Malaysia legislation

Section 54

of Akta 627

Seksyen 54

Bantuan kepada pegawai polis atau pegawai awam lain

(a)

membekalkan kepada seseorang pegawai polis atau mana-mana pegawai awam lain suatu salinan mana-mana buku, output komputer, data, atau dokumen lain yang disita, ditahan atau diambil milik di bawah seksyen 45 atau 46, atau apa-apa rekod pemeriksaan di bawah perenggan 49(1)(a), atau apa-apa pernyataan bertulis dengan bersumpah atau berikrar yang dibuat di bawah perenggan 49(1)(c) atau apa-apa buku atau dokumen lain yang dikemukakan di bawah perenggan 49(1)(b), atau selainnya semasa berjalannya apa-apa pemeriksaan di bawah perenggan 49(1)(a), atau di bawah apa-apa pernyataan bertulis dengan bersumpah atau berikrar yang dibuat menurut perenggan 49(1)(c), dan pegawai polis atau pegawai awam lain itu boleh menggunakan salinan rekod, pernyataan, buku atau dokumen lain itu sebagaimana yang perlu atau suai manfaat berhubung dengan penjalanan kuasanya, pelaksanaan fungsinya, atau penunaian kewajipannya, berkenaan dengan mana-mana orang; atau

(b)

membenarkan seseorang pegawai polis atau mana-mana pegawai awam lain untuk mempunyai akses kepada dan memeriksa apa-apa harta perkakas, kelengkapan, mesin, komputer, output komputer, data, buku, dokumen lain, barang atau benda yang telah dikemukakan di hadapan, atau disita, ditahan atau diambil milik, oleh seseorang pegawai penyiasat di bawah Bahagian ini, dan pegawai polis atau pegawai awam lain itu boleh menggunakan apa-apa pengetahuan yang diperoleh daripada akses atau pemeriksaan itu sebagaimana yang perlu atau suai manfaat berhubung dengan penjalanan kuasanya, pelaksanaan fungsinya, atau penunaian kewajipannya, berkenaan dengan mana-mana orang.

Pegawai penyiasat disifatkan sebagai pekhidmat awam dan pegawai awam