Malaysia legislation

Section 65

of Akta 627

Seksyen 65

Jika di bawah mana-mana peruntukan Akta ini kuasa diberikan kepada Bank untuk menghendaki mana-mana orang, atau jika mana-mana orang dikehendaki di bawah mana-mana peruntukan Akta ini, supaya mengemukakan kepada Bank apa-apa maklumat, statistik, penyata atau dokumen—

(a)

Bank boleh menentukan bahawa maklumat, statistik, penyata atau dokumen itu hendaklah dikemukakan dalam apa-apa tempoh, pada apa-apa lat tempoh, mengikut apa-apa cara, dalam apa-apa bentuk dan secara bertulis atau dengan cara apa-apa rakaman tampak, sama ada imej kaku atau bergerak, atau apa-apa rakaman bunyi, atau apa-apa rakaman elektronik, magnetik, mekanikal, atau rakaman lain, atas apa-apa bahan, barang, benda atau artikel, sebagaimana yang dinyatakan oleh Bank dalam penentuan itu; dan

(b)

orang itu tidak boleh menyerahkan, mengemukakan atau memberikan apa-apa maklumat, pernyataan, statistik, penyata atau dokumen yang dia tahu, atau mempunyai sebab untuk percaya, adalah palsu atau mengelirukan.

Rayuan terhadap keputusan Bank