tinggi di bawah perenggan (1)(b), berkenaan dengan pengendali sesuatu sistem pembayaran yang ditetapkan, segala kos, bayaran dan perbelanjaan yang patut, termasuk saraan, bagi penerima atau pengurus itu hendaklah kena dibayar daripada aset pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan itu dengan memberinya keutamaan berbanding segala tuntutan lain.
Kesan pemecatan jawatan
Pemecatan di bawah perenggan 37(1)(aa) mana-mana pengarah atau ketua pegawai eksekutif pengendali sesuatu sistem pembayaran yang ditetapkan adalah menurut undang-undang dan sah walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana kontrak perkhidmatan atau kontrak atau perjanjian lain, sama ada nyata atau tersirat, sama ada secara individu atau kolektif, dan sama ada dibuat atau diperuntukkan ataupun tidak di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan orang itu tidak berhak untuk menuntut apa-apa pampasan bagi kehilangan atau penamatan jawatan itu.
Peruntukan yang berhubungan dengan pengambilalihan kawalan di bawah perenggan 38(1)(a)
Bank atau orang yang dilantik oleh Bank hendaklah mengawal dan menjalankan harta, perniagaan dan hal ehwal pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas nama dan bagi pihak pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan sehingga arahan yang dikeluarkan di bawah seksyen 37 atau perintah yang dibuat di bawah perenggan 38(1)(a) dibatalkan.
Sepanjang tempoh suatu arahan di bawah seksyen 37 atau suatu perintah di bawah perenggan 38(1)(a) berkuat kuasa—
tiada pengarah atau ketua pegawai eksekutif pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan itu boleh terlibat dalam apa-apa aktiviti berhubung dengan sistem pembayaran yang ditetapkan, secara langsung atau tidak langsung, kecuali sebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan oleh Bank atau orang yang dilantik oleh Bank;
tiada saraan boleh terakru atau kena dibayar kepada seseorang pengarah atau ketua pegawai eksekutif pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan itu melainkan jika diluluskan secara bertulis oleh Bank atau orang yang dilantik oleh Bank; dan
Bank atau orang yang dilantik oleh Bank hendaklah diletak hak dengan segala kuasa pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan itu, dan lembaga pengarahnya, di bawah dokumen konstituennya, atau yang boleh dilaksanakan oleh pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan itu atau lembaga pengarahnya di bawah mana-mana undangundang bertulis tanpa mengira sama ada kuasa itu boleh dijalankan melalui resolusi.
Bagi mengelakkan keraguan, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa sesuatu arahan di bawah seksyen 37 atau sesuatu perintah di bawah perenggan 38(1)(a) tidaklah mempunyai kuat kuasa memberi, atau meletakhakkan pada, Bank atau orang yang dilantik oleh Bank apa-apa hakmilik kepada, atau apa-apa kepentingan benefisial mengenai, apa-apa harta pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan itu yang berkaitan dengan perintah itu.
Kuasa untuk mengurangkan modal syer dan membatalkan syer
Jika Mahkamah Tinggi membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1) untuk mengurangkan modal syer seseorang pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan, Mahkamah boleh—
jika, apabila tamat tempoh tiga puluh hari dari tarikh apa-apa panggilan yang dibuat oleh pengendali sesuatu sistem pembayaran yang ditetapkan kepada anggotanya supaya membayar syer mereka masing-masing, pembayaran bagi apa-apa syer tersebut belum lagi dibuat, juga memerintahkan supaya apa-apa syer yang baginya pembayaran belum lagi dibuat dibatalkan dengan sewajarnya.
Jika modal syer seseorang pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan dikurangkan menurut subseksyen (1), atau mana-mana syernya dibatalkan menurut subseksyen (2), Bank atau orang yang dilantik oleh Bank boleh menyebabkan dokumen konstituen pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan itu diubah dengan sewajarnya.
Kuasa yang diberikan di bawah subseksyen (1), (2) dan (3) kepada Bank dan orang yang dilantik oleh Bank adalah sebagai tambahan kepada apa-apa kuasa yang boleh dijalankan di bawah subseksyen 64(1) Akta Syarikat 1965, dan jika suatu permohonan dibuat kepada Mahkamah Tinggi di bawah subseksyen (1)—
Mahkamah Tinggi boleh menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 64 Akta Syarikat 1965 berhubung dengan suatu permohonan bagi pengesahan yang disebut di dalamnya; dan
subseksyen 64(9) dan (10) Akta Syarikat 1965 hendaklah terpakai berhubung dengannya.
Bahagian V
Tafsiran
Bagi maksud Bahagian ini, "institusi kewangan" ertinya bank, syarikat kewangan, syarikat perbankan dan kewangan, bank saudagar atau syarikat diskaun yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989, atau institusi yang ditetapkan sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 atau mana-mana koperasi yang didaftarkan atau disifatkan telah didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993 [Akta 502] atau suatu pusat penjelasan yang diiktiraf di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1983 atau suatu pusat penjelasan yang dilesenkan di bawah Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993.
Pelantikan pegawai penyiasat, kuasa, fungsi dan kewajipan mereka
Tertakluk kepada subseksyen (3), seseorang pegawai penyiasat yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai segala kuasa, fungsi, dan kewajipan yang diberikan kepada seorang pegawai penyiasat di bawah Akta ini, dan jika pegawai penyiasat itu bukan seorang pegawai Bank, dia hendaklah, berhubung dengan kuasa, fungsi dan kewajipan itu—
menikmati hak, keistimewaan, perlindungan, kekebalan dan tanggung rugi sebagaimana yang ditentukan dalam, peruntukan Akta ini, Akta Bank Negara Malaysia 1958 atau undangundang bertulis lain yang terpakai bagi pegawai Bank seolah-olah dia ialah seorang pegawai Bank.
