Malaysia legislation

Section 14

of AKTA ARKIB NEGARA 2003

Seksyen 14

Keanggotaan Lembaga

(1)

Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

Pengerusi, yang dilantik oleh Menteri;

Arkib Negara 17

(b)

Ketua Pengarah; dan

(c)

tidak kurang daripada tiga tetapi tidak lebih daripada sepuluh orang anggota, yang dilantik oleh Menteri.

(2)

Anggota Lembaga selain Ketua Pengarah hendaklah dilantik mengikut bidang kepakaran mereka dan, tertakluk kepada seksyen 16 dan 17, memegang jawatan tertakluk kepada terma dan syarat yang ditentukan oleh Menteri.

Setiausaha 15.

Maka hendaklah ada seorang Setiausaha kepada Lembaga yang hendaklah dilantik daripada kalangan pegawai Arkib Negara.

Tempoh jawatan 16.

Tertakluk kepada seksyen 17, seseorang anggota Lembaga selain Ketua Pengarah hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatan terlebih dahulu atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri pada masa pelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula.