Malaysia legislation

Section 47

of Akta 627

Seksyen 47

Tiada seorang pun boleh—

(a)

enggan memberikan mana-mana pegawai penyiasat yang menjalankan kuasanya di bawah seksyen 45 atau 46, akses ke mana-mana premis atau mana-mana bahagian premis itu, atau tidak membenarkan dirinya diperiksa;

(b)

mengamang, menghalang, menggalang atau melambat-lambatkan pegawai penyiasat itu masuk sedangkan dia berhak untuk masuk;

(c)

tidak mematuhi apa-apa permintaan sah daripada mana-mana pegawai penyiasat dalam melaksanakan kewajipannya di bawah seksyen 45 atau 46;

(d)

enggan memberi seseorang pegawai penyiasat apa-apa maklumat yang mungkin semunasabahnya dikehendaki daripadanya dan yang dia berkuasa untuk memberikannya;

(e)

tidak mengemukakan kepada, atau menyembunyikan atau cuba untuk menyembunyikan daripada, seseorang pegawai penyiasat apa-apa harta, buku, dokumen lain atau barang yang berhubungan dengannya, pegawai penyiasat itu ada alasan yang munasabah bagi mengesyaki bahawa suatu kesalahan telah atau sedang dilakukan di bawah Akta ini;

(f)

mendapatkan balik atau berusaha untuk mendapatkan balik apa-apa benda yang telah disita dengan sewajarnya;

(g)

memberi seseorang pegawai penyiasat sebagai benar maklumat yang dia tahu atau mempunyai sebab untuk percaya adalah palsu; atau

(h)

sebelum atau selepas apa-apa penyitaan, memecahkan atau selainnya memusnahkan apa-apa benda untuk menghalang penyitaannya, atau pengambilannya.

Kehendak supaya menyediakan terjemahan

Section 47 — Akta 627 | mylaw.my