Seseorang pegawai penyiasat hendaklah tertakluk kepada arahan dan kawalan Gabenor, atau mana-mana pegawai lain Bank yang diberi kuasa oleh Gabenor untuk bertindak bagi pihak Gabenor, dan mana-mana pegawai penyiasat atau pegawai-pegawai penyiasat lain yang berpangkat lebih tinggi daripadanya, dan hendaklah menjalankan kuasanya, melaksanakan fungsinya, dan menunaikan tugasnya yang disebut dalam subseksyen (2) dengan mematuhi apa-apa arahan, petunjuk, syarat, sekatan atau batasan yang sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Gabenor, atau seorang pegawai Bank yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak Gabenor, atau seseorang pegawai penyiasat yang berpangkat lebih tinggi, secara lisan atau bertulis, sama ada secara am, atau dalam apa-apa hal atau keadaan tertentu.
Gabenor, atau mana-mana pegawai Bank yang diberi kuasa oleh Gabenor untuk bertindak bagi pihak Gabenor, hendaklah mempunyai segala kuasa, fungsi dan kewajipan seorang pegawai penyiasat.
Seseorang pegawai penyiasat yang menjalankan apa-apa pemeriksaan ke atas mana-mana orang di bawah Bahagian ini hendaklah mempunyai kuasa untuk mengendalikan sumpah atau ikrar kepada orang yang sedang diperiksa.
Kuasa penyiasatan berkenaan dengan pusat penjelasan
Jika Bank mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini, dan adalah perlu untuk menjalankan kuasanya di bawah Bahagian ini berkenaan dengan sesuatu pusat penjelasan yang diiktiraf di bawah Akta
Perindustrian Sekuriti 1983 atau suatu pusat penjelasan yang dilesenkan di bawah Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993, Bank hendaklah memaklumkan Suruhanjaya Sekuriti yang ditubuhkan oleh Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.
Kuasa untuk masuk, menggeledah dan menyita
masuk ke dalam mana-mana premis dan di situ menggeledah, menyita dan menahan apa-apa harta, perkakas, kelengkapan, mesin, komputer, output komputer, data, buku atau dokumen lain;
mempunyai akses kepada, memeriksa, membuat salinan, atau mengambil cabutan daripada, mana-mana komputer, output komputer, buku atau dokumen lain yang disita dan ditahan sedemikian, termasuklah akses kepada mana-mana program atau data yang disimpan dalam mana-mana komputer atau mempunyai akses kepada, memeriksa atau menyemak pengendalian mana-mana komputer dan apa-apa perkakas atau bahan yang berkaitan dengannya;
mengambil milik, dan mengalihkan dari premis itu, apaapa kelengkapan, perkakas, mesin, harta, komputer, output komputer, data, buku atau dokumen lain yang disita dan ditahan sedemikian;
memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam, atau di, premis itu, dan bagi maksud pemeriksaan itu menahan orang itu dan memindahkannya ke mana-mana tempat sebagaimana yang perlu untuk memudahkan pemeriksaan itu, dan menyita dan menahan apa-apa kelengkapan, perkakas, mesin, harta, komputer, output komputer, data, buku atau dokumen lain yang dijumpai pada orang itu;
memecah buka, memeriksa, dan menggeledah, apa-apa barang, bekas atau wadah, termasuklah mengakses sesuatu komputer; atau
Dalam menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1), seseorang pegawai penyiasat boleh jika perlu untuk berbuat demikian—
memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam mana-mana premis dan masuk ke dalamnya;
memindahkan dengan menggunakan kekerasan apa-apa halangan terhadap kemasukan, penggeledahan, penyitaan, penahanan atau pemindahan itu sebagaimana dia diberi kuasa untuk melaksanakannya; atau
menahan semua atau mana-mana orang yang dijumpai di mana-mana premis, atau di dalam mana-mana kenderaan, yang digeledah di bawah subseksyen (1) sehingga premis itu atau kenderaan itu selesai digeledah.
Seorang pegawai penyiasat hendaklah bagi maksud seksyen ini disediakan dengan kata laluan yang perlu, kod enskripsi, kod diskripsi, perisian dan perkakasan dan apa-apa cara lain yang diperlukan bagi membolehkan pemahaman apa-apa program atau data yang disimpan dalam mana-mana komputer termasuk bentuk bagaimana maklumat yang terkandung dalam sesuatu komputer itu dapat diambil dan membolehkan maklumat itu dapat dilihat dan dibaca.
Suatu senarai kesemua benda yang disita dalam penjalanan sesuatu penggeledahan yang dibuat di bawah seksyen ini dan premis tempat benda itu dijumpai hendaklah disediakan oleh pegawai penyiasat yang menjalankan penggeledahan itu dan ditandatangani olehnya.
Penghuni premis yang dimasuki di bawah subseksyen (1), atau mana-mana orang bagi pihaknya, hendaklah pada setiap masa dibenarkan untuk hadir semasa pengeledahan itu, dan satu salinan senarai yang disediakan dan ditandatangani di bawah seksyen ini hendaklah diserahkan kepada penghuni atau orang itu atas permintaannya.
Seseorang pegawai penyiasat hendaklah, melainkan jika diarahkan selainnya oleh mana-mana mahkamah—
pada akhir penyiasatan atau apa-apa prosiding yang berbangkit daripadanya; atau
dengan mendapat keizinan bertulis terlebih dahulu daripada mana-mana pegawai Bank yang diberi kuasa oleh Gabenor untuk bertindak bagi pihak Gabenor bagi maksud ini, atau daripada mana-mana pegawai penyiasat yang berpangkat lebih tinggi daripadanya, pada bila-bila masa sebelum penyiasatan berakhir, melepaskan mana-mana harta, perkakas, kelengkapan, mesin, komputer, output komputer, data, buku atau dokumen lain yang disita, ditahan atau dipindahkan olehnya. atau mana-mana pegawai penyiasat yang lain, kepada orang yang ditentukan olehnya berhak menurut undang-undang kepada harta, perkakas, kelengkapan, mesin, komputer, output komputer, data, buku atau dokumen lain jika dia berpuas hati yang harta, perkakas, kelengkapan, mesin, komputer, output komputer, data, buku atau dokumen lain itu tidak diperlukan bagi maksud apa-apa pendakwaan atau prosiding di bawah Akta ini, atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.
Sesuatu rekod bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai penyiasat yang membenarkan pelepasan mana-mana harta, perkakas, mesin, komputer, output komputer, data, buku atau dokumen lain di bawah subseksyen (6) berkenaan dengan pelepasan itu dengan menerangkan dengan terperinci hal keadaan, dan sebab bagi, pelepasan itu.
Jika pegawai penyiasat tidak dapat menentukan orang yang berhak menurut undang-undang ke atas harta, kelengkapan, perkakas, mesin, komputer, output komputer, data, buku atau dokumen lain itu atau jika terdapat lebih daripada seorang yang menuntut harta, kelengkapan, mesin, komputer, output komputer, data, buku atau dokumen lain itu, pegawai penyiasat itu hendaklah melaporkan perkara itu kepada Majistret yang hendaklah dengan itu memperlakukan harta, perkakas, kelengkapan, mesin, komputer, output komputer, data, buku atau dokumen lain itu sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen 413(2), (3) dan (4), dan seksyen 414, 415 dan 416 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].
Pemeriksaan ke atas seseorang
Seseorang pegawai penyiasat yang melakukan pemeriksaan ke atas seseorang di bawah subseksyen (1) boleh menyita, menahan, atau mengambil milik apa-apa harta, perkakas, kelengkapan, mesin, komputer, output komputer, data, buku atau dokumen lain, atau barang, yang dijumpai pada diri orang itu bagi maksud penyiasatan yang sedang dijalankan olehnya.
Halangan terhadap penjalanan kuasa pegawai penyiasat
Tiada seorang perempuan pun boleh diperiksa di bawah seksyen ini atau di bawah seksyen 50 kecuali oleh seorang perempuan lain.
Tiada seorang pun boleh—
enggan memberikan mana-mana pegawai penyiasat yang menjalankan kuasanya di bawah seksyen 45 atau 46, akses ke mana-mana premis atau mana-mana bahagian premis itu, atau tidak membenarkan dirinya diperiksa;
mengamang, menghalang, menggalang atau melambat-lambatkan pegawai penyiasat itu masuk sedangkan dia berhak untuk masuk;
tidak mematuhi apa-apa permintaan sah daripada mana-mana pegawai penyiasat dalam melaksanakan kewajipannya di bawah seksyen 45 atau 46;
enggan memberi seseorang pegawai penyiasat apa-apa maklumat yang mungkin semunasabahnya dikehendaki daripadanya dan yang dia berkuasa untuk memberikannya;
tidak mengemukakan kepada, atau menyembunyikan atau cuba untuk menyembunyikan daripada, seseorang pegawai penyiasat apa-apa harta, buku, dokumen lain atau barang yang berhubungan dengannya, pegawai penyiasat itu ada alasan yang munasabah bagi mengesyaki bahawa suatu kesalahan telah atau sedang dilakukan di bawah Akta ini;
mendapatkan balik atau berusaha untuk mendapatkan balik apa-apa benda yang telah disita dengan sewajarnya;
memberi seseorang pegawai penyiasat sebagai benar maklumat yang dia tahu atau mempunyai sebab untuk percaya adalah palsu; atau
sebelum atau selepas apa-apa penyitaan, memecahkan atau selainnya memusnahkan apa-apa benda untuk menghalang penyitaannya, atau pengambilannya.
Kehendak supaya menyediakan terjemahan
Tiada seorang pun boleh dengan disedarinya mengemukakan terjemahan di bawah subseksyen (1) yang bukan suatu terjemahan yang tepat, benar dan betul, atau dengan disedarinya membuat suatu terjemahan di bawah subseksyen itu yang tidak tepat, benar atau jujur.
Jika orang yang dikehendaki supaya memberikan suatu terjemahan di bawah subseksyen (1) bukan orang yang disyaki telah melakukan kesalahan yang sedang disiasat, Bank hendaklah membayarnya fi yang munasabah bagi terjemahan itu.
Kuasa untuk memeriksa orang
memerintahkan mana-mana orang secara lisan atau secara bertulis supaya hadir di hadapannya bagi maksud diperiksa secara lisan oleh pegawai penyiasat itu berhubung dengan apa-apa perkara yang boleh, pada pendapat pegawai penyiasat itu, membantu dalam penyiasatan kesalahan itu;
memerintahkan mana-mana orang secara lisan atau secara bertulis supaya mengemukakan di hadapan pegawai penyiasat itu harta, perkakas, kelengkapan, mesin, komputer, output komputer, data, buku atau dokumen lain, atau barang atau benda yang boleh, pada pendapat pegawai penyiasat itu, membantu dalam penyiasatan kesalahan itu; atau
dengan notis bertulis menghendaki mana-mana orang supaya mengemukakan suatu pernyataan bertulis yang dibuat dengan bersumpah atau berikrar dan menerangkan di dalamnya segala maklumat yang mungkin dikehendaki di bawah notis bertulis itu, iaitu maklumat yang, pada pendapat pegawai penyiasat itu, akan dapat membantu dalam penyiasatan kesalahan itu.
Seseorang yang kepadanya suatu perintah di bawah perenggan (1)(a) atau (b), atau suatu notis bertulis di bawah perenggan (1)(c),yang telah diberikan hendaklah mematuhi terma-terma perintah atau notis bertulis itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan, khususnya—
orang yang kepadanya suatu perintah di bawah perenggan (1)(a) telah diberikan hendaklah hadir menurut terma perintah itu untuk diperiksa, dan hendaklah terus hadir sedemikian dari sehari ke sehari sebagaimana yang diarahkan oleh pegawai penyiasat itu sehinggalah pemeriksaan itu selesai, dan hendaklah sepanjang pemeriksaan itu mendedahkan segala maklumat yang ada dalam pengetahuannya, atau yang tersedia ada untuknya, atau yang boleh didapati olehnya, berkenaan dengan perkara berhubung dengannya dia sedang diperiksa, sama ada apa-apa soalan dikemukakan kepadanya ataupun tidak mengenainya, dan jika apa-apa soalan dikemukakan kepadanya dia hendaklah menjawab soalan itu dengan benar dan sepanjang yang dia tahu dan percaya, dan tidak boleh enggan menjawab apa-apa soalan atas alasan bahawa soalan itu mungkin menunjukkan bahawa dia atau suami atau isterinya bersalah;
orang yang kepadanya suatu perintah telah diberikan di bawah perenggan (1)(b) tidak boleh menyembunyikan, menyorokkan, memusnahkan, mengubah, memindahkan dari atau menghantar ke luar Malaysia, atau membuat urusan mengenai, membelanjakan, atau melupuskan, apa-apa harta, perkakas, kelengkapan, mesin, komputer, output komputer, data, buku atau dokumen lain, barang atau benda yang ditentukan dalam perintah itu, atau mengubah atau mencacatkan apa-apa catatan dalam manamana output komputer, data, buku atau dokumen lain sedemikian, atau menyebabkan supaya perbuatan itu dilakukan, atau membantu atau berkomplot untuk melakukan perbuatan sedemikian; dan
orang yang kepadanya suatu notis bertulis telah diberikan di bawah perenggan (1)(c) hendaklah, dalam pernyataannya yang dibuat dengan bersumpah atau berikrar, mengemukakan dan mendedahkan dengan benar semua maklumat yang dikehendaki di bawah notis itu yang berada dalam pengetahuannya, atau yang tersedia ada untuknya, atau yang boleh didapati olehnya, dan tidak boleh gagal untuk memberikan atau mendedahkan maklumat itu atas alasan bahawa maklumat itu mungkin menunjukkan bahawa dia atau suami atau isterinya bersalah.
Orang yang kepadanya suatu perintah atau notis diberikan di bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi notis atau perintah itu dan peruntukan subseksyen (2) berhubung dengannya, walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, sama ada diperbuat sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, atau apa-apa sumpah, akuan janji atau kehendak kerahsiaan, yang berlawanan, atau apa-apa obligasi di bawah apa-apa kontrak, perjanjian atau perkiraan, sama ada nyata atau tersirat, yang berlawanan.
Jika mana-mana orang mendedahkan apa-apa maklumat atau mengemukakan apa-apa harta, perkakas, kelengkapan, mesin, komputer, output komputer, data, buku atau dokumen lain, barang atau benda menurut subseksyen (1) dan (2), baik orang yang mula-mula disebut itu, mahupun mana-mana orang lain yang bagi pihak atau atas arahan atau sebagai ejen atau pegawai orang mulamula disebut itu mungkin bertindak, tidak boleh disebabkan pendedahan atau pengemukaan itu, dikenakan apa-apa pendakwaan bagi mana-mana kesalahan di bawah atau menurut kuasa manamana undang-undang, atau dikenakan apa-apa prosiding atau tuntutan dalam apa-apa bentuk atau apa-apa perihalan oleh mana-mana orang di bawah atau menurut kuasa mana-mana perjanjian atau perkiraan, atau selainnya.
Seseorang pegawai penyiasat boleh menyita, mengambil milik dan menahan selama apa-apa jangka masa yang disifatkannya perlu, apa-apa harta, perkakas, kelengkapan, mesin, komputer, output komputer, data, buku atau dokumen lain, atau barang atau benda yang dikemukakan di hadapannya semasa penyiasatan di bawah subseksyen (1), atau memeriksa orang yang sedang diperiksa olehnya di bawah perenggan (1)(a), atau yang mengemukakan apa-apa benda kepadanya di bawah perenggan (1)(b), untuk memastikan sama ada apa-apa jua yang berkaitan dengan penyiasatan itu disembunyikan, atau ada selainnya pada orang itu.
Suatu pemeriksaan di bawah perenggan (1)(a) hendaklah diubah ke dalam bentuk tulisan oleh pegawai penyiasat dan hendaklah dibacakan kepada dan ditandatangani oleh orang yang sedang diperiksa, dan jika orang itu enggan menandatangani rekod itu, pegawai penyiasat itu hendaklah mencatatkan hakikat keengganan itu di bawah tandatangannya dan sebab-sebab baginya, jika ada, yang dinyatakan oleh orang yang diperiksa itu.
Rekod sesuatu pemeriksaan di bawah perenggan (1)(a), atau pernyataan bertulis dengan bersumpah atau berikrar yang dibuat menurut perenggan (1)(c), atau apa-apa harta, perkakas, kelengkapan, mesin, komputer, output komputer, data, buku atau dokumen lain, barang atau benda yang dikemukakan di bawah perenggan (1)(b) atau selainnya dalam penjalanan sesuatu pemeriksaan di bawah perenggan (1)(a) atau di bawah sesuatu pernyataan bertulis dengan bersumpah atau berikrar yang dibuat menurut perenggan (1)(c) hendaklah, walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, boleh diterima keterangan dalam mana-mana prosiding dalam mana-mana mahkamah—
bagi atau berhubung dengan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, tidak kira sama ada prosiding itu adalah terhadap orang yang telah diperiksa, atau yang mengemukakan harta, perkakas, kelengkapan,mesin, komputer, output komputer, data, buku atau dokumen lain, barang atau benda itu, atau yang telah membuat pernyataan bertulis dengan bersumpah atau berikrar, atau terhadap mana-mana orang lain.
