Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Perisytiharan taraf persekutuan
(1)
Semua arkib yang dalam jagaan atau di bawah kawalan
Arkib Negara pada atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini diisytiharkan sebagai arkib persekutuan.
(2)
Semua rekod awam yang dalam jagaan atau di bawah kawalan pejabat awam pada atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini diisytiharkan sebagai rekod awam persekutuan.
(3)
Menteri boleh, dari semasa ke semasa, atas nasihat Ketua
Pengarah, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengisytiharkan mana-mana arkib atau rekod, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagai arkib persekutuan atau rekod persekutuan.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 629 12