Malaysia legislation
Section 44
Seksyen 44
Larangan terhadap eksport
(1)
Tiada seorang pun, selain pegawai wajar, boleh membawa atau menghantar ke luar Malaysia apa-apa arkib kecuali—
(a)
dengan terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis Ketua
Pengarah; dan
(b)
mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.