Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Tafsiran
(1)
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“arkib” ertinya rekod yang dipelihara bagi nilai kebangsaan atau sejarahnya yang kekal dan lama bertahan atau kedua-duanya;
“arkib awam” ertinya—
(a)
rekod awam—
(i)
yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah sebagai mempunyai nilai kebangsaan atau sejarah yang kekal dan lama bertahan atau kedua-duanya; dan
(ii)
yang telah dipindahkan ke Arkib Negara atau mana-mana tempat lain yang diarahkan oleh Ketua
Pengarah dari semasa ke semasa; dan
(b)
mana-mana rekod persendirian atau bahan lain yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah sebagai mempunyai nilai kebangsaan atau sejarah yang kekal dan lama bertahan atau kedua-duanya diperoleh bagi Arkib Negara oleh Ketua
Pengarah;
“arkib memorial” ertinya suatu institusi yang dikendalikan oleh
Arkib Negara untuk menempatkan, memulihara dan mempamerkan apa-apa bahan bersejarah untuk memperingati sesuatu peristiwa atau seseorang atau aspek sejarah lain dan arkib yang ditempatkan di dalamnya;
“arkib menteri” ertinya bahan yang berkaitan dengan mana-mana Menteri Kerajaan Persekutuan dan dipelihara bagi maksud penyelidikan dan kefahaman mengenai dasar-dasar serta tindakan yang telah dilaksanakan;
“Arkib Negara” ertinya Arkib Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 4;
“hasil semula” ertinya salinan tepat sesuatu rekod dari segi kandungan dan bentuk tetapi tidak semestinya dari segi saiz dan rupa;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Arkib Negara yang dilantik di bawah seksyen 5;
Arkib Negara 9
“Lembaga” ertinya Lembaga Penasihat yang ditubuhkan di bawah seksyen 11;
“pegawai wajar” ertinya seseorang juruarkib yang melaksanakan tugas bagi pihak Ketua Pengarah dalam pengurusan rekod dan pentadbiran arkib;
“pejabat awam” ertinya sesuatu pejabat Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri atau sesuatu pejabat mana-mana kerajaan tempatan, pihak berkuasa berkanun atau perusahaan
Kerajaan;
“pekhidmat awam” ertinya seseorang yang memegang jawatan atau pekerjaan dalam mana-mana perkhidmatan awam;
“pelupusan” ertinya cara menguruskan pengasingan rekod dengan tujuan pemusnahan, pemindahan atau selainnya;
“pembesaran” ertinya hasil semula yang lebih besar daripada yang asal atau perantara yang digunakan untuk membuat hasil semula itu;
“pemeliharaan” ertinya keseluruhan proses dan pengendalian yang terlibat dalam perlindungan fizikal rekod awam dan arkib awam daripada kerosakan atau kemerosotan dan dalam pemulihan atau pembaikan rekod dan arkib itu;
“pemerolehan” ertinya mendapat melalui pemindahan hakmilik, pembelian, derma, wasiat, hadiah atau selainnya;
“pemusnahan” ertinya perbuatan memusnahkan atau menghapuskan apa-apa jenis rekod dengan apa-apa cara;
“perkhidmatan awam” ertinya—
(a)
mana-mana perkhidmatan awam yang disebut dalam
Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan;
(b)
perkhidmatan mana-mana kerajaan tempatan; dan
(c)
perkhidmatan mana-mana pihak berkuasa berkanun yang menjalankan kuasa yang terletak hak padanya melalui undang-undang Persekutuan atau Negeri;
“perusahaan Kerajaan” ertinya mana-mana perusahaan yang keseluruhan atau sebahagian daripada modalnya datang daripada
Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri;
Undang-Undang Malaysia
AKTA 629 10
“pihak berkuasa berkanun” ertinya mana-mana badan berkanun yang diperbadankan oleh mana-mana undang-undang bertulis bagi maksud Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri;
“Pusat Rekod” ertinya tempat simpanan yang dikendalikan oleh
Arkib Negara bagi maksud menyimpan, memproses dan menyenggarakan rekod bukan semasa sementara menunggu pelupusan terakhir rekod itu;
“Pusat Rekod Agensi” ertinya pusat rekod yang dikendalikan oleh agensi bukan arkib Kerajaan dan yang dalamnya rekod Kerajaan disenggarakan dan dipelihara;
“Pusat Rekod Limbo” ertinya bangunan yang direka bentuk dan dibina bagi penyimpanan, penyenggaraan dan penyimpanan kos rendah rekod separa semasa sementara menunggu pelupusan terakhir rekod itu;
“rakaman mikrofilem” ertinya hasil semula sesuatu rekod pada filem atau bahan lain yang merupakan hasil fotografi atau apa-apa proses yang serupa dan pada amnya tidak dapat dilihat dengan mata kasar;
“rekod” ertinya bahan dalam bentuk bertulis atau bentuk lain yang menyatakan fakta atau peristiwa atau selainnya merakamkan maklumat dan termasuklah kertas, dokumen, daftar, bahan bercetak, buku, peta, pelan, lukisan, gambar foto, mikrofilem, filem sinematograf, rakaman bunyi, rekod yang dihasilkan secara elektronik tanpa mengira bentuk atau ciri-ciri fizikal dan apa-apa salinannya;
“rekod awam” ertinya rekod yang diterima secara rasmi atau yang dikeluarkan oleh mana-mana pejabat awam bagi perjalanan hal ehwalnya atau oleh mana-mana pekhidmat awam atau pekerja pejabat awam dalam penjalanan tugas rasminya dan termasuk rekod mana-mana perusahaan Kerajaan dan juga termasuk segala rekod yang, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, adalah dalam jagaan atau di bawah kawalan Arkib Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Arkib Negara 1966 [Akta 511];
“rekod menteri” ertinya rekod yang berkaitan dengan mana-mana Menteri Kerajaan Persekutuan berhubung dengan tempoh jawatan mereka, peristiwa dalam kehidupan rasmi dan peribadi mereka;
Arkib Negara 11
“rekod persendirian” ertinya rekod orang perseorangan dan rekod agensi, institusi dan organisasi bukan kerajaan;
“rekod terperingkat” ertinya rekod awam yang dikelaskan sebagai rahsia rasmi mengikut pengertian Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88];
“salinan fotografi” ertinya apa-apa salinan rekod yang dibuat melalui reprografi;
“tamat”, berhubung dengan rekod awam, ertinya tiada tindakan lanjut dikehendaki diambil tentang rekod itu.
(2)
Bagi maksud Akta ini, rekod hendaklah dianggap dalam jagaan atau di bawah kawalan Arkib Negara jika rekod itu berada dalam milikannya menurut seksyen 28, 29, 30 dan 31 atau jika
Arkib Negara mempunyai kuasa untuk memberikan arahan terhadap jagaan rekod itu.
(3)
Jika rekod yang diwujudkan pada tarikh yang berlainan disimpan bersama dalam satu fail atau dalam kumpulan lain, bagi maksud pentadbiran, semua rekod dalam fail atau kumpulan lain itu hendaklah dianggap bagi maksud Akta ini sebagai telah diwujudkan apabila rekod terakhir dalam fail atau kumpulan itu telah diwujudkan.