Malaysia legislation

Section 6

of AKTA ARKIB NEGARA 2003

Seksyen 6

Pelantikan pegawai

(1)

Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melantik apa-apa bilangan pegawai yang perlu untuk membantu Ketua Pengarah dalam pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya di bawah

Akta ini.

(2)

Semua pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (1)

hendaklah tertakluk kepada pengawasan, arahan dan kawalan Ketua

Pengarah.

(3)

Seseorang pegawai boleh melaksanakan fungsi dan menjalankan semua kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah di bawah Akta ini.

Arkib Negara 13

Fungsi Ketua Pengarah 7.

Fungsi Ketua Pengarah adalah seperti yang berikut:

(a)

memeriksa rekod yang dalam jagaan atau di bawah kawalan pejabat awam, mengenal pasti rekod yang mempunyai nilai kebangsaan atau sejarah yang kekal atau lama bertahan atau kedua-duanya dan memberikan nasihat tentang pewujudan, penyenggaraan, penyimpanan, penggunaan dan pelupusan rekod sedemikian;

(b)

mengambil langkah yang sesuai dalam memelihara apa-apa rekod yang dalam jagaan atau di bawah kawalan

Arkib Negara;

(c)

memperoleh rekod dan bahan yang pada pendapat Ketua

Pengarah adalah atau mungkin mempunyai nilai kebangsaan atau sejarah yang kekal dan lama bertahan atau kedua-duanya;

(d)

menubuhkan, menyenggarakan dan mengendalikan Pusat

Rekod dan Pusat Rekod Limbo;

(e)

memusnahkan atau selainnya melupuskan atau membenarkan pemusnahan atau pelupusan rekod awam;

(f)

menasihati pejabat awam tentang penubuhan Pusat Rekod

Agensi;

(g)

menasihati pejabat awam dalam perancangan, pelaksanaan dan penilaian program pengurusan rekod mereka;

(h)

menetapkan standard dan tatacara bagi pembaikan program pengurusan rekod dan arkib awam;

(i)

menyediakan latihan dalam pengurusan rekod dan pentadbiran arkib awam;

(j)

menyusun, mengelaskan dan memelihara arkib awam;

(k)

menyediakan pandu cari bagi arkib awam;

(l)

menentukan akses dan penggunaan arkib awam;

(m)

menyediakan kemudahan bagi penyelidikan dan perujukan;

(n)

tertakluk kepada terma dan syarat bagi perolehannya, dan tertakluk kepada undang-undang yang berhubungan dengan hakcipta, menghasilkan semula atau menerbitkan mana-mana arkib awam atau mana-mana bahagian daripada arkib itu;

Undang-Undang Malaysia

AKTA 629 14

(o)

menubuhkan, menyenggarakan dan mengendalikan arkib menteri dan arkib memorial;

(p)

melakukan apa-apa perkara yang difikirkan perlu atau suai manfaat bagi membolehkan arkib awam digunakan dengan secukupnya;

(q)

mengenal pasti dan membuat salinan rekod penting yang perlu bagi keberterusan fungsi atau penyusunan semula sesuatu organisasi semasa dan selepas darurat dan juga rekod yang perlu bagi perlindungan hak dan kepentingan organisasi itu dan orang perseorangan yang secara langsung terjejas dengan kegiatan organisasi itu;

(r)

mengesahkan salinan atau cabutan arkib awam;

(s)

menyediakan, menerbitkan, menjual atau mengedarkan penerbitan yang berkenaan dengan atau berhubungan dengan arkib awam, atau yang berkenaan dengan kegiatan dan kemudahan yang disediakan oleh Arkib Negara;

(t)

mengumpul dan menyebarkan maklumat sejarah;

(u)

melakukan apa-apa perkara yang bersampingan dengan atau berbangkit daripada pelaksanaan kuasa dan fungsinya.