Malaysia legislation

Section 32

of Akta 627

Seksyen 32

(a)

sistem pembayaran yang ditetapkan atau instrumen pembayaran yang ditetapkan itu termasuklah perkiraan pengurusan yang disebut dalam seksyen 13 atau 27;

(b)

perkiraan pengendalian yang disebut dalam seksyen 14 atau 28;

(c)

dokumen dan maklumat yang dikemukakan di bawah subseksyen 5(3) atau 25(1); dan

(d)

apa-apa dokumen lain yang berhubungan dengan sistem pembayaran yang ditetapkan atau instrumen pembayaran yang ditetapkan itu.

(2)

Dalam menjalankan kuasa di bawah subseksyen (1), Bank hendaklah mengambil kira—

(a)

risiko sistemik;

(b)

tujuan Bank untuk menggalakkan kestabilan perwangan dan struktur kewangan yang kukuh;

(c)

kepentingan orang ramai termasuk keadaan dan tabiat pasaran;

(d)

keselamatan, keutuhan, kecekapan atau kebolehpercayaan sistem pembayaran yang ditetapkan atau instrumen pembayaran yang ditetapkan itu termasuk keselamatan dan piawaian pengendalian dan perkiraan infrastruktur;

(e)

kepentingan peserta semasa bagi sistem pembayaran yang ditetapkan itu atau pengguna instrumen pembayaran yang ditetapkan itu; atau

(f)

kepentingan orang yang, pada masa hadapan, mungkin ingin akan akses kepada sistem pembayaran yang ditetapkan itu atau ingin menggunakan instrumen pembayaran yang ditetapkan itu.

(3)

Seseorang pengendali sesuatu sistem pembayaran yang ditetapkan atau seseorang pengeluar sesuatu instrumen pembayaran yang ditetapkan hendaklah membuat apa-apa ubah suaian atau perubahan sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) dalam apa-apa masa yang ditentukan oleh Bank.

(4)

Bank hendaklah memberi pengendali sesuatu sistem pembayaran yang ditetapkan atau pengeluar sesuatu instrumen pembayaran yang ditetapkan suatu peluang yang munasabah untuk membuat representasi sebelum membuat keputusan untuk mengenakan kehendak di bawah subseksyen (1).

Kuasa untuk mengeluarkan arahan

Section 32 — Akta 627 | mylaw.my