Malaysia legislation

Section 50

of Akta 627

Seksyen 50

Tanpa menjejaskan keluasan kuasa lain bagi penyiasatan yang diberikan kepada pegawai penyiasat di bawah Bahagian ini, kuasa sedemikian boleh dijalankan oleh pegawai penyiasat—

(a)

terhadap—

(i)

mana-mana sekutu perniagaan yang dahulu atau sekarang;

(ii)

mana-mana orang yang merupakan atau pernah menjadi seorang saudara;

(iii)

mana-mana orang yang menjadi atau pernah menjadi seorang pemiutang;

(iv)

mana-mana orang yang sedang atau pernah ada kena mengena dengan pengurusan, keseluruhan atau sebahagian hal ehwal, atau

(v)

mana-mana orang yang mempunyai atau pernah mempunyai kepentingan mengenai syer, atau selainnya mempunyai atau pernah mempunyai suatu kepentingan mengenai harta, orang yang disyaki telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini;

(b)

terhadap mana-mana sekutu perniagaan atau saudara kepada orang yang disebut dalam perenggan (a); atau

(c)

terhadap mana-mana badan, yang diperbadankan atau tidak diperbadankan, yang baginya mana-mana orang yang disebut dalam perenggan (a) menjadi seorang pengarah atau pegawai atau, jika badan itu merupakan suatu perbadanan, mempunyai kepentingan mengenai syer perbadanan itu.

Penyitaan harta alih di institusi kewangan

Section 50 — Akta 627 | mylaw.my