Orang tertentu yang berkenaan dengannya kuasa penyiasatan boleh dijalankan
Tanpa menjejaskan keluasan kuasa lain bagi penyiasatan yang diberikan kepada pegawai penyiasat di bawah Bahagian ini, kuasa sedemikian boleh dijalankan oleh pegawai penyiasat—
mana-mana sekutu perniagaan yang dahulu atau sekarang;
mana-mana orang yang sedang atau pernah ada kena mengena dengan pengurusan, keseluruhan atau sebahagian hal ehwal, atau
mana-mana orang yang mempunyai atau pernah mempunyai kepentingan mengenai syer, atau selainnya mempunyai atau pernah mempunyai suatu kepentingan mengenai harta, orang yang disyaki telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini;
terhadap mana-mana sekutu perniagaan atau saudara kepada orang yang disebut dalam perenggan (a); atau
terhadap mana-mana badan, yang diperbadankan atau tidak diperbadankan, yang baginya mana-mana orang yang disebut dalam perenggan (a) menjadi seorang pengarah atau pegawai atau, jika badan itu merupakan suatu perbadanan, mempunyai kepentingan mengenai syer perbadanan itu.
Penyitaan harta alih di institusi kewangan
Sesuatu institusi kewangan atau mana-mana ejen atau pegawai sesuatu institusi kewangan tidak boleh, oleh sebab mematuhi perintah di bawah subseksyen (1), dikenakan apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang atau dikenakan apa-apa prosiding atau tuntutan oleh mana-mana orang di bawah mana-mana undang-undang atau di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan, atau selainnya.
Mana-mana orang yang tidak mematuhi sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) melakukan kesalahan.
Dalam seksyen ini, "instrumen perwangan" termasuklah mata wang domestik atau mana-mana mata wang asing,cek kembara,cek peribadi,cek bank, kiriman wang,sekuriti pelaburan atau instrumen boleh niaga dalam bentuk pembawa atau selainnya dalam sedemikian bentuk sehingga hakmilik kepadanya berpindah apabila diserahkan atau apabila diserahkan dan dicatatkan.
Membuat urusan tentang harta selepas penyitaan adalah tidak sah
Selagi sesuatu penyitaan apa-apa harta di bawah Akta ini masih berkuat kuasa, tiada tindakan, guaman, atau prosiding lain yang bersifat sivil boleh dimulakan, atau jika tindakan, guaman atau prosiding lain itu belum selesai sebaik sebelum penyitaan itu, dikekalkan atau diteruskan di mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain berkenaan dengan harta yang telah disita sedemikian, dan tiada penahanan, pelaksanaan atau proses lain yang seumpama itu boleh dimulakan, atau jika apa-apa proses sedemikian belum selesai sebaik sebelum penyitaan itu, dikekalkan atau diteruskan, berkenaan dengan harta itu oleh sebab apa-apa tuntutan, penghakiman atau dekri, tidak kira sama ada tuntutan itu telah dibuat, atau penghakiman atau dekri itu telah diberikan, sebelum atau selepas penyitaan itu dilaksanakan, kecuali atas kehendak Kerajaan Malaysia atau Kerajaan sesuatu Negeri, atau atas kehendak sesuatu pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun lain, atau kecuali dengan terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis Pendakwa Raya.
Kesahan penyitaan
Jika penyitaan mana-mana harta telah dilaksanakan di bawah Akta ini, kesahan penyitaan itu, atau apa-apa pelupusan dalam bentuk lain harta itu, atau apa-apa pemusnahan harta itu mengikut peruntukan Akta ini, berbangkit daripada penyitaan itu, tidaklah terjejas oleh apa-apa bantahan tentangnya yang berhubungan dengan cara penyitaan itu dilaksanakan, atau tempat penyitaan itu dilaksanakan, atau orang yang daripadanya telah dilaksanakan, atau orang yang kepadanya apa-apa notis penyitaan itu telah diberikan, atau tidak diberikan, atau apa-apa kegagalan untuk mematuhi mana-mana peruntukan tatacara Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain dalam melaksanakan penyitaan itu.
Bantuan kepada pegawai polis atau pegawai awam lain
membekalkan kepada seseorang pegawai polis atau mana-mana pegawai awam lain suatu salinan mana-mana buku, output komputer, data, atau dokumen lain yang disita, ditahan atau diambil milik di bawah seksyen 45 atau 46, atau apa-apa rekod pemeriksaan di bawah perenggan 49(1)(a), atau apa-apa pernyataan bertulis dengan bersumpah atau berikrar yang dibuat di bawah perenggan 49(1)(c) atau apa-apa buku atau dokumen lain yang dikemukakan di bawah perenggan 49(1)(b), atau selainnya semasa berjalannya apa-apa pemeriksaan di bawah perenggan 49(1)(a), atau di bawah apa-apa pernyataan bertulis dengan bersumpah atau berikrar yang dibuat menurut perenggan 49(1)(c), dan pegawai polis atau pegawai awam lain itu boleh menggunakan salinan rekod, pernyataan, buku atau dokumen lain itu sebagaimana yang perlu atau suai manfaat berhubung dengan penjalanan kuasanya, pelaksanaan fungsinya, atau penunaian kewajipannya, berkenaan dengan mana-mana orang; atau
membenarkan seseorang pegawai polis atau mana-mana pegawai awam lain untuk mempunyai akses kepada dan memeriksa apa-apa harta perkakas, kelengkapan, mesin, komputer, output komputer, data, buku, dokumen lain, barang atau benda yang telah dikemukakan di hadapan, atau disita, ditahan atau diambil milik, oleh seseorang pegawai penyiasat di bawah Bahagian ini, dan pegawai polis atau pegawai awam lain itu boleh menggunakan apa-apa pengetahuan yang diperoleh daripada akses atau pemeriksaan itu sebagaimana yang perlu atau suai manfaat berhubung dengan penjalanan kuasanya, pelaksanaan fungsinya, atau penunaian kewajipannya, berkenaan dengan mana-mana orang.
Pegawai penyiasat disifatkan sebagai pekhidmat awam dan pegawai awam
Seseorang pegawai penyiasat hendaklah disifatkan sebagai seorang pekhidmat awam bagi maksud Kanun Keseksaan [Akta 574], dan sebagai seorang pegawai awam bagi maksud Kanun Tatacara Jenayah atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang boleh ditetapkan oleh Bank.
