Malaysia legislation

Section 49

of Akta 627

Seksyen 49

(a)

memerintahkan mana-mana orang secara lisan atau secara bertulis supaya hadir di hadapannya bagi maksud diperiksa secara lisan oleh pegawai penyiasat itu berhubung dengan apa-apa perkara yang boleh, pada pendapat pegawai penyiasat itu, membantu dalam penyiasatan kesalahan itu;

(b)

memerintahkan mana-mana orang secara lisan atau secara bertulis supaya mengemukakan di hadapan pegawai penyiasat itu harta, perkakas, kelengkapan, mesin, komputer, output komputer, data, buku atau dokumen lain, atau barang atau benda yang boleh, pada pendapat pegawai penyiasat itu, membantu dalam penyiasatan kesalahan itu; atau

(c)

dengan notis bertulis menghendaki mana-mana orang supaya mengemukakan suatu pernyataan bertulis yang dibuat dengan bersumpah atau berikrar dan menerangkan di dalamnya segala maklumat yang mungkin dikehendaki di bawah notis bertulis itu, iaitu maklumat yang, pada pendapat pegawai penyiasat itu, akan dapat membantu dalam penyiasatan kesalahan itu.

(2)

Seseorang yang kepadanya suatu perintah di bawah perenggan (1)(a) atau (b), atau suatu notis bertulis di bawah perenggan (1)(c),yang telah diberikan hendaklah mematuhi terma-terma perintah atau notis bertulis itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan, khususnya—

(a)

orang yang kepadanya suatu perintah di bawah perenggan (1)(a) telah diberikan hendaklah hadir menurut terma perintah itu untuk diperiksa, dan hendaklah terus hadir sedemikian dari sehari ke sehari sebagaimana yang diarahkan oleh pegawai penyiasat itu sehinggalah pemeriksaan itu selesai, dan hendaklah sepanjang pemeriksaan itu mendedahkan segala maklumat yang ada dalam pengetahuannya, atau yang tersedia ada untuknya, atau yang boleh didapati olehnya, berkenaan dengan perkara berhubung dengannya dia sedang diperiksa, sama ada apa-apa soalan dikemukakan kepadanya ataupun tidak mengenainya, dan jika apa-apa soalan dikemukakan kepadanya dia hendaklah menjawab soalan itu dengan benar dan sepanjang yang dia tahu dan percaya, dan tidak boleh enggan menjawab apa-apa soalan atas alasan bahawa soalan itu mungkin menunjukkan bahawa dia atau suami atau isterinya bersalah;

(b)

orang yang kepadanya suatu perintah telah diberikan di bawah perenggan (1)(b) tidak boleh menyembunyikan, menyorokkan, memusnahkan, mengubah, memindahkan dari atau menghantar ke luar Malaysia, atau membuat urusan mengenai, membelanjakan, atau melupuskan, apa-apa harta, perkakas, kelengkapan, mesin, komputer, output komputer, data, buku atau dokumen lain, barang atau benda yang ditentukan dalam perintah itu, atau mengubah atau mencacatkan apa-apa catatan dalam manamana output komputer, data, buku atau dokumen lain sedemikian, atau menyebabkan supaya perbuatan itu dilakukan, atau membantu atau berkomplot untuk melakukan perbuatan sedemikian; dan

(c)

orang yang kepadanya suatu notis bertulis telah diberikan di bawah perenggan (1)(c) hendaklah, dalam pernyataannya yang dibuat dengan bersumpah atau berikrar, mengemukakan dan mendedahkan dengan benar semua maklumat yang dikehendaki di bawah notis itu yang berada dalam pengetahuannya, atau yang tersedia ada untuknya, atau yang boleh didapati olehnya, dan tidak boleh gagal untuk memberikan atau mendedahkan maklumat itu atas alasan bahawa maklumat itu mungkin menunjukkan bahawa dia atau suami atau isterinya bersalah.

