Malaysia legislation

Section 12

of AKTA PENDAFTARAN KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2003

Seksyen 12

Pendaftaran semula apabila pemunyaan berubah

(1)

Jika berlaku perubahan dalam pemunyaan sesuatu kapal layar Langkawi, pemunya kapal layar itu hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh selepas perubahan itu berlaku, memberitahu

Ketua Pengarah secara bertulis mengenai perubahan itu, dan Ketua

Pengarah boleh, atas permintaan pemunya baru, mendaftarkan kapal layar itu semula.

Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 17

(2)

Jika sesuatu kapal layar Langkawi hendak didaftarkan semula,

Ketua Pengarah hendaklah menjalankan tatacara yang sama seperti dalam hal pendaftaran pertama bagi sesuatu kapal layar, dan apabila diserahkan kembali perakuan pendaftaran yang sedia ada bagi kapal layar itu dan apabila dipatuhi semua syarat yang ditetapkan yang lain untuk pendaftaran, kapal layar itu hendaklah didaftarkan semula dan suatu perakuan pendaftaran yang baru hendaklah dikeluarkan.

(3)

Jika sesuatu kapal layar Langkawi didaftarkan semula—

(a)

pendaftaran sebelumnya hendaklah ditutup, kecuali berkaitan dengan mana-mana gadai janji yang belum ditunaikan yang dicatatkan berkenaan dengan pendaftaran sedemikian; dan

(b)

nama semua orang yang terdapat dalam pendaftaran sebelumnya yang mempunyai kepentingan mengenai kapal layar itu sebagai pemunya atau pemegang gadai janji hendaklah dicatatkan dalam pendaftaran yang baru, dan pendaftaran semula itu tidaklah dengan apa-apa cara menjejaskan hak mana-mana orang sedemikian.

Pendaftaran perubahan 12A. (1) Jika sesuatu kapal layar Langkawi diubah sebegitu rupa sehingga tidak bersamaan dengan butir yang berhubungan dengan tanan atau perihalan kapal layar itu sebagaimana yang terkandung dalam Daftar Kapal Layar, Ketua Pengarah hendaklah, apabila sesuatu permohonan dibuat kepadanya oleh pemunya kapal layar itu dan apabila menerima suatu perakuan daripada seorang juruukur yang menyatakan butir mengenai perubahan itu, sama ada menyebabkan perubahan itu didaftarkan atau mengarahkan supaya kapal layar itu didaftarkan semula.

(2)

Bagi maksud pendaftaran suatu perubahan dalam sesuatu kapal layar, perakuan pendaftaran hendaklah dikemukakan kepada

Ketua Pengarah, dan sama ada perakuan itu boleh disimpan oleh

Ketua Pengarah dan suatu perakuan baru dikeluarkan yang mengandungi perihalan mengenai kapal layar itu sebagaimana yang diubah, atau suatu pengendorsan boleh dibuat dan ditandatangani pada perakuan pendaftaran yang sedia ada yang mengandungi suatu notasi mengenai perubahan itu.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 630 18

(3)

Butir mengenai perubahan sepertimana yang telah dibuat, dan hakikat bahawa suatu perakuan pendaftaran baru telah dikeluarkan, atau suatu pengendorsan telah dibuat pada perakuan pendaftaran yang sedia ada, hendaklah dicatatkan dalam Daftar

Kapal Layar.

Section 12 — AKTA PENDAFTARAN KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2003