Undang-Undang Malaysia
Bahagian VI
Kesalahan dan penalti
Walau apa pun subseksyen (1), jika orang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini ialah suatu pertubuhan perbadanan, hukuman pemenjaraan yang dinyatakan dalam ruang keempat Jadual tidaklah terpakai baginya.
Penalti am
Mana-mana orang yang tidak mematuhi atau yang melanggar mana-mana kehendak atau larangan yang dikenakan ke atasnya oleh mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana penentuan atau kehendak yang dibuat, atau mana-mana perintah, arahan atau notis yang diberikan, atau mana-mana had, terma, syarat atau sekatan yang dikenakan dalam menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah, mengikut, atau menurut kuasa mana-mana peruntukan Akta ini yang tidak ditentukan dalam Jadual, melakukan kesalahan di bawah peruntukan itu dan jika tiada penalti diperuntukkan dengan nyata bagi kesalahan itu dalam Akta ini, hendaklah apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, hendaklah, sebagai tambahan, boleh dikenakan hukuman denda harian tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan.
Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan dan oleh pekhidmat dan ejen
Jika mana-mana orang, yang dalam subseksyen ini disebut sebagai "prinsipal", boleh dikenakan di bawah Akta ini apa-apa hukuman atau penalti bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran, dia hendaklah boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran sedemikian yang dilakukan oleh mana-mana kerani, pekhidmat atau ejennya, atau oleh kerani atau pekhidmat ejen itu jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu dilakukan oleh kerani atau pekhidmat prinsipal itu dalam penjalanan pekerjaannya, atau oleh ejen itu apabila bertindak bagi pihak prinsipal itu, atau oleh kerani atau pekhidmat ejen itu dalam penjalanan pekerjaannya dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu.
Pencantuman kesalahan
Walau apa pun apa-apa. jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, jika seseorang dituduh melakukan lebih daripada satu kesalahan di bawah Akta ini, dia boleh dipertuduh dan dibicarakan dalam satu perbicaraan atas apa-apa bilangan kesalahan sedemikian yang dilakukan dalam apa-apa jangka masa.
Kuasa untuk mengkompaun kesalahan
Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu telah dilakukan dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh Gabenor, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Apabila diterima amaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaunkan kesalahan itu telah dibuat.
Kuasa untuk mengenakan penalti pentadbiran
Bank hendaklah, sebelum membuat keputusan untuk mengenakan apa-apa penalti pentadbiran ke atas seseorang, menyampaikan suatu notis bertulis kepadanya meminta dia memberikan sebab mengapa penalti pentadbiran itu tidak sepatutnya dikenakan ke atasnya.
Jika penjelasan yang memuaskan tidak diterima dalam masa empat belas hari dari tarikh notis bertulis itu, Bank boleh mengenakan suatu penalti pentadbiran yang amaunnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari dia tidak patuh dan amaun itu tidak boleh berjumlah melebihi lima ribu ringgit.
Kesalahan hendaklah menjadi kesalahan boleh tangkap
Tiap-tiap kesalahan di bawah Akta ini ialah kesalahan boleh tangkap, dan pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, atau pegawai penyiasat yang dilantik di bawah seksyen 43, boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang semunasabahnya disyaki olehnya telah melakukan atau sedang melakukan apa-apa kesalahan sedemikian.
Tugas pegawai penyiasat untuk menyerahkan orang yang ditangkap kepada pihak polis
Seseorang pegawai penyiasat yang dilantik di bawah seksyen 43 yang membuat tangkapan di bawah seksyen 62 hendaklah tanpa kelengahan yang tidak perlu menyerahkan orang yang ditangkap itu kepada pegawai polis yang paling hampir atau, jika pegawai polis tiada, membawa orang itu ke balai polis yang paling hampir, dan selepas itu orang yang ditangkap itu hendaklah diperlakukan sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang sedang berkuat kuasa seolah-olah dia telah ditangkap oleh seorang pegawai polis.
Percubaan, persediaan, persubahatan dan pakatan yang boleh dihukum sebagai kesalahan
melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan atau bagi membantu pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini; atau
bersubahat atau terlibat dalam suatu pakatan jenayah untuk melakukan, sebagaimana istilah itu ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan, apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, sama ada atau tidak kesalahan itu dilakukan berikutan dengan persubahatan atau pakatan itu, bersalah atas kesalahan itu dan boleh dikenakan penalti yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
Mana-mana peruntukan Akta ini yang mengandungi sebutan mengenai mana-mana kesalahan di bawah mana-mana peruntukan tertentu Akta ini hendaklah dibaca sebagai termasuk sebutan mengenai suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) berhubung dengan kesalahan di bawah peruntukan tertentu itu.
Bahagian VII
Kewajipan mengemukakan maklumat tepat
Jika di bawah mana-mana peruntukan Akta ini kuasa diberikan kepada Bank untuk menghendaki mana-mana orang, atau jika mana-mana orang dikehendaki di bawah mana-mana peruntukan Akta ini, supaya mengemukakan kepada Bank apa-apa maklumat, statistik, penyata atau dokumen—
Bank boleh menentukan bahawa maklumat, statistik, penyata atau dokumen itu hendaklah dikemukakan dalam apa-apa tempoh, pada apa-apa lat tempoh, mengikut apa-apa cara, dalam apa-apa bentuk dan secara bertulis atau dengan cara apa-apa rakaman tampak, sama ada imej kaku atau bergerak, atau apa-apa rakaman bunyi, atau apa-apa rakaman elektronik, magnetik, mekanikal, atau rakaman lain, atas apa-apa bahan, barang, benda atau artikel, sebagaimana yang dinyatakan oleh Bank dalam penentuan itu; dan
orang itu tidak boleh menyerahkan, mengemukakan atau memberikan apa-apa maklumat, pernyataan, statistik, penyata atau dokumen yang dia tahu, atau mempunyai sebab untuk percaya, adalah palsu atau mengelirukan.
