Malaysia legislation
Section 43
of Akta 627
Seksyen 43
Pelantikan pegawai penyiasat, kuasa, fungsi dan kewajipan mereka
(2)
Tertakluk kepada subseksyen (3), seseorang pegawai penyiasat yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai segala kuasa, fungsi, dan kewajipan yang diberikan kepada seorang pegawai penyiasat di bawah Akta ini, dan jika pegawai penyiasat itu bukan seorang pegawai Bank, dia hendaklah, berhubung dengan kuasa, fungsi dan kewajipan itu—
(a)
tertakluk kepada; dan
(b)
menikmati hak, keistimewaan, perlindungan, kekebalan dan tanggung rugi sebagaimana yang ditentukan dalam, peruntukan Akta ini, Akta Bank Negara Malaysia 1958 atau undangundang bertulis lain yang terpakai bagi pegawai Bank seolah-olah dia ialah seorang pegawai Bank.
(3)
Seseorang pegawai penyiasat hendaklah tertakluk kepada arahan dan kawalan Gabenor, atau mana-mana pegawai lain Bank yang diberi kuasa oleh Gabenor untuk bertindak bagi pihak Gabenor, dan mana-mana pegawai penyiasat atau pegawai-pegawai penyiasat lain yang berpangkat lebih tinggi daripadanya, dan hendaklah menjalankan kuasanya, melaksanakan fungsinya, dan menunaikan tugasnya yang disebut dalam subseksyen (2) dengan mematuhi apa-apa arahan, petunjuk, syarat, sekatan atau batasan yang sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Gabenor, atau seorang pegawai Bank yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak Gabenor, atau seseorang pegawai penyiasat yang berpangkat lebih tinggi, secara lisan atau bertulis, sama ada secara am, atau dalam apa-apa hal atau keadaan tertentu.
(4)
Gabenor, atau mana-mana pegawai Bank yang diberi kuasa oleh Gabenor untuk bertindak bagi pihak Gabenor, hendaklah mempunyai segala kuasa, fungsi dan kewajipan seorang pegawai penyiasat.
(5)
Seseorang pegawai penyiasat yang menjalankan apa-apa pemeriksaan ke atas mana-mana orang di bawah Bahagian ini hendaklah mempunyai kuasa untuk mengendalikan sumpah atau ikrar kepada orang yang sedang diperiksa.
Kuasa penyiasatan berkenaan dengan pusat penjelasan