Malaysia legislation
Section 48
Seksyen 48
Penubuhan Arkib Negeri
(1)
Sesuatu Kerajaan Negeri boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, melalui perintah, menubuhkan Arkib Negeri.
(2)
Peruntukan seksyen 4 hingga 47 Akta ini hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi Arkib Negeri sebagaimana yang terpakai bagi Arkib Negara, terutamanya dan tertakluk kepada yang berikut:
(a)
hendaklah dibaca bagi perkataan “sepuluh” dalam perenggan 14(1)(c), perkataan “enam”;
(b)
sebutan tentang Menteri hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan tentang Menteri Besar atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, Ketua Menteri bagi Negeri itu; dan
(c)
sebutan tentang setiap Majlis Parlimen dalam subseksyen 46(2) hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan tentang Dewan
Undangan Negeri bagi sesuatu Negeri.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 629 32
Akta 629
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa yang meminda dari
—TIADA—
Arkib Negara 33
Akta 629
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
—TIADA—