Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
Perakuan pendaftaran baru
(1)
Jika terdapat apa-apa perubahan dalam butir-butir berdaftar yang direkodkan dalam Daftar Kapal Layar berkaitan dengan sesuatu kapal layar Langkawi, pemunya kapal layar itu atau apa-apa perkara lain yang berkaitan, nakhoda atau pemunya kapal layar itu hendaklah dengan serta-merta menyerahkan perakuan pendaftaran yang sedia ada bagi kapal layar itu kepada Ketua Pengarah.
(2)
Ketua Pengarah hendaklah membatalkan perakuan pendaftaran yang sedia ada dan, apabila dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran yang baru bagi kapal layar itu.