Malaysia legislation

Section 35

of Akta 627

Seksyen 35

(2)

Walau apa pun keluasan subseksyen (1), mana-mana pegawai Bank yang diberi kuasa oleh Bank secara bertulis bagi maksud ini boleh mengambil milik apa-apa perkakas, kelengkapan, mesin, buku atau dokumen lain, akaun, hakmilik, sekuriti atau wang tunai yang kepadanya dia mempunyai akses di bawah subseksyen (1) jika pada pendapatnya—

(a)

pemeriksaannya, penyalinannya, atau pembuatan cabutan daripadanya tidak dapat dibuat dengan semunasabahnya tanpa mengambil miliknya;

(b)

ia mungkin diganggu atau dimusnahkan melainkan jika dia mengambil miliknya; atau

(c)

ia mungkin diperlukan sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding undang-undang, sama ada civil atau jenayah, yang mungkin dimulakan di bawah atau berkaitan dengan Akta ini, Akta Bank Negara Malaysia 1958 atau mana-mana undang-undang bertulis lain.

(3)

Seseorang yang menjadi atau pernah pada bila-bila masa menjadi—

(a)

pengarah atau pegawai seseorang pengendali atau pengeluar;

(b)

ejen atau yang menjalankan apa-apa fungsi seseorang pengendali atau pengeluar;

(c)

peserta suatu sistem pembayaran atau pengguna suatu instrumen pembayaran; atau

(d)

juruaudit suatu pengendali atau pengeluar, hendaklah memberikan maklumat atau dokumen yang dikehendaki oleh Bank dalam masa yang ditentukan oleh Bank dalam menjalankan pemeriksaan di bawah seksyen 34.

(4)

Seseorang juruaudit yang disebut dalam perenggan (3)(d) hendaklah tidak bertanggungan bagi pelanggaran kontrak yang berhubungan dengan, atau kewajipan, kerahsiaan kerana memberi apa-apa maklumat atau dokumen kepada pegawai yang menjalankan pemeriksaan itu.

Section 35 — Akta 627 | mylaw.my