Malaysia legislation
Section 45
of Akta 627
Seksyen 45
Kuasa untuk masuk, menggeledah dan menyita
(a)
masuk ke dalam mana-mana premis dan di situ menggeledah, menyita dan menahan apa-apa harta, perkakas, kelengkapan, mesin, komputer, output komputer, data, buku atau dokumen lain;
(b)
mempunyai akses kepada, memeriksa, membuat salinan, atau mengambil cabutan daripada, mana-mana komputer, output komputer, buku atau dokumen lain yang disita dan ditahan sedemikian, termasuklah akses kepada mana-mana program atau data yang disimpan dalam mana-mana komputer atau mempunyai akses kepada, memeriksa atau menyemak pengendalian mana-mana komputer dan apa-apa perkakas atau bahan yang berkaitan dengannya;
(c)
mengambil milik, dan mengalihkan dari premis itu, apaapa kelengkapan, perkakas, mesin, harta, komputer, output komputer, data, buku atau dokumen lain yang disita dan ditahan sedemikian;
(d)
memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam, atau di, premis itu, dan bagi maksud pemeriksaan itu menahan orang itu dan memindahkannya ke mana-mana tempat sebagaimana yang perlu untuk memudahkan pemeriksaan itu, dan menyita dan menahan apa-apa kelengkapan, perkakas, mesin, harta, komputer, output komputer, data, buku atau dokumen lain yang dijumpai pada orang itu;
(e)
memecah buka, memeriksa, dan menggeledah, apa-apa barang, bekas atau wadah, termasuklah mengakses sesuatu komputer; atau
(f)
memberhentikan, menahan atau memeriksa apa-apa kenderaan.
(2)
Dalam menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1), seseorang pegawai penyiasat boleh jika perlu untuk berbuat demikian—
(a)
memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam mana-mana premis dan masuk ke dalamnya;
(b)
dengan cara paksa masuk ke dalam premis itu dan tiap-tiap bahagiannya;
(c)
memindahkan dengan menggunakan kekerasan apa-apa halangan terhadap kemasukan, penggeledahan, penyitaan, penahanan atau pemindahan itu sebagaimana dia diberi kuasa untuk melaksanakannya; atau
(d)
menahan semua atau mana-mana orang yang dijumpai di mana-mana premis, atau di dalam mana-mana kenderaan, yang digeledah di bawah subseksyen (1) sehingga premis itu atau kenderaan itu selesai digeledah.
(3)
Seorang pegawai penyiasat hendaklah bagi maksud seksyen ini disediakan dengan kata laluan yang perlu, kod enskripsi, kod diskripsi, perisian dan perkakasan dan apa-apa cara lain yang diperlukan bagi membolehkan pemahaman apa-apa program atau data yang disimpan dalam mana-mana komputer termasuk bentuk bagaimana maklumat yang terkandung dalam sesuatu komputer itu dapat diambil dan membolehkan maklumat itu dapat dilihat dan dibaca.
(4)
Suatu senarai kesemua benda yang disita dalam penjalanan sesuatu penggeledahan yang dibuat di bawah seksyen ini dan premis tempat benda itu dijumpai hendaklah disediakan oleh pegawai penyiasat yang menjalankan penggeledahan itu dan ditandatangani olehnya.
(5)
Penghuni premis yang dimasuki di bawah subseksyen (1), atau mana-mana orang bagi pihaknya, hendaklah pada setiap masa dibenarkan untuk hadir semasa pengeledahan itu, dan satu salinan senarai yang disediakan dan ditandatangani di bawah seksyen ini hendaklah diserahkan kepada penghuni atau orang itu atas permintaannya.
(6)
Seseorang pegawai penyiasat hendaklah, melainkan jika diarahkan selainnya oleh mana-mana mahkamah—
(a)
pada akhir penyiasatan atau apa-apa prosiding yang berbangkit daripadanya; atau
(b)
dengan mendapat keizinan bertulis terlebih dahulu daripada mana-mana pegawai Bank yang diberi kuasa oleh Gabenor untuk bertindak bagi pihak Gabenor bagi maksud ini, atau daripada mana-mana pegawai penyiasat yang berpangkat lebih tinggi daripadanya, pada bila-bila masa sebelum penyiasatan berakhir, melepaskan mana-mana harta, perkakas, kelengkapan, mesin, komputer, output komputer, data, buku atau dokumen lain yang disita, ditahan atau dipindahkan olehnya. atau mana-mana pegawai penyiasat yang lain, kepada orang yang ditentukan olehnya berhak menurut undang-undang kepada harta, perkakas, kelengkapan, mesin, komputer, output komputer, data, buku atau dokumen lain jika dia berpuas hati yang harta, perkakas, kelengkapan, mesin, komputer, output komputer, data, buku atau dokumen lain itu tidak diperlukan bagi maksud apa-apa pendakwaan atau prosiding di bawah Akta ini, atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.
(7)
Sesuatu rekod bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai penyiasat yang membenarkan pelepasan mana-mana harta, perkakas, mesin, komputer, output komputer, data, buku atau dokumen lain di bawah subseksyen (6) berkenaan dengan pelepasan itu dengan menerangkan dengan terperinci hal keadaan, dan sebab bagi, pelepasan itu.
(8)
Jika pegawai penyiasat tidak dapat menentukan orang yang berhak menurut undang-undang ke atas harta, kelengkapan, perkakas, mesin, komputer, output komputer, data, buku atau dokumen lain itu atau jika terdapat lebih daripada seorang yang menuntut harta, kelengkapan, mesin, komputer, output komputer, data, buku atau dokumen lain itu, pegawai penyiasat itu hendaklah melaporkan perkara itu kepada Majistret yang hendaklah dengan itu memperlakukan harta, perkakas, kelengkapan, mesin, komputer, output komputer, data, buku atau dokumen lain itu sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen 413(2), (3) dan (4), dan seksyen 414, 415 dan 416 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].
Pemeriksaan ke atas seseorang