Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
Pelantikan Pakar Rujuk
(1)
Ketua Pengarah boleh, dari semasa ke semasa, sebagaimana dan apabila perlu, melantik mana-mana orang yang memiliki kebolehan atau kepakaran untuk menjalankan penyelidikan sejarah dan kerja pendokumenan menjadi Pakar Rujuk.
(2)
Tempoh pelantikan seseorang Pakar Rujuk hendaklah apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Ketua Pengarah pada masa pelantikannya.
(3)
Fungsi Pakar Rujuk adalah seperti yang berikut:
(a)
membantu dalam kerja pendokumenan;
(b)
mengenal pasti, memastikan dan selainnya mengesahkan maklumat atau fakta berkenaan dengan sejarah Malaysia;
(c)
membuat penyelidikan bagi maksud, dan menyusun dan menghasilkan, penerbitan sejarah; dan
(d)
membantu dalam apa-apa kegiatan yang dijalankan oleh
Arkib Negara.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 629 16