Malaysia legislation
Section 34
Seksyen 34
Penubuhan Pusat Rekod Limbo
(1)
Ketua Pengarah boleh menubuhkan Pusat Rekod Limbo bagi maksud menyimpan dan menyenggarakan rekod separa semasa sementara menunggu pelupusan terakhir rekod separa semasa itu.
(2)
Penyimpanan rekod di Pusat Rekod Limbo hendaklah mengikut cara yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah.
(3)
Bagi maksud seksyen ini, “rekod separa semasa” ertinya rekod yang tidak kerap diperlukan dalam perjalanan urusan semasa di pejabat awam.