Malaysia legislation

Section 10

of AKTA PENDAFTARAN KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2003

Seksyen 10

Perakuan pendaftaran

(1)

Apabila sesuatu kapal layar didaftarkan, Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran dalam borang yang ditetapkan.

(2)

Nakhoda atau pemunya sesuatu kapal layar tidak boleh menggunakan, atau membenarkan penggunaan, bagi maksud pelayaran kapal layar itu, suatu perakuan pendaftaran yang tidak dikeluarkan dengan sah di bawah Akta ini dan yang tidak berkuat kuasa berkenaan dengan kapal layar itu.

(3)

(Dipotong oleh Akta A1249)

Taraf perakuan pendaftaran 11.

Sesuatu perakuan pendaftaran yang dikeluarkan berkenaan dengan sesuatu kapal layar Langkawi hendaklah digunakan hanya bagi pengendalian yang sah kapal layar Langkawi itu, dan tidak boleh ditahan untuk menjamin apa-apa hak atau tuntutan sivil.