Malaysia legislation
Section 42
Seksyen 42
Kesahan di sisi undang-undang salinan fotografi dan cabutan
(1)
Dalam mana-mana prosiding undang-undang, rakaman mikrofilem dan salinan fotografi atau cabutan daripada—
(a)
mana-mana rekod dalam jagaan atau di bawah kawalan
Arkib Negara; atau
(b)
mana-mana rekod atau mana-mana bahagian rekod itu yang telah dimusnahkan atau selainnya dilupuskan daripada jagaan atau di bawah kawalan Arkib Negara, yang berupa telah diperiksa dan diperakui sebagai sahih oleh Ketua
Pengarah dan dimeteraikan atau dicap dengan meterai rasmi Ketua
Pengarah hendaklah diterima sebagai keterangan tanpa apa-apa bukti lanjut atau bukti lain jika rekod asal akan boleh diterima sebagai keterangan dalam prosiding itu.
(2)
Mahkamah yang di hadapannya sesuatu rakaman mikrofilem, salinan fotografi atau cabutan dikemukakan sebagai keterangan di bawah subseksyen (1) boleh, jika salinan asal ada, menghendaki supaya dikemukakan salinan asal itu dan dengan itu subseksyen
(1)
hendaklah terhenti terpakai bagi rakaman, salinan atau cabutan itu.
(3)
Bagi maksud seksyen ini, rakaman mikrofilem yang telah dibesarkan bagi rekod hendaklah disifatkan sebagai salinan fotografi rekod itu.
Arkib Negara 29