Malaysia legislation
Section 74
of Akta 627
Seksyen 74
(a)
kepada Bank, sebagaimana yang dikehendaki bagi maksud biro kredit yang ditubuhkan di bawah perenggan 30(1)(mmm) Akta Bank Negara Malaysia 1958;
(b)
kepada Bank, atau kepada mana-mana pengarah atau pegawai Bank, atau kepada mana-mana orang yang dilantik oleh Bank di bawah subseksyen 4(3) jika penzahiran itu bagi tujuan penjalanan kuasa, pelaksanaan fungsi dan penunaian kewajipan Bank, atau pengarah atau pegawai Bank itu, atau orang yang dilantik di bawah subseksyen 4(3) itu;
(c)
kepada mana-mana orang yang memberikan perkhidmatan profesional kepada Bank berhubung dengan apa-apa perkara undang-undang, perakaunan, penilaian, atau apa-apa perkara yang memerlukan pengetahuan profesional, jika dia diberi kuasa secara bertulis oleh Bank untuk mendapatkan maklumat itu daripada pengendali atau pengeluar bagi maksud perkhidmatannya kepada Bank.
(2)
Jika Bank, dalam penjalanan mana-mana kuasanya, atau pelaksanaan mana-mana fungsinya, atau penunaian mana-mana kewajipannya di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, mengesyaki mana-mana orang telah melakukan kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, adalah sah di sisi undang-undang bagi Bank memberikan maklumat tentang pelakuan kesalahan sedemikian kepada mana-mana pegawai polis atau menyampaikan mana-mana atau segala maklumat berhubung dengan kesalahan sedemikian kepada mana-mana pihak berkuasa atau orang yang mempunyai kuasa untuk menyiasat di bawah, atau menguatkuasakan, peruntukan undang-undang yang di bawahnya kesalahan itu disyaki oleh Bank telah dilakukan.
(3)
Subseksyen (2) hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan penuh, walau apa pun apa apa jua yang tidak selaras dengannya, atau berlawanan dengannya, dalam Akta ini atau dalam mana-mana undang-undang bertulis lain.