Malaysia legislation

Section 43

of AKTA ARKIB NEGARA 2003

Seksyen 43

Pengesahan salinan fotografi dan cabutan

(1)

Mana-mana rakaman mikrofilem, salinan fotografi atau cabutan yang Ketua Pengarah diberi kuasa atau dikehendaki di bawah Akta ini mengesahkannya boleh ditandatangani oleh pegawai wajar bagi pihak Ketua Pengarah dan hendaklah dimeteraikan atau dicap dengan meterai rasmi Ketua Pengarah.

(2)

Apa-apa rakaman mikrofilem, salinan fotografi atau cabutan yang berupa mengandungi tandatangan pegawai wajar dan meterai rasmi Ketua Pengarah hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disahkan sewajarnya dengan kuasa Ketua Pengarah.

(3)

Maka hendaklah dibayar fi yang ditetapkan bagi pengesahan di bawah seksyen ini apa-apa rakaman mikrofilem, salinan fotografi atau cabutan atas permohonan mana-mana orang.