Seksyen 1
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
(1)
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pendaftaran Kapal Layar
Antarabangsa Langkawi 2003.
(2)
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Tafsiran 2.
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“anak kapal” termasuk semua orang, selain nakhoda dan malim, yang diambil kerja atau terlibat atas apa-apa sifat di atas sesuatu kapal layar;
“Daftar Entiti Kapal Layar” ertinya Daftar Entiti Kapal Layar
Antarabangsa Langkawi yang disenggarakan di bawah seksyen 6;
“Daftar Kapal Layar” ertinya Daftar Kapal Layar Antarabangsa
Langkawi yang disenggarakan di bawah seksyen 6;
Undang-Undang Malaysia
AKTA 630 10
“ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan;
“entiti kapal layar” ertinya sesuatu syarikat, perkongsian, perkongsian terhad, pertubuhan, persatuan atau badan orang yang lain yang mempunyai kepentingan yang berhubungan dengan kapal layar, tidak kira tempat pemerbadanan atau penubuhannya, dan sama ada atau tidak surat cara pewujudannya dan kewujudannya, secara nyata atau melalui kuat kuasa undang-undang, memberikan atau mengakui keupayaannya di bawah undang-undang untuk membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya sendiri atau atas nama fidusiari atau wakil undang-undangnya yang sah;
“juruukur” ertinya seseorang yang diberi kuasa oleh Ketua
Pengarah di bawah subseksyen 3(3);
“kapal layar” ertinya sesuatu kapal layar yang digunakan untuk sukan, keseronokan atau rekreasi, dan termasuk kapal layar perdagangan dan kapal layar persendirian;
“kapal layar Langkawi” ertinya kapal layar yang didaftarkan di bawah Akta ini;
“kapal layar perdagangan” ertinya kapal layar yang digunakan bagi kegunaan perdagangan;
“kapal layar persendirian” ertinya kapal layar yang digunakan bagi kegunaan persendirian semata-mata bagi sukan, keseronokan atau rekreasi pemunya kapal layar itu, dan bagi maksud takrif ini
“pemunya” termasuk—
(a)
jika pemunya seorang orang perseorangan, anggota keluarga dan kawan-kawannya yang terdekat;
(b)
jika pemunya ialah mana-mana entiti yang lain, pegawai entiti itu, pemegang saham atau pemunya benefisial lain entiti itu, benefisiari atau anggota entiti itu, dan anggota keluarga dan kawan-kawan terdekat mereka; atau
(c)
pemajak atau pencarter;
“kapal layar yang dicarter sebagai kapal kosong” ertinya kapal layar yang didaftarkan di bawah seksyen 25;
“kegunaan perdagangan” ertinya penggunaan sesuatu kapal layar untuk mengangkut penumpang untuk mendapat upah, tetapi tidak termasuk carter kapal kosong untuk kegunaan persendirian, dan
Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 11
penerimaan oleh pemunya kapal layar itu suatu sumbangan terhadap kos sebenar kapal layar itu atau pengendalian kapal layar itu yang dikadarkan bagi tempoh pelayaran itu;
“kegunaan persendirian” ertinya penggunaan sesuatu kapal layar untuk suatu pelayaran persendirian, jika semasa pelayaran sedemikian kapal layar itu tidak digunakan bagi kegunaan perdagangan atau selainnya ditawarkan kepada orang awam untuk kegunaan orang awam itu;
“Ketua Pengarah” ertinya Pengarah Laut yang dilantik di bawah subseksyen 8(1) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 [Ord. 70/
1952];
“Mahkamah” ertinya mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa di Malaysia atau berhubung dengan prosiding berkenaan, mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa dalam perkara yang dengannya prosiding itu berkaitan;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkapalan saudagar;
“nakhoda” ertinya tiap-tiap orang, selain malim, yang memegang kuasa atau bertanggungjawab bagi sesuatu kapal layar, dan termasuk seseorang juragan bagi sesuatu kapal layar;
“pegawai diberi kuasa” ertinya seseorang pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 3(1);
“Pejabat Pendaftaran” ertinya Pejabat Pendaftaran Kapal Layar
Antarabangsa Langkawi;
“pejabat pendaftaran utama” ertinya pejabat pendaftaran tempat kapal layar itu didaftarkan pada masa permohonan dibuat untuk mendaftarkan kapal layar itu sebagai kapal layar yang dicarter sebagai kapal kosong di bawah Akta ini, dan “pendaftaran utama”
hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya;
“pelayaran” termasuklah persiaran;
“pemunya”, berhubung dengan sesuatu kapal layar, ertinya pemunya berdaftar, dan termasuk pencarter kapal kosong, pemunya pengurus dan ejen pengurus;
Undang-Undang Malaysia
AKTA 630 12
“perakuan pendaftaran” ertinya perakuan pendaftaran yang dikeluarkan kepada sesuatu kapal layar yang didaftarkan di bawah
Akta ini, dan termasuk perakuan pendaftaran sementara dan perakuan pendaftaran carter kapal kosong;
“perakuan pendaftaran carter kapal kosong” ertinya perakuan pendaftaran yang dikeluarkan kepada sesuatu kapal layar yang dicarter sebagai kapal kosong yang didaftarkan di bawah seksyen 25;
“perakuan tanan” ertinya perakuan tanan yang dikeluarkan di bawah seksyen 18;
“peraturan-peraturan” ertinya peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“transkrip penutupan” ertinya suatu cabutan yang diperakui daripada Daftar Kapal Layar yang menunjukkan bahawa catatan dalam Daftar itu berkenaan dengan sesuatu kapal layar Langkawi telah ditutup, tarikh penutupan catatan itu, dan butir-butir mengenai kapal layar itu dan pemunyaan kapal layar itu pada masa penutupan itu.
Pelantikan, pemberikuasaan dan pewakilan oleh Ketua