Malaysia legislation
Section 40
Seksyen 40
Penubuhan arkib menteri dan arkib memorial
(1)
Ketua Pengarah boleh, selepas berunding dengan Menteri, menubuhkan arkib menteri dan arkib memorial.
(2)
Arkib menteri dan arkib memorial yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) hendaklah disenggarakan dan dikendalikan oleh
Arkib Negara sebagaimana yang ditetapkan.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 629 28
Bahan yang hendak diserah simpan di arkib menteri dan arkib memorial 41.
Bagi maksud seksyen ini, maka hendaklah diserah simpan—
(a)
dalam arkib menteri, segala rekod menteri yang berkaitan dan apa-apa bahan atau objek lain yang diperuntukkan oleh Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain; atau
(b)
dalam arkib memorial, segala arkib memorial yang berkaitan dan apa-apa bahan atau objek lain yang diperuntukkan oleh Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain.