Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
Perakuan pendaftaran pendua
(1)
Jika Ketua Pengarah berpuas hati apabila dikemukakan bukti bahawa perakuan pendaftaran bagi sesuatu kapal layar Langkawi telah hilang, dicuri atau dimusnahkan atau telah menjadi cacat atau tidak dapat dibaca, dia boleh, apabila dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan kepada pemunya kapal layar itu suatu salinan pendua perakuan pendaftaran yang asal bagi kapal layar itu, yang hendaklah ditandai sebagai yang sedemikian dan hendaklah mempunyai kuat kuasa yang sama seperti perakuan pendaftaran yang asal.
(2)
Jika perakuan pendaftaran pendua telah dikeluarkan, perakuan pendaftaran yang asal, jika ada pada masa itu atau jika kemudiannya dapat dijumpai atau didapatkan kembali, hendaklah dengan serta-merta diserahkan kepada Ketua Pengarah.
(3)
Dalam hal keadaan sebagaimana yang disifatkan sesuai oleh
Ketua Pengarah, dia boleh mengeluarkan suatu faksimile atau versi penghantaran elektronik yang lain perakuan pendaftaran pendua itu, yang tidak lagi sah sebaik sahaja perakuan pendaftaran pendua itu sendiri diterima oleh pemunya.
Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 19