Malaysia legislation

Section 17

of AKTA ARKIB NEGARA 2003

Seksyen 17

Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan anggota

(1)

Pelantikan seseorang anggota Lembaga selain Ketua

Pengarah boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri.

(2)

Seseorang anggota Lembaga selain Ketua Pengarah boleh pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis empat belas hari yang ditujukan kepada Menteri.

Pengosongan jawatan 18.

Jawatan seseorang anggota Lembaga selain Ketua Pengarah hendaklah menjadi kosong jika—

(a)

dia mati;

(b)

telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan—

(i)

kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

Undang-Undang Malaysia

AKTA 629 18

(ii)

kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau

(iii)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;

(c)

dia menjadi bankrap;

(d)

dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya;

(e)

dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi;

(f)

peletakan jawatannya disetujui terima oleh Menteri; atau

(g)

pelantikannya dibatalkan oleh Menteri.

Pengisian kekosongan 19.

Jika seseorang anggota selain Ketua Pengarah tidak lagi menjadi anggota Lembaga, Menteri boleh melantik orang lain untuk mengisi kekosongan itu selama baki tempoh yang baginya anggota yang mengosongkan jawatan itu telah dilantik.

Saraan atau elaun 20.

Anggota Lembaga dan mana-mana orang lain yang diundang untuk menghadiri sesuatu mesyuarat atau perbincangan Lembaga di bawah seksyen 22 boleh dibayar apa-apa saraan atau elaun yang boleh ditentukan oleh Menteri, selepas berunding dengan Menteri

Kewangan.