Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
Kuasa untuk mengkaji semula
(1)
Ketua Pengarah hendaklah dari semasa ke semasa mengkaji semula atau menyebabkan supaya dikaji semula mana-mana rekod terperingkat yang dalam jagaan atau di bawah kawalan Arkib
Negara.
(2)
Bagi maksud subseksyen (1) dan tertakluk kepada subseksyen
(3)
, Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kuasa untuk memeriksa kandungan mana-mana rekod terperingkat dan untuk mengelaskan semula atau menghapuskan pengelasan rekod terperingkat yang dalam jagaan atau di bawah kawalan Arkib Negara.
(3)
Kajian semula dan pengelasan semula atau penghapusan pengelasan mana-mana rekod terperingkat hendaklah dijalankan menurut Akta Rahsia Rasmi 1972.
Arkib Negara 15