Rayuan terhadap keputusan Bank
Jika dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (1) orang itu membuat rayuan kepada Menteri, keputusan Bank itu tidaklah boleh berkuat kuasa melainkan jika Menteri mengesahkan keputusan itu atau, kerana apa-apa sebab, menolak rayuan itu, atau rayuan itu ditarik balik.
Tiap-tiap rayuan di bawah subseksyen (1) hendaklah diserahkan kepada Bank dan Bank hendaklah mengemukakan rayuan bertulis itu kepada Menteri berserta dengan syor Bank.
Pengecualian
Bank boleh, jika selaras dengan maksud Akta ini, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan mana-mana orang tertentu atau mana-mana golongan, kategori atau perihal orang, daripada kesemua atau mana-mana peruntukan Akta ini, bagi apa-apa tempoh dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dalam perintah itu.
Wang yang diterima oleh Bank
Semua wang yang diterima oleh Bank mengikut Akta ini termasuk fi yang dipungut di bawah subseksyen 5(3) dan perenggan 25(1)(b), wang yang dipungut untuk mengkompaunkan kesalahan di bawah seksyen 60 dan penalti pentadbiran di bawah seksyen 61 hendaklah menjadi sebahagian daripada dana Bank.
Peraturan-peraturan
memberikan kuat kuasa penuh kepada peruntukan Akta ini;
pelaksanaan lebih lanjut, lebih jelas atau lebih mudah peruntukan Akta ini.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan peraturan boleh dibuat—
bagi memperuntukkan bahawa apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan hendaklah menjadi suatu kesalahan;
bagi mengadakan peruntukan tentang pengenaan penalti bagi kesalahan sedemikian yang tidak boleh melebihi denda sebanyak satu juta ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya;
bagi mengadakan peruntukan tentang pengenaan penalti tambahan bagi sesuatu kesalahan yang berterusan yang tidak boleh melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana—
kelulusan, arahan, akuan, notis, piawaian atau garis panduan yang dikeluarkan di bawah Akta ini; atau
kaedah dan tatacara yang mengawal sesuatu sistem pembayaran atau instrumen pembayaran, tiap-tiap pengendali atau pengeluar hendaklah mematuhi apa-apa peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan jika terdapat apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara apa-apa jua yang terkandung dalam perenggan (a) atau (b) dengan peraturan-peraturan itu, peruntukan peraturan-peraturan itu hendaklah terpakai dan mempunyai kuat kuasa dan kesan yang penuh.
Kuasa untuk mengeluarkan garis panduan, dll.
Bank boleh, secara amnya berkenaan dengan Akta ini, atau berkenaan dengan mana-mana peruntukan tertentu Akta ini, atau secara amnya berkenaan dengan kelakuan kesemua atau mana-mana daripada pengendali sistem pembayaran atau pengeluar instrumen pembayaran, mengeluarkan apa-apa garis panduan, pekeliling, piawaian atau notis sebagaimana yang difikirkan wajar oleh Bank.
Pelanggaran tidak menjejaskan kontrak, perjanjian atau perkiraan
Subseksyen (1) tidaklah menjejaskan apa-apa liabiliti jenayah mana-mana orang bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini berkenaan dengan pelanggaran itu.
Tanggung rugi
Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa terhadap Menteri atau Bank atau mana-mana pengarah dan pegawainya, atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya, sama ada secara peribadi atau atas sifat rasminya, bagi, oleh sebab, atau berkenaan dengan sesuatu perbuatan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat, atau tidak dilakukan atau dibuat, atau yang berupa sebagai dilakukan atau dibuat atau tidak dilakukan atau dibuat, menurut atau dalam melaksanakan, atau yang dimaksudkan untuk menurut atau melaksanakan, Akta ini atau mana-mana perintah, arahan, petunjuk, perintah, atau benda lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini jika perbuatan atau pernyataan itu dilakukan atau dibuat, atau tidak dilakukan atau dibuat, dengan suci hati.
Kerahsiaan
Tiada seorang pun yang kerana apa-apa sebab, mempunyai dengan apa-apa cara akses kepada mana-mana rekod, buku, daftar, surat-menyurat, atau dokumen lain, atau bahan, yang berhubungan dengan hal ehwal atau, khususnya, akaun, mana-mana pengendali sistem pembayaran ditetapkan yang tertentu, peserta sesuatu sistem pembayaran atau pengguna sesuatu instrumen pembayaran, boleh memberikan, mengemukakan, membuka, mendedahkan, menyiarkan atau selainnya menzahirkan kepada mana-mana orang, atau membuat suatu rekod bagi mana-mana orang tentang, apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan, peserta sistem pembayaran atau pengguna instrumen pembayaran itu.
Tiada seorang pun yang mempunyai maklumat atau dokumen yang dia tahu telah dizahirkan dengan melanggar subseksyen (2) atau (3) boleh dengan apa-apa cara menzahirkan maklumat atau dokumen itu kepada mana-mana orang lain.
Penzahiran kepada Bank dan orang yang dilantik oleh Bank
kepada Bank, sebagaimana yang dikehendaki bagi maksud biro kredit yang ditubuhkan di bawah perenggan 30(1)(mmm) Akta Bank Negara Malaysia 1958;
kepada Bank, atau kepada mana-mana pengarah atau pegawai Bank, atau kepada mana-mana orang yang dilantik oleh Bank di bawah subseksyen 4(3) jika penzahiran itu bagi tujuan penjalanan kuasa, pelaksanaan fungsi dan penunaian kewajipan Bank, atau pengarah atau pegawai Bank itu, atau orang yang dilantik di bawah subseksyen 4(3) itu;
kepada mana-mana orang yang memberikan perkhidmatan profesional kepada Bank berhubung dengan apa-apa perkara undang-undang, perakaunan, penilaian, atau apa-apa perkara yang memerlukan pengetahuan profesional, jika dia diberi kuasa secara bertulis oleh Bank untuk mendapatkan maklumat itu daripada pengendali atau pengeluar bagi maksud perkhidmatannya kepada Bank.
