Malaysia legislation

Section 45

of AKTA ARKIB NEGARA 2003

Seksyen 45

Peraturan-peraturan

(1)

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:

(a)

menetapkan tatacara bagi pewujudan, pengelasan dan pengurusan rekod awam semasa;

Undang-Undang Malaysia

AKTA 629 30

(b)

menetapkan tatacara bagi kajian semula, pengelasan semula atau penghapusan pengelasan apa-apa rekod yang dalam jagaan atau di bawah kawalan Arkib Negara;

(c)

menetapkan borang bagi maksud Akta ini;

(d)

menetapkan fi yang kena dibayar di bawah Akta ini;

(e)

menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti berhubung dengan akses kepada arkib awam dan rekod terperingkat;

(f)

menetapkan pengurusan arkib menteri dan arkib memorial dan apa-apa harta lain Arkib Negara dan pengauditan akaunnya;

(g)

menetapkan terma dan syarat untuk dikenakan ke atas penggunaan, penghasilan semula dan penerbitan arkib;

(h)

menetapkan terma dan syarat untuk dikenakan ke atas arkib yang dieksport;

(i)

menetapkan pengurusan rekod awam dalam jagaan atau di bawah kawalan pejabat awam termasuklah pengawasan program pengurusan rekod di pejabat awam itu;

(j)

menetapkan perkara tentang penubuhan Pusat Rekod Agensi untuk menyenggarakan dan memelihara rekodnya sendiri;

dan

(k)

menetapkan apa-apa perkara lain yang dikehendaki di bawah Akta ini supaya ditetapkan.