(3)

Orang yang kepadanya suatu perintah atau notis diberikan di bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi notis atau perintah itu dan peruntukan subseksyen (2) berhubung dengannya, walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, sama ada diperbuat sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, atau apa-apa sumpah, akuan janji atau kehendak kerahsiaan, yang berlawanan, atau apa-apa obligasi di bawah apa-apa kontrak, perjanjian atau perkiraan, sama ada nyata atau tersirat, yang berlawanan.

(4)

Jika mana-mana orang mendedahkan apa-apa maklumat atau mengemukakan apa-apa harta, perkakas, kelengkapan, mesin, komputer, output komputer, data, buku atau dokumen lain, barang atau benda menurut subseksyen (1) dan (2), baik orang yang mula-mula disebut itu, mahupun mana-mana orang lain yang bagi pihak atau atas arahan atau sebagai ejen atau pegawai orang mulamula disebut itu mungkin bertindak, tidak boleh disebabkan pendedahan atau pengemukaan itu, dikenakan apa-apa pendakwaan bagi mana-mana kesalahan di bawah atau menurut kuasa manamana undang-undang, atau dikenakan apa-apa prosiding atau tuntutan dalam apa-apa bentuk atau apa-apa perihalan oleh mana-mana orang di bawah atau menurut kuasa mana-mana perjanjian atau perkiraan, atau selainnya.

(5)

Seseorang pegawai penyiasat boleh menyita, mengambil milik dan menahan selama apa-apa jangka masa yang disifatkannya perlu, apa-apa harta, perkakas, kelengkapan, mesin, komputer, output komputer, data, buku atau dokumen lain, atau barang atau benda yang dikemukakan di hadapannya semasa penyiasatan di bawah subseksyen (1), atau memeriksa orang yang sedang diperiksa olehnya di bawah perenggan (1)(a), atau yang mengemukakan apa-apa benda kepadanya di bawah perenggan (1)(b), untuk memastikan sama ada apa-apa jua yang berkaitan dengan penyiasatan itu disembunyikan, atau ada selainnya pada orang itu.

(6)

Suatu pemeriksaan di bawah perenggan (1)(a) hendaklah diubah ke dalam bentuk tulisan oleh pegawai penyiasat dan hendaklah dibacakan kepada dan ditandatangani oleh orang yang sedang diperiksa, dan jika orang itu enggan menandatangani rekod itu, pegawai penyiasat itu hendaklah mencatatkan hakikat keengganan itu di bawah tandatangannya dan sebab-sebab baginya, jika ada, yang dinyatakan oleh orang yang diperiksa itu.

(7)

Rekod sesuatu pemeriksaan di bawah perenggan (1)(a), atau pernyataan bertulis dengan bersumpah atau berikrar yang dibuat menurut perenggan (1)(c), atau apa-apa harta, perkakas, kelengkapan, mesin, komputer, output komputer, data, buku atau dokumen lain, barang atau benda yang dikemukakan di bawah perenggan (1)(b) atau selainnya dalam penjalanan sesuatu pemeriksaan di bawah perenggan (1)(a) atau di bawah sesuatu pernyataan bertulis dengan bersumpah atau berikrar yang dibuat menurut perenggan (1)(c) hendaklah, walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, boleh diterima keterangan dalam mana-mana prosiding dalam mana-mana mahkamah—

(a)

bagi atau berhubung dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini;

(b)

bagi atau berhubung dengan apa-apa perkara lain di bawah Akta ini; atau

(c)

bagi atau berhubung dengan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, tidak kira sama ada prosiding itu adalah terhadap orang yang telah diperiksa, atau yang mengemukakan harta, perkakas, kelengkapan,mesin, komputer, output komputer, data, buku atau dokumen lain, barang atau benda itu, atau yang telah membuat pernyataan bertulis dengan bersumpah atau berikrar, atau terhadap mana-mana orang lain.

Orang tertentu yang berkenaan dengannya kuasa penyiasatan boleh dijalankan