Malaysia legislation
Section 33
of Akta 627
Seksyen 33
(a)
sedang terlibat atau hampir akan terlibat, dalam apa-apa perbuatan, atau kelakuan atau telah meninggalkan apa-apa perbuatan atau hampir akan meninggalkan apa-apa perbuatan yang mengakibatkan atau mungkin akan mengakibatkan risiko sistemik menjadi tidak dapat dikawal secukupnya, atau yang memudaratkan kepentingan peserta, pengguna atau pemiutangnya atau orang ramai amnya;
(b)
telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini, sama ada atau tidak pendakwaan jenayah berkenaan dengannya telah diambil, atau mana-mana garis panduan yang dikeluarkan di bawah seksyen 70; atau
(c)
telah menjadi atau mungkin akan menjadi tidak berupaya untuk menunaikan kesemua atau mana-mana obligasinya,
Bank boleh mengeluarkan arahan secara bertulis menghendaki pengendali atau peserta sistem pembayaran yang ditetapkan itu atau pengeluar instrumen pembayaran yang ditetapkan itu supaya—
(aa) mengambil apa-apa langkah, mengambil apa-apa tindakan, melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan atau perkara, berhubung dengan sistem pembayaran yang ditetapkan atau instrumen pembayaran yang ditetapkan itu yang pada pendapat Bank adalah perlu untuk memulihkan keadaan;
(bb) berhenti mengendalikan sistem pembayaran yang ditetapkan itu; atau
(cc)
berhenti mengeluarkan instrumen pembayaran yang ditetapkan itu.
(2)
Dalam memberikan apa-apa arahan di bawah subseksyen (1), Bank boleh memasukkan kehendak yang berbangkit, bersampingan atau berdampingan sifatnya untuk dipatuhi oleh pengendali atau peserta sesuatu sistem pembayaran yang ditetapkan atau pengeluar sesuatu instrumen pembayaran yang ditetapkan dan Bank boleh mengenakan apa-apa terma, syarat dan kehendak yang difikirkannya perlu atau suai manfaat.
(3)
Pengendali atau peserta sesuatu sistem pembayaran yang ditetapkan atau pengeluar sesuatu instrumen pembayaran yang ditetapkan hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) dalam apa-apa jangka masa yang ditentukan oleh Bank.
(4)
Jika Bank menjalankan kuasanya di bawah perenggan (1)(bb), pengendali dilarang mengendalikan sistem pembayaran yang ditetapkan dan jika Bank menjalankan kuasanya di bawah perenggan (1)(cc) kelulusan untuk mengeluarkan instrumen pembayaran yang ditetapkan disifatkan telah dibatalkan di bawah seksyen 26.
(5)
Bank hendaklah memberi pengendali, peserta atau pengeluar, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang disebut dalam subseksyen (1) suatu peluang untuk membuat representasi sebelum membuat keputusan untuk mengeluarkan arahan di bawah subseksyen itu.
Kuasa Pemeriksaan
Pemeriksaan oleh Bank