Malaysia legislation

Section 38

of Akta 627

Seksyen 38

(a)

bagi Bank mengambil alih kawalan kesemua harta, perniagaan dan hal ehwal pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan itu, dan menjalankan kesemua perniagaan dan hal ehwalnya, atau mengambil alih kawalan apa-apa bahagian hartanya, perniagaannya dan hal ehwalnya, sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu, atau bagi Bank melantik mana-mana orang untuk berbuat demikian bagi pihak Bank, dan bagi kos dan perbelanjaan Bank atau saraan orang yang dilantik sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan, dibayar daripada dana dan harta pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan itu sebagai gadaian pertama ke atasnya;

(b)

sama ada suatu perintah telah dibuat atau tidak di bawah perenggan (a), untuk membenarkan suatu permohonan dibuat oleh Bank kepada Mahkamah Tinggi untuk melantik penerima atau pengurus untuk menguruskan kesemua perniagaan, hal ehwal dan harta pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan itu, atau apa-apa bahagian perniagaan, hal ehwal dan harta itu sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu, dan bagi segala perintah atau arahan Mahkamah Tinggi yang bersampingan, berdampingan atau berbangkit berhubung dengan pelantikan itu yang, pada pendapat Bank, perlu atau suai manfaat; atau

(c)

sama ada suatu perintah telah dibuat atau tidak di bawah perenggan (a) atau (b), untuk memberi kuasa kepada Bank mengemukakan suatu petisyen kepada Mahkamah Tinggi bagi menggulung pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan itu.

(2)

Sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) atau arahan Bank di bawah seksyen 37 boleh, dari semasa ke semasa, diubahsuaikan, dipinda, diubah, dipelbagaikan atau digantikan sama ada dengan kuat kuasa ke hadapan atau jika tidaklah tidak praktik atau tidaklah tidak adil untuk berbuat demikian, dengan kuat kuasa ke belakang, melalui perintah di bawah subseksyen (1) atau arahan lanjut di bawah seksyen 37, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Tiada perintah di bawah subseksyen (1) atau (2) atau arahan di bawah seksyen 37 boleh dibuat melainkan jika pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan yang berkenaan dengannya perintah atau arahan itu hendak dibuat, dan dalam hal suatu arahan di bawah perenggan 37(1)(aa), pengarah atau ketua pegawai eksekutif pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan itu yang akan dipecat daripada jawatan, telah diberi peluang yang munasabah untuk membuat representasi terhadap, atau selainnya berkenaan dengan, perintah atau arahan yang dicadangkan itu.

(4)

Walau apa pun subseksyen (3), jika pada pendapat Bank, apa-apa kelengahan akan memudaratkan kepentingan pengendali atau peserta sesuatu sistem pembayaran yang ditetapkan atau pemiutang, atau orang ramai secara amnya, suatu perintah di bawah subseksyen (1) atau (2) atau arahan di bawah seksyen 37 boleh dibuat dahulu dan peluang untuk membuat representasi terhadap atau selainnya berkenaan dengan perintah atau arahan itu hendaklah, dalam hal yang sedemikian, diberikan selepas sahaja perintah atau arahan itu dibuat, dan perintah atau arahan itu boleh, berikutan dengan representasi itu, sama ada disahkan, atau diubahsuaikan, dipinda, diubah atau dipelbagaikan digantikan di bawah subseksyen (2), atau dibatalkan di bawah subseksyen (5), tertakluk kepada apa-apa syarat, jika ada, yang difikirkan oleh Bank patut dikenakan.

(5)

Sesuatu perintah Bank di bawah subseksyen (1) atau (2) atau arahan Bank yang dibuat di bawah seksyen 37, boleh pada bila-bila masa dibatalkan melalui perintah atau arahan yang dibuat dengan cara yang serupa oleh Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan apa-apa perintah atau arahan itu boleh mengandungi segala peruntukan yang bersampingan, berdampingan atau berbangkit, yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh Bank, mengikut manamana yang berkenaan.

(6)

Jika seseorang penerima atau pengurus telah dilantik oleh Mahkamah Tinggi di bawah perenggan (1)(b), berkenaan dengan pengendali sesuatu sistem pembayaran yang ditetapkan, segala kos, bayaran dan perbelanjaan yang patut, termasuk saraan, bagi penerima atau pengurus itu hendaklah kena dibayar daripada aset pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan itu dengan memberinya keutamaan berbanding segala tuntutan lain.

Kesan pemecatan jawatan