Jika Bank, dalam penjalanan mana-mana kuasanya, atau pelaksanaan mana-mana fungsinya, atau penunaian mana-mana kewajipannya di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, mengesyaki mana-mana orang telah melakukan kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, adalah sah di sisi undang-undang bagi Bank memberikan maklumat tentang pelakuan kesalahan sedemikian kepada mana-mana pegawai polis atau menyampaikan mana-mana atau segala maklumat berhubung dengan kesalahan sedemikian kepada mana-mana pihak berkuasa atau orang yang mempunyai kuasa untuk menyiasat di bawah, atau menguatkuasakan, peruntukan undang-undang yang di bawahnya kesalahan itu disyaki oleh Bank telah dilakukan.
Subseksyen (2) hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan penuh, walau apa pun apa apa jua yang tidak selaras dengannya, atau berlawanan dengannya, dalam Akta ini atau dalam mana-mana undang-undang bertulis lain.
Peruntukan seksyen 73 tidak terpakai bagi penzahiran apa-apa maklumat atau dokumen—
yang pada masa penzahiran itu boleh, atau sudah dijadikan boleh, didapati dengan sah oleh orang ramai daripada mana-mana sumber selain pengendali atau pengeluar;
yang dalam bentuk ringkasan, gabungan, agregat atau kumpulan maklumat yang dinyatakan dengan sebegitu cara sehingga tidak membolehkan maklumat yang berhubungan dengan mana-mana peserta tertentu atau mana-mana pengguna tertentu sesuatu instrumen pembayaran dikenal pasti daripadanya;
yang pelanggan, atau wakil peribadinya, telah memberikan kebenaran bertulis untuk dizahirkan;
jika penzahiran sedemikian dikehendaki atau dibenarkan di bawah mana-mana peruntukan lain Akta ini;
jika penzahiran itu dikehendaki atau dibenarkan oleh mana-mana mahkamah atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
Pemakaian Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953
Penzahiran lain yang dibenarkan
Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini boleh dengan apa-apa cara menjejaskan, atau mengurangkan, peruntukan Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953, dan dalam pemakaian mana-mana peruntukan Akta ini bagi mana-mana orang, peruntukan itu hendaklah terpakai tertakluk kepada peruntukan Akta itu dan, dengan itu, sekiranya ada apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara mana-mana peruntukan Akta ini dengan Akta itu, peruntukan Akta itu hendaklah terpakai.
Kecualian
Mana-mana instrumen pembayaran yang ditetapkan yang dikeluarkan mengikut suatu kelulusan di bawah subseksyen 119(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 hendaklah disifatkan telah diluluskan di bawah subseksyen 24(1).
Seseorang pengendali suatu sistem pembayaran yang telah mendapat kelulusan di bawah subseksyen 119(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 hendaklah disifatkan telah mematuhi kehendak dan menerima pemberitahuan di bawah subseksyen 4(1).
Tiap-tiap garis panduan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Bank di bawah seksyen 126 Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 berhubung dengan perenggan 19(1)(b) dan subseksyen 119(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 hendaklah disifatkan telah dikeluarkan menurut undang-undang di bawah seksyen 70 Akta ini berhubung dengan peruntukan tertentu Akta ini yang bersamaan dengan perkara yang diperkatakan dalam garis panduan atau pekeliling itu dan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya sehingga dipinda, ditamatkan atau digantikan di bawah Akta ini.
JADUAL
[Seksyen 56 - Kesalahan dan Penalti]
Ruang PertamaRuang KeduaRuang KetigaRuang KeempatRuang KelimaNo.SiriPeruntukan Akta ini yang dilanggar atau tidak dipatuhiDenda RMPemenjaraanDenda Harian RM1.Subseksyen 5(1)5 juta5 tahun5 ribu2.Subseksyen 5(4)5 juta5 tahun5 ribu3.Subseksyen 9(2)3 juta3 tahun—4.Subseksyen 10(2)3 juta3 tahun—5.Subseksyen 10(3)3 juta3 tahun—6.Seksyen 123 juta3 tahun3 ribu7.Seksyen 133 juta3 tahun3 ribu8.Seksyen 143 juta3 tahun3 ribu9.Subseksyen 15(1)1 juta1 tahun1 ribu10.Perenggan 15(3)(a)3 juta3 tahun3 ribu11.Perenggan 15(3)(b)3 juta3 tahun3 ribu12.Seksyen 221 juta1 tahun1 ribu13.Subseksyen 23(1)5 juta5 tahun5 ribu14.Subseksyen 24(2)5 juta5 tahun5 ribu15.Subseksyen 25(1)5 juta5 tahun5 ribu16.Seksyen 273 juta3 tahun3 ribu17.Seksyen 283 juta3 tahun3 ribu18.Subseksyen 29(1)1 juta1 tahun1 ribu19.Perenggan 29(3)(a)3 juta3 tahun3 ribu20.Perenggan 29(3)(b)3 juta3 tahun3 ribu21.Subseksyen 30(1)1 juta1 tahun1 ribu22.Subseksyen 31(1)1 juta1 tahun1 ribu23.Subseksyen 32(3)3 juta3 tahun3 ribu24.Subseksyen 33(3)5 juta5 tahun5 ribu25.Seksyen 361 juta1 tahun1 ribu26.Subseksyen 37(1)1 juta—1 ribu27.Seksyen 473 juta3 tahun3 ribu28.Subseksyen 49(2)3 juta3 tahun3 ribu29.Perenggan 65(a)1 juta1 tahun1 ribu30.Perenggan 65(b)3 juta3 tahun3 ribu
Akta 627
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
- TIADA-Berkuat kuasa dari
---
Akta 627
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
- TIADA -
○
○
○
○