Malaysia legislation

Section 26

of AKTA ARKIB NEGARA 2003

Seksyen 26

Pelupusan rekod awam

(1)

Ketua Pengarah boleh membenarkan pelupusan mana-mana rekod awam atau kelas rekod awam yang—

(a)

oleh sebab bilangan, jenis atau bersifat rutin rekod itu, pada pendapatnya tidak memiliki apa-apa nilai kebangsaan atau sejarah yang kekal dan lama bertahan atau kedua-duanya;

Arkib Negara 21

(b)

tidak dikehendaki bagi maksud rujukan dalam mana-mana pejabat awam selepas—

(i)

tindakan ke atas rekod awam telah tamat;

(ii)

habis tempoh yang dipersetujui antara Ketua

Pengarah dengan ketua pentadbir pejabat awam itu; atau

(c)

keadaan fizikalnya tidak mengizinkan pemeliharaannya yang berterusan.

Section 26 — AKTA ARKIB NEGARA 2003 | mylaw.my