Malaysia legislation
Section 41
of Akta 627
Seksyen 41
(2)
Jika Mahkamah Tinggi membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1) untuk mengurangkan modal syer seseorang pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan, Mahkamah boleh—
(a)
atas permohonan Bank, atau orang yang dilantik oleh Bank; dan
(b)
jika, apabila tamat tempoh tiga puluh hari dari tarikh apa-apa panggilan yang dibuat oleh pengendali sesuatu sistem pembayaran yang ditetapkan kepada anggotanya supaya membayar syer mereka masing-masing, pembayaran bagi apa-apa syer tersebut belum lagi dibuat, juga memerintahkan supaya apa-apa syer yang baginya pembayaran belum lagi dibuat dibatalkan dengan sewajarnya.
(3)
Jika modal syer seseorang pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan dikurangkan menurut subseksyen (1), atau mana-mana syernya dibatalkan menurut subseksyen (2), Bank atau orang yang dilantik oleh Bank boleh menyebabkan dokumen konstituen pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan itu diubah dengan sewajarnya.
(4)
Kuasa yang diberikan di bawah subseksyen (1), (2) dan (3) kepada Bank dan orang yang dilantik oleh Bank adalah sebagai tambahan kepada apa-apa kuasa yang boleh dijalankan di bawah subseksyen 64(1) Akta Syarikat 1965, dan jika suatu permohonan dibuat kepada Mahkamah Tinggi di bawah subseksyen (1)—
(a)
Mahkamah Tinggi boleh menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 64 Akta Syarikat 1965 berhubung dengan suatu permohonan bagi pengesahan yang disebut di dalamnya; dan
(b)
subseksyen 64(9) dan (10) Akta Syarikat 1965 hendaklah terpakai berhubung dengannya.