Malaysia legislation

Section 19

of Akta 627

Seksyen 19

Kemuktamadan pembayaran dan perkiraan penghasilan bersih

(2)

Sesuatu perkiraan penghasilan bersih hendaklah sah dan boleh dikuatkuasakan dan seseorang pengendali atau peserta sesuatu sistem pembayaran yang ditetapkan hendaklah melakukan apa-apa jua yang dibenarkan atau dikehendaki di bawah perkiraan penghasilan bersih itu bagi memberi kesan kepada perkiraan penghasilan bersih itu.

(3)

Apa-apa obligasi pembayaran atau penyelesaian yang terhutang kepada seseorang pengendali atau peserta sesuatu sistem pembayaran yang ditetapkan di bawah perkiraan penghasilan bersih yang belum dijelaskan—

(a)

boleh dibuktikan dalam prosiding ketidaksolvenan; dan

(b)

boleh didapatkan untuk faedah pemiutang.

(4)

Tanpa membataskan keluasan subseksyen 17(2), apa-apa arahan pembayaran atau penyelesaian yang muktamad dan tidak boleh dibatalkan di bawah subseksyen (1) dan apa-apa perkiraan penghasilan bersih yang sah dan boleh dikuatkuasakan di bawah subseksyen (2) dan (3) hendaklah diberi kuat kuasa walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam—

(a)

seksyen 223 dan 224 Akta Syarikat 1965 berhubung dengan pengelakan pelupusan harta;

(b)

seksyen 296 Akta Syarikat 1965, seksyen 59 Akta Kebankrapan 1967 [Akta 360] atau subseksyen 40(1) Akta Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998 [Akta 587] berhubung dengan ketidaktuntutan harta yang membebankan;

(c)

seksyen 219 Akta Syarikat 1965 dan seksyen 47 Akta Kebankrapan 1967 berhubung dengan masa ketidaksolvenan bermula;

(d)

seksyen 293 Akta Syarikat 1965 dan seksyen 53 Akta Kebankrapan 1967 berhubung dengan keutamaan yang tidak patut; dan

(e)

seksyen 222 Akta Syarikat 1965 dan seksyen 10 Akta Kebankrapan 1967 berhubung dengan kuasa untuk menangguhkan atau menyekat prosiding.

Pengekalan hak