Malaysia legislation
Section 39
Seksyen 39
Larangan terhadap penghasilan semula dan penerbitan arkib awam
(1)
Tiada seorang pun boleh menghasilkan semula atau menerbitkan keseluruhan atau mana-mana bahagian kandungan mana-mana arkib awam kecuali—
(a)
dengan terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis Ketua
Pengarah;
(b)
mengikut apa-apa terma dan syarat yang ditetapkan; dan
(c)
apabila dibayar fi yang ditetapkan.
(2)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai menjejaskan atau meluaskan undang-undang yang berkaitan dengan hakcipta.