Malaysia legislation
Section 40
of Akta 627
Seksyen 40
Peruntukan yang berhubungan dengan pengambilalihan kawalan di bawah perenggan 38(1)(a)
(2)
Bank atau orang yang dilantik oleh Bank hendaklah mengawal dan menjalankan harta, perniagaan dan hal ehwal pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas nama dan bagi pihak pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan sehingga arahan yang dikeluarkan di bawah seksyen 37 atau perintah yang dibuat di bawah perenggan 38(1)(a) dibatalkan.
(3)
Sepanjang tempoh suatu arahan di bawah seksyen 37 atau suatu perintah di bawah perenggan 38(1)(a) berkuat kuasa—
(a)
tiada pengarah atau ketua pegawai eksekutif pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan itu boleh terlibat dalam apa-apa aktiviti berhubung dengan sistem pembayaran yang ditetapkan, secara langsung atau tidak langsung, kecuali sebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan oleh Bank atau orang yang dilantik oleh Bank;
(b)
tiada saraan boleh terakru atau kena dibayar kepada seseorang pengarah atau ketua pegawai eksekutif pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan itu melainkan jika diluluskan secara bertulis oleh Bank atau orang yang dilantik oleh Bank; dan
(c)
Bank atau orang yang dilantik oleh Bank hendaklah diletak hak dengan segala kuasa pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan itu, dan lembaga pengarahnya, di bawah dokumen konstituennya, atau yang boleh dilaksanakan oleh pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan itu atau lembaga pengarahnya di bawah mana-mana undangundang bertulis tanpa mengira sama ada kuasa itu boleh dijalankan melalui resolusi.
(4)
Bagi mengelakkan keraguan, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa sesuatu arahan di bawah seksyen 37 atau sesuatu perintah di bawah perenggan 38(1)(a) tidaklah mempunyai kuat kuasa memberi, atau meletakhakkan pada, Bank atau orang yang dilantik oleh Bank apa-apa hakmilik kepada, atau apa-apa kepentingan benefisial mengenai, apa-apa harta pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan itu yang berkaitan dengan perintah itu.
Kuasa untuk mengurangkan modal syer dan membatalkan syer