Malaysia legislation

Section 9

of AKTA ARKIB NEGARA 2003

Seksyen 9

Pewakilan kuasa

(1)

Ketua Pengarah boleh, secara bertulis, mewakilkan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini, tertakluk kepada apa-apa syarat, batasan atau sekatan yang difikirkannya patut, kepada seseorang atau golongan orang dan orang atau golongan orang yang kepadanya fungsi itu diwakilkan boleh melaksanakan fungsi itu mengikut cara yang sama dan dengan kesan yang sama seolah-olah fungsi itu telah diberikan kepadanya atau mereka di bawah

Akta ini.

(2)

Seseorang yang berupa sebagai bertindak menurut pewakilan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah, jika tiada bukti yang berlawanan, dianggap bertindak mengikut terma pewakilan itu.

(3)

Pewakilan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Ketua Pengarah.

(4)

Pewakilan yang dibuat di bawah seksyen ini tidaklah menghalang Ketua Pengarah daripada menjalankan tugas atau fungsi yang telah diwakilkan sedemikian.