Malaysia legislation

Section 1

of AKTA ARKIB NEGARA 2003

Seksyen 1

Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Arkib Negara 2003.

(2)

Akta ini hendaklah terpakai—

(a)

di seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya;

(b)

di seluruh Negeri Sabah dan Sarawak tetapi hanya berkenaan dengan rekod awam Kerajaan yang wujud pada atau selepas *Hari Malaysia.

(3)

Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

(4)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya secara nyata oleh Akta ini, peruntukan Akta ini tidak menjejaskan mana-mana peruntukan yang berhubungan dengan rekod yang dibuat oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.

*CATATAN—Hari Malaysia ialah tarikh permulaan kuat kuasa Akta Malaysia 1963 [Akta No. 26/1963], iaitu 16 September 1963—lihat seksyen 2 Akta No. 26/1963.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 629 8