Malaysia legislation

Section 29

of AKTA ARKIB NEGARA 2003

Seksyen 29

Rekod awam hendaklah diserahkan apabila diminta

(1)

Seseorang yang, sebagai orang yang bukan pekhidmat awam dengan kebenaran khas untuk menyimpan dan mengendalikan rekod dalam perjalanan tugas rasminya, memiliki mana-mana rekod awam yang—

(a)

berusia lebih daripada dua puluh tahun; atau

(b)

bukan rekod awam semasa yang pada pendapat Ketua

Pengarah adalah atau mungkin mempunyai nilai kebangsaan atau sejarah yang kekal dan lama bertahan atau keduaduanya, hendaklah, apabila permintaan dibuat oleh Ketua Pengarah atau seseorang pegawai wajar, menyerahkan rekod awam itu kepada jagaan dan kawalan Arkib Negara.

(2)

Rekod awam yang penyerahannya diminta di bawah subseksyen (1) tidak perlu diserahkan jika ketua pejabat awam atau ketua perusahaan Kerajaan telah membenarkan orang yang disebut dalam subseksyen itu untuk terus memiliki rekod itu.

(3)

Mana-mana orang yang, tanpa kebenaran yang disebut dalam subseksyen (2), tidak menyerahkan rekod awam yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau keduaduanya.

Arkib Negara 23

(4)

Seksyen ini hendaklah terpakai bagi semua rekod awam tanpa mengira sama ada rekod awam itu telah diambil milik sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini.