Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
Mesyuarat Lembaga
(1)
Lembaga hendaklah bermesyuarat sekerap yang perlu dalam setahun bagi pelaksanaan fungsinya.
(2)
Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat
Lembaga.
Arkib Negara 19
(3)
Sesuatu mesyuarat Lembaga hendaklah dipanggil oleh
Pengerusi melalui notis bertulis kepada anggota lain dan mesyuarat hendaklah diadakan pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu.
(4)
Kuorum Lembaga ialah lima orang.
(5)
Keputusan Lembaga hendaklah melalui undi majoriti, dan jika terdapat persamaan undi, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.
Lembaga boleh mengundang orang lain menghadiri mesyuarat 22.
Lembaga boleh mengundang seseorang yang bukan anggota
Lembaga untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau perbincangan
Lembaga bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi orang yang hadir sedemikian tidak berhak mengundi pada mesyuarat atau perbincangan itu.