Malaysia legislation

Section 28

of AKTA ARKIB NEGARA 2003

Seksyen 28

Pemindahan rekod awam ke Arkib Negara

(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2), rekod awam yang berikut yang dalam jagaan atau di bawah kawalan sesuatu pejabat awam hendaklah dipindahkan oleh ketua pentadbir pejabat awam itu kepada jagaan dan kawalan Arkib Negara:

(a)

mana-mana rekod awam yang telah ditamatkan bagi tempoh yang lebih daripada lima tahun;

(b)

mana-mana rekod yang dihasilkan secara elektronik; dan

(c)

mana-mana rekod awam bukan semasa yang pada pendapat

Ketua Pengarah mempunyai nilai kebangsaan atau sejarah yang kekal dan lama bertahan atau kedua-duanya.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 629 22

(2)

Rekod yang dihasilkan secara elektronik hendaklah dipindahkan dengan segera apabila rekod itu tidak lagi aktif.

(3)

Ketua Pengarah boleh menangguhkan pemindahan mana-mana rekod awam jika dia berpuas hati bahawa oleh sebab sifat rekod awam yang berkenaan, pemindahan segera rekod awam itu akan menjejaskan pentadbiran mana-mana pejabat awam atau bertentangan dengan kepentingan awam.

(4)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai membenarkan pemindahan rekod terperingkat kecuali dengan terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pejabat awam yang berkenaan.

(5)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai menjejaskan atau meluaskan undang-undang yang berhubungan dengan hakcipta.

Section 28 — AKTA ARKIB NEGARA 2003 | mylaw.my